Posts

Showing posts from January, 2015

Simple Workout di Rumah

Image
Salam...

Sape gemuk macam saya angkat tangan....
Sape nak kurus tapi tak kurus2 jugak macam saya angkat tangan..

Kenapa ek macam tu?
Dan bila dalam kepala nak diet time tu la perut asyik lapar je..
MAcam saya kan, salah satu sebab saya susah nak turunkan berat badan ialah sebab saya sangat suka makan..
Naseb baek jugak saya tak minat masak..
Kalo minat, confirm lagi gemok sebab macam2 jenis masakan nak dicubanya..

Rasanya adalah lebih baik makan je macam biasa, cuma tambahkan senaman dalam aktiviti harian kita..
Saya tak suka joging sebab boring..
Rasanya excercise yang paling best ialah joget hindustan..
Hohoho..
Dan baru2 ni saya start joget lagu Lady Gaga...
Joget lambak je la, bukan ada orang tengok pun..

Tadi ushar2 juga workout yang sesuai diamalkan kat rumah..
Kalo pegi gym lagi baik sebab ada trainer kat sana bole ajar kita macam2..
Tapi memandangkan saya kedekut, maka buat workout kat rumah je..

Ni workout yang selalu saya amalkan pagi-pagi (bila rajin)
Ni khas untuk senaman …

asma-felt-box.com

Image
Salam...

Saya dapat beberapa pertanyaan dari korang yang order barang kat website asma-felt-box.com. Bila dah ready nak bayar, buka website tu tiba-tiba tubik ni...


Relax-relax.. Sorry ya. Saya memang berniat nak bagitau korang harini..
url asma-felt-box.com tu saya dah pindahkan kelmarin. Website asalnya korang bole klik kat asmafeltbox.lot.my url tu saya cuma topengkan je supaya senang ingat bila nak taip nama website ni..
Kenapa saya pindahkan url tu? Saya pindahkan sebab saya nak belajar buat website.. Huhuhuhu.. Sebelom ni saya beli website yang sedia ada ni.. Dan kene bayar la tiap-tiap bulan (sampai sekarang) Tapi yang tak bestnya function dia limited dan takde mobile version.. NAk upgrade function pun dia tak buat..
Oleh itu saya pun cari la orang lain yang bole buat shopping cart yang ada lebih banyak function yang seksi untuk saya; namun harganya bole tahan la mahal.. Sampai la saya jumpa beberapa orang dan akhirnya pilih satu. MAka tercipta la website asmafeltbox.com
Namun …

Polyester Felt 1 meter

Image
Salam...

Eh?  Apa ni? Cuba teka..
Huhuhu..
Ni la felt gulung yang baru je sampai semalam.. Sayang nak buka sebab masih baru.. Sakit jiwa juga berurusan dengan orang yang handle shipping ni.. Lepas dapat duit, lepas tangan terus.. Tanya apa2 pun taknak jawab dah..
Yg lori tu pun beria2 cakap takleh anta petang, kene pagi jugak.. Pastu taknak bawak sampai atas, padahal ada je lift bole guna.. Tunggu dari pagi sampai petang tak muncul2. bila kol, cakap esok pulak.. Esoknya tghari dia kol cakap setengah jam lagi sampai. Sejam tunggu tak muncul2 pun.. Pastu cakap pukul 7 petang pulak. Tunggu punya tunggu sampai 10 malam tak muncul2.. Kol2 tak dapat.. Bila email tukang handle ni minta dia contact lori tu,  senyap terus sampai sekarang.. Sebab dah dapat duit kan, buat apa nak layan lagi.. Akhirnya dapat kol delay lagi pagi esok.. Tengahari esok baru dia sampai, tu pun beria2 taknak bawak naik.. Pemalas sungguh.. Pakcik guard yang tolong Cik Abang bawak felt semua ni.. Ringan je pun, tak berp…

Apa yang Kedai Online Saya Jual?

Salam...

Eh, harini dah khamis dah?
Camana bole Khamis? Macam tak buat apa2 pun?
Huhuhu..

Sebenarnya saya takde idea nak tulis apa kat blog ni..
Hebat tak? tepuk tangan.. *clap clap clap*

Ada beberapa barang yang baru masuk, tapi fokus saya dah beralih arah ke benda lain.
Apakah benda itu?
Syyyhhh...
Tak mau bagitau lagi.. Nak bagi saspen..

In shaa Allah nak dekat2 nanti saya bagitau...
Bukan apa, takot sampai masa nanti ditakdirkan tak jadi, takde la malu sangat muka I.
Ngehehe..

Ada orang whatsapp saya tanya "awak jual apa ek?"
Soalan tu memang pelik..

Dari mana dia dapat no tepon saya?
Dari mana dia tau saya ni menjual, tapi bole pulak tak tau saya jual apa?
Pelik sungguh..

Kalo jumpa nombor saya, mesti ada sekali dgn gambar produk yang saya jual kan..
Dan mesti ada sekali dgn link blog atau online shop saya
Memang pelik betul..

Untuk pengetahuan semua asmafeltbox.com ialah sebuah kedai online yang menjual bahan-bahan craft seperti kain felt (ada 2 jenis iaitu polyester (…

New Craft Material : Cotton Ribbon yang Comel!

Image
Salam..

Ada pengumuman sikit.. asmafeltbox akan bercuti dari pos barang mulai esok (13/1/2015) sehingga lusa (14/1/2015), dan mula pos barang semula pada hari Khamis (15/1/2015). Apapun, korang masih bole drop order untuk craft supplies dan order tersebut akan dipos hari Khamis..

Harini saya masih pos barang, jadi sapa yang dah bayar tu, don't worry. Jap lagi saya pos..
Sebabnya malam ni saya ada hal sikit nak balik kampung 2 hari..

Orait..
Barang baru lagi.. Yippi!
Apa barangnya..?
jom tengok.. ^^

RIBEN KAIN KAPAS bersaiz 16mm.

Bukan satin atau grossgrain. Tapi yang masuk kali ni ialah reben kain kapas.. Seronok sangat! Dah lama cari..
KAlo korang nak semua corak dalam 1 pek, bole dapatkan pek ni:

Sweet Cotton Ribbons Pack  1 pek mengandungi 4 corak seperti di atas  Saiz ribbon 16mm 1 meter untuk 1 corak Harga RM6.90/pek
Comel kan? Ribon ni saya akan buat hiasan pada bantal, pencil case, dan purse. Dan maybe nak buat hair clips dan brooch.. Hohoho.. Tak sabarnya!  XD
Tapi kalo nak pilih sat…

Plastik Self Seal

Image
Salam..

Selamat Hari Ahad..
Adik2 kat Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor dan start sekolah hari ni kan...
Adik bongsu saya pun dah masuk tingkatan satu tau..
Harini 1st day sekolah. Mungkin utk sesi pendaftaran dan sebagainya..
Teringat 1st time pakai kain baju kurung warna biru muda..
Rasa macam remaja sangat.. Muahahahahaaa.
Tapi sekarang, rasa macam nak remaja semula.. Woohohooo

Semalam dan harini nak rehat2 je..
Malam tadi kabinet dapur, sofa dan kerusi kerja ni dah sampai..
Woo.. pukul 10 malam baru sampai..
Rasa pelik jugak, kenapa pukul 10 malam pun masih deliver barang..
Rajin sungguh dorang keje..

Lepas ni tengok tv bole la duduk atas sofa, bole start memasak sikit2dan yang paling best kat bilik kerja saya ni, kami dpt kerusi yang baru..
Kerusi ni alasnya kusyen dan ada roda, bole pusing2 dan gerak ke sana sini tanpa heret kerusi..
Syoknya!!

Okay la, walaupun harini nak rehat2 tapi nak sambung semula update barang baru..
Barang baru harini ialah self adhesive plastic..
Ada…

Updating : On9 Charity Shoppe

Image
Salam...

NAk update tentang Online Charity Shop lagi..

Kini kami dah ada header baru:
Cantik kan.. Ni Sis Ayuni yang design.
Dalam beberapa hari ni, Admin On9 Charity Shopped bekerja keras mendapatkan maklumat berkenaan dengan NGO yang akan kami salurkan sumbangan..
Serious cakap, kalo saya la kan..  Saya pilih satu NGO yang namanya tidak asing lagi dan saya check website dia, gambar2 aktiviti (terutama sekali yang lastest), check no akaun dia under nama manusia, atau NGO, kemudian saya bagi je derma tu. Saya percaya dia takkan tipu punya.. Innocent kan.. :P
Sebaliknya Sis Ayuni lebih detail dan berhati2.. Beliau senaraikan NGO kat Malaysia ni dan check latar belakang setiap NGO dan shortlisted mana2 yang bersesuaian.  Pastu beliau contact person in charge NGO tersebut untuk tanyakan tentang resit rasmi untuk pelepasan cukai.. Sebelom ini ada satu pertubuhan yang dah dipilih, namun gara2 adminnya jawab acuh tak acuh berkenaan resit dan pelepasan cukai dan suruh kol orang lain pulak un…

Online Charity Shop : Membeli sambil Menderma

Image
Salam...
Akhirnya..
On9 Charity Shoppe dah lauch malam tadi..
Mekasih kepada admin Kedai Gadis Comel yang berusaha menyiapkan blog tu walaupun sibuk dengan urusan kerja.

Klik gambar untuk melawat jualan amal kami ni. Blog ini merupakan inisiatif oleh Asmafeltbox dan Kedai Gadis Comel untuk memberi usahawan belia saluran di mana mereka boleh memperkenalkan produk perniagaan masing-masing dan mengasah kemahiran berniaga sambil menyumbang kepada mana-mana badan kebajikan pilihan mereka melalui jualan amal atas talian.
Buat masa ini On9 Charity Shoppe menumpukan jualan amal untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang membina semula kehidupan mereka di tahun baru ini. Wang yang terkumpul daripada hasil jualan amal akan disalurkan melalui badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) kepada mangsa banjir di Pahang. Sebahagian daripada hasil jualan amal di On9 Charity Shoppe akan disumbang kepada kebajikan mangsa banjir. 
Bagi mereka yang ingin menderma melalui hasil jualan amal di On9 Charity Shop…

JUALAN AMAL

Salam..
Asmafeltbox dan Ayuni Rafilah akan mengadakan jualan amal. 20-30% dari hasil jualan akan disalurkan kepada mangsa banjir di Pahang.

*ada yang tanya : "Pahang je ke?"*

Wang yang terkumpul itu kami akan berikan kepada NGO yang membantu mangsa banjir di Pahang. Pahang pun ada kawasan yang tenggelam sampai nampak bumbung je, dan mangsa dipindahkan dengan helikopter. Malah, kawasan yang tak pernah banjir pun tetiba banjir dan mangsa tak bersedia dan tak sempat nak pindahkan barang-barang ke tempat selamat. Negeri yang menjadi tumpuan media ialah Kelantan, namun negeri2 lain yang kurang mendapat liputan turut sama terjejas . Oleh itu kami decide nak dermakan khas untuk mangsa banjir di Pahang

Kepada crafter yang ada ready made dan nak join jualan amal ni, bole email saya gambar2 produk yang nak dijual tersebut berserta harga dan kos pos serta link (fb atau blog). Yang jual brg lain pun bole join. Tudung ke, produk kesihatan ke, peralatan memancing ke, printing ke, atau br…

The New Felt Craft Kits!!!

Image
Salam...

Seperti tajuk di atas, Felt Craft Kit yang ada kat asmafeltbox ni dah repacked yang baru..
Puncanya ialah, saya baru perasan yang starter pack tu dah lebih 4 tahun sedangkan banyak penambahan bahan-bahan kraf yang baru di asmafeltbox.
Oleh itu pada hari Sabtu yang lepas, saya buat senarai baru untuk untuk setiap starter pack dan inilah hasilnya..

NEW STARTER PACK EXCITED
Pek ini mengandungi: 10pcs felt saiz 23x25cm (warna seperti dalam gambar) 5pcs keychain 5pcs split ring 5pcs HP straps (mixed kaler) 5pcs brooch panjang 5pcs brooch pendek Pek benang 5pcs brads (mixed kaler) 38pcs Butang (mixed design dan kaler) 10pcs hiasan tampalan (mixed design dan kaler) 30pcs Eyes (mixed size) 4pcs Hair clips (mixed design and size) 3pcs Ribbons (50cm each. mixed design) 1 pack fiber Tali halus 2pcs Bell 1 Template Book 1 Modul Jahitan Ebook (diberi melalui email) 1 Ebook jepun (diberi melalui email)
HARGA : RM29.00 (nilai sebenar barang dalam pek ni: RM33.43)
Excited pek ni khas untuk kora…

Cara Membelai Kucing

Image
Salam...

Cuba teka apa yang berlaku ke atas diri saya semalam?
Biar saya jawab je la..
I got flu.. T___T

Selesema teruk sampai mengalir air mata macam air terjun..
Air hidung jangan cakap la..
Tong sampah penuh dgn tisu saya je...

Geram betul la...
Sejak setahun (atau 2 tahun?) kebelakangan ni saya asyik tak sehat je..
Seingat saya baru je lagi beli ubat selsema kat farmasi..
Baru jugak lagi telan panadol sebab demam..
Baru jugak lagi beli ubat batuk sebab batuk tak berhenti dekat 3 minggu..

Sangat tak menggembirakan..
Sebelom ni saya jarang sakit..
Pendek kata setahun sekali je ternampak panadol..
Antibodi kuat kan..
Takkan lepas kawen antibodi jadi lemah..?
Saya pun duk pikir jugak ke saya ada alergik apa-apa sampai asyik2 nak sakit je... :(

Adik saya suggest makan habbastussauda setiap hari utk maintain kesihatan..
Lepas baca sikit2 tentang habbastussauda cepat2 saya pegi kedai jamu beli 2 paket...
Yg dalam kapsul je ada, yang biji2 dan minyak punya dia tak jual..
Saya pun beli je …

Assalamualaikum

Kami membuat handmade felt craft; serta menjual bahan-bahan krafnya sekali.

Bisnes ni online dari rumah dan semua order dipos ke seluruh dunia.

Tiada self pick-up. Tiada COD


Waktu urusniaga : 11pg-4ptg (Isnin-Jumaat)
Cuti : Sabtu & Ahad
Pos barang : 4ptg (Isnin-Jumaat)
Kurier : Poslaju


email : asema84@gmail.com

whatsap :018-3798330
shop : asma-felt-box.com

ssm : 002186823-k