New Website in Progress

Salam...

Kebelakangan ni saya pulun kat satu benda ni..

New shopping cart!!


Sebenarnya dah lama dah beli, tapi dapat lambat lepas sistem dia pun bole tahan la jugak complicatednya.. 
Apa lagi untuk orang yang old-school macam saya ni..
Bila contact moderator, haram dia nak reply..
Pendek kata, beli barang pastu tinggal je.
Dalam iklan bukan main lagi "ada masalah, hubungi kami. Kami sedia membantu".
Ye la tu..

Cer tengok gambar tu, ada tab "teeshirt", "slim jacket", "clothing" etc..
Saya tak tau camana nak replace tab tu dengan produk saya..
Puas gila dah godek2 cari, tak jumpa2..
Tu yang saya email tukang jual ni, tapi takde nya nak balas..

Korang kalo nak beli website, saya suggest korang contact buyer tu dulu tanya sikit2. 
Jangan tunjuk macam nak beli lagi..
kalo seminggu tak reply, confirm customer service teruk..
Dan jangan beli dengan dia.. (walaupun dia reply sebulan kemudian)

Saya pun camtu jugak, saya tanya je sikit2 sebulan tak reply..
Bila cakap nak beli, cepat je reply n sebok tanya bila nak bayar..
Lepas bayar senyap balik..
Sabar je la!

Beli website ni bukan cam beli beras, ikot suka kita la nak masak camana..
Website ni ada sistem; dan kalo yang buta IT macam saya memang la tak reti...
Dalam iklan bukan main lagi cakap, "mudah" "tak perlu pengetahuan IT" "5 minit je dah bole start jual"
Nampak sangat menipunya...

Okay, back to the story
Shopping Cart Baru ni in shaa Allah kalo sempat saya akan launch 1 Oktober 2014
Malam tadi saya baru je abes study sistem tu..
Saket kepala dibuatnya mengadap lappy lama2..

Kenapa tukar?

Sebab:
  • Boleh view dalam smart-phone - ramai sangat yang whatsapp saya tanya harga setiap barang satu persatu. Dan minta gambar setiap barang yang saya jual. Bila saya bagi link asma-felt-box.com, dorang komplen susah nak view dalam smartphone. Oleh itu saya cari shopping cart yang rupanya akan berubah sesuai dengan smartphone. Jadi senang la nak view gambar dan harga.. :)
Itu la satu-satunya sebab utama saya buat website baru...
Apapun website http://asma-felt-box.com masih beroperasi seperti biasa..

Ok la nak sambung masukkan barang dalam website ni...
Bye2.

Wassalam...


Previous
Next Post »