Plastik Self-Seal saiz 16x23cm

Salam...

Barang baru! Barang baru!
Barang baru dah masuk kedai...

Sebelom ni asma-felt-box ada 4 saiz plastik self-sealed kan..
Kali ni tambah lagi satu saiz..

Plastik self sealed bersaiz baru...


Plastik Berpelekat sendiri saiz 16x23
Nak pastikan saiznya macam mana, sila rujuk gambar di atas ya..

Dan untuk lebih tepat lagi korang bole dapatkan pembaris dan lukis line mengikut saiz yang dinyatakan untuk mendapat gambaran sebenar saiz dia...

Teknik ni bole juga digunakan untuk mendapatkan gambaran butang, kain felt, embellishment, brooch, hair clips, magnet, bell dan item-item lain..

In case kalo kertas A4 tak muat, bole gak guna kertas mahjong..
Contohnya macam felt saiz besar 46x50cm, korang guna kertas mahjong dan lukiskan guna pembaris..
Kalo ada pembaris kecik je, korang tambah2kan dia..



Mungkin bagi anda yang biasa menjahit dan mengukur, macam tak masuk akal je benda macam ni pun nak cakap kat blog ni..
Logik la kan, nak tau saiz mesti la guna pembaris..

Tapi percaya la.. 
Ramai yang tak tau kewujudan alat bernama pembaris malah yg tau pembaris wujud tu tidak tau bila waktu yang sesuai untuk menggunakannya...
Saya dah menyaksikannya sendiri (banyak kali)

Mungkin ada budak 5 tahun, 8 tahun yang follow blog saya ni dan tak reti nak anggarkan saiz melalui gambar..
Jadi kat sini saya ajar la..
Baik kan saya..
Hahaha.. (minta puji)

Orait, bukan ni je tau plastik saiz baru..
Ada satu lagi..
Esok saya tunjuk ek..

Wassalam...

p/s: ada ke budak 5 tahun follow blog? 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama