24/12/2013

Diskaun felt dan craft supply

Salam...

Hai korang..
Dah laa sangat kan tak update perkembangan terbaru...
Cewah, macam la artis nak update perkembangan.. kikiki...

Bulan ni saya kurang aktif berkraf sebab balik kampung utk persediaan kenduri adik..
Namun, tetibe berlakunya banjir kilat menyebabkan majlis itu akan ditangguh ke 28hb ni...

Bulan ni saya dapat banyak order melalui http://asma-felt-box.com
Seperti yang korang sedia maklum, sesiapa yang order kat website ni akan dapat 3% diskaun dan utk pembelian rm100 dan ke atas akan dapat free shipping.
Tapi, ada jugak oder yang tak masukkan kod kupon, maka tak dapat diskaun 3% tersebut.

Kepada korang yang tak pasti kat mana nak masukkan kod diskaun, kat bawah ni saya attachkan printscreen.
Time checkout nanti akan muncul satu page yang ada senarai dan harga barang2 yg  korang order..
Kat bahagian bawah tu ada satu kotak coupon..
Korang cuma masukkan perkataan DISKAUN kat ruangan coupon tersebut dan klik update
Pastu sistem akan automatik bagi diskaun 3%.

Saya rasa rugi pulak bila korang dah gunakan sistem kat website ni, tapi tak dapat diskaun.
Oleh itu, jangan lupa masukkan kod tu tau...

Wassalam..

17/12/2013

Tribunal pengguna

Salam...

Sedikit info kepada pembeli online yang pernah kene tipu dek online shop..
Korang boleh buat laporan dintribunal pengguna..
Cuma search kat google dan maklumat akan muncul...

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

Saya pun pernah disoal oleh kastemer, "barang yg awak jual ni betul2 wujud ke? Awak akan pos kan? Saya ni first time beli dengan awak jadi saya nak awak poskan dulu, lepas dapat barang baru saya bayar. Sebab saya takot kene tipu," katanya ketika drop order bernilai rm10.00.. Saya bertexting dgn dia pun dah abes dekat rm5.00 topup sebab byk soal punya pasal.

Oleh itu, jika anda pernah m3njadi mangsa online shop yang tak bertanggungjawab ni, sila gunakan hak anda..
Tapi sebelom report, bagi masa untuk seller tu respond dulu..
Ada kemungkinan jugak dia dlm masalah atau ke luar negara..

Contohnya banjir di kuantan dan kemaman baru2 ni, air naik dgn sgt cepat sampai ke paras dada. Tempat yang tak pernah banjir pun banjir.
Banyak harta benda yang musnah. Ada yg total lost, ada yg hanya 10% barang2 terselamat..
Elektrik takde selama beberapa hari. Tak dpt charge phone, laptop n tab. Ada juga yang tak sempat selamatkan itu semua demi menyelamatkan nyawa ahli keluarga terlebih dahulu..
Ada jugak pencuri masuk rumah larikan brg2 berharga..

Mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara, duduk berhimpit2 dengan yg bukan muhrim.
Makan nasi lauk sardin n telur setiap hari..
Ada juga geng kurang ajar berebut2 makanan dan sorokkan makanan ntah apa sebabnya.
Baju terpakai yang didermakan kepada mangsa banjir, bukan digunakan oleh mangsa banjir. Tapi kaum kemboja yang datang beramai2 dan pilih2 baju bersama anak2 mereka dan masukkan dlam guni siap pasang lampu kat dahi masing2 dalam gelap. Ada yg siap bawak van lagi nak amik baju2 tersebut. Bila ditegur, dorang buat bodo je..
Orang melayu ni baik hati, takmo gaduh2 jadi biarkan aje perangai buruk kaum tersebut..

Ada keluarga yang tak sempat amik makanan dah abes.
Tapi ada yg dapat banyak dan sorok2 bawak balik utk famili makan.. tak abes, dibuangnya...

Mungkin online seller tu salah seorang mangsa bencana alam ni..
Oleh itu sila bg ruang untuk mereka respond sebelom buat report...

Semoga kita semua tidak menjadi mangsa manusia yang tidak bertanggungjawab ini..
Amin...

Wassalam..

05/12/2013

Felt besar

Salam...

Polyester Felt 1/4 meter (46x50cm) kini boleh didapati di asma-felt-box..
Semua 30 kaler available..
Harganya RM4 sekeping...

Semua warna ni ada...

Felt ni saiznya ala-ala kad manila...

Berminat, sila isi borang atau order kat http://asma-felt-box.com

Saya pos barang setiap hari kecuali Sabtu,Ahad dan cuti umum...

Wassalam...

02/12/2013

DISKAUN DAN POS PERCUMA CRAFT SUPPLY

Salam...

Selamat pagi... Di sini ada sedikit announcement.. :>


1. DISKAUN 3% : Kod : DISKAUN

Mulai harini, sapa2 yang beli barang kat website http://asma-felt-box.com akan dapat potongan 3%.  Korang cuma perlu masukkan perkataan DISKAUN time check-out dan automatic akan deduct harga tu nanti. No minimum order. Beli singgit  pun dapat diskaun. Tapi kalo tak masuk kod DISKAUN, tak dapat la ek. Saya tak bole setting utk automatic diskaun; jadi terpaksa guna kupon.. Sori semua...T__T

2. POS PERCUMA

Mulai harini juga, sapa2 yang beli barang kat website  http://asma-felt-box.com mencapai harga RM100 dan ke atas; akan dapat POS PERCUMA. Bermaksud, korang hanya perlu bayar harga barang. Pos saya tanggung... Baik kan saya..? Kuikuikui....

3. NO DISKAUN

Mulai harini juga, pembelian melalui email, borang kat blog, pm kat FB dan whatsapp TIDAK akan dapat 3% diskaun. Sebabnya diskaun tu saya transfer kat website.. Bole order kat website untuk diskaun.

4. NO SMS

Mulai minggu lepas saya tidak akan membalas sebarang sms. Sila guna pelbagai medium yang disediakan iaitu email, borang, pm di FB, website dan whatsapp untuk membuat pesanan. Pembelian melalui sms mengundang pelbagai masalah kepada saya dan urusan berjalan dengan sangat tidak lancar. Maaf ya...

Kenapa bagi diskaun kat website sahaja?
Saya bagi diskaun kat website sebab saya dapati customer yang order melalui website telah memudahkan kerja saya sebanyak 80%. Dia mana saya tidak perlu:
- reply banyak kali
- taip satu2 nama barang dan harga barang
- kira jumlah harga dan tolak 3%. Kadang2 terlupa bagi diskaun
- copy dan paste no akaun
- dan kalau order yang banyak kali tukar atau tambah order, saya perlu scroll dari atas sampai bawah dan double tripple check untuk memastikan ia betul. Tapi ada jugak yg silap packing.. :(
- sentiasa online dari pagi sampai malam untuk bagi feedback cepat. Kalo time biasa ok la; tapi time nak sipakan bulk order memang tak sempat nak online.. :'(

Dan ia juga memudahkan kerja customer kerana mereka tidak perlu:
- tunggu malam atau pagi esok untuk saya reply
- tunggu saya confirm harga apabila mereka tukar order
- tunggu saya confirm harga bila saya tersilap kira
- tunggu saya bagi no akaun
- tunggu saya confirm dah dapat bayaran dan bila akan pos

Oleh itu, saya berpendapat layaklah mereka yang memilih untuk order di website mendapat 3% diskaun dan pos percuma untuk pembelian RM100 dan ke atas..

Apapun, korang masih boleh order melalui borang kat sebelah ni, atau email, atau whatsapp atau FB. Saya akan reply seperti biasa setiap kali online. No problem.. Cuma tak dapat diskaun 3% dan free shipping. Maaf ya...

Wokep, tu je kot..
SAya pulun siapkan doorgift utk perkahwinan adik saya..
HArap2 sempat la sebelom 7hb...
Amin...

Wassalam....

01/12/2013

Heart Necklace from Ash Wardrobe

Salam...

Ash Wardrobe dah masukkan beberapa item baru...
Antaranya ialah Rantai Loket berbentuk hati


Rantai ni stainless steel coated, boleh kene air, tak berkarat.
Saya pakai ni bawak mandi pun masih ok..
Kulit saya pulak jenis cepat gatal kalo pakai barang kemas tiruan..
Tapi rantai ni ok.. Lepas sekali pakai, tak tanggal2 dah..
Seronok!


Saiz loket 1cm



Harga RM9.90/pcs
Poslaju RM6.00

Beli 5pcs free poslaju

Ada beberapa pilihan warna

Light Pink


Light Green



Light Blue


Red



Peach



Orange



Blue



White



Light Brown

Nak order cuma isi borang kat sebelah ni atau terus klik butang bawah ni..
Jangan lupa LIKE Ash Wardrobe untuk dapatkan update produk terbaru...


Buy It Now
Wassalam...