Polyester Felt 1 meter

Salam...

Eh? 
Apa ni? Cuba teka..

Huhuhu..

Ni la felt gulung yang baru je sampai semalam..
Sayang nak buka sebab masih baru..
Sakit jiwa juga berurusan dengan orang yang handle shipping ni..
Lepas dapat duit, lepas tangan terus..
Tanya apa2 pun taknak jawab dah..

Yg lori tu pun beria2 cakap takleh anta petang, kene pagi jugak..
Pastu taknak bawak sampai atas, padahal ada je lift bole guna..
Tunggu dari pagi sampai petang tak muncul2.
bila kol, cakap esok pulak..
Esoknya tghari dia kol cakap setengah jam lagi sampai.
Sejam tunggu tak muncul2 pun..
Pastu cakap pukul 7 petang pulak.
Tunggu punya tunggu sampai 10 malam tak muncul2..
Kol2 tak dapat..
Bila email tukang handle ni minta dia contact lori tu,  senyap terus sampai sekarang..
Sebab dah dapat duit kan, buat apa nak layan lagi..
Akhirnya dapat kol delay lagi pagi esok..
Tengahari esok baru dia sampai, tu pun beria2 taknak bawak naik..
Pemalas sungguh..
Pakcik guard yang tolong Cik Abang bawak felt semua ni..
Ringan je pun, tak berpeluh pun Pak Cik Guard tu..

Lepas ni kene cari logistik lain la..
Buat apa bagi duit yang penat lelah kita dapatkan untuk manusia2 yang menyakitkan hati..
Janji2 tak sampai2 pun..
Kalo rasa tak sampai, jangan la janji dulu..
Cik Abang dah banyak kali minta keluar ofis sebab tunggu lori tu.
Orang pun banyak keje lain nak huat jugak..
Hampas nyor betol!

Okay habes dah sesi meluahkan perasaan..

Harga polyester felt ni ialah RM14 semeter.

Semua warna available..

Ikot je warna ni ya..

Jangan la tetibe nak shocking pink, marine green, red rose, yellow mustard yang takde dalam carta ni..
Pening saya nak memilih..
Saya namakan warna2 ni supaya mudah ingat yang mana satu..


Felt 1 meter ni saya masih belom masukkan dalam website asmafeltbox.com lagi.
Sebabnya dah tak bole masuk..
Katanya kuota dah penuh..
Aiyo.. BAru 80 item takkan dah penuh kot...?
Pelik ni..

Saya dah buang pun dalam 70 gambar macam tu, tapi takleh masuk jugak..
Dugaan betul..
Biasanya kalo perkara buruk nak jadi kat saya, ia akan jadi bertimpa2..
Ada lagi  2 3 perkara buruk yang berlaku sejak akhir2 ni tapi malas la nak citer..
Karang ter transform jadi Langit Pertama, susah pulak saya nak retransform semula..

Orait, kalo nak order bole email asema84@gmail.com atau whatsapp 0139325870
Nanti saya cari jalan betulkan balik website tu..

Mekasih korang..

Wassalam...



Comments

Assalamualaikum

Kami membuat handmade felt craft; serta menjual bahan-bahan krafnya sekali.

Bisnes ni online dari rumah dan semua order dipos ke seluruh dunia.

Tiada self pick-up. Tiada COD


Waktu urusniaga : 11pg-4ptg (Isnin-Jumaat)
Cuti : Sabtu & Ahad
Pos barang : 4ptg (Isnin-Jumaat)
Kurier : Poslaju


email : asema84@gmail.com

whatsap :018-3798330
shop : asma-felt-box.com

ssm : 002186823-k

Popular posts from this blog

Tutorial: Cara Kira Harga Poslaju

Tutorial : Cara Buat Minyak Kelapa Dara di Rumah

Tutorial: DIY Handmade Wedding Card