06/09/2014

Cabaran 30 Hari: Pertama - 1 Gambar Terbaru Saya dan 5 Fakta Tentang Diri Saya

Salam...

Ingat tak Cabaran 30 Hari yang saya sebutkan pagi tadi..
Saya nak selesaikan cabaran pertama iaitu satu gambar terbaru dan 5 Fakta Tentang Diri Saya

Inilah gambar terbaru saya..
Saya pi jalan2 kat i-City dengan Mr. Wolverine..
Memang nak buat satu entry khas tentang pengembaraan tu (pengembaraan la sangat..), tapi tenet slow je.
Nak upload gambar pun susah..
Nanti ada masa saya tulis ya.. ^_^

Saya pilih gambar ni sebab dalam gambar ni saya nampak kurus..
Muahahhahhaaaa..

5 Fakta Tentang Diri Saya?

Aiyoo.. Macam susah je..
Baik la 5 fakta yang berjaya saya fikirkan dalam masa yang singkat ini ialah:

  • Warna kegemaran saya ialah hitam, putih, oren dan hijau. Pakaian saya suka hitam dan oren. Barang2 saya suka kaler hijau. Aksesori lain saya suka kaler putih atau jernih. :)
  • Saya rabun sebelah kanan je tau. Sebenarnya bukan rabun, tapi silau power 3.75. Mata kiri ok je, tapi si optometrist tu pegi tambah power sikit kononnya nanti saya tak balance. Sejak dia tambah power tu saya dah start rabun mata kiri. I am not happy :(
  • Saya suka makan tapi tak suka masak. Saya makan apa saja asalkan halal dan sedap. Makanan kegemaran saya ialah ayam goreng, kek chocolate moist dan masakan berempah macam kari mamak, rendang dan apa2 je la asalkan berempah.. Saya tak suka masak mungkin sebab saya tak pandai memasak dan tak tau nak masak apa. Hehe..
  • Saya selesa duk rumah sepanjang hari dan sekali sekala keluar berjalan-jalan. Masa lapang saya habiskan dengan membaca (dulu baca buku, la ni baca semua kat tenet), menonton movie dan drama bersiri penyiasatan seperti CSI, NCIS, Criminal Mind, SVU. Potato Couch la ni.. hahaha...
  • Saya baca komik Dragon Ball sampai abes (sampai dia lawan Majin-Boo). Saya juga baca komik Kindaichi dan Detective Conan. Zaman remaja dulu saya baca Kreko dalam tu ada banyak komik yang best2. Komik yang paling menakutkan ialah Pusaran Puaka, dan yang paling mendebarkan ialah Death Note.. Sekarang saya dah tak baca komik. Novel memang tak baca dulu kini dan selamanya... 
Eh, dah cukup 5? Sikit sangat la.. Bagi la 20 fakta ke, baru syok nak tulis kan..
Takpe2. Jangan tamak sangat..
Esok kita jumpa lagi tau..

Cabaran esok : 5 Cara Memenangi Hati Saya..
Kelas kau jah....

Ok, bye..

Wassalam..

2 comments:

  1. Salam perkenalan... yay, ada seorang lagi blogger yang buat Cabaran 30 Hari!
    Comel je gambar dengan bunga matahari tu di i-City ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Maceh..
      Cabaran ni pun saya jumpa kat blog sis, tu yang berminat nak join..
      BTW, what a great blog you have.. ^__^

      Delete

Adbox