Packing sampel susu kambing

Salam...

Terima kasih kepada yang sudi join my first video contest dalam entry yg lepas..
Setakat ni baru ada 3 orang yg join..

Wooo.. T___T
Kenapa ni.. Tak best ke contest tu..
Atau terlalu banyak effort kene buat..
Alaa.. agak2 je.. Naseb2 menang..
Tak gitew..

Sambil2 kira tu, jom tengok apa aktiviti saya petang semalam..


Eh, jangan silap faham..
Bukan packing dadah ya..
Ni packing susu kambing je pun.. 
:D

Ada customer yang nak rasa dulu sebelom beli sebotol; maka saya packing kecik2 macam ni utk bg peluang korang rasa..
Faham sangat..
Meh kita rasa dulu sbeelom beli..

Sepaket ni bancuh terus dalam segelas air suam, kacau2 hingga sebati lalu minum..
Baca bismillah dulu tau..

Sample susu ni boss tak buat, flyers takde utk bg kat korang..
Kalo la boss bole buat 2 packaging, iaitu botol dan sachet..

Botol ni lebih jimat dan menjadi pilihan para ibu yang beli walk-in direct kat kedai..
Dan kalo anak ramai dan anak jenis taknak minum susu, ibu bole adjust sukatannya utk buat secawan kecik je ke, atau buat segelas tapi nak 1 scoop je utk jimat lagi..
Ye la, bukan semua orang berkemampuan..

Tapi, packaging dalam botol ni berat, kurang sesuai utk saya jual secara online. 
Kastemer terpaksa tambah kos pos yg tinggi; 850gram = RM8.50
Kastemer pun berkira2 juga la, nak beli ke tak..
Saya pun tak dapat nak bg free pos kerana margin kecik je ni, bg free pos jatuh rugi.. T___T

Sachet pula digemari oleh orang bujang dan budak asrama.
Senang simpan dlm ruang yang terhad dan tak mudah contaminated, kalo dia simpan sampai setahun (sebelom expired date). Takde gak orang bole cuyri2 amik susu dia..
Sangat digemari oleh peniaga online macam saya kerana lebih ringan dah kos posnya pun lebih rendah. 
Pastu saya bole bg sampel kpd saudara mara saya, kawan2 utk dorang rasa susu ni dulu..
Bole buat promosi gitew..
Kalo dalam botol, nak tak nak kene ajak dorang datang rumah utk bancuhkan susu
Tak pun bg free sebotol sebagai sampel.
Mampos aku bagi sebotol sorang. Hahaha..
Satu lagi dalam satu packet biasanya ada sikit dan harganya pun lebih rendah, first timer lebih sudi keluarkan wang sejumlah wang yang kecil (cthnya RM20 utk 10 sachet, berbanding RM45 utk sebotol yg sebenarnya menyamai 30 sachet) utk cuba-cuba. Kalo tak sesuai dgn citarasa, takde la rasa rugi sangat. Dan mereka juga bole repeat order beberapa kali dalam sebulan sampai la bersedia utk beli dlm bentuk botol..

Apapun, packing dlm sachet ni nampak mcm jimat, padahal kuantitinya kurang berbanding dalam botol..
1 pek sachet boleh buat dalam 10-20 kali (depend pada bilangan sachet)
Bila dikira semula harganya jatuh lebih mahal utk buat segelas berbanding packaging botol.
Dan kalo dah buka satu sachet, kene bancuh semua la..
Macam kes ibu yg nk buat secawan kecik utk anaknya yg tak suka susu tu, yg selebihnya ibu terpaksa simpan dalam bekas kecik pulak..

Saya share kan my thoughts ni kepada korang yg menyimpan impian utk memgeluarkan produk makanan sendiri satu hari nanti, agar tak terlepas pandang perkara kecik yg nampak macam small matter tapi sebenarnya memberi impak yg besar..

Okay back ti the story..

Disebabkan takde sampel dan korang nak sample; terpaksa la saya packing sendiri..
Baik kan saya,cer puji sikit.. Ngehehe..
Packing2 kampung style je mampu..


Cam biasa, guna photoscape je untuk buat design yang begitu sofisikasted la konon..
Pastu tampal kat MS word dan print menggunakan printer yg dah zaman berzaman menemani kami..
Print kat kertas sticker.
Jangan tanya ya kat mana beli kertas sticker..
Kat kedai buku la.. nampak sangat tak pernah masuk kedai buku..
Eh, masuk tapi kat section novel je kan
Hemo hemo hemo..


PAstu tepek susu yang telah dipekkan tersebut..
Comel tak?
(jawab je comel..)

Orait, siap pun..









Previous
Next Post »