New Craft Supply : Zip meter

Salam..

Barang baru minggu ini memang buat saya excited giler..
Mana taknyer..
Dah lama cari, akhirnya ketemu jua..

BArang ni memang penting sangat terutama sekali untuk buat purse, pencil case dan coin purse yang pelbagai saiz. Lepas ni bole la saya buat beg pulak..
Yippi!!

Apakah barang yang miesteri itu?
(Misteri apanya, dah ada tulis dah kat tajuk tu.
TAk kira, nak gak buat gaya misteri..)

Ini dia.. jeng jeng jeng..
ZIP!

Zip?
Ala.. Kan asma memang ada jual zip..
Apa yang susah nak carinya?
Bikin saspen je la dia ni..

Whoppsii..
Ini bukan sebarang zip ok..
Ini zip meter...

Zip meter?
Apa tu? 
(cewah, macam iklan pulak)

Zip meter..
MAksudnya korang nak taknak kene beli zip ni dalam bilangan meter..
semeter ke, duameter ke, tigameter ke..
PAstu korang potong2 la saiznya ikot suka hatimu..

Nak 4 cm? potong 4 cm
Nak 10 cm? potong 10 cm
Nak 1km, potong 1km..
Eh, tak bole tak bole..
Paling panjang ialah 5 meter je..
Tapi kalo nak 10 meter, saya akan bagi 5meter x 2 keping camtu..

Suka tak? Suka tak?

Suka!!! <--kata semua orang

Haaa.. Kalo suka, jangan sorak je..
Meh ler beli..

Eh, camana nak beli..
Kepala zipnya bagi sekali tak?

Jangan susah, kepalanya pun saya ada jual sekali..

Terjah je kat http://asma-felt-box.com pastu cari kat zip..
Jumpa la kepalanya kat situ..

Selamat berkraf!

Wassalam...

4 Ulasan

Terbaru Lebih lama