Resepi Puding Roti Simple

Salam..

Beberapa hari lepas saya buat puding roti yang simple...
Tunjuk kat facebook, ramai pm mintak resepi..

Resepi tu semua bole search kat google..
Ada banyak versi resepi..

Resepi Puding Roti versi Simple Sangat ni dah saya share kat facebook..
Kepada korang yang tak layan facebook (atau tak dapat update kat newsfeed - obviously hanya 117 orang sahaja daripada 5900 orang yang nampak resepi ni kat newsfeed masing-masing), maka kita layan kat blog ni..

Roti 8 keping koyakkan dan rendam dalam 2 kotak susu segar yg kecik tu (satu setengah kotak pun ok kot). Rendam dalam 20 minit

Dalam bekas lain pukul gula 4 sudu, butter 2 sudu, telur 2 bijik, tepung jagung 2 sudu dan esen vanila sikit. Pastu masukkan roti yg dah kembang tadi dan kismis sesuka hatimu dan gaul sebati..

Tuang dalam loyang dan bakar dalam 45 minit atau sejam dgn api suhu 160-180 degree.

Kuah kastad ni pulak, masukkan satu tin susu cair jenama kegemaran anda, 2-4 sudu gula ikot tahap kemanisan yg anda ingini, 2 sudu tepung kastad dan esen vanila sikit (kalo nak wangi)

Masukkan semua ni dalam periuk yang seksi dan kacau dgn api yg perlahan sehingga ia kelihatan likat dan berkilat2 dengan menggodanya..

Lepas sejuk nanti baru makan, kalo tak sabar macam saya bole makan selepas suam2 sikit.
Selamat mencuba..

Sila share kepada mereka yang memerlukannya..
Jangan copy paste, penat saya taip tau.. cry emoticon

Wassalam...

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Normi Nieza
AUTHOR
26 July 2015 at 14:44 delete

alahai..sedapnya..:)

Reply
avatar
asma langit
AUTHOR
26 July 2015 at 16:41 delete

Memang sedap sis..
Sekali hadap je abes.. nyum nyum..

Reply
avatar