Search This Blog

25/09/2014

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Membeli di Kedai Craft Supply Online asma-felt-box.com

Salam..

Yippi! Yippi! Yippi!
Online Shop baru dah siap.. *joget Hawaii*

Comel tak?
Penat gila buat.. Hohoho..

Sesiapa yang dah ada akaun kat asma-felt-box.com; bole bertukar ke website yang baru ni.
Nanti emailkan saya printscreen korang punya purchased history, saya nak kira point utk masukkan dalam akaun baru.
Tapi kalo nak teruskan order kat website lama pun masih bole lagi..
Website tu saya tak tutup..

Point?
Point apa?
Hehehe...

Point tu nanti saya buat entry khas mengenainya..
Harini saya nak cakap tentang:

 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMBELI DI ASMA-FELT-BOX.COM

1. BARANG DATANG KE RUMAH ANDA
Tak sempat nak pegi kedai? Kedai jauh dari rumah? Takde transport nak pi? Kat kedai takde craft supply yang korang nak? Kini tak perlu susah lagi.. asmafeltbox.com ialah kedai online menjual felt craft supply menawarkan pembelian secara online dan barang dipos terus ke alamat anda. Tak perlu lagi bajet masa takot2 kedai tutup. Tengah malam pun bole window shopping, dan bila tiba masa yang perlu barang tu, baru beli... Mudah kan...?

2. SMARTPHONE FRIENDLY
Bole dikatakan semua orang dewasa ada smartphone dan ramai yang online menggunakan smartphone kerana ia lebih mudah. Namun, masalah timbul apabila nak tengok gambar2 kat FB page, tak dapat buka album kalo view guna smartphone. Nak tengok barang kat asma-felt-box.com macma susah sebab kene zoom-in la, zoom out la. Oleh itu, asmafeltbox.com ni dah upgraded dengan sistem yang automatik interface dia bertukar bila guna smartphone. Lebih mudah nak kli, lebih mudah nak view gambar dan baca ayat2 tu..  Ni la sebab utama kami bertukar ke website lain.. ^_^


3.POS SETIAP HARI BEKERJA
asmafeltbox.com mengamalkan polisi "Pagi Bayar Petang Pos, Petang Bayar Esok Pos". Dan semestinya ia tertakluk kepada hari bekerja. Kalo pagi Sabtu bayar, tak logik la pulak petang Sabtu pos. Pejabat Poslaju pun dah tutup.. Huhu.. Seperti anda, saya sendiri pun suka beli barang secara online dan assume akan sampai esok atau lusa (biasa la, excited kan!). Dan bila diberitahu barang dipos dua hari lagi, waaa.. sangat anti-climax. Kami tak mau anda ternanti2, maka pos secepat mungkin. Yeah!

4. DISKAUN BULK ORDER
Kebiasaanya crafter (yang berniaga), guru sekolah (yang nak buat kelas craft utk para murid/pelajar) dan remaja yang kongsi beli ramai-ramai untuk jimat kos pos, membeli item2 tertentu secara bulk. Khas untuk anda, setiap item dengan jumlah pembelian tertentu berhak menerima diskaun bulk order. Klik item yang anda ingini untuk melihat minimum order dan bulk price tersebut 

5. FREE POSTAGE
Beli sampai RM100? Whooopps. Sekejap!
Jangan bayar lagi, kerana kami menawarkan pos percuma untuk membelian melebihi RM100.00. 
Hanya beli sampai la RM100.00 dan time checkout nanti jangan lupa klik "free shipping". Kalo tak klik, tak dapat la kami bagi pos percuma. Jangan lupa klik tau. Banyak jimat tu...


6. REWARD POINT dan TEBUS
Nak jimat lagi? Setiap item di asmafeltbox.com ada point masing-masing. Kumpul point ni  dan tebus untuk pembelian yang seterusnya (atau pada bila2 masa anda ingin guna). Ini adalah pengganti kepada diskaun 3% di website lama. Dan sebagai hadiah istimewa anda yang tak putus2 support kami. Love you. Muah!

7. WISHLIST
Nak beli split ring ni, tapi bukan nak beli sekarang sebab nak tunggu barang banyak abes baru beli, atau nak tunggu gaji masuk, atau belom masanya lagi nak beli. Macam mana kalau sampai masanya nanti lupa pulak nak beli apa. Salin dalam buku nota.. Okay, simpan buku nota tu, kami akan memudahkan urusan anda. Dalam website asmafeltbox.com, ada satu sistem yang dinamakan wishlist. Apa saja item yang anda wish nak beli (tapi bukan sekarang), masukkan je dalam wishlist. Nanti sampai masa korang view balik dan masukkan dalam shopping cart. Tak perlu lagi recall mana satu yang nak beli haritu. Mudah bukan?

8. BAKI BAYARAN
Bagi anda yang buat pembayaran ke mesin deposit, akan bayar lebih dan bakinya saya pulangkan sekali dalam paket kan... Kini, baki bayaran anda tidak perlu dipulangkan lagi, kerana bakinya akan saya kreditkan terus ke dalam akaun anda di asmafeltbox.com. Jadi untuk next order nanti, anda boleh tolak jumlah pembelian dengan kredit yang ada. Walaubagaimanapun, jika perlu anda bole request baki itu untuk dipulangkan. Takde masalah.. :)

Itulah 8 sebab utama mengapa anda perlu beli di kedai craft supply online asmafeltbox.com

Jimat masa, jimat tenaga, jimat wang..

Dan sempena pembukaannya pada hari ini, 50 pendaftar pertama yang create account di asmafeltbox.com akan menerima 10 Reward Point terus ke akaun anda... Beli tak beli, itu kemudian kira.. Jom daftar dulu. Klik je SINI

Mekasih korang.. Muah!!

Wassalam...

2 comments:

  1. Salam....

    Waaa... Dh ada website baru...tahniah asma... Best of luck :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..
      Hehe.. Mekasih Awin... >_<

      Delete