Solat Sunat Rawatib

Salam..

Sedikit ilmu yang sya dapat beberapa hari lepas..
Nak share kat sini untuk korang yang belom tahu dan juga sebagai ingatan untuk diri sendiri..

SOLAT SUNAT RAWATIB

Iaitu solat sunat yang dilakukan sebelom dan selepas solat fardu..
Ia dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

Solat Sunat Qabliyah : dilakukan sebelom solat fardu

Solat Sunat Ba'diyah : dilakukan selepas solat fardu

Gambar di bawah menerangkan ringkasannya.

sumber : facebook.com/SebutirKasihSejutaSayang
Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 

✔ 2 rakaat sebelum Zohor, 
✔ 2 rakaat selepas Zohor, 
✔ 2 rakaat selepas Maghrib, 
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan 
✔ 2 rakaat sebelum Subuh."

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Boleh la kita start solat sunat 2 rakaat ni.
Tak dapat buat semua, buat untuk 1 waktu pun ok dah untuk permulaan ni.
Mungkin bole mulakan dengan solat sunat sebelum Subuh

Solat sunat ni bertujuan untuk menampung kekurangan dalam solat kita, terutaman ketika solat yang kita kerjakan tak cukup sempurna.

Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT. 

Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'.

Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,

Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)

Renung-renungkan dan selamat beramal

Wassalam..

2 comments:

  1. tthanks untuk info nie, asma... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 sis.. Saje share kat sini. Share kat fb lama2 hilang.. :(

      Delete