Minat Felt Craft.. Tapi Tak Tau nak Start dari Mana?

Salam...

Ini adalah salah satu soalan yang sering ditanya oleh mereka yang mula-mula nak berkraf.
Tak tau nak start dari mana...?
Okey,harini saya berkesempatan menulis entry ni...
Saya share setakat yang saya tau je la ya...

Proses Menghasilkan Felt Craft for Newbies

1. Tau jahitan asas - asas untuk felt craft cuma dua jenis jahitan iaitu jelujur dan insang pari. Asalkan korang tau dua jenis jahitan ni dah cukup.

2. Ada bahan - bahan2 felt craft cuma kain felt je. Bahan lain seperti keychain, hp straps, brooch dan sebagainya juga perlu bergantung kepada produk yang ingin anda hasilkan. Nak mudah beli je starter pack dari saya ni..
Harganya cuma RM35 termasuk pos (semenanjung). Dalam ni semua bahan2 asas dah lengkap untuk korang buat projek. Buku template juga disediakan untuk guide korang buat template sendiri.

Atau kalo tak yakin, bole beli bajet pack ni berharga RM16.00 termasuk pos.
Kuantiti lebih kecik untuk korang yang nak cuba-cuba je dulu. (cewah, sempat pulak promote..)

3. Bayang objek yang ingin dicipta - macam dasyat je bunyi.. Hahaha.. Untuk permulaan korang pikir yang mudah-mudah je cukup. Jangan fikir nak buat rumah, atau manusia, atau doraemon macma tu. Memandangkan ini first time punya projek, bayangkan objek yang simple2 je dulu... Semakin banyak buat, baru fikir yang semakin rumit.. NI saya nak share objek yang mula-mula saya buat semasa mula terjebak dengan felt craft ni. Janji jangan gelak..

Hebat tak??

Ni saya senaraikan contoh2 objek mudah yang korang bole create...

Inilah objek yang paling mudah dan menggembirakan hati

Ni pun

Ni memang ramai suka

Ni susah sikit, tapi ok la...

Ni dah masuk novice tapi masih mudah.

4. Lakarkan - amik kertas dan pensel lalu lakarkan objek itu. Pastu potong dua keping. 

5. Buat - ni part paling best.. Potong felt ikot lakaran, hiaskan dengan corak yang korang suka. Untuk permulaan korang bole gamkan kalo rasa jahitan corak kurang kemas. Kemudian jahit sekeliling dan sumbat fiber. Kalo buat keychain, jangan lupa selitkan tali atau riben untuk gantung keychain... SIAP!!

Senang je kan...

Harap info ni menjawab pertanyaan korang yang buntu macam mana nak start buat felt craft ni.. 
Saya faham..
Saya pun mula2 cmatu gak.Lepas beli starter pack, saya duk dekat setengah jam merenung felt tu sebab tak tau nak start dari mana... Lepas beberapa hari baru la saya start buat Mr Funny Face..

Okep, kat bawah ni ada tutorial yang pernah saya buat sebelom ni sebagai rujukan korang...


Wassalam....
Previous
Next Post »

12 comments

Write comments
asma langit
AUTHOR
16 December 2014 at 02:51 delete

Nak order bole order direct kat website http://asmafeltbox.com ataupun isi borang kat bawah ataupun email asema84@gmail.com ataupun whatsapp saya kat 0139325870

Nanti snearaikan barnag yang nak dibeli dan saya akan jumlahkan harganya termasuk pos.. ^_^

Reply
avatar
23 March 2015 at 10:49 delete

Boleh tak saya nak beli yang 16 ringgit tu .

Reply
avatar
asma langit
AUTHOR
6 May 2015 at 09:36 delete

Bole sis.. email atau whatsapp saya ya..
Tak pun bole order direct kat http://asma-felt-box.com :>

Reply
avatar
fatin amira
AUTHOR
21 August 2015 at 00:32 delete

Boleh order lagi tak?

Reply
avatar
asma langit
AUTHOR
21 August 2015 at 10:39 delete

Bole2..

Order kat http://asma-felt-box.com/index.php?route=product/product&path=66&product_id=69

Atau email asema84@gmail.com

Atau whastapp 0148492746

Reply
avatar
24 April 2016 at 23:28 delete

Sis.. sekarang ni maseh ad jual lagi kew ?

Reply
avatar
asma langit
AUTHOR
10 June 2016 at 00:08 delete

Bole..
Bole email ata whatsapp saya ya.. :>

Reply
avatar
asma langit
AUTHOR
10 June 2016 at 00:09 delete

Masih jual sis..
Craft supply bole tengok kat asma-felt-box.com
Untuk hanmade bole direct contact saya melalui email, whatsapp atau FB.. :)

Reply
avatar