Posts

Showing posts from October, 2014

New: ZIPPER

Image
Salam..

New item in da house!
Kali ni tiba giliran zip pulak...

Zip ni salah satu item penting dalam craft saya..
Purse dan pencil case semua pakai zip..

Ada 3 saiz tapi warnanya limited la..
ZIP SAIZ 6 INCI Ada 6 warna kesemuanya.. Zip ni biasanya saya guna untuk buat coin purse yang kecik.. Kalo coin purse tu 3 atau 4 inci je, saya potong hujungnya tu bagi adjust saiz...
Warna2 yang available ialah:
Zip Kuning 6 inci
Zip biru 4 inci
Zip Hijau 6 inci
Zip Oren 6 inci
Zip Purple 6 inci
Zip merah 6 inci
HARGA 25sen/pc

Kemudian yang jenis kedua pula..
ZIP 8 INCI Yg ni saya gunakan pada pencil case dan purse Dan macam biasa kalau panjang sangat, potong ke hujungnya..
Ada 4 kaler iaitu:
Zip pink 8 inci
Zip oren 8 inci
Zip merah 8 inci
Zip ungu 8 inci
HARGA: 30sen/pc
LAst sekali :
ZIP 9 INCI Ada 3 kaler.. Saya tambah saiz ni sebab zip 8 inci tu ada 4 kaler je..
Zip biru 9 inci

Brainwashed!

Salam...

Amaran:
Entry ni tiada kaitan dengan craft dan masuk dalam kategori 18SX. Yang belom cukup umur sila klik "Back". Jangan baca please...*

Salah satu hobi saya ialah menonton filem...
Menonton drama dan sitkom pun yer jugak..
Dan rancangan yang saya tontoni ini ialah cerita mat saleh..

Kalo kat umah ayah dulu, kitorang takde astro..
Piring astro ada la, sebabnya ada subscribe time astro mula2 keluar dulu..
PAstu lambat sikit bayar, astro pun potong..
Bila dah bayar, astro tak sambung pun..
Call2 banyak kalo asyik forward je, last2 ayah tak bayar terus..
(time tu takde internet lagi, takde la online banking. Kene pi pejabat Astro bayar)

Jadi kitorang tengok tv channel free je la..
Channel free ni banyak tapisan...

Selepas kawen, umah Encik Wolverine ni ada astro jadi bukan main syok la saya tengok movie..
LAma kelamaan asyik ulang2 makin boring la pulak..
Citer memang la best tapi kalo ada 20 kali tengok, dah tak rasa apa dah...

Okay, yang saya nak bincangkan kat sini ia…

New: Tali Halus 1.5mm

Image
Salam...

Ada beberapa barang yang baru masuk kedai tau..
New item kali ni nampak macma tak begitu baru, tapi sebenarnya memang baru..

TALI HALUS HITAM 1.5mm
Tali halus 1.5mm ni nampak sama macam yang saiz 2mm cuma ia lebih halus dan lebih lembut.. Digunakan sebagai loop kat produk craft untuk sangkut keychain dan hp straps
Sebelom ni saya guna yang ni utk keychain, kemudian bila try guna tali 2mm tu, saya prefer yang 2mm punya.. Sebab lebih tebal, lebih mudah jahit dan kukuh..
Baru-baru ni ada customer request tali lembut ni, jadi saya masukkan sekali dalam stok sebagai pilihan untuk korang.. Dua2 jenis ni pun okay.. Depend pada masing2, lebih suka yang mana satu... ^_^
NI perbezaan rupanya... YAng sebelah kiri tu 2mm, sebelah kanan 1.5mm
Cam tak banyak beza dalam gambar ni.. Tengok gambar bawah ya..

Orait, yang sebelah atas tu 2mm dan sebelah bawah tu 1.5mm Nampak tak perbezaanya..?
Harga kedua-dua jenis ni sama je 30sen semeter
Buat masa ni ada warna hitam je.. Kalo nak request apa2 cr…

Poslaju : on-demand Pickup

Image
Salam...

Ada pengumuman sikit untuk korang..

Mulai esok (27hb Oktober 2014), asmafeltbox akan menggunakan servis#poslajuon demand pickup dimana Encik Posmen akan datang ke rumah dan pick-up semua semua order. 

Posmen datang dalam pukul 2.00-3.00pm camtu.

Oleh itu sesiapa yang buat pembayaran sebelom encik posmen datang, order korang akan dipos hari yg sama. 
Kalo bayar selepas dia amik barang, akan dipos esok harinya.

Barang dipos setiap hari kecuali sabtu, ahad n public holiday.

Ni utk craft supply je tau. Utk handamade amik masa utk disiapkan.

____________________________________________________________________
Orait.. Nak belanja gambar harini..

Felt Pillow untuk bithday present
Felt pillow ni diperbuat dari acrylic felt (obviously) Dan coraknya tu saya guna polyester felt
Rasanya pasni nak guna kain lain pulak la untuk bantal sebab ramai request bantal utk peluk2.. Felt ni lama2 akan berbulu, jadi tak sesuai nak buat bantal busuk..
Sebelom ni saya ada guna kain flannel dan fleece tapi warnanya tu…

New Craft Supply : Benang Jahit

Image
Salam...

Barang baru dah masuk kedai... Haritu dah ada jarum jahit kan, kali ni nak masukkan pasangannya pulak..
Benang Jahit Ni benang jahit biasa je.. Benang ni juga yang saya gunakan dalam berkraft. Biasanya saya guna 2 lembar untuk cantuman, dan 3 atau 4 lembar untuk jahit hiasan.. Bagi cun sikit, menampakkan warna benang tu...
Sebelum ni saya guna benang cross stitch, tapi benang tu mahal sikit walaupun best.. LAst2 guna benang biasa je la.. Huhuhu..
Harga benang ni 85sen sebiji.. Warna bole pilih.. Setakat ni ada 12 warna.. Warna yang paling banyak saya guna..
BENANG HITAM
BENANG PUTIH
BENANG HIJAU
BENANG BIRU GELAP
BENANG BIRU MUDA
BENANG PURPLE GELAP
BENANG PURPLE LEMBUT
BENANG MERAH
BENANG PINK GELAP
BENANG PINK LEMBUT
BENANG OREN
BENANG KUNING
Perlukan benang jahit ni? Order je kat SINI
Wassalam..

Moody Monday

Image
Salam...

Biasanya setiap hari Isnin saya akan gembira..
Sebabnya Isnin ialah befday Rasulullah dan kebetulan jugak saya lahir pada hari Isnin..
Pastu hari Isnin biasanya saya banyak keje nak packing barang dan pos..
HAri isnin jugak, inbox saya lebih penuh dari biasa...
Oleh itu, hari Isnin adalah hari yang sangat produktif!

Tapi hari ni tak... :<

Malam tadi saya dapat satu berita peribadi yang mengejutkan, lantas saya pun terperanjat lalu panik.
Panik tapi cam biasa la, masih nak control cun.. Huhu...
PAnik sangat sampai dalam kepala otak saya ni bercampur baur semua benda dan menyebabkan saya tak dapat berfikir dengan waras..

Berita itu berita gembira sebenarnya, cuma ada sedikit kerumitan di sebalik kegembiraan..
Mungkin ia rumit sebab dah dekat dan ada maklumat yang tak berapa nak lengkap di situ menyebabkan kami tak bole merancang apa nak buat..

Saya memang macam ni, sebelom jadi apa2 saya nak kena ada Plan B, Plan C dan Plan D..
Supaya bila ia berlaku, saya takde la panik san…

Felt Pillow Birthday Gift

Image
Salam...
Pagi Ahad yang sungguh indah.. 2 3 hari ni jarang online.. Siapkan keje lain yang terbengkalai iaitu potong felt dan kemaskini akaun... Saya dah siapkan akaun bulan August dan September.. Akaun Oktober belom.. Hehehe..
Buat akaun ni boring tau.. Boring sangat (bagi saya la).. Kalo bole nak elak buat, tapi mana bole elak kan.. Nama pun berniaga... Huhuhu...
Berikut ialah bantal felt yang saya buat dah lama la jugak.. Baru berjaya upload dari kamera..
Bantal Felt Happy Birthday sebagai hadiah hari jadi..
BAntal ni diperbuat dari felt lembut Corak-corak tu dari felt keras Corak tu semuanya jahitan tangan dan jahit keliling pun jahitan tangan jugak tau...
Harga depend pada design.. Masa yang diperlukan untuk siapkan bantal ni pun depend pada design.. Kalo nak cepat memang tak dapat sebab banyak pending order... Queue ni ikot sape bayar dulu..
Contohnya Si A order 1hb dan bayar pada 20hb;  Si B order 19hb dan bayar pada 19hb. Maka yang beratur dulu ialah Si B. Si A kena duduk bela…

Cabaran 21: Tempat yang Anda Ingin Pergi dan Tak Pernah Pergi

Image
Salam...

Hohoho..
Saya tau saya lambat, tapi saya maafkan je diri ini.. :P

Cabaran 30 tahun Hari yang ke-21 berbunyi..

Tempat yang Anda Ingin Pergi dan Tak Pernah Pergi

1. Great Barrier Reef, Australia
Great Barrier Reef ni  terletak di Queensland, Australia.. Ia merupakan Terumbu Karang yang terbesar di dunia.. Besar sangat ke? Takde la besar sangat, panjangnya kira2 2,300km sepanjang perairan Quesnsland tu.. Cer tengok gambar kat bawah...
Kalo korang ada peluang pergi ke angkasa lepas nanti, cuba cari benua Australia dan dari angkasa lepas tu korang bole nampak Terumbu Karang tu.. Hebat kan!!
Kenapa saya teringin nak pi sana? Ala, nama pun Marine Biologist.. Haha..

2. Negara Jepun Saya tak tau secara spesifik nak pegi area Jepun yang mana satu.. Saya cuma teringin nak tinggal kat Jepun selama beberapa tahun.. Sebabnya saya terpikat dengan budaya masyarakat Jepun yang rajin, punctual, berdisiplin dan baik hati...
Saya pernah tengok satu rancangan Arab kat TV al-Hijrah Orang Arab ni perg…

Keychain Murah, Kualiti Baik!

Image
Salam...

Keychain yang jenis baru dah sampai!


Keychain jenis baru... Harganya murah sikit berbanding sebelum ni...
Beza yang ni berbanding yang lepas ialah saiz ringnya tu..

Sebelah kiri yang baru dan sebelah kanan yang lama..
Keychain baru ni saiznya 22mm berbanding yang sebelum ni 25mm Kalo tengok gambar tu, saiznya lebih kurang je...
Harganya keychain murah sikit.. RM1.70/10pcs RM15.00/100pcs
Kualiti baik, don't worry.. ^___^
Nak order isi je borang kat bawah ni atau order direct kat asmafeltbox.com Kalo nak whatsapp, ni nombornya : 0139325870
Wassalam...

Poly fiber for stuffing - aka KAPAS

Image
Salam...

Yay Yay
Monday is here!
I love Monday... Yippi!!

Selain dari gembira sebab hari ini hari Isnin, saya juga gembira kerana satu objek seksi telah muncul?
Apakah objek itu?
Jeng..jeng..jeng..

KAPAS - FIBER - POLY FIBER - STUFFING?
seksi tak...? Alamak gelapnya tangan saya kena bayang.. Jap ek...
Ha.. ni tangan takde bayang... Erm.. sama je kaler.. :P
Poly fiber ni tak banyak tau.. Ada 50 kilo je.. 1 beg ni dalam 10 kilo camtu...
Harga fiber ni RM3.00/100g RM26.00/kg
Cuma bab pos tu complicated sket.. Sebenarnya tak complicated pun, cuma saya nak bagi option untuk jimatkan duit korang... Baca dengan teliti kat bawah ni ek...
Disebabkan fiber ni besar tapi ringan, jadi bila beli banyak time pos tu pihak poslaju akan ukur, bukannya timbang.. Oleh itu, pembelian sehingga 400g (4 pek), kos posnya masih RM6.00 (poslaju ke semenanjung) 500-600g kos posnya RM15.00 (poslaju ke semenanjung) 700g-1kg kos posnya RM30.00 (poslaju ke semenanjung)
Oleh itu saya mencadangkan yang nak beli banyak, bette…

Cabaran 20: Quote Kegemaran Saya

Image
Salam..

Wow! Dah masuk ke cabaran yang ke 20?
Cam tak caya je..
Tinggal 10 cabaran je lagi yang nak disudahkan..
Hohoho..

Cabaran kali ni berbunyi: Quote Kegemaran Saya



TIADA UNDUR KE BELAKANG DALAM HIDUP KERANA HIDUP TIADA BELAKANG
Quote ni saya jumpa dalam buku sajak karya T. Alias Taib milik ayah saya. Time tu saya sekolah rendah lagi.. Macam syok je baca buku tu... Walaupun tak faham, tapi bahasanya best...
Quote ni buat saya sedar (masa tu kan sekolah rendah) yang setiap apa yang dah saya buat, tak bole undo.. Setiap apa yang saya cakap pun, takleh undo..
Bila kawan baik saya cakap, "buruknya muka Asma" (time darjah 3), sampai sekarang saya masih ingat.. Dan bila meningkat remaja dan terserempak dengan lelaki (sekolah rendah dulu saya sekolah Convent, masuk sekolah menengah baru jumpa lelaki dan time tu lelaki nampak macam alien.. Haha..) saya cepat2 nak sorokkan muka saya, takot dorang nampak muka buruk saya ni dan sebut ayat yang sama macam kawan baik saya tu.. Kalo kaw…

Cabaran ke-19 : Resepi Kegemaran Saya.

Image
Salam..
Saya tak memasak kan, camana bole ada resepi kegemaran..? Haha..
Apapun, setiap kali nak memasak je, saya mesti terpikir resepi ni.. JAdi mungkin ini la resepi kegemaran saya..
Gambar takde tau, saya tulis resepi je.. Saya suka makan nasi putih, ayam masak merah cincai dan sayur campor..
RESEPI AYAM MASAK MERAH CINCAI
Gaul 1/2 ekor ayam dengan serbuk kunyit dan garam.. Goreng sampai masak.. Ketepikan..
Blend bawang besar sebiji, bawang merah 3 biji, bawang putih 3 ulas, halia dalam 1cm..
Amik kuali dan masukkan minyak dalam 3-4 sudi besar.. Mula2 tumis cili giling sesudu besar (ada orang suka tumis bawang dulu. Ikot suka korang la) Pastu masukkan bawang yang dah blend tadi.. Biar dorang sebati, dan pecah minyak (atau naik bau), pastu masukkan cili sos dalam 5-6 sudu besar camtu..  Tambah garam secukup rasa.. Kalo suka manis, bole masukkan gula sikit.. Tambah air sikit je (dalam 1/3 cawan) nak bagi cair, pastu masukkan ayam goreng tadi.. Gaul sikit2 dan dan biarkan dorang kerin…

Amalan Sunat Hari Jumaat

Image
Salam Jumaat...

Harini buat ape?
Tak tau nak buat apa?
Jom kita buat perkara sunnah berikut:


Amalan Sunnah Hari Jumaat:
1. Potong kuku dan trim rambut-rambut pada badan. Pagi2 Subuh tadi ok la buat...
2. Membaca surah al-Kahfi - ustaz cakap 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-Kahfi akan melindungi kita dari fitnah Dajjal. Bila dilihat tanda2 kecil kiamat dah hampir lengkap sepenuhnya, tanda besar akan muncul pada bila-bila masa je.. Tanda besar yang pertama ialah matahari terbit dari sebelah barat. Time ni pintu taubat semua dah ditutup. Taubat kita tak diterima dah lepas tu.. Oleh itu, jom la kita bertaubat setiap hari.. Kalo tetibe esok matahari muncul kot barat, naya je...
3. Mandi sunat Hari Jumaat - mandi ni disunatkan kepada orang yang pergi solat jumaat (maksudnya lelaki la kan), namun orang yang tak pergi solat jumaat (seperti wanita dan kanak2) pun bole mandi sunat ni. Caranya ialah niat "Sahaja aku mandi sunat Hari Jumaat kerana Allah Taala" pastu ratakan air…

New Item: Jarum Jahit

Image
Salam...

Barang baru lagi?
Mesti la.. Hehe..

Barang ni kat mana2 pun ada jual..
Tapi kalo korang malas nak keluar pi beli, bole la beli kat sini..

JARUM JAHIT
Ini ialah jarum jahitan tangan.. Ni set yang kecik..
Harganya RM1.00/pc Warna akan diberi secara random.. Kalo nak request bole, tapi tak jamin ada stok.. Try la request kot-kot ada..  :)
Ni jarum yang sama saya guna selama ni untuk jahit korang punya order.. Disebabkan banyak jahit, lama2 jarum akan tumpul especially kalo jahit polyester felt.. Dan ada kes jarum patah bila jahit phone pouch (sebab 4 lapis poly felt) 
Oleh itu selalu la bertukar-tukar jarum.. Ada juga yang sarankan saya asah jarum untuk elakkan asyik tukar2 jarum.. Bagi saya pakai je la jarum baru.. Nak asah2 pun amik masa jugak.. Saya ni bukan sabar sangat.. Huuhuhu..
Orait, nak order isi je borang kat bawah ni.. Tak pun bole order kat website.. Mana2 pun bole..
Jom, sambung keje..
Wassalam...




Assalamualaikum

Kami membuat handmade felt craft; serta menjual bahan-bahan krafnya sekali.

Bisnes ni online dari rumah dan semua order dipos ke seluruh dunia.

Tiada self pick-up. Tiada COD


Waktu urusniaga : 11pg-4ptg (Isnin-Jumaat)
Cuti : Sabtu & Ahad
Pos barang : 4ptg (Isnin-Jumaat)
Kurier : Poslaju


email : asema84@gmail.com

whatsap :018-3798330
shop : asma-felt-box.com

ssm : 002186823-k