08/09/2014

Cabaran 30 Hari Ketiga : Sesuatu yang Menguatkan Saya?

Salam...

Hai korang..
Dah masuk ke cabaran no 3 ni...
Korang dah start ke belom?
Kalo belom, start la harini.. ^^v

Cabaran 30 Hari yang ketiga ni berbunyi: Sesuatu yang Menguatkan Saya

Apakah Satu Benda (atau perkara kot) yang Menguatkan Saya?
Ni kira secara fizikal ke, emosi ke, rohani?

Okay, secara fizikalnya, benda yang menguatkan saya ialah kek coklat..
Aii, tak abes2 kek coklat.. haha..

Bagi saya, satu benda yang menguatkan saya ialah makanan..

Tengok gambar pun dah hepi..
Bayangkan kalo betul2 depan mata..
Yummy!!

Makanan adalah sesuatu yang menguatkan saya kerana rasanya yang sedap tu akan mengaktifkan deria rasa sehingga saya lupa seketika tentang dunia..
Pastu hati saya akan riang dan perut saya dah tak berdondang sayang lagi..
Amboi, dramatiknya.. 

Tetapi sesuatu yang sebenarnya menguatkan saya yang saya sendiri tak perasan ialah kehadiran famili dalam hidup saya..
Ibu, ayah, adik2 dan suami
Dan sorang anak buah..
Akhir tahun ni akan muncul lagi 2 anak buah..

Saya?
Belom ada rezeki baby lagi..
Maybe Allah nak bagi can kami bercinta puas2 dulu, nanti baru bagi baby..
Maklumlah bercinta selepas kawen..
Hehe..

Asalkan famili ada bersama saya, saya rasa hepi..

Itulah agaknya yang menguatkan saya selain makanan..

Orait, esok kita jumpa lagi ya untuk cabaran seterusnya iaitu : Buku Kegemaran Saya.. (alamak)

Wassalam...

2 comments:

  1. Tetapkan syarat sesiapa yang nak beriklan atau bereview bisnes kat asmafeltbox kena bagi kek coklat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woo. Gud idea. Bukan senang nk dpt kek free.

      Delete