Posts

Showing posts from July, 2014

Butang Kayu / Wood Buttons

Image
Salam...

Dah masuk pertengahan Ramadhan..
Tak terasa sangat nak raya kan.
Asyik dengan mengikuti perkembangan Palestine..

Pagi tadi nampak gambar sorang pakcik yang mati kene tembak sebelom sempat menjamah hidangan berbuka. Nasik dan lauk dah terhidang, pakcik terjelepuk berlumuran darah kat sebelah pinggannya..

Mujahidin Palestine dah hantar banyak roket ke Israel, dan rakyat Israel menyorok ketakutan..

Israel pun serang dari laut, dalam sejam tembak menembak, akhirnya tentera Islaerl berundur..

Perkembangan terbaru korang boleh follow FB Aqsa Sharif dan Aman Palestine..
Dorang sentiasa update perkembangan terkini...
Kita kat sini berdebar2 baca...

Okay, cakap pasal lain pulak...
Wood Buttons dah masuk kedai...
Kali ni ada 3 corak yang sama seperti sebelumnya; dan 2 corak baru..
Jom ushar..

BUTANG KAYU RAMA-RAMA Butterfly Wood Buttons RM1.50/10pcs
BUTANG KAYU BENTUK KATAK Frogy Wood Buttons RM1.50/10pcs
BUTANG KAYU BENTUK HELLO KITTY Hello Kitty Wood Buttons RM1.50/10pcs
BUTANG KAYU BENTUK SIP…

Palestine... :'(

Image
Salam..

Sekarang ni hati tengah panas dengan dengan kes Palestine kene bedil dengan Israel.
Wall FB saya penuh dengan gambar dan video yang saya sendiri tak tergamak nak tengok..
Gambar mayat budak2 kene sembelih, budak2 berdarah..
Sejuk tangan tengok...

Panas hati...
Apa nak buat...?

1. TEMBAK DENGAN DOA  Nak tembak dengan senapang, tak mampu.. Jom tembak dengan doa...  KAlo tak tau nak doa apa.. Jom baca Doa Qunut Nazilah ni:

2. PERANG BOIKOT PRODUK ISRAEL Puas jugak saya cari produk yang diyakini disalurkan kepada tentera Israel. Sebab karang silap boikot produk yang takde kene mengena, kesian pulak syarikat tu. Berikut adalah produk yang boleh kita boikot.
Sumber saya dapat dari blog INIJALANKU Jom follow blog ni. Banyak info berguna kat situ
Ni saya pastekan apa yang blog tu tulis.. Produk yang macam popular n biasa guna saya kalerkan warna merah Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika: Syarikat : Phillip Morris Produk : Ro…

Acrylic Felt 1 meter

Image
Salam...

Stok Acrylic Felt dah sampai!!
Kali ni ada sedikit penurunan harga tau...

Dan berita baiknya; asma-felt-box dah mula jual acrylic felt / felt lembut saiz 1 meter..
Yippi!!

NI gambar lama.. Kalo gambar baru pun, camni gak rupanya.. T__T Encik Felt tak pandai posing pesen lain..  Huhuhu...
Harga Acrylic Felt Terbaru: 23x25cm : RM1.10/pcs 46x50cm (1/4m) : RM4.00 1/2m : RM8.00 1m : RM16.00
Nak order, sila isi borang kat sebelah. Atau email asema84@gmail.com Atau whatsapp 0139325870 Atau order direct kat http://asma-felt-box.com
Please, jangan order melalui sms ya.. Ada problem sket sms tu..
Mekasih korang.. Love you.. >-@
Wassalam...

Bantal Felt: Hello Kitty and Captain America for Birthday

Image
Salam...

Camana puasa korang...?
Kering tak?

Saya yang duk kat umah ni pun terasa-rasa kekeringan..
Apa lagi yang duk dalam air cond atau keje luar..
*bukan la duk dalam air-cond, duduk dalam bilik berekon la maksudnya.. Hehe..

Nak tunjuk korang, sebelom puasa punya order...
Dalam puasa ni, ingat malas amik order sebab lapar tak larat
Tapi rezeki kan.. Rezeki datang, mana bole tolak..
Tak baik gitu...

Ni la antara last order tu..
Korang yang follow saya kat Facebook, twitter dan Instagram mesti dah pernah tengok benda ni kan...

Bantal Felt for Birthday Corak Captain America
ni satu lagi.. Bantal Felt Birthday Corak Hello Kitty
Design ni adalah design dari kastemer.. Saya ikot je... Yang bestnya dia bagi dalam bentuk draft bergambar.. Jadi senang nak ikot...
Seronok sangat jahit order ni tau... Rasa nak jahit lagi.. Huhuhu...
Okay la.. Cakap banyak2 nanti dahaga pulak.. (macam la cakap, walhal menaip je pun.. huhu)
Harini nak buke ape ek..? Saya ingat nak makan kepak ayam la yang jual kat …

Restocked : Butang Bulat 9mm 4 lubang

Image
Salam...

Item yang dah lama sangat ditunggu-tunggu akhirnya restock jugak..
Kali ni dngan warna yang lebih mengancam jiwa..


BUTANG BULAT 4 LUBANG 9MM RM1.80/20pcs
Cantek kan warna dia...
Nak order, boleh isi borang atau pm kat fb atau whatsapp ataupun order direct kat website Senang kan..
Semalam kitorang tengok transformer tau.. Kat wayang... Tapi yang tak best ialah takleh makan popcorn.. :( Dan takleh minum air gas besar tu.. :( Takpe la.. Ape bole buat...

Yang bestnya ialah citer tu best... Sebenarnya saya tak minat pun transformer.. Sebab tak berapa faham sangat jalan citer dia.. Dan ada banyak nama yang saya tak kenal..
Pastu robot tu muka dia sama pulak..  Saya tak tau sape yang sedang bercakap dan sape tengah lawan ngan sape.. Dan mungkin byk aksi2 lawan2 yang buat saya terlelap..
Ini Optimus Prime yang saya tengok zaman budak2 skolah dulu.. Beza kan? Rindu kat Optimus Prime yang ni.. :'(
Dan punca utama tak minat tengok transformer versi 3D  ialah pelakon utamanya Shia LaBe…

Assalamualaikum

Kami membuat handmade felt craft; serta menjual bahan-bahan krafnya sekali.

Bisnes ni online dari rumah dan semua order dipos ke seluruh dunia.

Tiada self pick-up. Tiada COD


Waktu urusniaga : 11pg-4ptg (Isnin-Jumaat)
Cuti : Sabtu & Ahad
Pos barang : 4ptg (Isnin-Jumaat)
Kurier : Poslaju


email : asema84@gmail.com

whatsap :018-3798330
shop : asma-felt-box.com

ssm : 002186823-k