Re-Organizing Felt Scraps..

Salam...

Okay...
Arini nak tunjuk kat korang sesuatu yg sungguh memalukan...
Tgk gambar bawah ni...

Ini ialah felt crap kepunyaan saya...
Hahaha <---(dgn nada tak seronok)...

Seriously, ini ialah masalah besar sgt tau...
Kenapa ia besar? Sebab...

1. Ia akan bertambah dari sebulan ke sebulan.. (walaupun ia akan berkurangan dari seminggu ke sminggu)

2. Ia tak bole tak bersepah sebab:
a) saya gunakan mereka setiap hari
b) tiap kali nak guna saya akan selongkar mereka, cari kaler yg dikehendaki, saiz yg dikehendaki dan "kebumikan" mereka semula...
c) sy mmg tak pandai mengemas dan menyusun (ASMA <-- Male in the female body)..

3. Saya tak reti nak simpan macam mana... (baik buang je kan..)

4. Mak saya tak bagi buang sebab sayang... (Wooo.. mmg la sayang, tapi sepah la, ibu... T___T)


Dan walaupun semalam sangat busy menyiapkan bulk order yg wajib dipos Selasa ni, tapi saya telah melakukan 2 aktivity paranormal (paranormal la bg saya.. Huhu).. Iaitu:
1. Re-organizing these felt craps selama 1 jam
2. Buat biskut batek pada pukul 11.30 malam...

Sila abaikan aktivity buat biskot batek tu...
Let's focus pada re-organizing felt...

Alaaa.. Bukan hebat sangat pun...
Cuma sorting felt ikot kaler dan masukkan dalam plastik besar ikot tone kaler masing2...
Camni...


Alamak, teruknya kualiti gambar...
Nampaknya saya maken malas amik gambar dalam posisi yg menyihatkan.... :\
(Ya, biskot merrie di ujung kiri atas tu ialah bukti yg sy benar2 buat biskot batek malam tadi... Muahaha)

Dah siap2 sorting tu, terus selotape...
Pastu simpan balik dalam container biru ni...
Camni...

Erm... Ini ialah bukti bahawa saya mmg amik gambar secara sambil lewa...
Sikap teruk ini perlu diubah... :\

Untuk pengetahuan korang yg tak begitu jelas dgn gambar unik ni (haha unik la sgt), ini ialah gambar felt yg saya packing ikot kaler tadi dan dah disusun elok dalam container...
Pasni saya kene disiplin tau..
Tiap kali lepas guna akan simpan semula elok2 dan tak bole sepah2kan lagi...

Faham Asma, jgn sepah tau...

Owh, sebelom bersurai, di sini saya selitkan dialog antara saya dan ibu sebelom aktivity paranormal ini dilakukan:

Asma  : Ibu... Nak minta tolong la.. Saya tak reti nak susun tempat keje tu bg dorang duduk comel2... <--(muka manja)

Ibu      : Owh.. Nak ibu tolong ea.. Bole2.. Lima inggit... <--(silap paham)

Asma  : Bukan (cepat2 menafikan sbb sayang RM5)... Cuma nak tau camne nak susun brg2 tu bg dia tak sepah2.. Susah la.. Simpan dan tong pun asyik "termuntah" je depa tu... Simpan dalam container pun asyik sepah2 jgk... Dah ler tiap2 waktu nak amik brg.. :<

Ibu      : Owh, senang je... Lepas amik1 brg, terus susun ke tempat asal balik... Pastu amik brg lagi terus susun semula.. Tak sempat la dorang nak sepah.. Yg penting suka kemas, tau....

Asma  : Tapi, saya tak suka kemas....

Ibu     : Kalo gitu tak dapek den nak nolong....


Setelah itu saya terus insaf, lalu muncul mentol di kepala mengkehendaki saya melakukan aktivity paranormal yg dibincangkan dia atas...

Harap2 saya bole ubah perangai suka sepah ni kepada suka kemas (walaupun sgt susah memandnagkan dah 28 tahun suka sepah.. :<)
Harap2 berjaya..
Chaiyuk2!!!

Wassalam...

2 Ulasan

  1. Argh.... kita sama... xlarat nak organize dah akhirnya jadik unorganize jugak kuikuikui....

    kalau dah penyepah tu nak jadi pengemas mmg lambat.... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...
      Masa mula2 susun je rasa cam nak berubah..
      Pastu kembali seperti sedia kala semula..
      Hohohohoho.... T___T

      Padam
Terbaru Lebih lama