Tutorial: DIY Handmade Wedding Card

Salam...

Ini ialah entry respond kepada kad kahwin handmade haritu..
Ramai yang email dan PM minta share cara nak buat kad ni...
JOm jom saya share... :>

Bagi saya nak wat kad kahwin ni susahla jugak sebab saya tak reti guna software lukis-lukis..
Saya guna MS Word dan Paint je...

Bagi korang yang pandai guna software macam Photoshop dan Adobe Illustrator tu, In Shaa Allah lagi mudah buat keje. (saya memang langsung tak reti guna).. Template kad yang dah siap tu saya ada tapi maaf tak boleh share, sebab it's very precious.. It can be imitated but can't be duplicated...

Amik masa yang amat lama nak figure out satu2 camna nak merealisasikannya tanpa guna software yang hebat.. Akhirnya dapat... >_<
Hari ni saya redo balik cara buat template tu untuk tunjuk kat korang...
Bila dah tau cara, rasa cam cepat la pulak siapkan.. Huhuhu...

Untuk buat kad, mula-mula guna paint. Saya amik gambar kotak yang edge dia smooth untuk buat bentuk kad ni..


Buat dua kotak (tengok anak panah)..
Pastu padamkan garisan kotak yang bertindih tu...
Habis satu cerita, terus buka MS Word


Insert gambar kad tadi dalam Word ni dan adjust saiznya supaya muat utk 3 keping kad.
Pastu buat garisan bertitik2 dan gariskan kat garisan bertindih yang kita padamkan tadi (rujuk kaler merah). Garis dari atas sampai bawah sekaligus utk menjimatkan masa...
Pastu search barcode kat Google dan insert dalam page ni...
Adjust size dan rotate bagi dia baring macam dalam gambar tu. (guna punat yg dibulatkan biru untuk rotate)

Haaaa..
Dah dapat dah template...
Sekarang dah bole decorate ikot citarasa korang... 
Guna text box la senang sket nak letak tulisan tu...

Memandangkan saya tak pandai lukis, jadi saya google gambar simple utk masukkan dalam kad ni...
Kalo korang Google, bole jumpa macam2 design kad kahwin yang cantek2 dorang buat...
Tapi nak design camtu guna MS Word ni, tak dapat kot.. Better guna software yang canggih sket...
Cam saya takpe, saya suka yang simple2...
Huhuhuhu...

Lepas siap tu korang print out dan potong je la...

Ni saya tunjukkan contoh kad saya...


Tak semestinya buat camni...
Korang decorate bagi lagi cantek tau...
Tak cantek kene babab... Huhuhu...

Sampulnya camana...?
Nak tau jugak ke... Sampulnya saya cuma potong atas sket je... Pastu letak gambar kat depan...
Meh saya tunjuk ya...


Okay...
Buat satu garis panjang dan senget kat bahagian atas kertas ni...
Garis ni untuk korang potong...
Kat perkataan Walimatulurus tu ialah muka depan sampul surat ni...
Tambah la design ape2 pun kat situ....
Sampul surat ni korang lipat tiga dan selitkan kad tadi tu kat dalamnya...

Nnti dia jadi camni....

Ni yang saya buat punyer..
Korang bole wat cam lain.. Contohnya nak senget dari awal ke akhir ke..
Atau nak bagi buat macam ombak-ombak rindu ke...
Nak buat macam gigi monster ke...
Ikot suka la asalkan korang bahagia....
Huhuhuhu...

Peta pulak saya guna MS Word juga..
Berjam2 gak la nak siapkan... (sebab tak pandai kan.. Hohoho..)
Peta saya print kat bahagian belakang sampul ni, jadi secara automatic peta tu akan berada di belakang kad selepas dah masukkan dalam tu...
Macam ni...


Bila dah sampul rapi rupanya jadi camni...


Siap!
Bila orang tengok hasil ni rasa cam senang je buat sendiri...
Tapi, Allah je tau... Nak nanges jgk aku ni... T__T
Tapi bila dah siap... PUAS!!!
WoooHohohoho...

Okay, kos pulak....
Mesti korang tak sabar nak tau kos kan...
Jap la nak bagitau la ni...

Wokep...
Saya buat 600pcs kad, jadi bahan2nya ialah:

1. Kad keras 160gsm : 600keping kad /3 = 200keping kad saiz A4. Saya jumpa kad paling murah RM25/100pcs. Jadi RM25x2 = RM50.00

2. Sampul guna kraft paper. Bapak susah nak cari kertas coklat ni kat Kuantan.. Akhirnya jumpa tapi tak byk stok.. Saya beli semua yg ada kat kedai tu dan ngam2 je cukup.. Huhuhu.. Rezeki...
RM2.40/40pcs.. Nak 600pcs jadi RM2.40x15pek = RM36.00

3. Catridge baru terpaksa beli sebab catridge yang sedia ada dah tak dapat dibaca oleh printer walhal selama ni okay je... X( =RM85.00 
Sebenarnya ink dia abes selepas siap 300pcs, tapi saya refill semula dgn ink free yang dapat sekali ngn printer aritu jadi dah jimat RM85. Kalo tak, kene beli la sekotak lagi... Kos tuuu.... T___T

Jumlah: RM171 bahagi 600keping = RM0.285 sekeping 

Saya kira kalo catridge sewel tu tak rosak. bole jatuh RM0.143 sekeping...
Hampeh betol la.. <--(memang kedekut.. :P)

Jadi pro dia ialah:
1. MURAH
2. HASIL YANG MENGGEMBIRAKAN 100% IKOT KEHENDAK HATI
3. VERY EXCLUSIVE- ORANG LAIN TAKLEH DUPLICATE

Con dia pulak:
1. PENAT GILER NAK MENDESIGN (nak2 orang buta komputer cam saya)
2. PENAT GILER NAK MEMPRINT
3. PENAT GILER NAK MEMOTONG
4. PENAT GILER NAK MELIPAT
5. KALO KENE AIR DIA AKAN CAIR 

So korang pikir2 la ya..
Kalo nak senang bole terus tempah kat kedai...
Mr Wolverine tempah kat kedai.. Dapat 70sen sekeping (dia tempah 500pcs je. Kalo 1000pcs bole jatuh 35sen) tapi memang cantek la.. Full kaler depan belakang... Pastu tak penat pun... 
Tempah, bayar, siap.. Abes citer.
Bukan macma saya ni, terkial2 depan printer.. Hahahhaha!

Phew...
Penat giler tulis entry ni...
Harap ia memberi manfaat kepada korang... 
Dan pastikan korang buat kad kawen yang lebih cun dari saya ni tau...
Dah buat nanti jangan lupa share; cuma email saya kat asema84@gmail.com; saya nak tengok hasilnya...

Wassalam...









34 Ulasan

  1. hai awak.nk tnye mcm maner buat peta tue?awak gune aper?boleh tlg ajar tak?thanks :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku maybe boleh ajar kalau nak tahu. datang sini la.. http://akuberceritaaaa.blogspot.com/2013/11/cerita-serius-cara-buat-map-kad-kahwin.html

      Padam
  2. hai awak.nk tanya.mcm maner awk buat peta tue ah?boleh tlg ajar tak?thanks ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh, peta tu saya guna word jgk...
      Cuma amik aplikasi picture dan buat garisan.. Patu insert logo bangunan.,. simple je.. Huhuhu..

      Padam
  3. salam,
    awk, nk tanya kertas tu awk beli kt mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...
      Kat kedai buku..
      TP x byk stok.. Aritu saya beli semua n dorang tak restock dah..
      Haha. RAsa bersalah plk.. :P

      Padam
  4. macamner nk wat tue.. peta letak tang mne... kad belakang kad tue ker..?? ajarr.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. MAcam ni, kertas coklat tu saya print yg mcm gmbar 3; kemudian peta tu saya print kat sebelah belakang kertas coklat tu...
      JAdi bila lipat, peta duk kat dalam, dan gambar org tu duk kat luar.. :>

      Padam
  5. cantik ler... cute... mcmner nk wt tue... ajarkan... hihi

    BalasPadam
  6. Thanks yer.. tutorial yg byk membantu....saya tgh servey untuk buat DIY Kad Kahwin

    BalasPadam
  7. sangat lawa untuk org yang buta photoshop. guna perisian yg ada aje awak dh boleh bwt lad kahwin cun. good job cik writer! saya sangat kagum

    BalasPadam
  8. salam sis, nak mintak tolong boley? tolong fowardlkan template kad kawen mis ni.... sangat cantik... mula2 saya ingat nak fototstat je kad kawen saya, sebb xde bajet...tp lepas tgk miss wat ni, saya berkenan pulak...dala rege pn x mhl...harap dapat membantu miss....moga miss sentiasa di berkati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sori, saya tak simpan template ni..
      Itu sebabnya saya buat tutorial untuk mereka yang suka DIY

      Padam
  9. salam hi. kita nk tempeh kad dengan awak boleh? nak suruh awak buat dlm 100 pcs. pls contact me 0105758806

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..
      Sori sis.. Saya tak buat tempahan utk kad kawen..
      Cuma amik tempahan utk felt craft je..

      Padam
  10. Frankly..this is one of the good quality wedding card. What you pay and what you get. The best handmade wedding card is chosen by wedding planner and match with beautiful designer gown

    BalasPadam
  11. Hai, Kenapa waktu saya nak insert barcode tu smua lari ya. Plus nak masuk kan dalam kotak yang da dibuat itu seem impossible

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai.. Ni guna MSword kan? Sis ikot steps ni ya:

      1. klik gmbar
      2. tab atas tu cari picture tools > format.
      3. Cari "text wrapping" (kat sebelah kanan2 sikit) ikon gambar doggy garis2
      4. Pilih "in front of text" atau "behind text" ikot kesesuaian.

      Selepas pilih ni baru bole gerakkan gambar tu sesuka hati..
      Try ya, kalo tak dapat bole tanya semula :)

      Padam
  12. Wah, cantiknya.
    Nak buat juga tapi malangnya, tak ada perisian Photoshop. Alahai, kempunan rasa.
    Tapi tak apa. Sha tak akan berputus asa. Perisian asas yang lain pun pastinya ada, boleh membantu Sha.

    Terima kasih berkongsi. Cantik tau kad awak. Siap map berasingan lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekasih..
      Memang tak perlu photoshop pun.. :>

      Padam
  13. assalam sis...macam mana nak padam dan buat garisan putus2 tu?
    mohon tunjuk ajar erk sis terim kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Athirah.

      Kat word tu, pegi kat INSERT > SHAPE > pilih garisan dan letak garisan kat mana yg kita nak..

      Pastu klik garisan tu dan pegi kat DRAWING TOOL > SHAPE OUTLINE > DASHES > pilih garisan putus2..

      Dapat tak..
      Kalo tak dapat inform balik kat sini ya.. :>

      Padam
  14. Assalam sis..cantik ^^
    kraft paper tu size A4 ke? n sis pakai kraft paper tu as background or envelope?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saiz A4 sis. Saya beli kat kedai buku.
      Saya guna as envelope :)

      Padam
  15. Assalam sis..cantik laa ^^
    kraft paper tu size A4 ke? sis pakai kraft paper tu as envelope/background?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama