I Love You Sherlock!

Salam...

Aik, kejapnyer dah Jumaat...?
Macam baru je haritu Isnin kan... Cepat betul masa berlalu...

Harini taknak cakap pasal craft.. Nk cakap pasal lain...

Semalam saya dah jatuh cinta tau..
Jatuh cinta kat Sherlock Holmes...
Pergh.. Hebat giler citer tu.. Takleh blah la...

SHERLOCK yg pelik; DR. WATSON yg terpinga-pinga. Haha..

Tapi yg paling best ialah lakonan si pelakon utamanya tu; dan pelakon keduanya jugak..
Dua2 best!
Dah lama tak rasa excited camni...
Tapi puas hati la.. 2 jam 1 episod.. Macam movie plk.. Dah la iklan tak berapa nak ada je..
Rasa macam masuk dlm filem tu sekali (amboi, lebih2 nampak)..

Saya suka citer penyiasatan..
1st citer penyiasatan saya baca ialah siri Hardy Boys..
Walaupun tak baca semua episod, tapi banyak juga la dah baca..

Frank and Joe Hardy.. I love Joe.. :>

Pastu baca komik Kindaichi dan Detektif Conan...
Pastu abes Kindaichi keluar pulak Sekolah Detektif Q..

Kiri tu Heiji (detektid muda Kansai), sebelah kanan tu Conan
Kindaichi Hajime - lukisan tak best; tapi misterinya best!
Sekolah Detektif Q - Kumpulan budak2 genius yg solve macam2 misteri. Sape yg paling bijak? Takde yg paling bijak, semua ada kelebihan dan bekerjasama membongkarkan misteri. Tapi watak utamanya mesti la yg paling meonjol dlm gambar tu.. :>
Saya suka time nak selesaikan misteri tu dia mesti cakap, "Ada 3 pembayang, dan jawapannya cuma 1"
Waah, time tu dah menggigil jari nak tau sape pembunuhnya dan yg lebih penting bagaimana pembunuhan itu dilakukan... Hohoho...

Pastu start tgk drama CSI, sekarang dah season 13.
Walaupun ada csi NY n Miami; tapi saya tetap suka versi Vegas yg ada Grissom n Catherine..
CSI yang asal.. 

Sebab dorang nampak lebih real scientist...
Satu lagi drama NCIS; yg ada Gibbs n DeNozzo...
Watak yang paling saya suka ialah Abby, sebab dia pelik tapi bijak sangat...

Abby yang pakai lab coat tu..


Dan yang latest ni Sherlock.. Huhuhu...

Ada banyak lagi komik, novel dan drama penyiasatan lain, tapi saya senaraikan saya paling best..
Semoga ada banyak lagi citer misteri macam ni...
Yg membuatkan jari jemari saya menggigil..

Wassalam...



Previous
Next Post »