01/11/2011

Beetles' Attack!!!

Salam....

Kesah seram ni dah lama berlaku...
Kira-kira dalam awal bulan October...

Pada suatu hari, Asma yg Comel sedang berjalan-jalan di dalam hutan (apa kejadahnya berjalan dalam hutan.. -__-")
Ibu kepada Asma yg Comel ini telah mengarahkannya membeli mee goreng mamak di kampung sebelah...
Berbekalkan RM3.30; Asma dengan riangnya melompat2 dalam pejalanan ke sana...
Akibat terlalu asyik melompat, salah sebiji dari wang tersebut telah terpelanting ke dalam semak..
Dengan panik, Asma mencari2 wang tersebut di semak yg berdekatan...

Dengan lemah lembut, sehelai demi sehelai daun semak tu diselaknya...
Tiba2; Asma terpandang sesuatu yg membuatkan beliau terkesima....
Lima ekor beetles tengah investigate tempat kejadian...


"Wah, comelnya.... Awak seme suka wang saya yer....," ujar Asma; gembira...
Riak2 riang tergambar jelas di wajahnya....

Asma menguis2 beetles tersebut kerana terlalu teruja dan geram melihat kecomelan mereka....
"Jangan.. jangan... Jangan cederakan kami.." Beetles tersebut menjerit ketakutan...
"Jangan la salah faham... Saya cuma nak picit awak jer, sebab awak ni comel sangat..." jawab Asma sambil ketawa jahat, cuba menenangkan keadaan....

Tiba2 mereka bertukar posisi...


 Kelihatan seperti membincangkan sesuatu yg serius, dan wang tadi sudah tidak lagi dipedulikan...
Asma kepelikan... Tapi tetap memberi ruang untuk mereka berekreasi....

Tiba-tiba.....


SERANG!!!!

Wah!!!!
Apa ni... Ramainya... Dari mana awak seme muncul!!!

Soalan itu langsung tidak dijawab oleh mana2 dari ribuan Beetles...

Tolong..tolong... Lepaskan saya... (Asma merayu...)
Lepaskan awak.. Tak mungkin! Bwahahahaha!!! (jawab mereka serentak!)

Mereka menyerang Asma dengan bertalu2... (padahal cuma merayap je.. Huhuhu..)
Asma menepis2; namun sia2 kerana mereka terlalu ramai...
Ini tidak adil.. Main tipu! Grrrr..... X(

Baeklah! Nampaknya awak seme yg paksa saya guna cara kasar...
Jangan salahkan saya kalo awak tercedera!

TERIMALAH... ASMA BREAK DANCE....

Asma yg tadi memakai baju kurung ijau, telah bertukar kpd baju hip hop yg ala2 50cent

Dengan slow mo nyer Asma memulakan rentak break dance yg sangat mengagumkan... 
Pokok2 berdekatan yg melihat kejadian itu, terbeliak dan ternganga melihat skil Asma yg sangat mengasyikkan itu...

Beetles yg tadinya sangat garang, mula gentar dgn semangat juang Asma...
Cengkaman mereka tidak lagi kuat menyebabkan satu demi satu telah terpelanting ke merata2; malah ada yg sengaja melantingkan diri demi menyelamatkan nyawa masing2...

Menyedari Beetles mula melarikan diri; Asma menghentikan break dancenyer dgn gaya yg sungguh stylo...
Owh... Nak lari yer....
You can run; but you can't hide...

Tanpa membuang masa Asma mengeluarkan The Cute Vacuum Bottle Sampler...
Sebaik sahaja penutup device itu dibuka; secara automatik kesemua Beetles disedut dengan rakusnya.. tapa sesekor pun tertinggal... (Bwahahahaha!!)

VICTORY!!!
(Asma mengancungkan THe CUte Vacuum Bottle Sampler ke langit sambil tersenyum macam ni----> :D)



"Lepaskan kami...lepaskan kami.... T__T"

Lepaskan awak... Tak mungkin... Bwahahahahaha!!!
Gelak tawa Asma bergema ke seluruh ruang angkasa....

"Asma.. bangun sayang..."
Aik! Suara ibu.....

"Bangun sayang... Maghrib dah ni... Tak baik tido Mahgrib hari..."
Asma terkebil2... What..... Maghrib....
Asma yg terlentang di katil, mencari2 jam di sisinya...

Hadoi... Amende la mimpi pelik2 Mahgrib2 hari ni....
Dengan comelnya Asma mencapai tuala, nk pi mandi...

Ketika melewati dapur, beliau terpandang ibu yg sedang makan dgn seronoknya....
"Makan apa tu, ibu,..." tegur Asma, rutin biasa yg dilakukan ketika terserempak org tgh makan...
"Makan apa lagi.... Mee goreng mamak yg Asma beli kat kampung sebelah tadi tu la..." jawab ibu.

Mata Asma yg tadi sepet ; kini terbeliak...
WHAT!!!

"Dan Asma nk buat apa tangkap kumbang2 ni..." ibu menuding jari ke arah botol kecil berpenutup merah di sisinya....

WHAT!!!

"Dan jangan pakai baju macam tu lagi... Macam merepek jer..." ibu memberi komen  (lagi,..)
"Baju aper..."Asma tak paham....

"YG Asma pakai tu aper..."



WHATTT!!!!


Moral of the story: Jangan tido Maghrib Hari....



1 comment: