Cabaran 30 Hari : 5 Lagu Cinta Kegemaran Saya

Salam...

Haaa...
Cabaran 30 Hari kali ni senang..
Ye la.. Zaman remaja dulu suka la jiwang karat ni... Hohoho...

5 Lagu Cinta Kegemaran Saya ialah:




  1. I'll Never Break Your Heart ialah lagu kumpulan Backstreet Boys... Zaman sekolah dulu memang minat giler kumpulan ni.. Paling saya suka AJ sebab suara best sangat2. Suara AJ ni ala2 negro sket kan... Lagu ni tentang sorang lelaki minta cinta dari perempuan tu tapi permpuan tu cam taknak disebabkan oleh pengalaman silap dengan boifren lama. Jadi lelaki tu pun bagitau yang I'll never break your heart bebeh.. Apapun, lagu Backstreet Boys semuanya sedap-sedap tau.. ^_^
  2. Saat Aku Lanjut Usia dinyanyikan oleh kumpulan Sheila on 7. Sheila on 7 ni memang saya minat tahap gaban la..Tapi saya minat sampai album ke-3 (Pria Terhebat), pastu lagu dorang dah macam tak berapa best dah.. Lagu ni ialah tentang bila dah tua nanti apa akan jadi kat kita. Lagu ni cam kelakar2 sikit la. Haha..
  3. Please, Mr Postman dendangan The Beatles. Ni lagu lama ni, tahun 60-an. The Beatles ni adalah artis yang mula2 sekali saya minat. Masa tu sekolah rendah, saya tengok tv citer HELP. Kelakar sangat. Kelakar tahap tak logik. PAstu mula la saya minat kat dorang, especially John Lennon sebab dia nakal2 sket. Lagu ni mengisahkan sorang pakwe yang hari2 tunggu posmen hantar surat dari makwe dia yang duk jauh. Tapi takde pun surat tu dan dia sedih. Ye la zaman dulu kan bukan canggih cam sekarang. Harini pos surat, 3 hari kemudian baru si dia dapat. PAstu lepas si dia reply, 3 hari kemudian pulak dapat. Minimum tunggu 6 hari baru dapat reply.. Tu la orang zaman dulu dapat merasai perasaaan rindu dendam dan buatkan mereka sayang tersangat2 kat pasangan mereka. Kita dah tak merasa dah.. :(
  4. Ingin Tahu ni lagu P. Ramlee (kot). Lagu ni comel sangat, Ia tentang pasangan 2 sejoli yang ingin tahu betul ke awak sayang saya. Kalo sayang tunjukkan la sayang tu.. Haha.. Lagu ni  best sebab melodinya terbuai2 je.. Bagi saya la.. Saya memang suka lagu2 P. Ramlee... ^___^
  5. Last sekali Boli Si Surat lagu dari filem Dil To Pagal Hai. Saya memang peminat no 1 Shah Rukh Khan okay... Kesahnya lelaki ni describe macam mana rupa dan tingkah laku kekasih dia.. Bila faham lirik dia, rasa cam ai, indahnya la lagu ni.. Kalo la ada orang nyanyi kat saya lagu ni kan best.. Tapi itu tak mungkin berlaku.. Haha.. Orang yang translate lagu ni kat saya ialah sorang kawan dari negara India. Tu yang detail sangat dia describe, sbb bahasa Hindi kan macam berbunga2.. Tu yang saya rasa cair je dengar lagu ni.. 
Okay la.. Sebelom saya benar2 cair better saya stop dulu...
Nak dengar balik lagu2 ni..
Dah lama sangat tak dengar lagu2 jiwang... :P

Wassalam...


Previous
Next Post »