25/02/2015

Update tentang Keychain Ring

Salam..

Kepada korang yang selalu beli keychain ring dari asmafeltbox, sila baca entry ni sampai abes.
Entry ni sangat penting.

Ini adalah 2 jenis keychain yang saya jual
Yang kiri tu saiz 22mm dan yang kanan tu 25mm

Setiap keychain ni didatangkan bersama dengan ring yang kecik kat hujung chain (rantai) tu untuk memudahkan korang attach kat hasil craft korang


Ini la ring kecik yang menawan hati tu.
Ring ni kita namakan dia jump ring, sebab kalo tak tutup nanti dia jump pegi tempat lain (ni tipu je ni. hehe..)

Malangnya supplier tu tak pernah bagi jump ring yang mencukupi utk setiap keychain ni..
Setiap kali beli, mesti shot separuh.
Pendek kata kalo beli 10 ribu keychain, dapat 5 ribu je ring kecik ni.

Bila saya komplen dia jawab, "owh, yeke." lepas tu senyap. 
Maka sebelom saya lempang dia laju2 dan berubah jadi incredible hulk, lebih baik saya redha je.
Maklum la saya alergik dengan kebodohan dan kebiadapan
Tak pasal2 masuk surat khabar pulak nanti.

Saya pun pergi cari jump ring yang sama seperti itu.
Tapi, harganya bole tahan la mahal.
Kalo beli jugak, saya terpaksa naikkan harga keychain tu..
Kalo jual asing2 tak syok pulak kan.

Oleh itu, saya beli jump ring yang saiznya sama, cuma lebih lembut dan kurus.
Yang lembut ni senang nak buka tutup.
Ring sebelom ni keras, kalo nak tutup kene guna plier.
Kalo tak, memang hancur la hujung jari beta; nak2 bila buat bulk orde.. T__T


Ni la ring yang mudah buka tutup tu..


NI gambar selepas buka..
Guna jari je..

PRoblem solved!

Namun..
Kusangka panas hingga ke petang.
Rupanya hujan di tengahari..

Baru-baru ni saya dapat komplen dari sorang kastemer.
Katanya ring ni lembut sangat dan mudah tercabut.
Kebiasaannya kechain ni ada yang letak kat zip bag kan
Bila nak tarik zip tu, tu yang tercabut tu..

Sedih sangat saya dengar cerita ni..
MAna pelanggan saya yang lain yang pernah beli.
Kalo ada masalah, kenapa tak bagitau.. T__T

Disebab itu saya dah tukar kepada ring yang lain
Bukan jump ring lagi tau.
Tapi split ring


Split ring yang saiznya kecik sangat..
Memang elok sangat terletak kat hujung keychain tu..
Tak perlu buka tutup dah dan takkan tercabut dah


Oleh itu, diumumkan asmafeltbox akan mula menjual keychain bersaiz 22mm dan 25mm, dan ring hujung tu ditukarkan kepada split ring yang kecik (seperti gambar di atas)

Order kat :

Wassalam..

24/02/2015

3 Minggu Lagi

Salam..

3 Minggu lagi saya akan pulang ke kampung dalam tempoh yang sangat lama..
Saya bajet-bajet 2 bulan, tapi ada yang minta 3 4 bulan camtu..

Mana bole..
Saya tak bole berjauhan dengan Mr. Wolverine..
Rindu... @_@

Tapi Mr. Wolverine macam okay je..
Takde pun nampak macam rindu..
Sedihnya... :(

Walaupun ada 3 minggu je lagi, tapi keje masih bertimbun-timbun belom buat..
Minggu lepas dah hantar felt ke kampung..
Dalam minggu ni ingat nak hantar sekotak craft supplies lagi dan jahit 10 pcs handmade camtu..
Tapi satu pun belom buat...
Huwaaaa

Yang berjaya siap cuma ni je..

gambar kurang menawan gara2 cepat2 amik gambar send kat Ayuni..
Janji Jumaat malam, last2 Ahad malam baru siap..
Bantal Felt Pusheen yang debab macam saya

Tapi ni bukan utk dijual.
Ni adalah hadiah sponsor untuk segmen di blog Miss Ayuni Rafilah
Saya sponsor 5 hadiah tau..
(kembang idong 3 saat)
Korang follow la blog dia.
Dah banyak kali Ayuni buat GA.

Ada lagi 5 bantal yang dah siap tampal tapi belom jahit.
Esok dah Rabu, ada lagi 3 hari sebelom minggu ni berakhir.

Tak kira! Tak kira!
MInggu ni kene hantar jugak sekotak craft supplies.
Kalo tak hantar, kene ketuk ketampi 10 kali..

Wassalam..

p/s: Siapa tengah rajin? Sila berikan aura mu kepada ku.. *cing*

23/02/2015

We are back!

Salam..

Hai, rindu saya tak?
hehe..

Cuti Tahun Baru Cina dah abes, dan saya tak sabar nak kembali bekerja.

Sebahagian email dah direply tadi dan jap lagi nak sambung reply yang lain.
Tghari nanti saya akan packing semua order dan poskannya dalam pukul 4 petang nanti.
Kalo sape2 lagi nak barang dipos harini, bole bayar sebelom pukul 12 tgahri dan inform saya sebelom 12 tghari jugak..
Order handmade akan start buat malam ni..

Terima kasih banyak2 kerana sabar menanti..
Love you.. Muah!

Sepanjang cuti ni kami pasang tikar getah baru kat umah ayah..
Pastu jalan2 cari makan la, ape lgi.. kikiki..

Kemudian pada hari 17hb Feb anak buah no 3 pun lahir.
Baby boy.. Muka pun sama dengan kakaknya..

Ada satu hari tu kami bawak adik bongsu pi kedai buku sebab dia nak cari novel untuk bacaan ringan.
Sambil2 dia cari novel, saya macam biasa la mesti nak pegi ke area buku bisnes.
Tengah belek2 tu muncul seorang pakcik yang smart abes dan rambut putih..
Tak nampak tua saangat tapi rambut dah putih..

Katanya bagus baca buku2 macam ni, banyak ilmu bole dapat..,
Katanya lagi, selepas baca, jangan lupa sampaikan..
Sampaikan?

Ya, sampaikan apa yang kita baca kepada orang lain, supaya dapat dimanfaatkan..
Macammana nak sampaikan apa yang kita baca?
Bila nak start cerita je, takde sapa nak dengar..
Kalo cerita pasal gosip artis ramai la nak dengar..

Katanya lagi, dia sendiri pun selalu beli macam2 buku untuk isterinya.,.
Isterinya seorang suri rumah, maka dengan ilmu melalui pembacaan beliau dapat mendidik anak dengan cara yang lebih baik..
Alhamdulillah, anak2nya dapat 5A dlm UPSR..

Tak lama kemudian, pakcik tu hilang..
Hilang ke area lain la, bukan la ghaib macam mimpi tu..

Banyak sangat buku yang saya baca..
Dan lebih banyak lagi maklumat yang saya baca melalui internet.
Tapi terlalu sedikit yang saya sampaikan..

Kalo nak cerita tentang bisnes, orang sekeliling saya memang tak berminat nak dengar..
Nak cerita tentang komik, masing2 pun dah dewasa untuk bercerita tentang komik.
Nak cerita tentang perkembangan terbaru dunia, semua dah baca melalui facebook dan internet.
Nak cerita tentang apa lagi..?

Ada juga sedikit sebanyak ilmu yang nak dikongsi kat blog ni..
Tapi rasanya ilmu ni cetek sangat..
Kalo citer pun takot tersilap tulis, tersalah faham dan sebagainya..
Terutama sekali bab agama..

Silap2 sebut akan terpesongkan akidah orang..
Tersilap sebut, rupa2nya bukan hadith sahih..
RAmai jugak orang yang marah2 kat fb, katanya jangan share kalo tak tau kesahihah..
Ada juga yang menyampaikan maklumat, kemudian orang lain pulak komen sampai bergaduh2..
Ada yang menyampaikan pendapat peribadi, lalu muncul lagi komen2 yg panas dengan bahasa maki hamun yang melampaui batas lalu mengundang pergaduhan..

Penatnya..
Biar je la dia nak bagi pendapat.
Bagi kita mungkin pendapat dia tak benar, namun itu la pendapat; bukan fakta..
Itu adalah pendapat dari kaca mata dia..
Biarkan la..

Saya pernah tensen sebab orang tak abes2 tanya bila nak kawen (ketika adik perempuan saya melangsungkan perkahwinan) sampai saya tulis dalam facebook "Sape tanya tentang kawen lagi, aku tampor laju2".

Itu adalah amaran..
Tapi agak2 kalo orang tanya, saya betul2 tampor ke?

Kemudian adalah hamba Allah saya last sekali saya jumpa ketika berusia 12 tahun bagi saya kata2 nasihat supaya saya bersabar dab beristighfar banyak2.

Nak gelak pun ada, nak tampor muka dia pun ada..
Nampak sangat dia tak kenal saya kan.
Sape yang kenal saya tau la saya tak tampor orang..
Bahasa saya kat alam maya memang straight forward, tapi realiti saya jarang bercakap pun..
Kalo menyampah sangat saya pergi je dari situ, malas nak layan..

Sebelom muncul asmafeltbox, saya ada satu identity kat alam maya di mana takde sape tau siapa saya di alam realiti..
Time tu memang seronok menyampaikan maklumat dan menyuarakan pendapat.
Memang ramai tak setuju, tapi mereka menghormati pendapat kita.

Saya betul2 rindukan zaman dimana hanya orang pandai je yang tau meggunakan internet.
Orang pandai bahasanya berbeza..
Orang pandai ada adab dan hormat..
Orang pandai ada rasa malu yang tinggi nak memperbodohkan diri di khalayak ramai.
Kalo tak tau mereka akan cari maklumat dulu, tak jumpa baru tanya..

Tapi kini rasa hormat, adab dan malu makin terkikis.

Kadang2 bila saya nak tuliskan buah fikiran saya kat blog atau facebook, selepas siap tulis saya padam dan tak jadi nak post..
Sebanya time raya nanti pasti ada orang muncul dan tanya apa yang saya maksudkan dalam post tersebut..
Wow! Malas nak explain,,
Dah takde feel..
Kenapa tak tulis je kat komen time tu..

Wokep la..
Makin meleret pulak merepeknya,,
Jap lagi saya reply inbox ya..
Dan yg dah bayar tu akan dipos harini..

Jumpa lagi esok..

Wassalam..

13/02/2015

Cuti Sat

Salam..

Start esok saya cuti selama seminggu.
Nak melawat adik yang bakal melahirkan anak kedua nanti

Bole order macam biasa kat website dan akan saya poskan pada 23hb Feb nanti.

Wassalam


12/02/2015

New Craft Supply : Cekak Pelbagai Warna

Salam..

Semalam cekak hitam kan?
Harini pun cekak lagi. Tapi bukan hitam punya.. Kalerful punya

cekak rambut berwarna-warni 0.5cm
0.5 cm tu ialah lebar cekak ni

Setiap pek mengandungi 6 warna seperti di atas


Nak order?

Ingat tak felt yang nak saya potong dalam entry yang lepas? 
Tinggal 8 kaler je lagi..
Tone pink 4 kaler dan tone kuning 4 kaler

lepas ni nak potong pink
Macam slow je production house saya ni..
Nak kena siapkan sebelom esok. 
Sebab esok nak balik kampung seminggu..
Almaklum la raya kan.. Ngehehe..
Nak bawak sekali felt yang dah dipotong ni..

Tujuan sebenar kami balik kampung ialah adik perempuan saya yang comel lotey tu akan bersalin pada 17 Feb ni. 
Tu yang mak long dan pak long super duper excited gila nak gi tengok baby baru..
Katanya anak lelaki..
Wow!
Seronok la Atan (ayah saya) nak dapat cucu sorang lagi..
Nak tunggu maklong dapat baby tak tau lagi bila..
Dukung anak buah pun jadi la buat masa ni..

Orait, nak sambung potong felt.
Malam ni kena siap.
Chaiyuk!

Wassalam..






11/02/2015

New Craft Supply : Cekak Hitam

Salam...

Ada barang baru ni..
Iaitu Cekak Rambut Warna Hitam


Black Head Band Bergigi
Lebar 1cm
Panjang dari hujung ke hujung 14.5cm


Nak order, direct kat sini ya: 

Wassalam


09/02/2015

Keje Hari ini..

Salam..

Dua hari cuti ni saya tak buat apa pun kat rumah.
Tido je..

Tapi sempat pulak masak lauk tengahari
HAri sabtu masak ayam masak merah n bayam goreng kicap je
Dan hepi sangat sebab Cik Abang makan seperiuk nasik sampai kontang periuk tu..
Wah! Macam tak caya je..
Ni yang excited nak masak ni.. ^__^

HAri Ahad pulak masak sup ayam dengan kacang pis goreng je
HArini dah abes dah ayam, tak tau nak masak apa.
Semalam gi supermarket tapi takde jual ayam pun kat situ.
Peliknya...
HArini makan roti je la..

Disebabkan banyak sangat tido, harini la kene cover balik keje 2 hari yang terbengkalai tu.
Apa kejenya?

1. Potong felt 5 kaler sehari.. 2 hari 10 kaler la kan..

Pagi tadi sempat potong 9 kaler..
Ada 1 kaler je lagi.
Memandangkan harini sebenarnya hari ke-3, maka kene potong 15 kaler la..
6 colours more to go.
Chaiyuk!


2. Buat bantal 2 biji
sebiji utk hadiah sponsor segmen kucing hebat Ayuni Rafilah.
Memandangkan dia extend segmen tu, saya pun mengada2 nak extend menjahit..
Haip, ape la macam ni..
HArini saya nekad nak buat bantal tu, dan cancelkan aktiviti menjahit baju saya.
Yang penting didahulukan, janji diutamakan..
Cewah..

Sebiji lagi untuk ready made yang bakal display kat butik saya nanti..
Hohoho...
Lama lagi, bulan 4 atau 5 nanti baru buka..
Tapi nak get ready awal-awal..

Semoga saya berjaya siapkan kedua2 keje ni hari ni..
Kamon asma, you can do it!

Sekarang nak packing barang dulu utk pos pukul 2 nanti..
Harini Cik Abang nak pergi beriadah petang, jadi pos awal la sikit.
Bole kan..

Jom, keje kuat2..

Wassalam..


06/02/2015

First Time Jahit Baju

Salam..

Jubah riau pertama yang saya jahit.


Amik masa 3 hari baru siap (jahit malam je)
KAin bidang 45 berkaki pulak tu.
Sambung kat dada.
Bab sambung tu yang pening n boloq boq..
Stress sangat sampai berguling2 sorang2.

YAng paling best, silap potong bahu..
Bahu 16 inci pegi potong 14 inci, apa citaaa?
Alter punya alter akhirnya tak dapat pakai jugak..
KAlo degil nak pakai, akan jadi sexy macam Che' Ta, tak mau cheq.

Penat dan sedih sebab tak dapat pakai hasil pertama ni..
Tapi bangga jugak sebab akhirnya berjaya menjahit baju..
NAk menjahit ni sejak 4 5 tahun lepas lagi, tapi pegnag kain je terus tak mao..
Pegang kain je terus tak mao..
Sebabnya?
Tak cukup sabar.. Kikiki..

Patot la jubah seme plain..
Tak yah sambung2 kain dah kan..
Tapi saya suka sangat kain berkaki..
Kalo bole semua nak berkaki..
Tapi tu la.. Kain berkaki kebanyakannya bidang 45, kalo buat baju kurung baru ok..

Sebenarnya ini bukan hasil jahitan saya yang pertama..
1st saya jahit blouse, baju ok, tapi jahitan terlalu hodoh..
Tak sanggup nak tunjuk. Hahaha..

Yg kedua, seluar palazo, tapi hodoh jugak..
RAsanya semua yang associate ngan saya semuanya hodoh kot..
Sedihnya....

Saya berazam nak beli cermin sebesar pintu letak kat dalam rumah ni..
Senang nak belek baju lepas jahit..
Leceh la nak amik gambar lepas siap jahit pastu amik gambar lagi dari angle lain sebab nak tengok keseluruhan.
Kalo ada cermin kan senang..
Boleh belek2 dan tau nak alter kat mana yang tak kena..
Sakit hati sangat bila tak dapat tengok rupa sendiri pakai baju yang dijahit.. :<

Ada cermin sebesar muka dalam bilik air tu.
Tapi nak pakai tudung pun susah sebab nampak muka je..
Huwaaaaaaaaaa!

Esok nak gi kedai hardware cari.
(cermin ada jual kat kedai hardware ke? Tak pernah masuk kedai hardware. Hohoho)

Wassalam..

p/s: sebenarnya jubah ni saya bole pakai kalo berjaya turunkan berat badan. TApi, berjaya ke...? T__T


03/02/2015

Siapkan Carta Warna Felt Keras

Salam...

Harini cuti tau kat sini..
Jadi dapat relax dari pos barang..
Hemo hemo hemo..

Pagi ni saya buat carta warna felt keras versi kecik.

felt color chart untuk yang bertuah nanti
Bole tahan jugak penat tok tek tok tek buat carta ni..
Tapi puas hati sangat..
Huhuhu.. Dan lama mengidam nak buat,
Akhirnya berjaya direalisasikan..

Shopping cart baru saya pun dah banyak dah masukkan..
Belom siap lagi, tapi at least ada pergerakan, walaupun selaju siput khinzir..
Ngehehehe..

Korang ada baca kan entry saya tentang website saya yang hilang tu?
Saya dah jumpa cara nak recover semula kastemer yang pernah daftar dan pernah order sebelom ini..
Iaitu dengan menggelesah trash email saya..
Huwaaaaaa

Banyak tu...
T___T

Tapi nak buat macam mana..
Kene bertanggungjawab la (biar pun bukan salah saya)
Saya pun tak mau bisnes kecik saya ni kelam kabut jadinya..
Diharap semuanya settle sebelom abes bulan February ni..

Selain tu, saya juga hepi sangat sebab Cik Abang telah gantikan keyboard laptop yang rosak ni..

Jeng jeng jeng..
Putih bersih. Sayang nak guna..
Dia buat semuanya sendiri.. 
Sampai saya nak kerobek pun dia tak kasi tau..
Nampaknya beliau juga seorang explorer seperti saya..
Cuma dia versi Explorer yg Bertenang..
Saya pulak Explorer yang Gelepor..
Wuhuhuu..

Okay la..
Sempena cuti ni banyak betul keje nak buat..
Nak cuba siapkan masuk semua item ke dalam asma-felt-box.com
Pastu nak potong felt 31 warna tu dan penuhkan slot yang dah rongak..
MAcam sikit je keje, tapi banyak tu..

Semoga hari ni saya sangat produktif..
Amin....

Wassalam...



02/02/2015

Website Saya Hilang.. :(

Salam..

Website saya : asmafeltbox.com dah hilang!
Tak caya klik kat link atas tu..
Don't worry, saya tak prank orang...

<Screen Shot>

Kan...

Saya sendiri pun tak tau apa yang berlaku..
Dan developer yang create website saya ni pun tak pernah nak reply...
Serabot sangat kepala otak saya..

Terpaksa saya tanya semula apa yang kastemer beli tadi dan minta alamat.
Naseb baek customer asmafeltbox semuanya baik hati dan memahami..
Syukur sangat2..

Dan yang paling tak best, reward point yang dorang kumpul semuanya ada dalam tu.. :(
Camana saya nak track semula?
Saya dah janji, setiap pembelian dorang akan dapat reward point, dan bole tebus dalam pembelian seterusnya..
Maksudnya dapat diskaun bergantung kepada berapa banyak yang kita spent sebelom ni..

Tapi kini?

Saya dah takde mood dah..
NAseb baek jugak website lama tu masih simpan sebagai back-up, kalo tak, tak tau la camana..

Ada yang bagitau saya:

Alaaa, tak payah la website2 ni. Blog kan ada, fb pun ada. Niaga kat blog dan facebook pun dah cukup dah. Tu la nak canggih sangat. Dah jadi macam ni, padan muka.

Lupa nak perkenalkan, orang yang cakap ni namanya Langau..

Okay,
Apabila customer hubungi saya, ada 2 perkara yang dorang nak; iaitu pertama HARGA dan kedua GAMBAR. 75% minta harga dan gambar item yang spesifik; manakala 25% lagi minta semua harga dan gambar barang yang saya jual.

Ada lebih kurang 180 items kat asmafeltbox (tak termasuk handmade)

Jadi, adakah saya perlu:

1. Upload semua 180 gambar barang yang saya jual ke dalam email dia? Atau ke whatsapp dia, atau ke pm dia? Ataupun;

2. Bagi satu link yang ada semua item lengkap dengan harga dan gambar dan window shopping la dia sampai pengsan..

Kalo tanya saya, saya prefer cara kedua.
Sebabnya saya sangat menghargai masa..

Oleh itu, apakah jenis link yang perlu saya bagi kepada dia?

1. Link ke Facebook Page (dimana kebanyakan orang guna smartphone dan susah nak akses ke album page - kecuali kalo guna web browser kat phone yang sangat lembab)

2. Link ke Blog (dimana gambarnya bersepah-sepah)

3. Link ke Website (dimana semua item disusun ikot kategori dan harga dah sedia terpapar. Malah mereka bole terus order kat sana, dapat pula pos percuma bila order lebih RM100 dan dapat reward point lagi)


Kalo tanya saya, saya prefer link yang ketiga.
Itulah sebabnya saya buat website tu..

Dah tu kenapa tak tetap pada satu website je? Kenapa nak buat 2 3 website. Kan dah susah. 

BAik la.. Meh saya explain.
Shopping cart pertama saya ialah asmafeltbox.lot.my
Selang beberapa tahun kemudian, muncul smartphone dan manusia mulai melayari internet menggunakan smartphone dan semakin merebak dari semasa ke semasa. Malangnya kat website ni, dia punya interface kat smartphone, sama dengan web browser. Dia tak tukar jadi mobile version punya. Kalo tak caya, try la buka kat phone..

Itulah punca utama saya bertukar ke website baru yang lebih mobile friendly; dan kini ramai customer yang order direct melalui smartphone masing2. Ini adalah satu ikhtiar untuk memudahkan kehidupan dorang.

Website lama tu saya masih kekalkan sebagai backup; dan ia cuma bole tampung 200 items je. Kalo nak masukkan lebih dari tu ndak muat.

Tapi, saya tak sangka la website baru ni bole hilang camtu je..
Saya bayar untuk setahun tau, bukan utk beberapa bulan..
Kalo saya tau nak hilang, takde la saya guna khidmat si tak guna punya orang tu..

Apapun, dari sudut yang indahnya, kini saya dah tau cara nak create sendiri website from scratch tanpa menggunakan perkhidmatan orang tengah. Masa nak decide buat sendiri tu rasa takot sangat.
Mana taknyer, time study tu tercengang saya tengok smeua ayat yang sangat alien tu.. Term yang langsung saya tak faham.
Sekarang dah rasa lega sikit sebab dah berjaya. Yay!

Owh, ada satu lagi soalan dari regular customer saya.

Akak, bole tak masukkan barang2 dalam website asma-felt-box.com tu cepat sikit. Sebab saya nak order ni. Order kat whatsapp ni susah la kene belek-belek pastu taip panjang2. Kat shopping cart tu senang sikit. klik klik je. Maaf kalo menyusahkan akak.. (saya warnakan tulisan biru sebab dia orang baik dan beradab)

Akak pun nak minta maaf sayang, sebab dah susahkan semua orang. Saya ni kan, kalo bole nak masukkan semuanya serentak siap satu hari. Tapi masa saya sekarang ni suntuk sangat. Saya dalam proses persediaan untuk projek bulan April nanti. Banyak giler keje utk projek tu.. Apapun, in shaa Allah saya akan mencuri seberapa banyak waktu untuk update website tu. Maafkan saya semua.. I love u so much bebeh..

Projek apa tu kak?

In shaa Allah saya akan ceritakannya nanti..
Belom bole bagitau lagi, kot kot la tak menjadi ke, tangguh ke..
Kalo dah confirm semua sebulat suara, baru saya bagitau kat sini..

Tolong doakan saya, hari ni saya nak masukkan item dlm shopping cart baru ni semapu mingkin....
Amin...

Mekasih korang..

Wassalam...

HARGA POLYESTER FELT (FELT KERAS)

- ini ialah sticky post. Post terbaru ada kat bawah -

polyester felt iaitu felt keras 1.2-1.3mm



1 meter : 100x92cm= RM14
1/4 meter : 46x50cm (lebih kurang kad manila) = RM4
- 23x25cm (lebih kurang A4) = RM1.10

order di : asma-felt-box.com