Didik Anak untuk Bekerja dan Berniaga

Salam..

Saya terbaca status Saiful Nang kat FB semalam.
Dan ia bentul-betul buat saya rasa sedih.


Saya tak racist, malah saya kagum tengok ketekunan, kreativiti dan kerjasama yang kuat sesama mereka.

Cuma saya rasa kecewa dengan kaum sendiri yang sebahagiannya tiada ketekunan.
Kenapa ya..?

"9/10 rezeki datang dari berniaga"
Ia amik masa selama 26 tahun hidup untuk saya percayakan quote tu
Saya cuba sedaya upaya menjadi pekerja yang bagus, tapi tak dapat..

Saya membesar dengan mentality tak mahu berniaga
Kerana saya lihat sendiri kepenatan ibu dan bapa saya dan ketidakurusan anak-anak kerana perlu fokus kepada perniagaan
Saya benci berniaga kerana ia langsung tak memberi nilai kepada kehidupan
Buat kita stress 24 jam
Keletihan 24 jam
Terlalu banyak menggunakan tenaga 24 jam

Saya prefer bekerja 24/7 kerana waktu kerja yang tetap, gaji yang tetap, kehidupan yang bersih dan terjaga serta masa berkualiti bersama keluarga
Saya sangat impikan semua itu sejak kecil

Apabila masuk ke alam pekerjaan dan bekerja di beberapa buah syarikat, saya dapati ini bukan kehidupan saya
Keputusan saya untuk cuba berniaga, sangat tidak menggembirakan ibu
Kerana ibu sendiri lalui kehidupan berniaga tu
Susah sangat.. Penat sangat..

Ayah tak pernah membantah..
Kerana saya ni serupa dengan ayah
Dia paham sangat apa masalah saya di tempat kerja, walaupun tak pernah bagitau apa2 pun tentang hal tu kepada ayah.

Bila flashback kembali, keturunan saya memang entrepreneur
Sebelah ibu pun berniaga
Sebelah ayah pun berniaga

Tapi perniagaan tu tak diwariskan kepada anak
Kenapa?

Sama macam ayah saya tak mewariskan satu apa skill dan pengetahuan perniagaan kepada saya
Kata ibu, saya sendiri yang buat statement "saya tak mahu berniaga", jadi mereka tak curahkan ilmu tu kepada saya.

Wah, kalau saya cakap takmo gosok gigi, ni gigi saya, saya punya pasal la
Maka mak ayah pun biar je la anak tak gosok gigi..
Bila gigi dah abes hitam semua baru cakap, "I told you so"

Kita diberi anak bukan untuk bagi makan kenyang-kenyang dan bagi main laptop dari subuh sampai subuh.
Kita diberi anak untuk membentuk anak tu menjadi manusia

Saya tak menyalahkan ibu dan ayah saya
Saya sendiri seorang yang sangat degil dan sangat garang
Ibu saya sangat lemah lembut, jadi dia takmo gaduh2
Gaduh karang, dia sumpah aku jadi batu, mampos aku

Bila dipikir balik, mujur la jugak dapat ibu yang baik dan tak pernah berleter

Mak ayah kita bernaseb baek, kerana zaman belia mereka ada banyak jawatan kosong kakitangan kerajaan yang perlu diisi oleh graduan yang jumlahnya kecil pada ketika itu
Maka ibu bapa mengesyorkan anak belajar pandai2 nanti dapat kerja kerajaan

Kita kurang bernaseb baek kerana zaman belia kita, jumlah graduan adalah lebih tinggi berbanding bukan graduan; namun kekosongan jawatan adalah lebih tinggi utk kalangan bukan graduan
Ditambah pula dengan had umur pencen yang semakin meningkat, mereka yang berusia 55 tahun masih lagi sambung bekerja hingga usia 65, dan saban tahun graduan baru keluar utk menunggu kekosongan yang jarang-jarang kosong ni
Dengan sijil dan hutang pendidikan, kita cuba elakkan utk bekerja dengan gaji kecil

Anak kita nanti akan bernaseb buruk, kerana mereka lack of every skill
Dan perlu bersaing dengan anak-anak warga ic merah yang tenyata banyak skill, lebih rajin dan lebih rendah diri; da mereka juga ber "ic" biru warganegara bumiputera melayu islam

Ya, saya dah tengok ic dorang..

Sesiapa yang bekerja dengan syarikat, pasti tak dapat nak berhenti kerja dan berniaga kerana kita takde skill berniaga tu..
Berniaga memang perit pada awal peniagaan
Perit ni bukan perit sikit-sikit
Baek punya perit

Oleh itu, mari lah kita buka fikiran anak kita kepada 2 cabang
Mempersediakan mereka untuk menempuhi alam pekerjaan yang profesional
Dan juga mempersediakan mereka utk berniaga
Kedua-dua konsep ni kita tanamkan dalam minda anak-anak dan apabila dewasa ni nanti mereka akan decide yang mana lebih sesuai dengan jiwa
Sekurang-kurangnya time tu dorang dah ada ilmu dan kemahiran, cuma perlu gilap lagi

Kalau tak tanam dua cabang ni, nanti mereka akan jadi seperti saya..
PAda usia 25 tahun baru la mencari-cari cara untuk berniaga
Tu pun susah sangat nak jumpa ilmu2 ni

Semakin saya dewasa, semakin saya tahu tips, ilmu dan seminar perniagaan yang saya pergi zaman muda-muda dulu tidak la 100% benar
Kebanyakkannya ada agenda tersembunyi 

Oleh itu, saya seru korang semua, cuba dapatkan satu part-time business yang kecik je, dengan tujuan nak wariskan ilmu dan kemahiran bisnes kepada anak
Supaya mereka dah terbiasa sejak kecik, dan dapat terus flow je bila decide nak berniaga sendiri nanti
Kalau kit anak serius berniaga sendiri dan berhenti kerja susah la kan.
Dengan banyak komitmen bulanan, berhenti kerja utk berniaga bukan la keputusan yang bagus

Bisnes part-time korang tu tak perlu untung banyak, cukup la sekadar dapat pusing modal dan tak rugi
Kalo untung banyak Alhamdulillah
Sebab kat sini kita nak didik anak tentang kos, masa, akaun, pemasaran dan penyelesaian masalah
Otak kanak-kanak yang tengah berkembang pesat tu memang dapat serap semua ni dengan baik
Otak belia susah nak serap kerana dalam otak dah ada idealogi
Bila idealogi lain muncul yang bertentangan dengan idealogi asal, otak dewasa akan amik keputusan nak terima mana satu
Otak yang tak dapat buat keputusan akan mengalami kekeliruan 
Macam otak saya..
Huhuhuhu..

Nanti saya share kan cara yang betul memulakan bisnes pertama

Wassalam..

2 Ulasan

  1. menarik dan betui tu ape yg asma ckp tuan saiful nang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. Kita jangan tanamkan dalam diri anak, "belajar rajin2 nanti dapat keje bagus gaji besar" kerana itu tak semestinya berlaku. Saya pernah jumpa mak yg cakap kat anak dia "kalo ko malas belajar, nanti jadi macam makcik tu" merujuk kepada tukang jahit. Padahal "makcik tu" ialah graduan fashion design yang buka keda jahit dan hire 2 pekerja kat kedainya yang kecik. Sewa kedai sahaja dah Rm1500; gaji pekerja RM1000 sorang, mesin jahit, bil api air lagi. Rasa macma tak cukup hebat ke "makcik tu", sampai tak mau anak jadi macma makcik tu. Begitu juga dgn "makcik goreng pisang" yg collection adalah sekitar RM300-600 sehari.

      Jangan kita tutup pemikiran anak kita dengan menanam idealogi yang bukan-bukan hanya kerana bisnes tu nampak takde standard, tak duduk dalam ekon dan tak pakai tie. Jom kita latih anak kita jadi survivor

      (erm.. panjang pulak komen. Sori yer.. :P)

      Padam
Terbaru Lebih lama