Cabaran ke-13 : 5 Blog Kegemaran Saya

Salam...

Dah sampai ke Cabaran 30 HAri yang ke-13 iaitu 5 Blog Kegemaran Saya

Sebenarnya saya ada banyak blog kegemaran..
Tapi bole dikatakan mereka semua dah stop blogging atau tak update2 pun blog tu sampai la sekarang..
salah satu sebabnya ialah mereka beralih ke social network lain seperti Facebook, Twitter, dan Instagram.
Ada jugak yang dah tak rasa nak blog sebab sibuk dengan kerja masing2..
Jadi mereka dah tak jadi kegemaran saya lagi..

Apapun, berikut adalah 5 Blog yang hari2 mesti nak baca..

1. TOTALLY TUTORIALS

Blog ni hari2 update tutorial  buat macam2 jenis DIY
Yang bestnya semua tutorial tu ialah dari blog lain-lain..
Sape2 yang ada tutorial menarik,bole je request nak letak tutorial dan dorang akan pilih dan link-kan kat blog kita.
Best kan...
Saya suka blog ni sebab macam-macam benda bole belajar kat sini..
Dan dalam masa yang sama jumpa ramai crafter2 luar negara..



Keyme ni pernah beli felt kat asmafeltbox untuk projek sekolahnya.
pastu add saya kat facebook dan tak semena2 saya pun follow blog dia.
Blog ni berkisar tentang diary idop Keyme.. Tentang apa yang dia buat dan dia rasa setiap hari..
Seronok baca blog Keyme ni sebab ikhlas je..
Dan yang paling saya salute penggunaan Bahasa Melayunya memang A
Bila tengok Keyme menulis macam tu, saya pun bersemangat nak tulis Bahasa melayu yang baik..
Walaupun tak sebaikKeyme, tapi dah banyak improve..
Keyme ni pandai baking tau.. ^_^



Blog ni saya baru je follow haritu..
Dia salah seorang follower saya kat Instagram dan selalu like gambar2 saya..
Last2 saya terbaca blog dia dan menarik pula untuk ikuti..
Banyak info yang Ayuni share kat blog ni dan ada juga entry yang lucu dan comel..
Dan Ayuni juga menulis dengan penggunaan Bahasa Melayu yang baik..
Saya buat Cabaran 30 HAri ni pun gara2 terpengaruh dengan Ayuni.. Haha..
Ayuni pandai memasak tau, dan suka kucing..



Ini ialah blog dimana saya amik doodle gadis kat header tu..
Blog ni kiut sangat..
KAdang2 borak2 kosong, kadang2 bagi tutorial, kadang2 bagi info..
Syok je tau lepak sini...
Saya teringin sangat nak lukis doodlw macam ni, tapi la ni takde banyak masa dah nak duduk lama2 depan lappy cuba satu2..
Banyak keje nak buat... T__T


Blog ni macam pelik sikit...
MAcam blog mencurahkan isi hati, tapi saya seronok je baca orang yang pelik2 ni.. Haha..
JArang juga dia ni update blog..
Tapi time update saya mesto baca punya..
Trademark dia ialah "kebosanan mencipta kelainan"
MEmang pelik kan..
Huhuhu...

Ok, tu la blog yang saya paling suka..
Sebenarnya banyak blog crafter yang saya follow, tapi dorang pun dah jarang2 sangat update...
Maybe banyak update kat facebook kot..

Jumpa lagi esok dengan topik Cerita Kasut Saya
Alamak, cam takleh buat je.. T__T

Wassalam...





2 Ulasan

Terbaru Lebih lama