I'm not a Pure Vendor, I'm an Artisan...

Salam...


Pada awalnya saya jualkan kechain dengan harga RM3.00 sebiji. Dan bila kira balik kos2 yg terlibat, saya terpaksa naikkannya kepada RM4.50. 


Apabila saya join forum handmade, Indie dan Craft, saya mula faham tentang nilai sebenar sebuah barangan handmade. Bila saya menjenguk ke Etsy, dan blog Indie lain, saya rasa pelik camne dorang boleh jual keychain yg simple2 dengan harga 12 dollar, dan paling pelik bila ada orang bid utk dapatkannya... Padahal barang macam tu anytime je saya boleh buat dan jual dengan harga RM4.00...


Memandangkan saya buat craft secara fulltime dan depend hampir sepenuhnya kepada para ejen; so banyak la juga oder yg dapat every week and it really makes me happy... and TIRED... Sampai ke satu tahap, saya rasa penat je yg lebih... income so-so jer...


Baru2 ni saya berjumpa dengan sorang designer sebab nak tempah tag. Kemudian dia tanya saya, berbaloi ke saya jual barang2 tu dengan harga RM4.50... Sy kata, ok jer... Lagipun itu adalah harga biasa bg handmade keychain mcm tu... Dia bgtau yg harga tu sangat murah, sy boleh jual sampai RM15..


Ha! RM15 sape nk beli awang oi...


Tetiba muka dia kecewa...
"Ni sebab mereka tak hargai barangan handmade. Semua orang nk barang murah kan. Kalo jual RM4.50, apa bezanya barang awak dengan barang China yg jual pukal tu... Semurah tu ke nilai seni awak."


Pergh! 
Ayat menikam kalbu tu...


Sorry, beb. Bukan wa takmo jual mahal2 der.. Tapi wa dah survey. Keychain dorang jual dari RM3.00 ke RM6.00. So, aku letak RM4.50 kira ok la...


At that moment aku tefikir, macam mana orang buta seni nak menilai seni kalo seniman sendiri tidak mengharga usaha dia menghasilkan art-work tu dengan meletakkan harga setaraf barangan pukal China yg bila2 masa pun boleh tercabut...


Tapi ini adalah budaya Malaysia. Kita dah terlalu biasa dengan barangan tak berkualiti yg murah harganya. Jadi utk barangan handmade pun, kita mencongak harga ari kos barang tu, dan bukan hasil usaha si pembuat yang menjahitnya satu-satu...


Sebenarnya aku bengang..
Sebab satu kes yg aku baru unshield the hidden truth...


Ada satu forum ni aku ada buka satu thread utk promote barangan aku..
Dan of course la ada vendor lain yg jual barangan yg sama kan...
Yg peliknya, semua customer yg pada mulanya order dari aku, tetiba senyap atau membatalkan ordernya...
Takpe la, maybe dorang terjumpa barnagan lain yg lebih menarik kot...


Baru2 ni sepupu aku order tissue holder dari aku melalui thread ni..
Kemudian sepupu aku tu bgtau yg ada sorang vendor ni PM dia dan tawarkan harga tissue holder yg jauh lebih murah dan dapat free gift lagi...
Sepupu aku takmo sbb aku bg dia harga adik beradik kan...
Pastu dia kurangkan lagi harga sampai jadi harga keychain. Katanya, "takpe, ni 1st time awk beli dari sy. Mana la tau kwn2 awk suka, nnti boleh oder lagi." 
Sepupu aku terpaksa bersetuju krn tak reti nk ngelak dari dia tak abes2 menawar2...
Tp order aku tu, dia tak tarik balik...


Kemudian kawan aku pun nk jadi spy kononnya dia msuk thread aku lalu order 20 biji car charm. Dan-dan tu juga vendor tu PM dia dan tawarkan harga yg murah2 siap free delvery dan free gift lagi...


WTF!!!!!!!


Vendor tu apehal... Mengintip aku 24jam ke kejenyer tu...
Aku masuk thread dia dan nmpak customer aku yg tak jadi order semua dh jadi customer dia...
Ada juga post dari customer, "Wah, murah la bro.. Tempat laen takde murah cenggini.."
Dia jawab, "Mesti la.. Pengguna bijak, faedahnya byk."


This is called as "MARKETING STRATEGI"
Iaitu anda menawarkan yg terbaik kepada pengguna...
Persoalannya, kenapa aku tak buat macam tu...
Kenapa everytime aku terserempak dgn customer yg duk tanya harga kat thread laen, aku duk layan je, dan tak pernah menyelit ajak dia mai thread aku...
SEBAB AKU RASA IA SANGAT TAK BEMORAL
SEBAB AKU TAK MAU MENJATUHKAN MARUAH AKU SEBAGAI MANUSIA
SEBAB AKU TAKMO GANGGU PENIAGA LAIN BERURUSNIAGA



Dan ini menjadikan aku peniaga yg kurang berdaya saing...


Yup,I know...
Because I am not a Vendor...
Aku tak pandai bermain dengan harga...
Aku cuma pandai bermain dengan jarum an benang...
Dan every items I've made, aku rasa sayang yang teramat sangat sampai kalo boleh takmo bagi kat customer tu...
You know what, seorang artisan tak boleh menjadi ahli perniagaan..
Kerana mereka membuang masa dengan ketelitian dalam setiap produk yg dihasilkan...
Sedangkan seorang peniaga mesti alert pada peluang... Bukan menunggu peluang, tapi mencipta peluang...


Aku pernah ikot ramai ahli perniagaan dan mereka mencurahkan ilmu pada aku..
Malangnya corak pemikiran aku tak sama cam dorang...
"Jangan tunggu orang nak, buat orang tu nak barang kita."
"Ini bukan Menipu, Ini Berniaga."


Aku mmg tak boleh terima perkara2 yg aku rasa tak bermoral...
Mencuri customer orang lain adalah perbuatan tak bermoral pada pendapat aku..
Walaupun dalam buku Yahudi bgtau itu adalah strategi pemasaran...


Sekarang aku tau kenapa orang Melayu tak senang2...
Sebab kita suka jual barang dengan harga serendah2nya supaya vendor lain gulung tikar...
Sebab apa Cina senang2 belaka..
Sebab mereka dah bincang dan tetapkan harga minimum supaya sama2 boleh untung...


Aku tak kesah kalo ramai yg tak setuju...
Jangan pelik la kenapa nilai matawang negara kita semakin jatuh dan takde kemungkinan akan naik lagi...
Dan matlamat Malaysia untuk mencapai taraf Negara Berpendapatan Tinggi is just a BULLSHIT!!!


Wassalam...


P/S: Tiba2 Topeng terbuka sebab syok2 sgt menaip dalam bengang...

6 Ulasan

  1. yup it's true...

    org melayu (bkn nak kata tp kebenaran) mmg suke lau sesama sendiri jatuh tersungkur. sy pon bkn nyer br lam bisnes berbisnes. dah lama ikut mr hubby wat bisnes. sejak dr kapel sampai kawin sampai ada anak 2 org. pernah kna tipu puluh2 ribu oleh org melayu sndiri tp nak buat cemana, redha n pk +ve. mgkin ada hikmah disebaliknya.

    alhamdulillah, berkat kesabaran n pengalamn berurusniaga, kami dah maju setapak demi setapak. InsyaAllah kami akan terus berusaha.Even sampai skarang org yg suker tgk kitorg jatuh masih lg berusaha nak menjatuhkan kitorg.

    Harapnya Asma pon mcm tu. Biarla dia nak curi customer kiter pon, bkn kiter yg penat. dia yg wat keje xberbaloi siap bg murah2 wat letih buat jer...n customer akan pandai menilai yg mana permata yg mana intan. yg mana mutiara yang mana pasir...

    Wallahualam..

    BalasPadam
  2. asma,
    itulah realiti dunia..
    sy x ad duit nak bantu kamu dan pastinya bukan duit yang kamu mahu..tapi sy akan bantu kamu dengan cara yang lain kerana sy amat hargai karya melayu yg berusaha seperti kamu..sy x ad bakat dalam menggunakan carum dan benang. Tapi sebaliknya ada pada emak saya, kerana itu sy amat menghargai setip hasil yang awak buat walaupun saya tidak membelinya lagi...

    BalasPadam
  3. Syaaz; Betul tu kak.. Sy pn ni 1st time dpt tau ada taktik camni. Mmg terkejut dan bengang.. Harap saya boleh jadi setabah akak dan berjaya cam akak satu hari nnti.. InsyaAllah...

    Alienelliz: TQ byk2 krn hargai apa kami buat dan TQ sbb slalu dtg jenguk blog sy yg tak seberapa ni. Tak beli pun takpe. Yg penting perhubungan kita di alam maya ni.. >_<

    BalasPadam
  4. sangat tertarik hati dgn entry nih, pernah rasa mcm ni beberapa kali, tp seringkali abaikan, dan cuba utk berfikiran +ve...hari ni, pas bace entry nih, betul kata asma...

    i follow this blog...

    BalasPadam
  5. pernah melalui perkara sama..
    menyebabkan daku tak kuat lagi, dan terus tersungkur..sebabnya dah 3 kali terkena, bukannya sekali..
    1st..masih boleh kuatkan semangat.
    2nd..hampir2 jatuh tapi tetap motivasikan diri untuk bangkit kembali.
    3rd..mungkin Allah dah tentukan, aku bukan dilahirkan sebagai seorang peniaga...aku tak kuat.

    lebih sedih bila kesemuanya melibatkan mereka yang sebangsa..sekarang sis lebih rela menaip drpd bersaing mencari pembeli...tak sanggup menghadapi fitnah dalam perniagaan..

    tapi asma, jangan risau...asma punya brg ada nilai dan keunikan sendiri. Nanti ada yang akan cari :D

    BalasPadam
  6. saya setuju ! saya pun buat handmade keychain dengan penuh kasih sayang..haha..and bila publish, ada je org kata mahal la, apa la..diorang tak tau nilai sebenar handmade tu !! kualiti dia berbeza dari segi nilai estetika.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama