Segmen : Zaman Persekolah

Salam...

Saya berminat dengan satu segmen (atau peraduan kat satu blog ni)
Tapi bila tengok banyak betul blog yang saya kene follow, instagram yang saya kena follow, facebook yang saya kene like, +Google yang saya kena folow, saya terus batalkan niat untuk join..

Korang tau la kan saya..
Saya follow yang saya minat je..
Lagipun saya ni memang takde luck pun.. Hahaha...

Tapi yang bestnya segmen ni ialah ada 66 hadiah..
Maksudnya ada 66 orang yang akan menang...
Perghhh!!!

Ni la segmen yang paling banyak pemenang yang pernah saya temui..
Kalo korang join, peluangnya sangat besar untuk menang...

NAk join?
Klik je sini : http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

Segmen ni pun saya tau dari salah sorang sponsor iaitu Cik Ayuni Rafilah
HAdiahnya pun memang syok la...

Walaupun saya tak join, tapi nak juga tulis sikit tentang segmen ni sebab ia sangat menarik..

Pilih salah satu watak dalam gambar di bawah yang paling mirip dengan saya zaman sekolah dulu dan ceritakan serba sedikit mengenainya..


Agak-agak korang, yang mana satu ek...
Salah..
Salah..
Semua salah..

YAng paling mirip dengan saya ialah no 3..
Whoopss..

Hahaha..
Ya, saya memang kuat tido..
Cuma bezanya ialah saya duduk kat barisan yang kedua dari depan dan air liur saya tak meleleh macam gambar tu.. Ngehehe..

Kenapa tido time cikgu mengajar..?
Bukan time cikgu mengajar la.. Time takde cikgu la saya tidur..
Time cikgu mengajar mana bole tido, dah la duduk barisan kedua.. 
Berani sangat ke aku ni nak tido time cikgu mengajar..?

BIasanya pertukaran guru tu amik masa dalam seminit, jadi dalam seminit tu la saya tido..
Hebat tak saya?

Owh, tapi ada 2 waktu yang saya tido time cikgu megajar, iaitu subjek BM dan Sejarah...
Saya pun tak pasti la kene curse ke apa..
Semua cikgu BM dan Sejarah sekolah saya semuanya guna ubat tido bila start bercakap...
Mengantuk sungguh..

Kadang2 nampak macam cikgu sendiri pun tak tau apa yang dia duk cakap kat depan tu..
Pastu kalo cikgu BM, dia bagi je keje, kita pun buat sambil dia menanda buku kat depan..
Cikgu sejarah pulak, mula2 cakap pasal sejarah tiba-tiba ntah kenapa menyimpang ke benda lain dan buat lawak yang budak lelaki je gelak..
Budak perempuan terpinga2 macam "Apa yang kelakarnya?"
"Ntah aku pun tak pasti" jawab kawan sebelah secara telepati..

Erm, hebat jugak..
Dengan mata je kami bole berkomunikasi..

Salah satu sebab saya selalu tidur kat sekolah ialah, saya tak dapat lelap mata pada malam hari..
Sejak akil baligh saya kena tindih atau sesetengah orang cakap kena himpit..
Orang saintifik cakap sleep paralysis..
Saya selalu kena tindih dan pernah sleep paralysis dan saya tau perbezaan kedua2nya...

Sleep paralysis ni bole kena pada bila2 masa je time tidur..
Tiba2 paralyze walaupun mata dah hampir2 terbuka...

Tapi kene tindih ni, mesti pukul 3.00 pagi je...
Ntah kenapa sebelom kene tindih tu rasa cam serba tak kena...
Mata ngantuk tapi tak dapat lelap..
Dan secara automatik pukul 3 mata terus berat macam magnet pastu kene tindih..

Pengalaman saya kene tindih ialah mula2 time mamai nak tido tu saya suara-suara lembut yang mengasyikkan kat telinga..
Pastu ada satu sentuhan (macam hujung jari) sentuh satu tempat kat badan saya (biasanya kata paha atau lengan)
Dan sentuhan tu bertukar menjadi kebas atau sentuhan macam kain lembut atau menjalar perlahan2 merebak ke seluruh badan..
Time dia merebak atau menjalar lembut tu la biasanya saya tersedar yang saya nak kena tindih..
Bila saya buka mata je, terus sentuhan atau jalaran yang merebak tadi tu, macam..
Macam ape ek nak sebut..
Dia macam grab atau locked badan saya supaya tak bergerak..
Time ni saya susah nak explain, rasa seolah2 ada tangan-tangan yang menjalar seluruh badan kita ni...
Lepas tu kat telinga ni dengar orang bergaduh2 sesama sendiri..
Bahasa dia saya tak tau, tapi suara tu aneh dan buat saya takot...
Time tu dapat buka mata sikit2, dan ada nampak kelibat2..
BIasanya saya tutup mata sebabnya saya tau makhluk halus ni rupanya tak normal dan kalo saya nampak dia, confirm saya takot..
Jadi better tak tengok kan..

Kenapa saya sebut makhluk halus ni rupanya tak normal?
Sebab kawan saya pernah cerita ayah bawak dia dan adik beradik yang lain pergi jalan-jalan kat atas bukit..
Satu ketika tu dorang duduk2 kat kereta dan si ayah berdiri kat lereng bukit jauh sikit dari anak2 tu sebab nak menikmati view.
Bila ayah dia datang kat anak2, sorang anak dia yang kecik dalam 4 5 tahun baru pandai cakap tanya, "sape kawan ayah tu?"
Kawan? Mana ada kawan? Ayah rasa pelik..
"Yang cakap ngn ayah kat sana?" dia tunjuk kat tempat yang ayah berdiri tadi..
"Yang sorang tu kuning muka empat segi; yang sorang tu hijau leher kurus macam pembaris."
Wow..
Dorang pun lekas2 pergi dari situ...
Pastu si adik tu dah tak ingat dah apa yang dia nampak..

Dan dalam tahun lepas atau 2 tahun lepas, ada histeria beramai2 kat sekolah adik saya..
Histeria tu macam berjangkit kan...
Bila sorang kena, orang yang kat sebelah dia pun kena sekali...
Adik saya ada time tu menyaksikan peristiwa histeria tu..
Tengah syok2 menonton di khalayak ramainya, dalam celah2 murid sekolah kat situ tiba-tiba matanya terpandang satu orang (atau makhluk) yang hitam dan kepala panjang.
Time tu makhluk tu pun terpandang dia..
Adik saya nak terjerit tapi cepat2 tutup mulut dan berpaling ke arah lain..
Tiba-tiba badan dia rasa lemah longlai dan hampir pitam..
Walaupun dia tak kene histeria tapi dia jadi lembik dan terjatuh kat situ..
Cikgu kol ayah suruh bawak balik adik saya..

JAdi makhluk halus ni rupanya bukan macam hantu dalam movie (iaitu muka manusia yang menakutkan) tapi rupanya lain dan tak normal macam biasa kita tengok..
 Saya teringin nak tengok, tapi takot la pulak..
Haha..

Okay back to the story

Perkara tu akan berlaku beberapa minit je, sebab saya melawan pastu akan berlaku lagi beberapa kali..
Paling cepat ialah beberapa minit..
Tapi ada sekali tu paling lama saya kena dari pukul 3 sampai 4.30 pagi..
Pergh.. 
Gila lama..
Itu yang paling menakutkan yang pernah saya hadapi..
Sampai lembik badan aku..

JAdi disebabkan tak mau kene tindih, saya berjaga malam dengan baca buku atau berangan sampai la pukul 3.15 atau 3.30 pagi baru la saya berani tidur..
Itu la puncanya saya tidur kat sekolah...
Dan tabiat tu melekat sampai sekarang...
Sekarang memang saya jadi nenek si bongkok tiga..
Siang mengantuk, malam berjaga...

Apapun, kes kene tindih tu hanya berlaku pada zaman remaja, sekarang dah hampir takde dah..
Kalo kene pun setahun 2 kali je..
Tu pun dah tak takot sebab dah biasa sangat..

Kenapa zaman remaja je?
Saya ada 2 teori tentang kes ni.. (cewah!)

Pertama, zaman remaja saya tu ada jin yang minat kat saya (yeke?) jadi tiap2 malam dia mai kacau..
Ada orang cakap alam jin ni, Maghrib kita adalah Subuh dorang, jadi malam saya tido tu ialah siang bagi dia..
Tapi lama kelamaan saya dah makin tua dia pun dah tak nak dah kot, dia kacau orang muda lain pulak..
Takpun, dia pun dah tua dan dah kawen..
Haha..
Bole pakai ke teori ni?

Teori ke-2 ialah, zaman remaja saya jarang basuh kaki dan baca ayat2 suci sebelum tidur..
Bila dah dewasa ni, dah start buat dah semua yang agama ajar..
Alhamdulillah..
LAgipun, bilik tidur saya tu dah ada sebelum perang Jepun lagi dan kalo ada sapa2 yang kene buatan orang, kat bilik tu la dorang bawak bomoh dan pesakit utk diubati..
Mungkin la masih ada sisa-sisa kat situ...

Teori ni dikukuhkan pulak dengan kedatangan sorang kawan adik saya yang duduk kat rumah kami sebab nak keje kat Kuantan..
Budak ni kami panggil Bonnie..
Time belajar silat dulu, gurunya ada bagi satu ayat dan sejak dia baca ayat tu selalu je dia nampak kelibat makhluk halus..
Masa duduk kat rumah kita dia selalu bagitau ada benda berjalan2 dalam rumah ni..
Kitorang time tu berniaga malam kat food court, satu famili pi foodcourt,
jadi kat rumah takde orang la..
Bonnie balik dalam pukul 10.30 malam dan nampak ada orang atau lembaga tunggu kat bawah rumah..
Kalo dia duk tengok tv, ada nampak orang berjalan kat dapur la, dalam bilik la..
Kalo duk dalam bilik dia nampak orang masuk bilik, ingatkan adik saya dah balik keje, rupanya takde orang pun...
Bole kata setiap hari dia bercerita...
Last-last dia cakap tak bole tinggal kat sini sebab tak sanggup lagi..
Kitorang tak rasa apa, sebab kitorang memang tak pernah nampak pun..

Apapun sekarang saya dah hampir bebas dari kena tindih..
Bila citer pasal kena tindih, rata2 orang pandang saya seolah2 saya melebih2 je cerita..
Atau saya ni macma percaya sangat benda karut marut ni...
Mereka semua sokong pada sleep paralysis dan anggap saya berhalusinasi..

Saya tak bole sangkal apa yang dorang percaya sebab saya sendiri takde bukti..
KAdang2 saya berharap orang yang ketawakan saya tu akan kena tindih satu kali baru dia rasa..
Tapi dalam masa yang sama saya berharap dorang tak kena sebab ianya terlalu menyeksakan...

Kepada korang yang kene tindih, salah satu solutionnya ialah, cuba gerakkan ibu jari kaki..
Dan bila dah terlepas dari tindihan tu, cepat-cepat bangkit..
Pastu alihkan badan korang ke sebelah. Katilkan besar, jadi kalo korang duk sebelah kanan, beralih ke sebelah kiri katil dan bantal tu korang terbalikkan..
Itu adalah salah satu cara nak elak kene tindih lagi..

Apapun yang terbaik ialah sebelum tidur amik wuduk, pastu baca doa sebelom tidur..
al-Fatihah, Surah 3 kul dan ayat kursi..
Dan sementara nak lelap tu korang baca lailahaillallah (sori kalo salah eja) sampai lelap..
In shaa Allah malaikat jaga korang sampai Subuh..
Rasanya korang semua dah tau kan..
Takpe la.. Ini utk orang yang belom tau...

Peliknya, saya nak citer pasal segmen ni tapi pi citer pasal perkara mistik pulak..
Haha..
Asma.. Asma..

Korang ada tak kisah mistik untuk dikongsi?
Kalo ada, tinggalkan la link, saya nak baca,, @_@

Wassalam..



5 Ulasan

  1. queenpink takde cerita mistik..

    BalasPadam
  2. Makhluk berwarna hitam dan panjang itu hantu raya yang biasanya dibela orang. Muka peta kuning itu macam Ayuni pernah nampak masa kecil dulu... ingatkan itu imaginasi Ayuni saja. Hampir sama seperti rupa lukisan Van Gogh. Banyaknya kisah mistik Asma.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lukisan Van Gogh yg mana satu ya.. Saya google tak jumpe yg iras2..
      Agaknya memang ramai je orang nampak, tapi tak perasan itu makhluk halus kot... x___x

      Padam
    2. Eh, silap... Picasso, bukan Van Gogh... Van Gogh yang lukis gambar bunga matahari kuning tu, huhu...

      Padam
Terbaru Lebih lama