handmade felt craft supplies Malaysia

12/08/2015

We are Back!

Salam...


Hai kawan-kawan..
Kami dah mula berniaga semalam..
Cuma tak sempat nak online lama-lama dan update apa2 kat media sosial..

Alkisahnya nak gi tengok wayang citer Mission Impossible yang baru tu..
Bila check balik semua order yang masuk sejak 5 hari yang lepas, banyak pulak felt yg belom dipotong dan barang2 yg belom packing..

Pulun la siapkan semua tu sebelom tengok wayang..
Naseb baek sempat..
Dari pagi buat tau.. Ngehehehe..

Bukan banyak sangat, cuma banyak yg belom prepare..
Tu je..

Mujur sempat tengok wayang..
Seronok pulak tengok Tom Cruise yg ensem tu..
Dari muda sampai ke tua ensem kan dia...

Citer tu elemen suspense dan mystery kurang sikit..
Tapi tetap seronok..
Seronok tengok Tom Cruise dengan sorang lagi tu yang orang British tu.
Benji kot nama dia dalam filem tu..

Ni muka dia..

Saya suka karakter dan British accent dia tu..
Dia selalu pegang watak side kick yang cute, bijak dan banyak cakap..
Haha.. 
Cute ke..
Cute la tu..

Selalu juga pegang watak utama, tapi rasanya dalam citer British je kot..
Saya sendiri pun kurang berpeluang menonton filem British
Macam citer "World's End"
Best citer tu, korang kene tengok..

Kesahnya dia (yg dah berusia) ajak kawan2 zaman remaja dia dalam projek minum arak kat 11 (atau 10) bar kat hometown dorang, demi mengembalikan rasa kegemilangan zaman muda mereka.
Kawan2 dia pun layan je la walaupun takde mood nak berbuat demikian..
Masing2 kan dah tua dan berkeluarga..

Lama2 dorang rasa pelik kenapa semua orang kat pekan tu tak mengenali mereka..
Rupa2nya semua tu robot yg dibina oleh makhluk asing menyerupai rupa orang yg engkar dgn arahan mereka..
Nak tak nak dorang pun pura2 tak tau apa2 dan meneruskan projek minum arak tu sampai abes demi tak mau disyaki..
Tapi akhirnya makhluk asing tu tau juga dan dorang pun..

Korang tengok la sendiri..
Syok sangat.. Kelakar pula tu..
haha..

Orait, nak sambung buat keje semula..
Ada beberapa bahan kraf baru masuk..
Jap lagi nak amik gambar..

Nak order bahan kraf : asma-felt-box.com
Nak order handmade : asema84@gmail.com

Saya pos barang setiap hari pukul 4 petang (kecuali Sabtu dan Ahad)

Wassalam.. 



No comments:

Post a Comment