Posts

Showing posts from March, 2015

Stop?

Salam..

Baru-baru ni saya ada tulis kat fb yang saya rasa macam nak stop je berniaga sebab dan overwhelm dengan keje yang berlambak.. Ye la.. Keje sorang-sorang, semua benda kita buat..

PAstu ada pulak orang hepi kerana saya nak stop berniaga..

Aik?

Saya cakap "RASA MACAM NAK STOP BERNIAGA" bukan planning nak stop la.. Aiyoooo..
Yang dia tak faham tu satu benda pelik..
Yang dia hepi tu satu benda lagi pelik..
Hepi pulak dah..?

Apapun tak mungkin saya stop kerana berniaga ni macam dah sebati, cuma disebabkan banyak rutin yang kene buat, dan banyak planning yang terbengkalai, ye la.. buat keje sorang kan.. Mana sempat buat semuanya... Lama2 saya rasa nak muntah dah..

PAstu saya terbaca dalam buku yg perasaan overwhelm ni ialah akibat terlalu lama berada dalam fasa self employed.. Bermaksud saya la boss, saya la kuli.. Semua saya buat sorang.. LAma-lama tak produktif jadinya..

Fasa self employed ni maximum 4 tahun je, pastu kene start hire staff dan bina sistem. Erm.. saya dah …

Fadhilat solat menurut sains

Image
Salam..

Nak share sesuatu yang muncul kat wall FB saya..
Fadhilat solat menurut sains

SAya tak tau siapa tuan punya gambar ni..
KAlo tuan punya gambar atau sesiapa yang kenal tuan punya gambar terbaca ni, sila komen di bawah untuk saya berikan kredit..








Lepas ni kalo rasa malas solat atau nak solat dekat2 akhir waktu, baca balik semula gambar2 ni..
"Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
Wassalam..
P/S: Saya sendiri pun belom berjaya menjadi orang-orang yang khusyuk tu lagi. In shaa Allah pasti berjaya..



CRAFT TUTORIAL VIDEO CONTEST!

Image
Salam..

Siapa suka felt craft angkat tangan..
Siapa suka buat video angkat tangan..

Sekiranya korang angkat tangan 2 kali, bermakna contest ni memang untuk korang..



Contest apa ni? Ini ialah contest membuat video tutorial felt craft
Macam mana? Caranya senang je. Buat satu video yang tunjukkan step-by-step dari mula sampai akhir proses buat craft tu. Bermula dari sekeping felt hingga ke produk akhirnya.
Berapa lama durasi video tu? Durasi antara 3-5 minit sahaja. Pandai-pandai la korang sunting video yang berjam-jam tu kepada 5 minit..
Kene cakap ke dalam video tu? Tak semestinya.. Nak cakap bole, taknak cakap bole. Nak buat tulisan dalam video tu, nak buat animasi ke, nak ada muzik ke.. Apa-apa pun bole, asalkan menarik dan kreatif.
Kalo nak join, ada syarat tak? Ada syarat.Syaratnya pun simple sangat: 1. Wajib kraf dari kain felt. Nak buat produk apa, tu bebas 2. Ada akaun bank 3. Fokus pada tutorial, jangan banyak promote diri sendiri
Tarikh tutupnya bila? Tiada tarikh tutup
Pemenangnya a…

BAd News :(

Salam..

Ingat tak, saya kerap war war kan yang saya akan buka kedai bulan 4 ni kat Kuantan..
Well, ni ada berita tak best..

Pembukaan kedai tu dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan..

Sedih sangat hati saya..
Saya dah invest banyak untuk preparation kedai tu..
Dah create sistem jual beli - siap dengan scanner
Create laporan jualan harian supaya dapat monitor dari jauh
Beli rak dan barang2 display kedai tu nanti.
Packing semua craft supplies untuk jual kat sana..
Pulun siapkan handmade untuk display kat sana...
Order lebih banyak stok untuk cukupkan stok 2 tempat..

Namun kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari..

Saya faham jugak kalo orang fikir perniagaan craft ni tak menguntungkan..
Pelik kan..
Kalo tak menguntungkan kenapa saya masih menjahit hingga sekarang?
Saya sangat berkira-kira tentang wang; kalo tak menguntungkan tak mungkin saya akan terus membuang masa kat sini..

Cuma crafter macam kita je faham market kita kat mana..

Apapun, kita akan teruskan…

Tenaga Kerja Mahir?

Image
Salam..

BAru-baruni saya ada baca satu status kat FB


Status ni adalah berita baik bagi graduan Kolej Vokasional kerana peluang kerja mereka lebih bersinar. Dan juga berita baik bagi pada peniaga kerana dapat mencari pekerja yang serba serbi cekap dengan kos pekerja yang rendah.
Namun ia berita kurang baik bagi graduan Universiti yang banyak belajar teori berbanding hands-on.. I've been there, I know la.. Kesian kan, dah la belajar sikit punya tekun, last2 orang tak mau amik keje sebab pandai sangat..
Apapun, jangan terlalu bimbang. Rezeki Allah dah tetapkan kita cuma perlu cari dengan tekun..
Selain merancang untuk menjadi ketua dan profesional di sesuatu jabatan, kita perlu merancang untuk menjadi tokey bagi sesebuah perniagaan.. Kenapa tokey..
Pernah tak dengar, 
"The man who knows how will always have a job. The man who also knows why will always be his boss."
Seorang boss, bukannya semua benda dia tau buat. Maka dia hire orang yang terer2 ni buatkan keje2 tu.
Apa keje…

Bahan kraf baru: Kepala Zip Murah

Image
Salam..

Barang baru kali ni ialah kekasih barang baru minggu lepas..
Memang tak bole berpisah pasangan ni..
Salah satu takde, maka tak berfungsi la salah satu yang lain..

Hari ni kita berkenalan dengan: KEPALA ZIP


Kepala Zip ni ada satu jenis ni je ya.. Sebenarnya banyak jenis, tapi yang lain2 tu harganya bole tahan la jugak mahalnya.. Berbaloi la dengan designnya yang unik..
Saya amik warna besi; jenis yang very common orang pakai.. Saya gunakan untuk buat purse, beg dan pencil case.. Memang syok!
Baru la best nak gantung keychain..
Nak order bole dapatkan kat kedai online kecik saya iaitu http://asma-felt-box.com Cari kat area zip
Kepala zip ni compatible dengan zip meter tu..
Jangan lupa beli ya..
Wassalam...

Nak join Program Affiliates?

Image
Salam..

Nak join program affiliate asma-felt-box?

Sebelom tu, apa itu affiliates?

Secara bahasa pasarnya, affiliate ialah mempromosikan sesuatu produk melalui link milik kita, dan apabila orang beli produk tu melalui link tersebut, maka secara automatik kita dapat komisen.

Dalam proses ni kita:
TAK PERLU explain apa-apa pada orang tuTAK PERLU pujuk orang beli barangTAK PERLU layan orang nak order barangTAK PERLU minta bayaran dari pembeliTAK PERLU bank - in apa-apa kepada sesiapaTAK PERLU packing barang dan posTAK PERLU capai apa-apa target
Apa yang perlu dibuat oleh seorang affilates ialah: Daftar AffilatesBuat link khasLetak link tersebut di tempat-tempat yang orang akan klikSampai masa dapat komisen
Berapa kena bayar?
Tak perlu bayar apa-apa hingga ke akhir hayat
Berapa komisen? Komisennya 5% dari jumlah pembelian orang yang klik link tu. Komisen akan dibayar apabila genap RM30 terus ke akaun bank anda
Boleh check berapa komisen terkumpul? Boleh
Macam mana nak daftar? Okay, mula-mula kli…

SENARAI SEMAKAN KELAB 4.00 PAGI

Image
Salam..
Saya saved gambar ni dah lama..

Malangnya dah tak ingat kat mana saved gambar ni.. Sape2 yang tau, atau sapa2 punya gambar, sila komen kat bawah ya.. Saya nak tuliskan kredit dan link untuk tuan punya gambar ni..
Saya dah banyak kali cuba ikot, tapi no 1 tu je pun dah tak menjadi.. Caner tu..? Tido pun dah pukul 1 2 pagi, bangun konfirm bukan 4 pagi.. HUhuhu..
Apapun, kene cuba jugak. Chaiyuk2!
Wassalam SENARAI SEMAKAN PUKUL 4 PAGI 1. Saya tidur sebelum pukul 11 malam. 2. Saya bangun jam 4 pagi. 3. Saya bersenam 30 minit. 4. Saya mandi sebelum subuh. 5. SAya solat sunat taubat, tahajud, hajat, witir. 6. Saya baca al-Quran 2 muka surat. 7. Saya solat Subuh di masjid. 8. Saya bermuhasabah merenung diri menyudah getara kesyukuran diri. 9. Saya bangkit dan berlari memulakan kerja sebelum terbit matahari. 10. Saya tampil ceria, bersedekah di pagi hari, tebarkan salam berikan senyuman

Cabaran Menulis Entry dengan Tulisan Tangan

Image
Salam..

Miss Lekat Lekit Story telah menganjurkan satu cabaran iaitu:

Cabaran Menulis Entry dengan Tulisan Tangan.

Dengan penuh ketakutan saya menyahut cabaran itu...

Saya tau apa status tulisan saya tu, jadi tak perlu la nak "puji" ya.. Sebab tu kat sekolah dulu selalu ada masalah nak tulis dengan baik terutama ketika ujian.. Tapi kan, yang best penulisan saya selalu dapat A tau.. Dari form 1 ke form 5 Yg dapat B biasanya surat la.. Surat susah tau..
Sape2 nak join cabaran, sila2 la ke link di atas..
Wassalam...

Templat Website yang Baru berserta Chat on the Spot

Image
Salam..

Okay nak citer pasal template yang sepatutnya saya ceritakan dalam entry sebelom ni kan.

Disebabkan template ni macam kusam je, maka saya luangkan masa sikit cari template percuma dan applied dalam online shop saya tu..

Kalo bole nak yang berbayar la, cantek sikit. Tpai harganya pun 20-50usd.. Mampos saya..
Jadi, cukup la amik yang free je buat masa ni...

Proses menukar template pun bukan semudah 1 2 3 klik pastu terus tukar..
Tak..
Kene install macam2 dalam byk folder pastu setting situ sini last2 baru jadi..
Kalo orang dah biasa tu maybe kacang la..
Macam saya ni memang tak kacang, gajus je..

Malangnya bila dah tukar, aiyooooo...
Ada beberapa setting yang tak kena..
Banyak modules tak keluar dan berlobang sana sini..
Pastu bila view kat smartphone, categories pulak takde. Camana orang nak cari barang..
Terpaksa la cari template free yang lain..

Sebenarnya template ni dah ok, cuma kaler je tu nak ubah2 bagi nampak ceria..
Malangnya dalam setting takde function untuk ubah kal…

New Craft Supply : Zip meter

Image
Salam..

Barang baru minggu ini memang buat saya excited giler..
Mana taknyer..
Dah lama cari, akhirnya ketemu jua..

BArang ni memang penting sangat terutama sekali untuk buat purse, pencil case dan coin purse yang pelbagai saiz. Lepas ni bole la saya buat beg pulak..
Yippi!!

Apakah barang yang miesteri itu?
(Misteri apanya, dah ada tulis dah kat tajuk tu.
TAk kira, nak gak buat gaya misteri..)

Ini dia.. jeng jeng jeng..
ZIP!
Zip? Ala.. Kan asma memang ada jual zip.. Apa yang susah nak carinya? Bikin saspen je la dia ni..
Whoppsii.. Ini bukan sebarang zip ok.. Ini zip meter...
Zip meter? Apa tu?  (cewah, macam iklan pulak)
Zip meter.. MAksudnya korang nak taknak kene beli zip ni dalam bilangan meter.. semeter ke, duameter ke, tigameter ke.. PAstu korang potong2 la saiznya ikot suka hatimu..
Nak 4 cm? potong 4 cm Nak 10 cm? potong 10 cm Nak 1km, potong 1km.. Eh, tak bole tak bole.. Paling panjang ialah 5 meter je.. Tapi kalo nak 10 meter, saya akan bagi 5meter x 2 keping camtu..
Suka tak? Suka …

Kenapa Harga Barang Naik Padahal Harga Minyak Dunia Turun ; dan Serba Sedikit Mengenai GST (khas untuk orang yang tak faham langsung)

Salam..

Haritu saya luangkan masa cari jalan nak tukar template kat online shop yang jual craft supply ni.
Boring kan.. plain je rupa dia..
Gambar2 pun tak berapa nak cun, menyerlahkan lagi kehambaran website ni

Tapi template yang saya minat boleh tahan la jugak mahalnya..
20usd ke 50usd. Nak convert? Darab dengan 3.7 (pada masa entry ni ditulis)

Owh, nak selit sikit iklan.
Sejak 6 bulan kebelakangan ni harga barang naik dengan mendadak walaupun GST belom dilancarkan lagi.
Petrol dah turun harga dengan "banyaknya", tapi kenapa para peniaga tak turunkan harga barang, malah dorang pergi naikkan harga pulak.?

Salah satu punca yang menyebabkan kenaikan harga yang mendadak ni, bukan kerana harga minyak. Persediaan utk GST tu mungkin satu sebab, tapi saya tak faham taktik tu.
Tapi punca utamanya ialah kejatuhan Ringgit Malaysia ke tahap yang kecut perut.

Masa saya mula2 beli barang dari luar Malaysia, nisbahnya ialah 1usd = RM3.01
Lama jugak la nilai ni kekal macam.
Maksudnya saya…

Surah al-Baqarah : ayat 126

Image
Salam..

Hari ni nak share kalam Allah ni:


Surah al-Baqarah ayat 126
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata : Wahai Tuhanku, jadikanlah (Negeri Makkah) ini negeri yang aman sentosa. Dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang berimankepada Allah dan hari Akhirat di antara mereka
Allah berfirman: (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka aku akan berikan juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itubagi sementara (di dunia), Kemudian aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab neraka, dan  (itulah)seburuk-buruk tempat kembali
Huuuu.. Takot kan..
Mungkin kita tengok orang tu jahat sangat tapi rezeki Allah bagi kat dia tak pernah putus.. Ada pulak orang yang dari muda sampai tua terus menerus miskin, lepas tu sakit pulak tu..
Sebelom kita buat andaian bahawa orang miskin tu mesti malas keje, mesti masa muda dia jahat, mesti tak sembahyang, mesti buat jahat kat orang tu yang Tuhan balas balik seka…

10 Questions for Me

Salam...

Baru-baru ni Sis Ayuni Rafilah dapat Liebster Award.
Saya pun tak tau apa tu...
YAng pasti Sis Ayuni dah sediakan 10 soalan utk blogger yang beliau sendiri calonkan..
Dan saya tak sersenarai okay..

Tapi macam biasa la, dengan tak tau malunya saya mencalonkan diri sendiri.
Sebab saya takde idea nak tulis apa..

Jom tengok soalan2 tersebut berserta skema jawapan yang telah saya sediakan..

1. Nyatakan sebuah lagu yang menjadi tema diri anda sekarang.
Happy: Pharrell Williams : Saya happy dan nak terus happy. ^___^
2. Jika anda terkandas di sebuah pulau yang sepi, siapakah yang anda ingin terkandas sekali bersama anda?
Macguyver - well you know why
3. Subjek apakah yang paling anda benci di sekolah dan mengapa?
Sejarah - sebab cikgu sendiri tak tau apa yang dia sendiri cakap pastu borak2 pasal benda lain pulak. Saya cuma faham sejarah selepas saya baca buku sejarah, bukan sebab cikgu mengajar kat depan.
4. Makanan apakah yang anda tidak pernah makan dan ingin makan?
Purple Toast - haritu sis Ayu…

Follow My IG: asmafeltbox : Handmade and Craft Supply Online Shop

Image
Salam

Walaupun takde la begitu aktif, sudi-sudi la follow me on instagram ya.. search: asmafeltbox
Wassalam.. we are online shop selling handmade felt craft and craft supplies

Eyelet Berkualiti dan Murah

Image
Salam..
Barang baru minggu ni ialah barang yang dah lama ada, tapi saya upgradekan dengan jenis yang baru.. HAritu tengah bershopping, ternampak la eyelet yang berkilau kilauan ni.. Terus jatuh hati lalu terus grab.. Hohoho.. Hebat tak saya..
EYELET Saiz lubangnya ialah 4.5mm. Muat untuk eyelet tool yang saya jual tu.. 
Apa yang istimewanya eyelet ni ialah: Warna besi yang berkilat-kilat. Memang seksi giler Dan dia ada washer kat belakang...
Cara nak pasangkannya masih sama (sila rujuk tutorial cara pasang eyelet kat sini) Cuma kat sebelah belakangnya korang masukkan washer untuk lebih secure..
Sebelah kiri tu eyelet.. Sebelah kanan tu washer
Cantek kan..
Sila order terus kat website.. Nak order kat whatsapp pun bole: 0139325870
Wassalam..

Kenapa Barang Handmade Mahal?

Image
Salam..

Selamat kembali bekerja / bersekolah..
Sebelom start, nak share sesuatu yang muncul di wall facebook saya malam tadi


Pada awal saya berkraf, memang diakui harga handmade felt yang saya jahit tu murah sangat. RM2, RM3 untuk felt keychain Felt phone pouch RM10 je Felt pillow RM15-RM20 camtu.
Puncanya ialah  saya masih amatur dan tak belom mahir lagi saya masih dapat untung lagi. Ye la, kos keychain dalam 50sen, jual RM2. Untung RM1.50. Kos bekas phone RM2 jual RM10, untung RM8. Banyak untung tu...saya berkraf ni sebab saya suka ~~ Lama kelamaan, saya sedar bahawa pendapatan bulanan tersebut tak mampu untuk buat saya rolling modal dan menampung kehidupan. 
Oleh itu, cara mengatasi masalah tersebut ialah buat lebih banyak lagi handmade. Secara logiknya, makin banyak order, makin banyak income..
Apabila order semakin bertambah, kerja pun semakin bertambah. Malangnya masa 24 jam sehari tidak semakin bertambah. Tetap 24 jam jugak.Selalu tak dapat tidur malam, tak cukup rehat, sakit pi…

Re-schedule Myself!

Image
Salam..
Semalam tengah baca-baca buku bisnes, tetiba dapat satu tips iaitu Jangan berada di fasa self-employee lebih dari 4 tahun..
Ni dah tahun ke-5; macam mana ni? Huwaaaaaa..
RAsa macam terduduk kejap baca ni.. Patot la saya rasa macam overwhelm je.. Bukan sebab jemu dengan bisnes ni, tapi sebab setiap hari kerja tak habis-habis. Terutama sekali kerja remeh-remeh yang saya malas nak buat.
Memang betul tu.. Kalo semua kerja kita sorang buat, akhirnya kita kepenatan kerana dek kerja remeh temeh tu. Kerja penting pulak belom buat2 lagi sebab perlukan fokus dan kreativiti. Tengah buat kerja penting, tetibe teringat kerja remeh (tapi penting la juga) belom buat lagi.
Aiyooo..
Hari ni saya belom buat apa-apa lagi.. Saya cuma duduk je kat sini sambil fikir camana nak re-schedule balik hidup saya ni.
Ada sorang sahabat saya tu lagi hebat. Dia ada 4 tanggungjawab iaitu kerja. bisnes, belajar dan famili. Dan dia dapat buat dengan baik. Setiap kali balik kerja dia akan menghadapi jem teruk s…

Assalamualaikum

Kami membuat handmade felt craft; serta menjual bahan-bahan krafnya sekali.

Bisnes ni online dari rumah dan semua order dipos ke seluruh dunia.

Tiada self pick-up. Tiada COD


Waktu urusniaga : 11pg-4ptg (Isnin-Jumaat)
Cuti : Sabtu & Ahad
Pos barang : 4ptg (Isnin-Jumaat)
Kurier : Poslaju


email : asema84@gmail.com

whatsap :018-3798330
shop : asma-felt-box.com

ssm : 002186823-k