My Birthday

Salam.

Pada 16 April lepas saya sambut birthday yang ke-XX tahun...
Kami buat makan-makan kecik kat rumah.
Semua adik-adik ada..
Hepi sangat dapat sambut birthday kat kampung..

Ni kek coklat yang Cik Abang surprisekan.
Baked by adik ipar saya.
Sedap sangat kek ni.
Tak puas makan.. Haha!


Ni pulak kek keju oreo yang adik perempuan saya buatkan..
Bukan main sedap lagi..
Tak dapat pavlova, cheese cake ni pun jadi la..
Huhu..


Meat Ball with Brown Sause Berkeju..
Ni menu adik lelaki saya pulak.
Semua puji sedap sangat.
Tapi saya kurang minat kot..
Mungkin saya prefer black pepper sauce berbanding brown sause ni..


Ni la menu alam kami pada hari tersebut..
Soto ayam makan dengan nasik impit.
Ni 1st time kami buat soto, hentam je la asalkan sedap..
Resepi tanya encik Gugel

Yang begedil tu saya yang buat.
Tak sangka pulak begedil tu sedap.
1st time makan begedil

Balik rumah buat lagi begedil beberapa biji makan dengan nasik.
Hahaha.


Ni hadiah dari adik lelaki saya yang sorang lagi.
Yg bekerja sebagai free lance pelukis karakter game tu..
Comel kan?

Cik Abang hadiakan saya beg kecik.
Dah banyak kali minta beg tu, tapi dia buat dek je.
Last2 dia belikan jugak.

Thank you abang.. I love u.. ^^

K la tu je nak citer utk kali ni..
Mood menulis berada di tahap kritikal..
Ni nak warm up amik mood semula..

Banyak projek nak buat tapi saya masih belom ada pembantu..
Naseb baek Cik Abang banyak tolong..
Minta2 dapat pembantu cepat.

Wassalam..

2 comments:

  1. Waaahhhh... sedapnya sedapnya sedapnya... terutama sekali kek coklat tu :D

    Happy Birthday Asma Langit, semoga dikurniakan umur yang bermanfaat, sempurna, iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, serta hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youuu Ayuni.. ^____^
      Memang sedap sangat. Sayangnya kecik. Haha..
      Saya doakan yang sama untuk Ayuni juga.. X>

      Delete