31/12/2012

STARTER PACK FELT CRAFT


STARTER PACK FELT CRAFT VERSI EXCITED YANG BARU



Felt 10pcs
Keychain 10pcs
HP STraps 10pcs
BRooch 5pcs
Ribbon 3pcs (50cm each)
Set jarum, benang dan gunting
Butang 27pcs
Fiber
Tali halus
Eyes 8mm 5pcs
Eyes 10mm 5pcs
Brads 2pcs
Templates.
Percuma e-book (will be sent via email)


RM30.00

Ladybug Wooden


HIASAN LADYBIRD KAYU




RM2.00/10pcs

Mata Gedik-Gedik


EYES (10mm)

RM2.50/20biji


EYES (8mm)

RM2.00/20 biji

Starter Felt Pack: Bajet RM10.00



Starter Pack Felt Craft versi Budget
 
Starter pack ni mengandungi:
1. 4 keping felt saiz 23x25cm (bole pilih kaler)
2. 5pcs keychain ring
3. 5pcs HP straps
4.6pcs butang
5. 4pcs eyes (ada 2 saiz)
6. 2pcs brads (ada dlm gambar tp gelap)
7. half meter ribbon
8. Fiber-filled
9. Tali halus (takde dlm gambar. Lupa posing)

Brads Hitam





5mm
RM1.50/10biji

27/12/2012

Tutorial: Cara Daftar Perniagaan (SSM) Online

*tutorial ini adalah perkongsian dari saya sebagai user biasa. Sebarang masalah yang timbul seperti lambat proses, error, dan sebagainya sila rujuk terus kepada ssm dengan menghubungi mereka (no telefon seperti yang tertera di website ssm). Ada masalah yang tak dapat saya tolong kerana saya bukan person in charge atau bekerja dgn ssm. Saya amik masa sehari utk approve 1 step dan 3 hari utk keseluruhan proses. Harap maklum*

Salam..
Tinggal beberapa hari lagi akan tamat tahun 2012. Dan juga tamat promosi daftar perniagaan RM50 untuk tempoh 5 tahun...

Kepada korang yang tak tau cara nak daftar secara online, ni saya nak kongsikan.
Harap info ni dapat membantu korang yang pening2 lalat tengok portal goverment tu..
Say apun tak faham kenapa kalo portal (website) government mesti akan jadi pening punyer...
Website lain takde la pening2 macam ni...

Okey, jom ikuti step berikut. In Shaa Allah senang.

1. TAIP www.ssm.com.my

Akan muncul muka ni..
Sila klik kat petak yang dibulatkan merah tu


2. Akan muncul muka ni pulak

Okay, kat sini korang jangan baca banyak2 sangat.
Cuma fokus kat empat perkara yang saya highlightkan tu..
Kalo tak brape nak faham, bole tukau ke Bahasa Melayu (kata atas sekali, tengah2)

Empat perkara yang korang kene buat ialah:
1. Daftar sebagai ahli MyEG
2. Daftar sebagai pengguna SSM
3. Daftar Nama Perniagaan (ini kalo korang nak daftar nama khas macam "Kaya Gila Enterprise", "Cun Melatop Collection" dan sebagainya. Kalo nak daftar atas nama sendiri seperti "Joyah Binti Ngah" bole skip step ni.
4. Daftar Perniagaan anda

*sebaiknya korang wat pagi2 time waktu pejabat sebab ni semua borang kene dapat approval dari pejabat SSM dulu baru bole proceed*

Okay, jom daftar sebagai ahli MyEG dulu

Klik bulat merah tu

Klik "Individual"
Isi borang sampai abes step
Dah siap seme step dan submit, korang kene tunggu approval dulu.
Check email korang..

Korang akan dapat email camni..

Okay dah tu..
Jom proceed ke step yang seterusnya...

Sekarang klik perkara kedua pulak..
Step ni korang kene daftar kat ssm dan wajib bayar RM5.00
Kenapa kena daftar dan kenapa wajib bayar? Tu saya tak tau la...
Jom klik..

Pastu akan sampai ke page yang membuntukan ini...
RAsa seolah2 macam dah ERROR atau PAGE NOT FOUND je kan...
Tapi jangan terpedaya... Klik je link yang kecik nak mampos tu...
Klik je, jangan segan2.. Takde orang nampak..
Kuikuikui....


Pastu akan sampai ke page ni...
Kat sini korang wajib ada Adobe Reader tau...
Kalo takde, bole terus klik bulatan biru tu... Nanti dia akan automaticaly download dan korang install la..
Kalo tak install, tak dapat proceed...

Dah install, terus tekan "OK"

Pastu korang akan masuk ke page yang banyak perkataan...
Relax2... baca pelan2 sampai bawah...
Kat bawah korang kene tick "ROB" dan "Term & Condition". 
ROB utk bussiness, ROC utk company. Apa bezanya, saya pun tak tau. Kene tanya mereka yang lebih arif.
Lepas tick dua ni, klik "OPEN FORM"

Isi form tu dan ikot steps sampai la ke pembayaran RM5.00
Kat sini korang bole pilih nak bayar dengan cara apa..
Kalo melalui bank kene pilih "FPX Transaction"
Kat sini saya takleh letak gambar, sebab saya tak bole isi borang ni lagi...

*INGAT! Jangan banyak refresh tau, nanti TERDAFTAR banyak kali pulak, kene byr byk kali pulak. Dah bayar tu, tunggu email bayaran dari dorang.. Check email ea...

Korang akan dapat email yang macam ni...
Settle dah dua perkara...
Jom masuk ke perkara yang ketiga...

Nak daftar nama perniagaan pulak.
Ni utk korang yang nak bagi nama kat perniagaan macam "Mama Bakery", "Rokiah Tailor" camtu la..
Sape nak letak nama sebenar sebagai nama perniagaan, tak perlu step ni tau...
Klik bulatan merah tu dan proceed macam biasa...


Sampai kat sini, cuma scroll ke bawah dan klik "OPEN FORM"
Isi borang tu elok2 dan submit

Tunggu email approval dari SSM.. Check email..
Yg ni saya tak letak gambar sebab pendaftaran yang saya buat online kali ni ownernya nak letak nama sendiri..
Dah dapat email tu, sila proceed ke step yang ke-empat..
Kalo nama tak approved, kene tukar nama lain dan ulang step ni sampai dapat approval nama pilihan tu...

Okay, jom kita daftar perniagaan kita.. Saya janji, ni ialah step yang terakhir. Huhuhu...
Klik yang bulat merah tu..
Proceed macam biasa..

Sampai kat page putih banyak perkataan tu, sila scroll ke bawah sikit... Sikit je..
Step 1: KLIK FORM A dan isi molek-molek.. (nama perniagaan tu sila rujuk email yang korang dapat dalam setp 3)
Step 2: Kalo ada cawangan. Yang takde cawangan (cam saya) sila tinggalkan step ni.
Step 3: Klik kat no: 1 tu

Step 4 dan 5 untuk yang ada partner dalam perniagaan (kot...)
Dalam kes perniagaan kecik cam kita ni tak applied.. 
So dun worry k...

Pastu submit..
Kalo button submit tu tak bole klik cam dalam gambar di atas, maknanya borang tak lengkap..
Check balik tau..

Lepas submit korang akan dibawa menjelajah ke proses pembayaran...
Sehingga akhir tahun ni, kene bayar RM50 je untuk daftar perniagaan selama 5 tahun...
Maknanya, kalo daftar tahun ni, next renewal ialah pada tahun 2017.
Best kan.. Best kan...
Apa lagi, cepat la daftar.. ^_^

Okay, nak bayar tu kalo guna akaun bank, sila pilih FPX cam biasa...
Lepas bayar, sila check email...
Korang akan dapat resit camni..

Okay, dah settle dah...
Sekarang tunggu je email Perakuan Pendaftaran Perniagaan dari SSM. Mungkin petang nanti atau esok akan dapat...
Email dia camni:
Pastu apa lagi?
Cepat2 download and print out attachment tu dan tunjuk kat seme orang yang ada dalam umah, luar rumah, jiran2 dan orang kampung...

Kalo jiran korang kata:
"Apa la yang kamu bangga sanget dengen kertaeh tu yop..? Ntoh yer, ntoh idok? Nampok sanget menipunyer.."

Korang jawab la:
"Eh, kamu nampok barcode ni? Barcode ni khas untuk perniagaan teman je tau..? Teman daftor ni depen komputer dalam rumah teman ni je haa. Arini daftor, arini jugek teman dapat. Jeles ler tu...."

Erm... Sape tak jeles depan komputer (la ni suma guna laptop dah ek) je seme bole buat.
Harap portal kerajaan ni je yang payah nak paham..
Kalo senang paham, jangan kate jiran, satu kampung termasuk kampung sebelah seme tak payah nak ke pekan tu haa daftor niaga.... Tunggu bas satu hal, parking kete satu hal (nak2 SSM kat Kuantan ni.. Aiyooooo! Tak strategik lalu... Puas teman memusing bandor tu haa...Perabis minyok kete teman je..)

Okay, dah la.. Merapu2 pulak cakap Perak padahal tak menjadi.. Huhuhu...

Harap tutorial ni dapat membantu korang yang kebuntuan camne nak daftar niaga secara online...
Saya pun cam korang gak..
Puas duk Google, puas duk Yahooo, puas duk baca steps dalam portal tu, puas duk tanya orang (seme orang pun "cakap" tak tau...)
Last2 dapat jugak buat sendiri. Puas giler + bangga giler..
Huhuhuhuhuu...

Jom kita daftar, jom! ^_^

Wassalam...

Berikut adalah beberapa komen yang mungkin membantu menyelesaikan masalah korang:






26/12/2012

Butang Craft


BRADS

5mm
RM1.50/10biji


BUTTON BULAT BAPAK BESAR


23mm
RM2.00/10pcs


TINY BUTTONS 


6mm
RM1.80/20pcs


ORNAMENT LADYBIRD KAYU



RM2.00/10pcs

BUTTON BULAT KECIK


 9mm
RM1.80/20biji


BUTTON BULAT KECIK ITAM



9mm
RM1.80/20biji



BUTTON LOVE



 14mm
RM1.80/0biji


BUTTON BUNGA



14mm
RM1.80/10biji


BUTTON BINTANG



 14mm
RM1.80/10biji


BUTTON LOVE (kecik)


 11mm
RM1.50/10pcs


perbandingan saiz...
Yg atas 14mm; yg bawah 11mm


BUTTONS BUNGA


11mm
RM1.50/10pcs


 perbandingan saiz 
atas 14mm, bawah 11mm


BUTTON KAYU



RM1.50/10biji


24/12/2012

Wedding Gift: Customized Wedding Pillow

Salam...

Bila nak letak tajuk, mesti nak tulis in English..
Kalo tajuk dalam Bahasa Melayu: "Hadiah Perkahwinan: Bantal Perkahwinan Rekaan Sendiri"..????
Hahaha.. Macam pelik je tajuk ni...

Atau = Hadiah Pengantin: Bantal Pengantin Eksklusif

Atau = Hadiah Kahwin: Bantal Khas Pengantin

Okay, sebelom saya melalut cipta nama yang bukan-bukan; jom kita tengok bantal Khas Pengantin ini... :D

Bantal untuk Pengantin Lelaki

Bantal untuk Pengantin Perempuan

Okay, nak pi tanya Osman Baku jap apa translation untuk entry ni...
Nnti dia marah saya macam marah doktor yang periksa kesihatan dia hari itu..
Huhuhuhu...

P/S: Saya bukan mempersenda Osman Baku (seperti sangkaan sesetengah orang yang over-sensitive kat wall FB saya pada beberapa bulan yang lepas). Saya suka dengan saranan Osman Baku tu supaya menghormati dan memartabatkan semula bahasa Ibunda kita ni. 
Cuma saya tak berkenan dengan cara iklan tu yang mengajak buat kebaikan dengan cara menyindir anak-anak muda, memandang buruk bahasa yang digunakan dalam sms, bahasa pasar, bahasa campur2; dan skrip dalam iklan tu seolah-olah kita dah berbuat dosa yang berterusan dan tak dapat diubati lagi. Penggunaan bahas rojak dalam kehidupan seharian tidaklah seberat berpakaian menjolok mata, berjalan berpimpinan tangan dengan pakwe@makwe yang belom halal, berjalan-jalan di shopping mall ketika waktu solat Jumaat (untuk lelaki), merokok di tempat awam sehingga orang di meja sebelah terbatuk-batuk dek asap tu, membayar di kaunter ekspress dengan troli yang penuh dengan barangan dapur dan seribu satu lagi kelakuan buruk masyarat Malaysia. 
Tapi yang disindir dengan tajam cuma kelakuan silap penggunaan Bahasa Melayu yang betul.


Tengok pakcik ni...
Tiap-tiap mlm dihantui sms dari Planet Nameck tu..
Tidur je la... Yang duk lapang sangat pikiaq pasai sms yang tak berarti tu pasai pa..?

Alamak, sori.. Teremosi pulak...
Huhuhu...

Instead of, eh, silap pulak...
Daripada menyindir dengan cara yang tak masuk akal, lebih baik tunjukkan contoh untuk diikuti.
Lebih baik buat skrip drama yang dilakonkan oleh pelakon popular dnegan skrip yang penggunaan bahasa yang betul.
Contoh skrip yang cantik ialah cerita Boboi Boy... Walaupun cerita tu merepek nak mampus (ada ke makhluk asing datang nak rompak koko tapi yg pi sebok lawan Boboi Boy pasai pa..? Pi la ladang koko rompak semua koko tu abes cita..). Dari dalam bilik, saya dengar suara cerita tu ayat-ayat dia cantik dan jelas.
Begitu juga dengan cerita kartun Jepun yang dialihsuarakan. 

Tapi bahasa yang cantik hanya untuk rangcangan kanak-kanak je kan..
Rancangan dewasa takde pulak ayat cantik (kecuali Osman Baku.. haha)..
Tapi kalau korang biasa tengok TV1, confirm korang perasan drama Melayu kat situ ayat-ayatnya cantik, jalan ceritanya bagus, lakonannya pun bagus. Cuam takde la pelakon2 kacak n jelita. Semua pelakonnya jenis berpijak di bumi nyata. Rupa pun semua rupa 1Malaysia...

Tapi kan; dokumentari dorang hancor! Isi ada tapi bosan giler. 
Nak2 pengacara macam tak faham apa yang dia sendiri duk cakap...
Kalo rancangan hiburan lagi la.. Ala-ala nak buat macam TV3, nak wat happening tapi tak jadi. Macam syok sendiri je.. 
LAst2 menyampah; tukar ke channel al-Hijrah. Tengok 30 minit Ustaz Don n Reflection. Kalo petang ada drama Korea yang best giler.. Ayah yang tak tengok Korea pun, tepat pukul 2 mesti dah sampai rumah buka TV nk tengok drama korea tu. Sampai saya pun dah terjebak sama.. 
Kui kui kui...

Okay, dah dah...
Haaaa... Tengok, bila dah start bebel mula la...
Tadi kat New York tetibe dah sampai ke Zimbabwe, apa kes..?

Nak sambung keje la pulak...
Doorgift takleh sambung dah, felt merah dah abes...
Kad kawen nak print malam ni..
Skrg nk wat rozek la ek...  Tapi rozek pun ingat nak buat kaler merah...
Camne ni... ?

Wassalam....

P/S ke-2: Demi mengikut saranan Osman baku untuk tidak menggunakan short form dlm sms; jadi:

Biasanya saya tulis:
Salam. Sy asmafeltbox. Nk order pe ea.

Nampaknya saya kena tulis:
Assalamualaikum. Saya Asma Felt Box. Apakah barangan yang ingin anda pesan?

Dan ia tidak akan berhenti di situ sahaja; ia akan bersambung:

Biasanya:
Nk bpe pek?

La ni kena tulis:
Berapa bungkuskah yang ingin anda pesan?

Biasanya:
Jmlh RM80.00. No akaun: 54146657423465416574521452149875314255417812745. Nama: Siti Cantik Menawan Binti Lelaki kacak
Dh bnkin bgtau ek. Toce ^_^

La ni kena tulis:
Pembelian anda bernilai RM80.00
Sila buat pembayaran ke akaun 5758514654654254248616541241851758465454. Di bawah nama Siti Cantik Menawan Binti Lelaki KAcak.
Sila maklumkan kepada saya sebaik sahaja pembayaran dibuat.
Terima kasih.

Woooooooooooooooo...
Cramp la ibu jari saya duk taip satu2 kat atas phone yang takde keypad ni.. T__T
Biasa kalo berurusan dlm sms mesti paling kurang send 5 sms untuk closing sale.
Kalo guna ayat penuh, 1 sms kene charge untuk 2 sms (sbb panjang sangat)

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk tidak menggunakan khidmat sms lagi dalam urusniaga demi mnjimatkan masa, menjimatkan tenaga dan menjimat kredit. 
Semua urusan jual beli adalah melaui borang pesanan, email dan PM kat FB... 
Harap maklum.

Okay, kali ni saya betol2 stop..
Bye bye,.. ^__^

23/12/2012

In Progress: Bantal Wedding

Salam..

Bantal ni dah siap dah, tapi harini kite tgk work in progress dulu ek..
Esok saya tunjukkan hasil akhir...
Saya nak sangat tunjuk work in progress ni sebab rasa pemgantin 2 keping ni ialah my masterpiece (marterpiece la sangat.. uhuk.. uhuk)

Ni la yang saya nak korang tengok sangat ni
Groom tu saya tak kesah la... Sila tengok bride tu...
Bride tu ialah impian saya tau...
Dari kecik saya nak sangat pakai baju ni...
Gaun putih yang kainnya labuh meleret...Bahu bulat kembang macam Cinderella..
Veil labuh giler beralun2 kat belakang.. Pakai crown kecik yang simple..
Pastu pegang bunga...
Pastu rambut macam tu la.. 
Hahahhaha...

Tak sangka pulak saya terbuat macam ni...
Bukan2, ni bukan wedding pillow utk wedding saya..
Ni order dari customer...
Dia minta saya buat sepasang pengantin dan saya pun terus je buat..
Bila siap, baru perasan saya dah buat impian saya...
Tetibe teringat masa kecik2 dulu selalu lukis pengantin yg rupa macam ni dan saya berangan yg ini ialah saya...

Tapi berangan tetap berangan...
Wedding nnti saya akan pakai songket...
Saya takleh pakai gaun sebab:
1. Saya nak songket sebab nak kekalkan tradisi saya sebagai gadis Melayu
2. Saya gemok, mana sesuai pakai gaun.. Nanti nampak macam guni pulak.. T___T
3. Nak pakai bole je, tapi nak pakai time bila..? Nikah pakai baju kurung; bersanding pakai songket.. Pastu mana ada apa2 upacara dah... Malamya buka hadiah takkan nak pakai baju lawa giler lagi kot.. Hohohoho...

Kesimpulannya, lupakan la gaun tu ya Asma.. Nak gi sewa pun haritu tanya dapat RM500 utk gaun dan suit pengantin lelaki.. Erm.. Takkan RM850 (songket RM350) semata2 nak pakai baju tak sampai sehari.. Membazir watpe... Lepas kawen lagi byk nak guna duit...

Cakap tentang duit, duit saya dah abes sebab 11hb aritu order felt dan sampai sekarang belom ship lagi sebab jammed dekat shipping company.. Maybe sebab Krismas dan ujung tahun dorang ada apa2 aktiviti semakan kot jadi banyak barang kena hold.. Ada lagi brooch bulat dan button yg saya order masih tak kunjung tiba... 
Gila.. Kalo tau, tak order aritu... Bole wat modal beli brg kawen...
Nak rolling duit pun takleh sebab dah x byk sale bulan ni (order tutup sebab nak focus utk DIY wedding, remember- nama tutup order, tapi bila org order, amik juga..hohoho...)..
Percaturan dah silap, tapi takpe la..
Cobaannnn...

Eh, cakap pasal ape ni...?
Okay, kembali ke pangkal jalan...

Tau tak, sayang giler nak bagi bride ni kat customer..
Tapi mana boleh, dah nama order kan.. HUhuhuhu..
Adik saya suruh saya buat lain bagi kat customer tu, tapi mana ada masa dah.. 
Nak kejar lagi 1 bulan dan 3 hari lagi...
Wooooo....

Ni la yg duk pulun haritu...

Esok saya tunjuk hasilnya ya...
Eh, tau tak... Pengantin perempuan punyer bantak ni namanya Asma jugak... :)

Wassalam....