30/10/2014

New: ZIPPER

Salam..

New item in da house!
Kali ni tiba giliran zip pulak...

Zip ni salah satu item penting dalam craft saya..
Purse dan pencil case semua pakai zip..

Ada 3 saiz tapi warnanya limited la..
ZIP SAIZ 6 INCI
Ada 6 warna kesemuanya..
Zip ni biasanya saya guna untuk buat coin purse yang kecik..
Kalo coin purse tu 3 atau 4 inci je, saya potong hujungnya tu bagi adjust saiz...

Warna2 yang available ialah:

Zip Kuning 6 inci

Zip biru 4 inci

Zip Hijau 6 inci

Zip Oren 6 inci

Zip Purple 6 inci

Zip merah 6 inci

HARGA 25sen/pc


Kemudian yang jenis kedua pula..

ZIP 8 INCI
Yg ni saya gunakan pada pencil case dan purse
Dan macam biasa kalau panjang sangat, potong ke hujungnya..

Ada 4 kaler iaitu:

Zip pink 8 inci

Zip oren 8 inci

Zip merah 8 inci

Zip ungu 8 inci

HARGA: 30sen/pc

LAst sekali :

ZIP 9 INCI
Ada 3 kaler..
Saya tambah saiz ni sebab zip 8 inci tu ada 4 kaler je..

Zip biru 9 inci

Zip hijau 9 inci

Zip kuning 9 inci

HARGA: 30sen/pc

NAk order, bole direct kat http://asmafeltbox.com
TAkpun whatsapp: 0139325870

Wassalam..

29/10/2014

Brainwashed!

Salam...

Amaran:
Entry ni tiada kaitan dengan craft dan masuk dalam kategori 18SX. Yang belom cukup umur sila klik "Back". Jangan baca please...*

Salah satu hobi saya ialah menonton filem...
Menonton drama dan sitkom pun yer jugak..
Dan rancangan yang saya tontoni ini ialah cerita mat saleh..

Kalo kat umah ayah dulu, kitorang takde astro..
Piring astro ada la, sebabnya ada subscribe time astro mula2 keluar dulu..
PAstu lambat sikit bayar, astro pun potong..
Bila dah bayar, astro tak sambung pun..
Call2 banyak kalo asyik forward je, last2 ayah tak bayar terus..
(time tu takde internet lagi, takde la online banking. Kene pi pejabat Astro bayar)

Jadi kitorang tengok tv channel free je la..
Channel free ni banyak tapisan...

Selepas kawen, umah Encik Wolverine ni ada astro jadi bukan main syok la saya tengok movie..
LAma kelamaan asyik ulang2 makin boring la pulak..
Citer memang la best tapi kalo ada 20 kali tengok, dah tak rasa apa dah...

Okay, yang saya nak bincangkan kat sini ialah..
Astro ni takde tapisan ke..?

Sebab bila mencarut dan lucah tak kena sensored pun...
Pastu perempuan 3/4 bogel bersepah2 sana sini...
Scene kissing2 pun ada je, lama pulak tu sampai bawak ke katil...

Saya suka citer orang putih sebab jalan cerita dan skrip dorang cantek..
Tapi la ni dah tak berapa nak suka dah la..
Sebabnya, sikit2 tidur dengan lelaki yang baru jumpa lepas tu cakap takde apa2 antara kita..
Sikit2 curang dengan suami, tidur dengan tukang kebun yang muda, hensem dan gagah pulak tu.. Ada ke orang yang muda, ensem dan gagah macam kevin zahri jadi tukang kebun..?
Sikit2 babysitter ada affair dengan bapak anak2 yang dorang jaga, pastu anak dia ada fantasi pulak kat babysitter tu..

Yang paling best mak ayah dan bercerai, ayah duk ngan anak2 dan ada girlfriend ayah sekali tinggal dalam rumah tu.. PAstu anak perempuan yang 12 tahun terserempak dengan ayah dan girlfriend ayah kat bilik mandi tengah berbogel dua orang dan membuat aktiviti.. PAstu ayah suruh mak explain kat anak tu apa yang berlaku dan anak pun dah paham tak payah explain pun takpe... Hadoi...
Perlu ke ada skrip tu..?

Pastu ada kisah cikgu make out dalam bilik darjah dengan ex-student dia..
Dah la tua pangkat mak buat dengan budak muda pangkat anak..
Apa ni...?

Dan satu lagi perempuan murahan tidur dengan orang tua demi wang, pastu tidur ngan anak orang tua tu jugak demi wang...
Aiii.. nak muntah aku...

Bila pikir balik, saya ni tengah tengok maksiat ni...
Tapi rasa macam bukan maksiat pun, macam hiburan je kan...


Tengok la..
Bila dah berterusan tengok maksiat bertahun2, yang maksiat pun dah tak terasa maksiat...
Saya dah kene brainwashed! 
Help!!!


Mungkin disebabkan orang putih, jadi tak terasa apa la sangat...
Bukan orang Islam pun..

TAPI!!!

BAru2 ni saya tengok citer Lady D..
Kesah dia bercinta dengan doktor Pakistan Islam...
Dalam citer tu ada kesah Lady D tidur dengan doktor tu kat istana.. Tidur dgn doktor tu kat apartment doktor tu..
Aiyoooo!
Perlu ke..? Kalo takde adegan macam tu memang tak akan laku ke citer tu..?
Dan kalo potong adegan tu, takde orang tengok ke citer tu kat Malaysia?

Dan baru malam tadi saya tengok drama orang putih, remaja pakistan (Islam) "tertidur" dengan reporter perempuan orang putih blonde yang sepatutnya sembunyikan dia dari musuh. Perempuan tu dalam 30-an la, budak tu dalam 19-20 tahun camtu. BUdak tu terkejut bila bangun pagi dan rasa bersalah. Siap skrip "agama saya tak benarkan buat macam tu, saya nak jadi orang soleh." Perempuan tu jawab. "saya faham, takpe lupakan."
Tak berapa lama kemudian, budak tu pula minta pegang tangan perempuan tu dan minta perempuan tu ajar "buat" cara yang betul (sebelum ni dia teruna kan, jadi malam tadi tu tak berapa betul la gamaknya.) Perempuan tu bersetuju sambil tersenyum mesra seolah2 hubungan dorang tu suci, takde apa yang nak dibimbangkan.. Ada la skrip lain lagi yang tak tergamak nak tulis kat sini.. Pastu dorang kissing.. Daring punya kissing wa cakap lu...
Aiyoooo...!

Bila dah masuk bab orang Islam buat keje lagu ni, saya dah tak berkenan..
Nak kata orang Islam tak buat, memang ada yang buat...
Tapi kalo tunjuk kat TV, makin ramai la orang Islam nak buat sebab macam perkara biasa je tu..
Dantakde rasa bersalah...
Nama pun brainwash..


Nampaknya saya kene minta Encik Wolverine unsubscribe Channel movies Astro ni...
Segan gak nak cakap sebab ni kan tv dia..
Tapi demi menjaga otak saya agar kekal waras dan anak2 saya nanti, kene juga la berkorban...

Kalo zaman la ni pun dah macam ni..
Zaman anak saya 20 tahun lagi camana la gamaknya...
Risau aku dibuatnya...

Wassalam...

p/s: kalo ada yang nak komen, "tak payah la tengok citer macam tu, tengok la yang baik2 shj"; jawapannya, "ya, memang saya nak tengok yang baik2. Tapi disebabkan tak pernah tengok dan tak tau jalan ceritanya maka saya tak tau ada scene yang macam tu. Lepas dah tau, memang tukar channel. Tapi yang dah ternampak tu dah takleh nak delete dari memory.. Demit!

28/10/2014

New: Tali Halus 1.5mm

Salam...

Ada beberapa barang yang baru masuk kedai tau..
New item kali ni nampak macma tak begitu baru, tapi sebenarnya memang baru..

TALI HALUS HITAM 1.5mm

Tali halus 1.5mm ni nampak sama macam yang saiz 2mm cuma ia lebih halus dan lebih lembut..
Digunakan sebagai loop kat produk craft untuk sangkut keychain dan hp straps

Sebelom ni saya guna yang ni utk keychain, kemudian bila try guna tali 2mm tu, saya prefer yang 2mm punya..
Sebab lebih tebal, lebih mudah jahit dan kukuh..

Baru-baru ni ada customer request tali lembut ni, jadi saya masukkan sekali dalam stok sebagai pilihan untuk korang..
Dua2 jenis ni pun okay..
Depend pada masing2, lebih suka yang mana satu...
^_^

NI perbezaan rupanya...
YAng sebelah kiri tu 2mm, sebelah kanan 1.5mm

Cam tak banyak beza dalam gambar ni..
Tengok gambar bawah ya..


Orait, yang sebelah atas tu 2mm dan sebelah bawah tu 1.5mm
Nampak tak perbezaanya..?

Harga kedua-dua jenis ni sama je
30sen semeter

Buat masa ni ada warna hitam je..
Kalo nak request apa2 craft supply yang takde kat sini bole email asema84@gmail.com
In shaa Allah kalo mampu saya tambah dalam stok..

Orait..
Esok nak tunjuk barang baru yang lain pulak..

Wassalam..


26/10/2014

Poslaju : on-demand Pickup

Salam...

Ada pengumuman sikit untuk korang..

Mulai esok (27hb Oktober 2014), asmafeltbox akan menggunakan servis #poslaju on demand pickup dimana Encik Posmen akan datang ke rumah dan pick-up semua semua order. 

Posmen datang dalam pukul 2.00-3.00pm camtu. 

Oleh itu sesiapa yang buat pembayaran sebelom encik posmen datang, order korang akan dipos hari yg sama. 

Kalo bayar selepas dia amik barang, akan dipos esok harinya. 

Barang dipos setiap hari kecuali sabtu, ahad n public holiday.

Ni utk craft supply je tau. Utk handamade amik masa utk disiapkan.

____________________________________________________________________

Orait..
Nak belanja gambar harini..


Felt Pillow untuk bithday present

Felt pillow ni diperbuat dari acrylic felt (obviously)
Dan coraknya tu saya guna polyester felt

Rasanya pasni nak guna kain lain pulak la untuk bantal sebab ramai request bantal utk peluk2..
Felt ni lama2 akan berbulu, jadi tak sesuai nak buat bantal busuk..

Sebelom ni saya ada guna kain flannel dan fleece tapi warnanya tu limited..
Kadang2 ada, kadang2 dah abes..
Tu yang tak syok tu..
(Kain tu saya beli kat kedai mamak je)

TEngok la camana kot2 ada rezeki jumpa supplier kain utk bantal ni..

Doakan ya..

Wassalam...

21/10/2014

New Craft Supply : Benang Jahit

Salam...

Barang baru dah masuk kedai...
Haritu dah ada jarum jahit kan, kali ni nak masukkan pasangannya pulak..

Benang Jahit
Ni benang jahit biasa je..
Benang ni juga yang saya gunakan dalam berkraft.
Biasanya saya guna 2 lembar untuk cantuman, dan 3 atau 4 lembar untuk jahit hiasan..
Bagi cun sikit, menampakkan warna benang tu...

Sebelum ni saya guna benang cross stitch, tapi benang tu mahal sikit walaupun best..
LAst2 guna benang biasa je la..
Huhuhu..

Harga benang ni 85sen sebiji..
Warna bole pilih..
Setakat ni ada 12 warna..
Warna yang paling banyak saya guna..

BENANG HITAM

BENANG PUTIH

BENANG HIJAU

BENANG BIRU GELAP

BENANG BIRU MUDA

BENANG PURPLE GELAP

BENANG PURPLE LEMBUT

BENANG MERAH

BENANG PINK GELAP

BENANG PINK LEMBUT

BENANG OREN

BENANG KUNING

Perlukan benang jahit ni?
Order je kat SINI

Wassalam..


20/10/2014

Moody Monday

Salam...

Biasanya setiap hari Isnin saya akan gembira..
Sebabnya Isnin ialah befday Rasulullah dan kebetulan jugak saya lahir pada hari Isnin..
Pastu hari Isnin biasanya saya banyak keje nak packing barang dan pos..
HAri isnin jugak, inbox saya lebih penuh dari biasa...
Oleh itu, hari Isnin adalah hari yang sangat produktif!

Tapi hari ni tak... :<

Malam tadi saya dapat satu berita peribadi yang mengejutkan, lantas saya pun terperanjat lalu panik.
Panik tapi cam biasa la, masih nak control cun.. Huhu...
PAnik sangat sampai dalam kepala otak saya ni bercampur baur semua benda dan menyebabkan saya tak dapat berfikir dengan waras..

Berita itu berita gembira sebenarnya, cuma ada sedikit kerumitan di sebalik kegembiraan..
Mungkin ia rumit sebab dah dekat dan ada maklumat yang tak berapa nak lengkap di situ menyebabkan kami tak bole merancang apa nak buat..

Saya memang macam ni, sebelom jadi apa2 saya nak kena ada Plan B, Plan C dan Plan D..
Supaya bila ia berlaku, saya takde la panik sangat dan tak buang masa fikir apa nak buat..
Buat je ikot plan..

Tapi berita kali ni takde plan sebab info tak lengkap...

Berita tu berita peribadi jadi rasanya tak sesuai nak share kat sini..
Bukan berita saya pregnant tau, jangan buat spekulasi..
Kikiki..

Tengah moody2 ni tetiba saya terbaca blog saya follow ni dan lantas tersengih terlompat tersenyum sendiri..

Yay!!
Dah sampai pun..
Apa yang dah sampai tu..?


Ayuni Rafilah telah buat satu segmen sponsor makanan kucing..
Beliau ada 8 ekor kucing yang lapar je tak abes2..
Abes pun tak lapar macam tu..
Haha..
Ayuni nak ajak sape2 yang sayang kat kucing yang sudi sponsorkan makanan untuk kucing beliau..

Saya yang kononnya sayang kat kucing ni pun excited la nak sponsor sebungkus makan kucing seperti dalam gambar tu..
Sebenarnya saya tak begitu tau pasal kucing, jadi time masuk kedai tu, terpinga2 dalam 10 minit jugak la kat depan rak makanan kucing tu..
Tak tau nak pilih yang mana...

Ayuni ada bagitau kucing dia makan Vitapet, tapi takde pulak jenama tu kat kedai..
JAdi saya amik Smart Heart ni sebab kalernya pink..
Haha..Bole gitu... 
Sedap ke tak, jangan tanya ek..
Mana la saya tau..
Kuikuikui..

Disebabkan saya beli makanan kucing ni di waktu petang, tak sempat nak pos pada hari yang sama..
Maka masa yang terluang tu saya gunakan dengan aktiviti riadah iaitu dengan buat satu kad ucapan yang simple seperti dalam gambar tu...

Zoom in sket
GAmbar kad ni Sis Ayuni share kat blog dia..
Bila baca balik ucapan tu, macam kanak2 punya ucapan je,...
Huhuhu...

Kucing dan tulisan tu saya guna felt dan hiaskan dengan ribbon dan bunga..
KAd tu guna kad biasa je yang ada kat umah ni...

Kucing-kucing kesayangan Ayuni berebut tau nak makan biskut ni..
Nak tengok aksi2 comel kucing ni berserta perbualan rare dorang, TERJAH KAT SINI
Kalo tak terjah, memang rugi la..
Bukan senang nak jumpa aksi camtu..
Huhu..

Mekasih ya Sis Ayuni kerana sudi create segmen yang sangat menarik yang melibatkan penyertaan blogger lain.
Dah lama sebenarnya tak join segmen2 macam ni..
Dalam blog lama dulu (lama sangat dah.. 4-5 tahun yang lepas) selalu la join macam-macam..
La ni blog yang saya follow pun dah jarang update..
Nak follow blog baru, jarang jumpa yang berkenan nak follow..

Semoga Sis Ayuni terus sukses dan kucing2 tu kekal comel...

Haa..
Apa lagi, jom la sponsor..
Klik je SINI

Wassalam...




19/10/2014

Felt Pillow Birthday Gift

Salam...

Pagi Ahad yang sungguh indah..
2 3 hari ni jarang online.. Siapkan keje lain yang terbengkalai iaitu potong felt dan kemaskini akaun...
Saya dah siapkan akaun bulan August dan September..
Akaun Oktober belom.. Hehehe..

Buat akaun ni boring tau..
Boring sangat (bagi saya la)..
Kalo bole nak elak buat, tapi mana bole elak kan..
Nama pun berniaga...
Huhuhu...

Berikut ialah bantal felt yang saya buat dah lama la jugak..
Baru berjaya upload dari kamera..

Bantal Felt Happy Birthday sebagai hadiah hari jadi..

BAntal ni diperbuat dari felt lembut
Corak-corak tu dari felt keras
Corak tu semuanya jahitan tangan dan jahit keliling pun jahitan tangan jugak tau...

Harga depend pada design..
Masa yang diperlukan untuk siapkan bantal ni pun depend pada design..
Kalo nak cepat memang tak dapat sebab banyak pending order...
Queue ni ikot sape bayar dulu..

Contohnya Si A order 1hb dan bayar pada 20hb; 
Si B order 19hb dan bayar pada 19hb.
Maka yang beratur dulu ialah Si B.
Si A kena duduk belakang Si B..

Ini perlu dilakukan sebab ada yang drop order pastu senyap..
2 bulan kemudian dia bayar dan nak saya pos esok..
Bila saya terangkan tak dapat nak pos esok sebab ada order lain dulu, dia terkejut dan flashback yang saya cakap haritu bole siap..
Memang bole siap kalo buat pembayaran 2 3 hari selepas drop order...
Kalo selepas 2 bulan tak dapat la sebab ada kastemer lain yang booking tempat dulu...

Maybe silap saya jugak sebab haritu saya tak explain dengan jelas..

Dan kalau tak dapat bayar full sebab nak tunggu gaji, bole bayar separuh dulu untk confirm order..
Sebabnya ada yang saya siapkan order sebelom dia bayar.
Bila inform dah siap, dia senyap pulak.
Jadi sedih la saya... *wooo*

Orait, nak order isi je borang kat bawah ni..
Takpun email saya kat asema84@gmail.com atau whatsapp 0139325870

Kalo saya belom reply tu, maksudnya saya tengah buat keje..
Bila online nanti saya akan terus reply..
Biasa la, sendiri bos, sendiri kuli..
T__T

Bila la nak kaya ni..?
Nak upah orang...

Wassalam...

15/10/2014

Cabaran 21: Tempat yang Anda Ingin Pergi dan Tak Pernah Pergi

Salam...

Hohoho..
Saya tau saya lambat, tapi saya maafkan je diri ini.. :P

Cabaran 30 tahun Hari yang ke-21 berbunyi..

Tempat yang Anda Ingin Pergi dan Tak Pernah Pergi

1. Great Barrier Reef, Australia

Great Barrier Reef ni  terletak di Queensland, Australia..
Ia merupakan Terumbu Karang yang terbesar di dunia..
Besar sangat ke?
Takde la besar sangat, panjangnya kira2 2,300km sepanjang perairan Quesnsland tu..
Cer tengok gambar kat bawah...

gmbar ehsan : www.coolfactsforkids.com
Kalo korang ada peluang pergi ke angkasa lepas nanti, cuba cari benua Australia dan dari angkasa lepas tu korang bole nampak Terumbu Karang tu..
Hebat kan!!

Kenapa saya teringin nak pi sana?
Ala, nama pun Marine Biologist.. Haha..


2. Negara Jepun
Saya tak tau secara spesifik nak pegi area Jepun yang mana satu..
Saya cuma teringin nak tinggal kat Jepun selama beberapa tahun..
Sebabnya saya terpikat dengan budaya masyarakat Jepun yang rajin, punctual, berdisiplin dan baik hati...

Saya pernah tengok satu rancangan Arab kat TV al-Hijrah
Orang Arab ni pergi Jepun sebab nak tengok budaya orang Jepun kat sana..
Contohnya, kedai buka pukul 10.00 pagi..
Para pekerja dah buka pintu 10 minit lebih awal dan orang ramai dah berada kat luar kedai..
Walaupun pintu dha buka, dorang tetap tunggu sampai la pukul 10.00 pagi..
Tepat 10.00 pagi, baru dorang masuk..

MAcam tu juga kat perhentian bas..
Jadual tulis pukul 9.00; dorang tunggu2, pukul 8.55 dah sampai.. 
Tepat pukul 9.00, pemandu bas pun gerak..
Bas seterusnya pukul 9.30, tunggu2 sampai pukul 9.25..
Tepat 9.30 bas gerak..
Memang menakjubkan sampai macam tu sekali punya punctual..

Kalau saya duk Jepun beberapa tahun, pasti saya akan jadi lebih cemerlang!


3. Mekah
NAk sangat pergi Mekah...
Nak menunaikan umrah dulu.. Pastu ada peluang buat haji...
Kalo la saya kaya, rasanya tiap2 tahun kot nak pergi ziarah Mekah ni..
Minta2 la saya kaya..
Amin...

Tu je kot 3 tempat yang saya nak pi dan tak pernah pi..
Korang pulak nak pi mana?

Wassalam..

14/10/2014

Keychain Murah, Kualiti Baik!

Salam...

Keychain yang jenis baru dah sampai!


Keychain jenis baru...
Harganya murah sikit berbanding sebelum ni...

Beza yang ni berbanding yang lepas ialah saiz ringnya tu..


Sebelah kiri yang baru dan sebelah kanan yang lama..

Keychain baru ni saiznya 22mm berbanding yang sebelum ni 25mm
Kalo tengok gambar tu, saiznya lebih kurang je...

Harganya keychain murah sikit..
RM1.70/10pcs
RM15.00/100pcs

Kualiti baik, don't worry.. ^___^

Nak order isi je borang kat bawah ni atau order direct kat asmafeltbox.com
Kalo nak whatsapp, ni nombornya : 0139325870

Wassalam...


13/10/2014

Poly fiber for stuffing - aka KAPAS

Salam...

Yay Yay
Monday is here!
I love Monday... Yippi!!

Selain dari gembira sebab hari ini hari Isnin, saya juga gembira kerana satu objek seksi telah muncul?
Apakah objek itu?
Jeng..jeng..jeng..

KAPAS - FIBER - POLY FIBER - STUFFING?

seksi tak...?
Alamak gelapnya tangan saya kena bayang..
Jap ek...

Ha.. ni tangan takde bayang...
Erm.. sama je kaler.. :P

Poly fiber ni tak banyak tau..
Ada 50 kilo je..
1 beg ni dalam 10 kilo camtu...

Harga fiber ni RM3.00/100g
RM26.00/kg

Cuma bab pos tu complicated sket..
Sebenarnya tak complicated pun, cuma saya nak bagi option untuk jimatkan duit korang...
Baca dengan teliti kat bawah ni ek...

Disebabkan fiber ni besar tapi ringan, jadi bila beli banyak time pos tu pihak poslaju akan ukur, bukannya timbang..
Oleh itu, pembelian sehingga 400g (4 pek), kos posnya masih RM6.00 (poslaju ke semenanjung)
500-600g kos posnya RM15.00 (poslaju ke semenanjung)
700g-1kg kos posnya RM30.00 (poslaju ke semenanjung)

Oleh itu saya mencadangkan yang nak beli banyak, better korang beli sekilo dan guna pos domestik.
Kapas sekilo RM26.00 + Pos Domestik RM7.50 = RM33.50
Yg ni amik masa 3-7 hari baru sampai..

Tapi kalo nak urgent bole je guna poslaju...
cuma mahal je sangat sikit..

COD dan self pickup saya tak buat ya...
Maaf sangat2...

Dan kepada korang yang nak beli banyak2 kilo macam 5 kilo atau 10 kilo camtu, harganya masih sama RM26.00 sekilo..
Maaf, saya tak dapat bagi diskaun kurang dari tu sebab keuntungan saya atas fiber ni rendah..
Saya cuma beli banyak dan dapat diskaun...
Jadi saya jualkan kembali kpd korang dengan keuntungan yang ok je la..
Kalo bagi murah daripada harga ni ia tak berpadanan dengan modal yang saya keluarkan..
Diharap korang faham ya...

polyfiber 1kg saya penyet2 dalam kotak air Sea Master ni..
Kalo pos kotak ni kos poslaju RM34.00..
Jadi saya decide sapa yang nak guna poslaju jugak utk 1kg kapas ni, saya akan masukkan  dalam kotak prabayar RM30 tu.. Jimat RM4.00
Tapi saya sarankan korang guna pos domestik la..
Lagi banyak jimat..

Fiber ni saya masih belom masukkan dalam website; sebabnya saya tak reti nak setting kos pos yang berasingan..
Masih godek2 lagi cari jalan..
Oleh itu, kalo korang nak beli fiber ni sekali dgn item lain kat website tu, time checkout nanti korang "remark : Nak tambah Fiber ___g / ___kg menggunakan Poslaju/PosDomestik"

Bila nampak remark ni, saya akan re-calculate semula secara manual dan tukar total yang korang kene bayar... 
Kalo saya tak respond, korang bole email saya asema84@gmail.com atau whatsapp 0139325870, remind tentang order yang korang drop tu..

Owh, dan sape yang beli barang (kat website) lebih dari RM100 include fiber, saya terpaksa pos guna Pos Domestik sahaja dan charge RM7.50. 
Sebabnya, margin fiber ni ciput dan kos poslaju mahal untuk barang besar..

Maaf la kali ni macam complicated sikit..
In shaa Allah jumpa cara setting post nanti saya akan update kat website tu dan khabarkan kat korang melalui blog ni..

Wokep..
Ada lagi barang baru ni..
Esok saya tunjuk ya..

Wassalam...

Cabaran 20: Quote Kegemaran Saya

Salam..

Wow! Dah masuk ke cabaran yang ke 20?
Cam tak caya je..
Tinggal 10 cabaran je lagi yang nak disudahkan..
Hohoho..

Cabaran kali ni berbunyi: Quote Kegemaran Saya



TIADA UNDUR KE BELAKANG DALAM HIDUP
KERANA HIDUP TIADA BELAKANG

Quote ni saya jumpa dalam buku sajak karya T. Alias Taib milik ayah saya.
Time tu saya sekolah rendah lagi..
Macam syok je baca buku tu...
Walaupun tak faham, tapi bahasanya best...

Quote ni buat saya sedar (masa tu kan sekolah rendah) yang setiap apa yang dah saya buat, tak bole undo..
Setiap apa yang saya cakap pun, takleh undo..

Bila kawan baik saya cakap, "buruknya muka Asma" (time darjah 3), sampai sekarang saya masih ingat..
Dan bila meningkat remaja dan terserempak dengan lelaki (sekolah rendah dulu saya sekolah Convent, masuk sekolah menengah baru jumpa lelaki dan time tu lelaki nampak macam alien.. Haha..) saya cepat2 nak sorokkan muka saya, takot dorang nampak muka buruk saya ni dan sebut ayat yang sama macam kawan baik saya tu..
Kalo kawan baik pun tergamak cakap camtu kat saya, apalagi orang yang tak kenal kan..
Self-esteem saya down bertahun2 lamanya, gara-gara ayat yang dia semburkan tu..

Bila dah dewasa, saya sedar yang itu semua tak penting..
Apalagi bila tengok ramai artis jelita bercerai-berai..
Tapi orang hodoh kekal bersama dan bahagia..

Pastu ayah saya cakap, "bila orang tu nampak kita cantik, bukan bermakna kita cantik. Tapi Allah buatkan mata dia nampak yang kita ni cantik."

Quote tu buat saya sedar bahawa what have done, cannot be undone..
Tapi kita ada pilihan untuk melontarkannya ke recycle bin dan mulakan hidup baru dan menjadi orang yang baru..

Saya teringat satu buku cerita orang putih tentang sorang ahli botani yang berguru dengan sorang orang tua yang bernama Don Juan. 
Buku tu kepunyaan ayah saya jugak, tapi dah koyak2 dah, saya terjumpa beberapa chapter je..
Di awal chapter ahli botani tu tanya Don Juan, "pakcik ni siapa dan berasal dari mana?"
Don Juan cakap, "kalau saya bagitau awak sejarah saya, awak takkan pandang saya macam ni."
Dia elaborate lagi, "kalau awak tau yang saya berasal dari keluarga miskin, tak ada kelulusan  dan tak berjaya buat apa2 pun dalam idop saya, bagaimana awak akan treat saya?"
"Dan kalau saya bagitau saya dari keluarga kaya, keluarga bangsawan, bijak pandai dan berjaya, bagaimana awak akan treat saya?"
Ahli botani tu tak dapat jawab dan pakcik tu cakap:
"Sejarah saya tak penting, yang penting awak akan kenal saya mulai hari ini."

Bila baca ni, saya terkesima kejap..
Betol jugak..
Bila saya pi bandar, tak bermekap, tak bawak handbag, t-shirt murah, jeans lusuh dan flip flop; semua salesman dan promoter malas nak layan bila saya tanya2 barang..
Tapi bila pakai mekap, tudung llit, jubah bling bling, handbag ala2 kulit (padahal pvc je) dan kasut wedges; woooo senyum mereka sampai ke telinga...

No wonder la ramai wanita yang perlu pakaian dan barangan berjenama..
Dorang taknak orang ramai pandang dorang macam, "Ai, orang kampung mana pulak ni, tanya2 harga ada duit ke nak beli.."
BAru faham..
Apapun, saya tetap suka sempoi..

Okay la..
Tengok, dah melalut dah ni..

Jumpa esok dalam cabaran yang seterusnya..

Wassalam...







11/10/2014

Cabaran ke-19 : Resepi Kegemaran Saya.


Salam..

Saya tak memasak kan, camana bole ada resepi kegemaran..?
Haha..

Apapun, setiap kali nak memasak je, saya mesti terpikir resepi ni..
JAdi mungkin ini la resepi kegemaran saya..

Gambar takde tau, saya tulis resepi je..
Saya suka makan nasi putih, ayam masak merah cincai dan sayur campor..

RESEPI AYAM MASAK MERAH CINCAI

Gaul 1/2 ekor ayam dengan serbuk kunyit dan garam..
Goreng sampai masak..
Ketepikan..

Blend bawang besar sebiji, bawang merah 3 biji, bawang putih 3 ulas, halia dalam 1cm..

Amik kuali dan masukkan minyak dalam 3-4 sudi besar..
Mula2 tumis cili giling sesudu besar (ada orang suka tumis bawang dulu. Ikot suka korang la)
Pastu masukkan bawang yang dah blend tadi..
Biar dorang sebati, dan pecah minyak (atau naik bau), pastu masukkan cili sos dalam 5-6 sudu besar camtu.. 
Tambah garam secukup rasa..
Kalo suka manis, bole masukkan gula sikit..
Tambah air sikit je (dalam 1/3 cawan) nak bagi cair, pastu masukkan ayam goreng tadi..
Gaul sikit2 dan dan biarkan dorang kering sikit..
Bila dah nampak cam pekat2 tu, bole tutup api..
Sedia untuk dihidangkan..

Simple tak?
Hehe..
Simple2 je yang saya reti..
Sos tiram, sos ikan dan serbuk perasa saya tak reti nak guna..

Jangan lupa try k..

Jumpa lagi esok dengan cabaran yang seterusnya.. :>

Wassalam...


*cili giling saya buat sendiri: rebus cili kering pastu blend dengan airnya sikit. PAstu simpan dalam peti sejuk. Cili giling buatan sendiri tak tahan lama sebab tak mengandungi pengawet, jadi jgn buat byk2 la kalo jarnag masak atau duk 2 orang je kat umah...

10/10/2014

Amalan Sunat Hari Jumaat

Salam Jumaat...

Harini buat ape?
Tak tau nak buat apa?
Jom kita buat perkara sunnah berikut:


Amalan Sunnah Hari Jumaat:

1. Potong kuku dan trim rambut-rambut pada badan. Pagi2 Subuh tadi ok la buat...

2. Membaca surah al-Kahfi - ustaz cakap 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir surah al-Kahfi akan melindungi kita dari fitnah Dajjal. Bila dilihat tanda2 kecil kiamat dah hampir lengkap sepenuhnya, tanda besar akan muncul pada bila-bila masa je.. Tanda besar yang pertama ialah matahari terbit dari sebelah barat. Time ni pintu taubat semua dah ditutup. Taubat kita tak diterima dah lepas tu.. Oleh itu, jom la kita bertaubat setiap hari.. Kalo tetibe esok matahari muncul kot barat, naya je...

3. Mandi sunat Hari Jumaat - mandi ni disunatkan kepada orang yang pergi solat jumaat (maksudnya lelaki la kan), namun orang yang tak pergi solat jumaat (seperti wanita dan kanak2) pun bole mandi sunat ni. Caranya ialah niat "Sahaja aku mandi sunat Hari Jumaat kerana Allah Taala" pastu ratakan air ke seluruh badan (sama seperti mandi hadas). Waktu yang paling afdal ialah sebelom pegi solat Jumaat. Selepas selesai orang solat Jumaat, mandi tu tak dikira mandi sunat lagi - rujukan SINI

4. Bersiwak (memberus gigi) - yang ni hari-hari pun kita buat kan 

5. Memakai wangi-wangian - yang ni saya tak buat. Nampaknya kene start buat la..

6. Memakai pakaian yang elok - lebih afdal warna putih.. Erm, saya takde baju warna putih la.. Camana ni.. :(

7. Datang awal ke masjid untuk solat Jumaat - khas untuk lelaki.

8. Berjalan kaki ke masjid - khas untuk lelaki jugak.

9. Mendengar khutbah dengan teliti - La ni kita yang duk rumah pun bole dengar khutbah. Salah satu usaha yang dilakukan oleh Zon Kuliah ialah ceramah, kuliah dan khutbah secara live kat youtube. Yang rakaman punya pun ada.. Cuma Zon Kuliah ni beroperasi dari Penang (kalo tak silap), makan khutbah Penang la yang kita dengar. Takpe la mana2 pun, yang penting pengisiannya.. Jangan lupa LIKE Zon Kuliah kat Facebook dan Follow kat Youtube.. :>

10. Mencari Masa Mustajab untuk berdoa - hari jumaat ada satu waktu yang singkat dimana kalo kita berdoa time tu, doa tu akan dimakbulkan. Bilakah waktunya? Tidak diketahui dengan jelas (sama seperi malam Lailatul Qadar). Tapi pendapat yang paling kuat ialah:
  • waktu solat Jumaat
  • waktu antara khutbah pertama dan kedua
  • waktu terakhir selepas Asar
11. Memperbanyakkan selawat - saya pun selalu lupa berselawat. Jadi apa saya buat ialah pasang mp3 selawat time buat keje, jadi sedikit sebanyak terikut2 juga berselawat. Itu je yang mampu buat bagi saya yang alpa ni...

Jom..jom..jom...
Kita start buat harini.. Ada geng baru syok..

Wassalam....

09/10/2014

New Item: Jarum Jahit

Salam...

Barang baru lagi?
Mesti la.. Hehe..

Barang ni kat mana2 pun ada jual..
Tapi kalo korang malas nak keluar pi beli, bole la beli kat sini..

JARUM JAHIT

Ini ialah jarum jahitan tangan..
Ni set yang kecik..

Harganya RM1.00/pc
Warna akan diberi secara random..
Kalo nak request bole, tapi tak jamin ada stok..
Try la request kot-kot ada.. 
:)

Ni jarum yang sama saya guna selama ni untuk jahit korang punya order..
Disebabkan banyak jahit, lama2 jarum akan tumpul especially kalo jahit polyester felt..
Dan ada kes jarum patah bila jahit phone pouch (sebab 4 lapis poly felt) 

Oleh itu selalu la bertukar-tukar jarum..
Ada juga yang sarankan saya asah jarum untuk elakkan asyik tukar2 jarum..
Bagi saya pakai je la jarum baru..
Nak asah2 pun amik masa jugak..
Saya ni bukan sabar sangat..
Huuhuhu..

Orait, nak order isi je borang kat bawah ni..
Tak pun bole order kat website..
Mana2 pun bole..

Jom, sambung keje..

Wassalam...