14/08/2014

Tutorial: Ketupat Felt Keychain

Salam...

Ni satu order yang saya buat bulan puasa haritu...
Buat keychain ketupat felt
Tiap-tiap tahun mesti ada order ketupat felt ni...


Ketupat Felt Keychain with wording

Keychain ni diorder sebagai gift untuk anak-anak murid kalo tak silap saya la (suka-suka hati je cakap)..
Yg seronoknya jahit ketupat felt ni ialah sebab tak stress..
Relax je jahit..
Tiba-tiba siap..

Berkat bulan Ramadhan kan.. ^__^

Jom tengok progress menjahit ketupat ni..
Ala-la tutorial ketupat felt jugak la ni ek..
Hohoho..

Mula-mula saya potong segi empat sama kecik..
Dan ada juga segiempat sama besar2..

Pastu jahit segiempat kecik tu kat atas segiempat besar secara berselang seli

Bila dah banyak sangat, jadi la macam ni...
Hohoho...
Nampak simple je kan, tapi cramp jugak la jari jemari ni.. :P

Pastu tinggalkan kejap yang tadi tu...
Saya amik felt kuning dan potong-potong buat wording...
Jangan minta template ya.. 
Saya gunting ni free-hand je...
Cepat sikit buat free hand, cuma hurufnya takde la fancy sangat..
Lepas potong huruf2, tampal kat felt hitam..

Pastu jahit kat segiempat yang kita siapkan tadi...
Kat segiempat tu jangan lupa jahit tali loop kat atas (untuk gantung keychain) dan ekornya 2 keping..
Supaya nampak ala-ala real gitew..
Kui kui kui..

Pastu tindihkan sekeping lagi segiempat kat sebelah belakangnya dan jahit sekeliling dengan menggunakan teknik insang pari..
Kalo nak guna teknik jelujur halus dan kia pun bole..
No problem ^_^

Pastu sumbat la dengan fiber sampai nampak debab gitu dan jahit bagi abes...
Jangan sumbat beras pulak...
Tapi nak try pun bole kot.. Bole jadi batu seremban..
Huhuhu..

Dan siap tu gantungkan dengan keychain...
Siap!!

NI bahagian belakang keychain yang takde nama...

Senang kan...

Sebenarnya buat felt craft ni senang je..
Asalkan tau jahit insang pari dan jelujur, dah bole buat apa saja..
Cuma ketelitian dan tenaga je yang buat ia jadi mahal sikit...

Ada yang tanya, kenapa tak anyam je felt ni jadi ketupat..
Sebabnya saya tak minat yg anyam..
Lebih suka yang comel macam ni (comel ke? haha)

So, tahun depan bole la kita buat beramai-ramai keychain ketupat ni...
Nak felt? Order je dari asma-felt-box
Yang ni saya guna polyester felt. Kalo nak guna acrylic felt pun bole..

Wassalam..

4 comments: