Apa yang Kedai Online Saya Jual?

Salam...

Eh, harini dah khamis dah?
Camana bole Khamis? Macam tak buat apa2 pun?
Huhuhu..

Sebenarnya saya takde idea nak tulis apa kat blog ni..
Hebat tak? tepuk tangan.. *clap clap clap*

Ada beberapa barang yang baru masuk, tapi fokus saya dah beralih arah ke benda lain.
Apakah benda itu?
Syyyhhh...
Tak mau bagitau lagi.. Nak bagi saspen..

In shaa Allah nak dekat2 nanti saya bagitau...
Bukan apa, takot sampai masa nanti ditakdirkan tak jadi, takde la malu sangat muka I.
Ngehehe..

Ada orang whatsapp saya tanya "awak jual apa ek?"
Soalan tu memang pelik..

Dari mana dia dapat no tepon saya?
Dari mana dia tau saya ni menjual, tapi bole pulak tak tau saya jual apa?
Pelik sungguh..

Kalo jumpa nombor saya, mesti ada sekali dgn gambar produk yang saya jual kan..
Dan mesti ada sekali dgn link blog atau online shop saya
Memang pelik betul..

Untuk pengetahuan semua asma-felt-box.com ialah sebuah kedai online yang menjual bahan-bahan craft seperti kain felt (ada 2 jenis iaitu polyester (keras) dan acrylic (lembut)); keychain ring ada ada beberapa jenis dan saiz, hp straps, brooch ada jenis bulat dan panjang yang biasa tu dan ada juga yang high quality brooch; butang-butang comel pelbagai bentuk, ada yang jenis shank, leper dan jenis kayu. Pastu ada jugak jual tampalan seperti bunga, rama-rama, ladybug ada 2 saiz yang kayu, ladybug felt pun ada jugak. Ribbon pun ada tau dan terbaru ribbon ada kain cotton, memang vintage wa cakap lu. Ada lagi beads pelbagai corak, dan yang berbentuk mutiara, eyelet, safety eyes dan wiggle eyes, eyelet, magnet, velcro dan gam uhu. Untuk korang yang nak buat ribbon sendiri atau nak transfer gambar dan lukisan ke atas kain, bole dapatkan jugak transfer paper kat sini. Owh, lupa pulak nak mention hairclips. Yang baru masuk ni ada cekak rambut tau. Nanti saya upload.. Dan jangan bimbang, saya ada jual plastik bungkus untuk masukkan handmade craft korang. Ada macam-macam saiz. In shaa Allah memang muat untuk produk craft sebab saya pun gunakan plastik yang sama.

Itu satu bab la.. Bab yang kedua dan yang paling utama ialah asmafeltbox menerima tempahan menjahit craft berasaskan felt; iaitu felt keychain, fridge magnet, purse, brooch comel, sarung phone, sarung tab, sarung apa-apa je yang perlukan sarung, felt hair clips, bantal dan macam-macam lagi.. Biasanya semua ni custom made. Cuma menjahit produk handmade ni memerlukan masa untuk disiapkan. Saya akan bagitau bila bole siap, dan kalo bersetuju, selepas buat pembayaran baru la masuk queue. Tapi kalo saya janji 30hb bole siap, tetibe korang bankin pada 29hb, memang la tak bole siap. Korang senyap je tak bankin saya ingat tak jadi nak beli. Malas la tanya nanti serba salah pulak nak jawab. Jadi tarikh bole siap tu ialah tarikh bole siap sekiranya korang bayar harini atau esok. Orait...

Lepas ni siapa tanya, saya akan bagi skema jawapan di atas je..

Harini takde gambar.. Tengah charge kamera..
Esok ya bagi gambar..

Tak sabar ni nak tunggu felt banyak nak sampai..

Wassalam..

4 comments:

  1. as salam sis....kalau plastik berpelekat untuk letak headband baby ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..
      Ada sis. Tapi tengok saiznya muat tak..

      Saiz bole tgk kat sini ya : http://asma-felt-box.com/index.php?route=product/category&path=76

      :>

      Delete
  2. Replies
    1. NI no whatsapp saya ya : 0139325870 :>

      Delete