30/09/2013

Bantal Felt : Wedding Gift Handmade Pillow

Salam....

Selamat pagi Isnin...
Hari bertuah utk memulakan kerja selepas 2 hari bercuti (atau 1 hari bercuti bagi kebanyakan orang)..
Ahad pun saya dianggap bercuti sebab tak perlu packing barang untuk pos...
Tapi Isnin ni banyak keja la... Muahahahhahahhaha...

Jom tengok Felt Pillow lagi


Bantal felt untuk hadiah perkahwinan
Ini yang customer tempah ek.. 
Saya takde buat yang ready made...
Kalo nak, kene tempah dulu tau...
Huhuhu....

Okay la...
Esok syaa nak pos barang untuk consignment kat sekolah...
Jadi harini kene pulun giler...
Sape nak pulun nagn saya?
Jom!

Wassalam...

26/09/2013

Minat Felt Craft.. Tapi Tak Tau nak Start dari Mana?

Salam...

Ini adalah salah satu soalan yang sering ditanya oleh mereka yang mula-mula nak berkraf.
Tak tau nak start dari mana...?
Okey,harini saya berkesempatan menulis entry ni...
Saya share setakat yang saya tau je la ya...

Proses Menghasilkan Felt Craft for Newbies

1. Tau jahitan asas - asas untuk felt craft cuma dua jenis jahitan iaitu jelujur dan insang pari. Asalkan korang tau dua jenis jahitan ni dah cukup.

2. Ada bahan - bahan2 felt craft cuma kain felt je. Bahan lain seperti keychain, hp straps, brooch dan sebagainya juga perlu bergantung kepada produk yang ingin anda hasilkan. Nak mudah beli je starter pack dari saya ni..
Harganya cuma RM35 termasuk pos (semenanjung). Dalam ni semua bahan2 asas dah lengkap untuk korang buat projek. Buku template juga disediakan untuk guide korang buat template sendiri.

Atau kalo tak yakin, bole beli bajet pack ni berharga RM16.00 termasuk pos.
Kuantiti lebih kecik untuk korang yang nak cuba-cuba je dulu. (cewah, sempat pulak promote..)

3. Bayang objek yang ingin dicipta - macam dasyat je bunyi.. Hahaha.. Untuk permulaan korang pikir yang mudah-mudah je cukup. Jangan fikir nak buat rumah, atau manusia, atau doraemon macma tu. Memandangkan ini first time punya projek, bayangkan objek yang simple2 je dulu... Semakin banyak buat, baru fikir yang semakin rumit.. NI saya nak share objek yang mula-mula saya buat semasa mula terjebak dengan felt craft ni. Janji jangan gelak..

Hebat tak??

Ni saya senaraikan contoh2 objek mudah yang korang bole create...

Inilah objek yang paling mudah dan menggembirakan hati

Ni pun

Ni memang ramai suka

Ni susah sikit, tapi ok la...

Ni dah masuk novice tapi masih mudah.

4. Lakarkan - amik kertas dan pensel lalu lakarkan objek itu. Pastu potong dua keping. 

5. Buat - ni part paling best.. Potong felt ikot lakaran, hiaskan dengan corak yang korang suka. Untuk permulaan korang bole gamkan kalo rasa jahitan corak kurang kemas. Kemudian jahit sekeliling dan sumbat fiber. Kalo buat keychain, jangan lupa selitkan tali atau riben untuk gantung keychain... SIAP!!

Senang je kan...

Harap info ni menjawab pertanyaan korang yang buntu macam mana nak start buat felt craft ni.. 
Saya faham..
Saya pun mula2 cmatu gak.Lepas beli starter pack, saya duk dekat setengah jam merenung felt tu sebab tak tau nak start dari mana... Lepas beberapa hari baru la saya start buat Mr Funny Face..

Okep, kat bawah ni ada tutorial yang pernah saya buat sebelom ni sebagai rujukan korang...


Wassalam....

24/09/2013

Re-branding..?

Salam..

Saya dah lama pikir nak re-branding..
Cuma saya tak tau nak nama apa...

Rasa nk rebranding ni start time saya niaga kat Midtown Esplanade lagi..
Time saya edar flyers, ramai yang terkejut beberapa saat pastu gelak seraya berkata, "laa. Sy igtkan jual ubat athma.. "
Bagi saya itu tak kelakar...

Kemudian ada lagI beberapa orang dewasa (peniaga jugak) yang komen tentang nama brand saya terlalu panjang dan susah nak sebut...
Asma felt box.. susah ke...?

Dan bila saya participate dalam beberapa kursus dan seminar usahawan, ada sesi pembentangan perniagaan seperti bajet, nama, packaging, produk, advertising dan sebagainya... time saya bentangkan jenama saya, speaker tu komen bahawa Asmafeltbox ialah nama yang berunsur negatif, terlalu panjang dan susah nak sebut. Dia sarankan saya tukar kpd AFB (singkatan asma felt box)...
What..?
Macam sangat tidak memberi apa2 erti je nama AFB tu...

Susah ke nak sebut asma felt box..
louis vuitton senang tak nak sebut? Sebab fu rata2 sebut LV je ek...

Sejak balik dari seminar tu (kira2 2 tahun yg lepas) saya bersetuju dengan pendapat mereka..
Negatif, panjang dan susah nak sebut..
Dan saya nak tukar kepada nama lain yang lebih bold, outstanding dan senang nak ingat..
Akibatnya, dua tahun kemudian (iaitu harini) saya masih tak ubah nama asmafeltbox tu...

Kenapa...?
Bukan sebab tak mau, tapi sebab tak tau nak tukar kpd nama apa...
Banyak idea yang saya senaraikan tapi satu pun rupanya tak macam saya...
Saya tak nak jadi fake...

Harap2 sebelom habis tahun ni saya dapat figure out satu nama lain yang sesuai untuk dijadikan brand menggantikan asmafeltbox,..
Seriously, saya tak sabar nak rebranding...

Selamat berjaya Asma...

Wassalam...

23/09/2013

Button Sea Creature: 50sen

Salam...

Butang Hidupan Laut...

Button Ball
Button Siput
BUtton Turtle
Button Coconut Tree
Button Fish


Button Boat
Button Shell
Button Seahorse
Button Crab
Button Dolphin


Button Umbrella
Button Lobster
Button Starfish
Button Squid
Button Seal


Ada promotion
Harga 50sen sebiji.
Bentuk boleh pilih. Warna diberi secara rawak.

Berminat, sila isi borang di sebelah.
Atau Direct Checkout di http://asma-felt-box.com

Bear Buttons for Craft

Salam...

Butang Beruang Restocked!

Bear Buttons 11x22mm
RM1.50/10pcs
Mixed Colour

Berminat, sila isi borang di sebelah..
Atau direct checkout di http://asma-felt-box.com


Round Buttons 11mm

Salam...

Butang BUlat 11mm 4 lubang


Round Buttons 4 Holes 11mm
RM1.00/10pcs
Mixed Colours

Berminat, sila isi borang di sebelah..
Atau direct checkout di http://asma-felt-box.com


Round Buttons 4 Holes 9mm (Restocked!)

Salam...

Butang Bulat 4 lubang 9mm



Round Buttons 4 Holes 9mm
RM1.80/20pcs
Mixed Kaler...

Berminat, sila isi borang di sebelah..
Atau direct checkout di http://asma-felt-box.com

Round Button 4 Holes 15mm

Salam...

Butang Bulat 4 Lubang 15mm


Round Buttons 4 holes 15mm
RM1.50/10pcs
Mixed Colour

Berminat, sila isi borang di sebelah..
Atau direct checkout di http://asma-felt-box.com




Button Apple Restocked!!

Salam...

Butang Epal 

Apple Buttons 9mm
RM1.50/10pcs
Mixed Colours

Berminat, sila isi borang di sebelah..
Atau direct checkout di http://asma-felt-box.com




Butterfly Buttions (New!)

Salam..

Butang Rama-Rama
Ada 10 warna semuanya...



Butterfly Buttons 
RM1.50/10pcs
Mixed Colour

Berminat, sila isi borang di sebelah..
Atau direct checkout di http://asma-felt-box.com





Flower Buttons 11mm (more colours)

Salam...

Button Bunga 11mm...
Dengan penambahan warna jugak..


Flower Buttons 11mm
RM1.50/10pcs
Mixed colour

BErminat, sila isi borang di sebelah..
Atau direct checkout di http://asma-felt-box.com



Round Buttons 9mm (more colours)

Salam...

Butang Bulat 9mm pun dah restocked!
Juga dengan lebih warna... :>



Round Buttons 2 holes 9mm
RM1.80/20pcs
Mixed colour

Berminat, sila isi borang di sebelah
Atau direct checkout di http://asma-felt-box.com


Flower Buttons 14mm (more colours)

Salam....

Nak marathon harini... Bersedia ya....

Butang Bunga 14mm kini muncul dengan lebih banyak warna



Flower Buttons 14mm
RM1.50/10pcs
Mixed kaler

BErminat sila isi borang kat sebelah 
Atau direct check out di http://asma-felt-box.com




20/09/2013

Mini Felt Pack

Salam...

Ingat tak kat Mini Felt Pack ni...

Dah lama hilang, kini muncul kembali...

Mini felt Pack ni ialah polyester felt (tebal 1.2mm) bersaiz 11.5x12.5cm.
Setiap pack mengandungi 30 warna (sekeping utk 1 warna)
Warna2nya sama dgn yg kat bawah ni,..


Nal order, bole terus is borang kat sebelah ni..
Atau direct order kat asma-felt-box.com

Wassalam...



18/09/2013

Butterfly Buttons

Salam...

Sori, lama menyepi...
Saya baru balik dari kampung...
Sedih sikit.. Time otw blk kampung tu ayah saya kene strok...
Masuk hospital kejap, sebelah kanan badan paralyzed.. Keesokan harinya dah ok...
Alhamdulillah...
Harap2 lepas ni ayah tak kena dah..
Takmo tengok ayah dalam keadaan tu.. Takmo! Takmo!

Apapun perkara paling best sekali time balik kampung ialah main dengan anak buah..
Anak buah tu pun baby lagi.. So saya je la main dgn dia, dia tak main pun ngn saya...
Nanti dha besar sikit bole berbual2.. Besntnya!!
Harap2 dapat anak sendiri dalam waktu terdekat ni...
Amin....

K la...
Sebelom melalut meh saya tunjuk buttons yang baru sampai haritu...

BUTTON BUTTERFLY
Cantek tak? Cantek tak?
Hahahah... Suke giler tengok button ni...

Butang rama-rama ni saiznya 15x18mm
Mixed colour
1 pek ada 10pcs (mixed colour)
Harga cuma RM1.70/pack

Selain tu ada beberapa butang yang dah restock...
Tapi kali ni kalernya lebih banyak berbanding yang sebelomnya...

ROUND BUTTON 9mm
Sebelom ni butang bulat 9mm ada dalam 6 kaler je kan...
Kali ni dah tambah kaler menjadi 9 kaler...
Ada tambahan kaler oren, pink lembut dan putih...
Cantek... Suka tau.. :>

Round Button 9mm ni harganya masih sama RM1.80/20pcs

BUTTON FLOWER 11mm
Butang bunga 11mm pun ada tambahan kaler..
Sebelom ni cuma ada 5 kaler sahaja, tapi yang baru sampai ni ada 11 kaler...
Jenuh gak nak asingkan.. Hohoho...

Harga pun masih sama iaitu RM1.50/10pcs

FLOWER BUTTONS 14mm
Butang bunga 14mm pun 10 kaler jugak berbanding yang sebelom ni cuma 5 kaler...
Harga masih lagi RM1.50/10pcs

Terpukau....

Saya masih lagi mencari-cari button lain lagi ni..
Rasanya saya ni dah gilakan button la..
Patang nampak je mesti excited giler nak beli...

Tapi sekarang ni pun susah gak nak beli je.. Sebabnya Ringgit Malaysia dah turun dgn ketara dan ia turut mempengaruhi kos barang2 yang kita import dari luar...
Harga barang2 kraf ni pun dah naik sikit...
Tapi setakat ni saya masih mampun teruskan dengan harga lama lagi...

Kepada korang tak dapat tunggu saya respond borang pesanan; satu alternatif yang mudah ialah dengan membuat pembelian di website saya:


Don't worry, saya dah update website ni tadi...
JAdi semua barang dalam tu available (kecuali yang tulis out of stock)

Ok, jom2 kta sambung jahit...
YeeHaaa!!

Wassalam...

11/09/2013

Felt Kit Starter Pack in BULK!

Salam...

Berita baik untuk orang Kuantan yang nak beli Felt Kit Starter Pack...
Kini korang boleh dapatkan starter pack ni terus kat kedai...
Kalo rasa macam nak pegi sekarang pun bole jugak..
So tak perlu nak tunggu sehari Encik Posmen kacak hantar barang ni...
Terlalu excited kan sampai tak sanggup nak tunggu.. Kuikuikui....

Ni la Starter Pack versi Excited
Saya re-pack semula memandangkan display dalam kedai, kastemer mesti nak tau barang apa yg ada kat dalam kan.. Kalo beli online, bole baca detail satu2...
Siap bole tanya lagi sampai 30 coversations selama beberapa hari baru decide nak beli...

Ok tak packing macam ni?
Simple2 je tapi put lots of efford jgk la nak pikir sampai dapat jadi macam ni...
Packing item satu2 pun agak memakan masa jugak..
Tapi hasilnya berbaloi-baloi.. >_<


Setiap Starter Pack akan didatangkan dengan Template Book ni...
Dalam buku ada gambarajah jahitan asas dalam felt craft dan beberapa template asas yang korang boleh guna.
Sangat best untuk beginner yang baru nak cuba main-main dengan felt craft ni.
Yang dah pro tu tak perlu nak komplen banyak2 ya...
Nama pun starter pack kan... 
Kalo Expert Pack baru la template gempak punya.. macam template rumah 3D ke, atau tempate Optimus Prime yang bole bertukar rupa (ceh, lebih-lebih plk aku ni..)

(erm..maybe saya bole buat Expert Pack pulak pasni... :/)

Ada 10 pek je yg available kat kedai..
Nak test market dulu, tengok ada sambutan tak...
HArganya RM30.00 je tau...

Kedai mana tu..?
Haa. Kalo nak tau bole email saya ya : asema84@gmail.com
Saya bole je tulis kat sini, tapi saya nak tengok feedback dari orang Kuantan...
At least tau berapa orang orang Kuantan yg follow dan berminat nak dapatkannya...

Ok, cepat2 sebelom kehabisan...

Wassalam...

p/s: pwh, ada butang baru masuk kedai... Nnti sy update.. >_<






09/09/2013

Bulk Order in Progress...

Salam...

Wow.. Beberapa hari ni rasa lemau-lemau je la...
Hujan, mendung... Nyaman je.. Huuuuu...
Kan best kalo hari2 camni...

Tapi tak best la time keluar nak pos barang...
Dan tak best jgk sbb buat keje slow je.. Nyaman la katakan.. Hahaha..

Mood amik gambar dah kembali, maka inilah work in progress...

Keychain onigiri in progress

Keychain Owl in progress..

Ini ialah URGENT BULK ORDER yang saya siapkan dalam keadaan yang amat tergesa2...
Ada lagi yang lain tapi tak sempat dah nak amik gambar...
Paling tak best hasil akhirnya pun tak sempat snap..
Siap je, packing2 terus pos...

Erm.. tak best... :(

Mungkin patot ada cctv kot...
Auto capture tiap kali barang siap je, automatic snap takyah suruh2 (ada ke macam tu...? Haha..)

Waaahhh...
Time tai entry ni saya dh 4 kali menguap..
Apa la.. Baru pukul berapa; entry pendek je pun...
Nyaman sunggoh.. Erm... -__-zzz

Eh, ok bye...

Wassalam...


06/09/2013

Couple Pillow

Salam...

Selamat Hari Jumaat... :>
Couple pillow lagi.... Kali ni nak corak domo-kun...


Couple Pillow bercoral Domo-kun...
Berminat nak order, bole isi borang ya...

Craft Supplies bole tgk kat sini: http://asma-felt-box-catalog.blogspot.com/
Handmade order yg sebelom2 ni bole tgk kat FB: https://www.facebook.com/asmafeltbox

Wassalam...

04/09/2013

Kos Pos Daftar ke Luar Negara

Salam...

Sape2 yang baca FB saya mesti dah tau...
Siang tadi saya buat teka teki..
Teka berapa kos pos daftar keychain kecik ni ke France dengan menggunakan Pos Daftar.

Ini la keychain yang dimaksudkan itu...

Sebelom ni saya pos keychain ni sebiji ke US, UK, France dan Canada menggunakan Pos Daftar dengan kos RM6.90

Pada June 2013, Pos MAlaysia Berhad dah revised harga pos dan buat harga baru..
Saya tau la mestu naik harga punya...
Tapi sejak kawen saya dah tak aktif promote untuk pasaran luar; jadi tak amik port la harga terkini Pos Daftar.

Sebelom pos ni saya dah check kalo envelope kecik harganya dalam belas2 camtu la...
JAdi seperti biasa saya masukkan dalam envelope kecik...

Siang tadi saya pegi pos dan bajet mungkin naik ke RM10 atau RM12 camtu...
Sekali kene RM25.00 utk pos sebiji keychain ni...
Gila...
Keychain ni pun RM5.00 je...
Hahahaha...

Katanya pos barang atau envelope kembung dia kira sebagai Small Packet...
Kesiannya aku...
Baru ingat nak aktif balik jual ke luar, nampaknya terbantut la impian...

Kenapa kejam sangat dunia ni...?

Wassalam....




02/09/2013

Video tutorial jahitan lilit ubi

Salam...
Video tutorialjahitan lilit ubi dah siap edit..
Tengok kat sini ea...



Ada 2 jahitan lagi iaitu jahitan kia dan insang pari...
Huhuhu... walaupun video cuma seminit tapi jenuh gak nk mengedit ek...
Semoga video ini memberi manfaat...
Wassalam...