Posts

Showing posts from December, 2014

Azam 2015

Image
Salam...

Selamat Datang 2015!
Saya harapkan kita akan lalui tahu baru ini dengan cemerlang.


Bila tiba tahun baru, pasti saya akan cakap tentang azam kan...
Flashback balik azam tahun lepas kat entry http://asma-felt-box.blogspot.com/2014/01/selamat-tahun-baru-2014.html, tahun lepas saya nak turun 10 kilo..
Akhirnya berapa saya berjaya turunkan?
Jawapannya ialah, saya kekal 74kilo.. Hahaha.. Apa laaa..
Takpe2 at least saya tak naik kan..
Kiranya itu satu kejayaan yang bole tahan la besarnya jugak..
Saya pun ada tulis satu blog khas utk monitor berat badan, namun ia dah lama saya abaikan..
Biarkan je la dia macam tu..
Saya sendiri pun tak mampu nak update banyak2..

Oleh itu, apakah azam saya tahun 2015 ni?
Azam saya sama jugak dengan tahun lepas punya iaitu saya nak kurus..
Tapi kali ni nak turun 5 kilo je la..
Tahun lepas 10 kilo konon, tapi sekilo pun tak turun..
Ape la naseb..

Pastu saya nak dapatkan extra seribu ringgit sebulan berbanding tahun ni punya pendapatan bulanan..
Hebat be…

RESTOCKED! ALPHABET BEADS

Image
Salam...

Harini dari pagi tadi cuaca panas..
Pukul 9.00 pagi dah terik...
Senoga dalam seminggu ni cuaca di Malaysia panas supaya air bankir kat Temerloh tu dapat mengalir dengan tenang ke laut..

Adik ipar saya dah jumpa doktor kat Kuantan, dan luka dia perlu dicuci selama 10 hari sebelom dijahit kembali..
Dan baby dorang masih kat Temerloh tau..
Saya pun tak tau macam mana adik2 saya ni bole bersabar..
Saya tak cukup sabar..
Mak ayah kat Kuantan seminggu, dan baby yang baru sebulan tu kat Temerloh dgn nenek n atuk dia..
Aiyoooo.. Mesti rindu giler..

Saya ni pun rindu giler kat 2 orang anak buah, apa lagi kalo berjauhan dengan anak sendiri..
Sabar je la...
Allah menguji orang yang layak diuji.. Saya ni tak berapa layak..
Ujian saya dalam bentuk yang berlainan..
Betul tak..? Mesti la betul..

**********

Orait...
Alphabet beads dah restocked

Dah lama juga saya hentikan penjualannya kejap sebab ada beberapa huruf yang popular dah out of stock, dan supplier punya stok pun takde...
Akhirnya,…

Keychain Plastic Frame

Image
Salam..

BAnjir kat Kelantan mulai reda..
Dan keadaannya sungguh dasyat..
Banjir lumpur, habis semua harta benda diselaputi lumpur..

Ada yang tinggal tapak rumah je, rumah dah dihanyutkan entah ke mana..
Kereta bertindih antara satu sama lain..
Pilu tengok semua gambar2 yang uploaded oleh rakan2 di Kelantan...

Banjir kat Temerloh masih belom reda..
Alhamdulillah, adik saya dan famili dah dipindahkan ke sekolah..
Cuma adik ipar saya yang operation tu jahitannya terbuka dan bernanah..
Helikopter amik masa yang lama untuk bawa dia ke hospital..
Pagi tadi baru bawak..

Dalam keadaan macam ni pasti ramai yang sakit, terutama orang tua-tua..
Heli pun tak banyak kan..
Mungkin kene ikot trip jugak..
Takpe, asalkan kini dia dah berada di hospital, in shaa Allah selamat...
Adik saya pun dah 4 hari tak mandi..

Diramalkan, air kat Temerloh tu akan turun ke Pekan...
Harap2 air tu mengalir elok2 je, apapun penduduk Pekan perlu berjaga2 jugak..

******

Barang baru harini ialah barang yang pernah ada ka…

Pearl Beads

Image
Salam...

Minggu terakhir 2014...
Nampaknya tahun ni berakhir dengan bencana dan diharap tahun depan tak bermula dengan bencana..
Rasa macam bertimpa2 je bencana kat Malaysia ni..
Semoga kita sentiasa dilindungi..
Amin...

Barang baru harini ialah Pearl Beads - mutiara bulat yang ada lubang kat tengah..
Ada 4 saiz..
Pearl beads 6mm Warna mutiara
Pearl Beads 8mm Warna mutiara
Pearl Beads 10mm Warna putih.. (warna mutiara untuk saiz ni dah abes stock. Jadi saya amik warna putih)
Pearl beads 12mm Warna mutiara
Beads ni saya amik warna mutiara (warna putih ala2 cream) sebab saya guna warna ni.. kalo korang nak request warna lain, bole bagitau saya warna dan saiz nanti saya pi tengok ada tak yang korang nak tu...
Apa beza pearl beads dan half pearl? Pearl beads ni bentuknya bulat dan ada lubang kat tengah untuk korang jahit pada fabrik atau masukkan dalam tali untuk jadi gelang ke rantai ke.. Half pearl pulak bentuknya separuh bulat, dia mana bahagian yang leper tu korang taruk gam dan tampalkan k…

Sumbangan dan Bantuan Banjir

Image
Salam...

Selamat Hari Jumaat..

Just a quick update.
Sebenarnya nak update semalam, tapi semalam seharian takde internet.
Hari Rabu pun takde tapi dari petang sampai malam, pastu dalam tengah2 malam sikit baru ada.
Ni pun time menulis ni, tenet slow sangat.
Harap2 lepas la nak post satu entry ni..

Jangan tuduh saya belom bayar bil tau..
Saya dah bayar sekali dengan yang bulan depan punya..
Advance tak? Hahaha..

Ada banyak lagi barang baru nak update, tapi takde mood sebab duk fikir risau pasal sahabat kita kat Pantai Timur tu.. Rumah adik saya kat Kuantan pun kena, nasib baik umah ayah tak kena jadi adik duk kat umah ayah sementara waktu. Rumah mertua adik saya sorang lagi kat Temerloh pun kena. Rumah tu tinggi, tapi air dah masuk pun sampai dlam rumah. Dorang la ni duk kat rumah jiran yang rumahnya kat area tinggi sikit. Adik saya duk rumah mertua sebab isterinya masih dalam pantang. Diharap dorang takde apa2 la..

Pastu kat kampung saya, Kemaman. Kat Paya Berenjut pun teruk jugak...
T…

New Item: Transfer Paper

Image
Salam..

Kepada korang yang nak buat label ribbon sendiri seperti yang saya tunjukkan haritu kat sini : http://asma-felt-box.blogspot.com/2013/06/tutorial-diy-handmade-label-ribbon.html ; kini korang boleh dapatkan Transfer Paper di Asma-Felt-Box.


Transfer paper ni saiz A4  Saya guna untuk buat label ribbon je Biasanya digunakan untuk transfer gambar kat t-shirt
Cara penggunaanya ialah korang boleh tengok kat link kat atas tu.. Kalo nak transfer gambar kat tshirt pun guna cara yang sama, cuma saya tak dapat nak explain detail sebabnya saya belom pernah buat..
Saya guna inkjet printer biasa jenama Canon; namun saya pernah baca kalo nak lagi cantik bole guna dakwat khas Dakwat tu better korang tanya kat kedai jual printer, saya pun tak pasti namanya
Setakat ni saya print dgn inkjet biasa dan iron kat ribbon, cukup puas hati..
Nak order, boleh whatsapp atau order direct kat asmafeltbox.com Tak pun isi borang kat bawah ni..
Wokep, jumpa esok..
Wassalam...



New Item : Brads 5mm Colourful High Quality

Image
Salam...

Kat sini hujan turun dah 2 3 4 hari dah..
Secara jujurnya saya suka hujan..
Sebab nyaman, sejuk dan tanam-tanaman pun in shaa Allah akan subur bila start panas nanti.
Takde air kering, tanah kering dan tanaman tak menjadi...

Cuma hujan tak berhenti ni membuatkan kampung saya iaitu Kuantan dan Kemaman banjir.
Sedihnya...
Rumah saya tak banjir sebab tanah kat situ tinggi (walaupun dekat dengan pantai)..
Tapi rumah adik saya dah start naik air..

Kalo tengok kat Kelantan lagi teruk.. Sungai pun melimpah-limpah..
Ramai orang forwardkan kat saya yang empangan kat Thailand tu nak release air dan akan efek Kelantan, tapi adik saya kata berita tu tak benar sebab takde empangan area situ..
Tapi group Tourist Guide yang rata2 orang Terengganu, dan Kelantan takde yang menafikan..
Ntah la..
Tapi harap2 ianya tak benar la...
Tapi bila tengok keadaan Kelantan yang luar biasa tu, tak tau nak cakap la kan...

Masa saya kecik-kecik dulu, musim hujan memang hujan macam sekarang...
Hujan tak hent…

New Craft Supply : Rama-Rama Tampalan

Image
Salam...

Minggu ni nak update barang craft supply yang baru-baru...
Giler lama tak update kan.. da la dekat 2 bulan (atau lebih)

Bahan kraf baru pada hari ini ialah:

BUTTERFLY EMBELLISHMENT
Tampalan rama-rama ni bukan felt.. Saya pun tak pasti la.. Dia macam kacukan kain dan plastik..
Saiznya 18x19cm Mixed kaler seperti dalam gambar
HARGA: RM1.50/10pcs RM13.00/100pcs
Tampalan rama-rama felt yang ada sebelom ni baru je out of stock.. Dan stock baru akan masuk dalam 3 minggu lagi..
Butterfly embellishment ni nak buat apa ek? Biasanya saya gunakan untuk hiasan pada bantal, pencil case, keychain dan direct je buat brooch atau hair clips.Pastu taruk la butang atau bling bling kat atas rama-rama tu demi menambahkan seri.. Ikot atas kreativiti korang..
Nak order bole direct kat website asmafeltbox.com Ataupun whatsapp saya : 0139325870

Jangan pegi whatsapp Sis Ayuni Rafilah pulak.. Ayuni Rafilah buat catering.. Kalo nak catering baru contact dia tau.. Masakan dia memang menjilat jari.. Nyum nyum…

Kesah 3 Objek Misteri

Image
Salam...

Ingat tak 3 objek misteri yang dihulurkan oleh ibu saya tempoh hari..
Actually, ketiga-tiga bungkusan tu dipos oleh orang yang sama.
Saya dah buka tau...
Jom tengok apa dia...

Bungkusan Pertama Wow! Set pelbagai barang! Set ni saya bida dalam PESTA LELONGkat blog Ayuni Rafilah haritu Jom kita tengok dengan lebih dekat..
Kuda hiasan.. Cantek kan.. Detail betul texturenya..
Gelas dan cawan hiasan.. Ni memang cantik letak kat rak ruang tamu yang bakal kami beli bulan depan..
Purse dari Vietnam.. Cantek! Bole la saya pakai purse ni je pegi jalan2.. Beg kucing haritu pun dah kusam..
Set rantai dan anting-anting.. Ni yang saya paling suka.. Dapat je terus pakai.. Hohoho..
Ni pulak barnag yang kedua saya bida.. Set gelang... Fevret saya yang kaler coklat tu..
Ini pulak bungkusan yang kedua:
Tadaaaa... Ini adalah hadiah sempena saya sponsor makanan kucing. Detail korang bole baca katSINI Jom kita zooommm..

Keychain from London...
Mug Sayangi la Kucing..
Minyak atas dan Vaseline
Keycha…

New Home

Image
Salam..

Setelah sekian lamanya akhirnya saya settled down..
Sekarang saya menaip kat rumah baru.. Yippi!

Kami bertolak bersama2 dengan mover truck pada hari Khamis lepas..
Penat wooo...
Mula-mula packing, pastu angkat barang ke dalam truck, pastu drive 6 jam ke rumah baru, sampai2 terus angkat barang ke dalam rumah dan unpacked semula..
Tobat takmo dah pindah rumah..
Penat woooo...

Seperti yang dijangka, barang2 saya la yang paling banyak..
Naseb baek2 kawan2 sekerja Cik Abang datang menyelamatkan bumi..
Kalau tak, mampos la kami berdua dan angkut semua tu..

Kami menyewa kat rumah flat je..
Time cari rumah tu, kami cari yang dekat dengan tempat keje Cik Abang dan dekat dengan Poslaju..
Bandar ni semuanya dekat2 jadi best sangat...
Pasaraya dekat, bank dekat, kedai makan dekat..
Cuma jalannya one way jadi jauh la jugak nak U turn, padahal kalo menyeberang, 10 langkah je dah sampai.. Bazir minyak dan masa sikit la kat situ..

Meh saya belanja korang gambar nak?

Ni permandangan dari balko…

Jamu Susuk Dara

Image
Salam...

Korang pernah dengar tak JAMU SUSUK DARA?
Jamu ni boleh tahan jugak la popularnya..
Dan antara produk yang hot selling ialah COOL MEDICATED FEMININE WASH kat bawah ni..

Rasanya korang tau kan apa fungsi feminine wash ni.. 
Dan kepada wanita yang ada masalah keputihan bole try set ni: Ada sekali tips tulis kat situ..
Untuk korang yang ada masalah resdung, bole try set ni
Selain tu, set mengandung untuk membantu pasangan yang inginkan anak pun ada. Saya ada amik yang no 1 dan no 2 tu... Masih belom ada tanda2..  Mungkin belom masa kot..
Eh, bukan tu je produk JSD ni tau.. Ada banyak lagi tau... Tengok bawah ni..
Kepada korang yang ada masalah tu, bole try ikhtiar dengan bantuan produk ni Produk ni berasaskan herba.. In shaa Allah selamat digunakan..
Saya ni segan nak explain detail tentang produk2 ni sebab banyak melibatkan masalah intim.. Dah tulis dah, pastu delet semula.. Sebab kurang selesanya tulis kat public.. Maka better korang tanya secara personal..
Eh, jangan tanya sa…

Mini Lucky Draw XDramaQueen #2

Image
Salam...

Saya nak join segmen satu ni la..
Bestnya!

Segmen ringkas je tapi saya tergoda dengan hadiah tempat pertamanya...


Mini  Lucky Draw ni simple je, korang cuma perlu :
1. Follow Blog XDramaQueen 2. Like fanpage Ayuni Rafilahdi Facebook.
3. Follow Google+ Ayuni Rafilah
4. Copy paste banner dan buat entri tentang lucky draw ini.
5. Letak entri anda di ruang komen.
Hadiah pertamanya ialah Potret Vector oleh Ayuni Rafilah.. Woow! Suka! Suka! Semuanya ada 6 hadiah, tapi yang 1st tu yang saya tergoda habis kau.. Muahahaha
Kalo nak join, klik je gambar kat atas tu nak ikot je steps.. Semoga berjaya kepada saya...
Wassalam...

Segmen : Zaman Persekolah

Image
Salam...

Saya berminat dengan satu segmen (atau peraduan kat satu blog ni)
Tapi bila tengok banyak betul blog yang saya kene follow, instagram yang saya kena follow, facebook yang saya kene like, +Google yang saya kena folow, saya terus batalkan niat untuk join..

Korang tau la kan saya..
Saya follow yang saya minat je..
Lagipun saya ni memang takde luck pun.. Hahaha...

Tapi yang bestnya segmen ni ialah ada 66 hadiah..
Maksudnya ada 66 orang yang akan menang...
Perghhh!!!

Ni la segmen yang paling banyak pemenang yang pernah saya temui..
Kalo korang join, peluangnya sangat besar untuk menang...

NAk join?
Klik je sini : http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

Segmen ni pun saya tau dari salah sorang sponsor iaitu Cik Ayuni Rafilah
HAdiahnya pun memang syok la...

Walaupun saya tak join, tapi nak juga tulis sikit tentang segmen ni sebab ia sangat menarik..

Pilih salah satu watak dalam gambar di bawah yang paling mirip dengan saya zaman sekolah dulu da…

Kalendar Percuma 2015

Image
Salam...

Yay!
Sampai pun.. *lompat bintang*

Apa yang sampai tu..?
Cer tengok gambar bawah ni..


Siapa2 yang barangnya dipos sejak 1hb Disember pasti dah dapat kalendar percuma ni kan... Suka la tu.. Hohoho...
Tapi kalendar ni percuma untuk pembelian RM35 dan ke atas sahaja..  Yang kurang dari tu, maaf ya.. Stok tak banyak la sayang... Saya order 200pcs je... Dah nak pindah ni, banyak gak nak guna duit..  Wooo... T__T
Kalendar ni kecik je..  Versi mini.. Okay la untuk korang tampal kat meja kerja, meja study, kat sebelah katil..  Tak makan banyak ruang..
Pada mulanya saya nak order kalendar besar.. Tapi bila pikir2 balik, ramai yang order felt keychain, felt brooch, felt hp straps yang kecik2 tu, tapi order banyak dan packing pulak kecik, tak muat pulak nak masuk kalendar tu nanti.. Kalo kalendar tu digulung atau lipat, renyuk pulak nanti.. Tak jadi comey la macam Kak Ton Jadi saya beli yang small calendar ni je la.. Okay la kan.. Dari takde.. Hehe...

Comel tak kalendar ni? Puji la siki…

Assalamualaikum

Kami membuat handmade felt craft; serta menjual bahan-bahan krafnya sekali.

Bisnes ni online dari rumah dan semua order dipos ke seluruh dunia.

Tiada self pick-up. Tiada COD


Waktu urusniaga : 11pg-4ptg (Isnin-Jumaat)
Cuti : Sabtu & Ahad
Pos barang : 4ptg (Isnin-Jumaat)
Kurier : Poslaju


email : asema84@gmail.com

whatsap :018-3798330
shop : asma-felt-box.com

ssm : 002186823-k