Posts

Showing posts from May, 2015

ALAT PEMBUAT BUTANG BALUT

Image
Salam..

Nak buat sendiri butang balut / butang bungkus /cover button.
Jom dapatkan alat ni.

ALAT PEMBUAT COVER BUTTONS
Dalam 1 alat dapat buat 5 saiz butang iaitu saiz: - 11mm (18") - 15mm (24") -19mm (30") - 23mm (36") - 29mm (25")

Alat pembuat butang bungkus ni diimport dari Jerman Cara nak gunakannya sangat simple. Ada instruction kat packagingnya nanti..
In shaa Allah berkesempatan nanti saya buatkan tutorialnya ya..
NAk order, sila direct ke http://asma-felt-box.com/index.php?route=product/category&path=85
Butang-butangnya saya akan update dalam next post.
Wassalam..





New : Alat Jahitan : Peniti Kepala Bulat

Image
Salam..

BArang baru seterusnya ialah

PENITI KEPALA BULAT

Peniti ni dah masuk kedai, dekat rak alat jahitan. Tengok SINI ya..
Bila saya sebut rak, bukan la betul-betul rak.. Hehe..
MAksud saya kedai alam maya ni.. Kat tab atas dan sebelah kiri website saya tu ada beberapa kategori yang saya anggap rak.. Berangan la kan.. Kikiki...
Kalo nak, order je tau.. Saya pos setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.
Wassalam..



New :Alat Jahitan : Gunting Craft Tajam

Image
Salam..

Barang yang dah lama masuk tapi tidak diperkenalkan..

GUNTING TAJAM
Gunting ni saya guna untuk potong benda-benda yang detail. Contohnya huruf2 yang kecik, bunga, bintang, dan objek kecik dan detail seperti mulut, mata dan lain-lain sebagainya..
Gunting ni jugak ada pemegang yang besar, jadi lega sangat time memotong.. Tak sakit tangan..
Gunting ni sesuai untuk korang yang kidal. Kerana kedua-dua belah identical, maka takde bias disitu.
Disini saya nak bg beberapa petua penjagaan gunting.. Pastikan setiap gunting adalah spesifik untuk satu jenis material je.. Gunting untuk kain, jangan guna untuk potong kertas, atau potong felt, atau potong plastik.. Gunting untuk kertas, jangan guna untuk potong felt, potong plastik dan sebagainya.. Ini untuk mengelakkan gunting tu tumpul..
Kalo gunting tumpul, satu cara mengasahnya ialah dengan menggunakan botol kaca. MAcam botol kicap atau botol sos (yang kaca tau, jangan yang plastik) Hujung mulut botol tu kan ada sedikit lekuk.. Buat aksi …

New : Alat jahitan : Roda Surih dan Kertas Karbon

Image
Salam..

Ya, anda berada di asma-felt-box
Mesti pelik kan; kenapa saya jual kertas karbon dan roda surih?
Bukan ke ni alat jahitan untuk tailor?
Bukan alat kraf..

Well...
Saya dah mula menjahit..
Walaupun masih bertatih dan banyak silap sana sini..
Dan disebabkan ada kebiasaan memborong, saya pun pergi borong alat-alat jahitan ni..
Padahal nak pakai satu je pun...

Alahai...

Alang-alang dan beli, jual je la balik..

KERTAS KARBON

Kertas karbon atau tracing paper ni kita gunakan untuk trace bentuk ikot template.. Cara gunanya sama macam carbon untuk tulis kat bil. Dalam paket ni ada 5 warna; jadi bole pilih ikot kesesuaian warna kain.. Warnanya washable.
Sebagai crafter, korang boleh guna tracing paper ni untuk tekap corak kat felt.. Contohnya nak potong bentuk cupcake; jadi lukis bentuk tu atas kertas dan dengan menggunakan kertas karbon ni, trace semula bentuk tu (macam dalam gambar tu buat) PAstu potong felt yang dah dilukis tu dengan senang hati.. Jadi tak perlu potong template banyak2…

Adui, malasnya... T__T

Salam..

Ada banyak barang baru yang masuk..
Dan saya pulak malas nak update..

Apa ni? Apa ni?
Berniaga apa macam ni haaaa...

Bab malas tu ia bermula dari malas nak amik gambar..
Kemudian malas nak transfer gambar ke laptop..
Pastu malas nak edit gambar : iaitu kecikkan saiz dia dan masukkan watermark..
Pastu malas nak tulis blog..
Pastu malas nak masukkan dalam website..

A'ah, dia macam penyakit berantai..
Kesian kan saya..

Actually, saya cuma rajin waktu malam..
Selepas Maghrib sampai ke Subuh <---- saya rajin
Selepas Subuh sampai Maghrib <---- saya malas

Disebabkan saya dalam proses tukar semula biological clock ni; saya kini berubah jadi orang gila...
Saya cuba sedaya upaya mengaktifkan diri pada waktu siang; tapi hakikatnya sendi-sendi saya resting dan otak saya black-out..
Waktu malam pulak otak saya ligat gila dan sendi-sendi meronta tak mau duduk diam..

Disaster!

Ada tak sapa2 yang ada penyakit macam saya?
Ada support group tak?
MAcam group orang ketagih dadah, ketagi…

(Almost) Complete Polyester Felt Set 30 Warna!

Image
Salam..

Sape yang dah baca facebook tu dah dah paham la apa yang nak saya khabarkan harini..

Siap pun kemas bilik felt. Yay!
Hampir complete felt keras 30 colours


Kenapa hampir? Sepatutnya dah complete dah;  tapi satu colour supplier tak masukkan.. Dia pegi masukkan kaler ntah hapa2.. Kaler buruk..
Kalo kat dalam gambar kat atas ni, kaler tu terletak kat paling atas, paling kiri... Saya tak tau la warna apa tu..
Dan tau tak apa solution dia bagi kat saya? Beli semula 1 warna dan warna buruk yang saya dapat ni simpan je.. Jahat kan..
Mungkin ni salah satu cara nak get rid of unwanted colour dalam gudang dia tu.. Sebelom ni dia bagi saya 2 hitam, padahal saya order 1 hitam dan 1 chili. Disebabkan berpegang kepada Dr Fadzilah Kamsan kata "bersangka baik" sokmo, maka saya maaf kan je la..
Sebelom2 ni pun selalu je terkurang 1 warna la, salah warna la.. Pastu dah komplen tak reti pun nak mintak maaf..
Bila orang buat salah kat kita kan (salah besar pulak. Beratus RM kot nilai sal…

Projek Krocet Pertama Bahagian Dua

Image
Salam..

Saya dalam proses menyiapkan projek crochet pertama saya.. Sebenarnya projek yang betul2 pertama korang boleh tengok kat entry http://asma-felt-box.blogspot.com/2015/05/crocheting-my-new-hobby-maybe.html
Selepas siap projek pertama tu, timbul idea yang sama menjadi sesuatu yang berguna untuk saya.. Apakah benda tu?
TAkmo cakap lagi. NAk bagi saspen.. Hahaha
Yang haritu punya bahagian pertama dah siap. Kini saya gigih nak siapkan bahagian kedua..
Ni la bahagian kedua tu.. Segiempat jugak Cuma yang ni saya guna double crochet Dan kali ni lebih lebar seginya..
Tengah syok mengait, benang abes.. Kami pi pusing2 cari benang kat bandar, jumpa 1 kedai je jual benang kait. Tapi jenama Nona takde jual kat situ (benang yang sedia ada ni jenama nona, jadi ingat nak beli jenama yang sama) ; ada jenama Minlon je.. PAstu tone warnanya tak sama. Sikit je la lainnya.. Minlon pun minlon la.. Asalkan ada..
Balik rumah terus je sambung mengait.. Excited punya pasal. Hahaha..
Namun, kusangka pana…

Kisah jadi Sponsor Blog Pencinta Kucing

Image
Salam.. Segmen Kucing Saya Hebat anjuran Sis Ayuni Rafilah sudah tamat dan pemenangnya pun sudah diumumkan. Penyertaan begitu ramai. 9 tuan kucing. Memandangkan ramai sponsor hadiah, maka seorang pemenang dapat banyak hadiah.. Hemo hemo hemo..
Tak caya? Tengok senarai pemenang dan penerima hadiahnya di sini http://ayunirafilah.blogspot.com/2015/05/keputusan-pemenang-segmen-kucing-saya.html
Sebagai seorang gadis yang kiyut dan baik hati; (gadis? kiyut? baik hati? yeke..) saya sponsor 5 hadiah tau.. Tak caya? Tengok gambar ni...


Makanan kucing jenama Vitapet Bantal Felt Pusheen yang saya jahit sendiri Pencuci muka Nivea  Wide Shawl  Topup RM10
Topup tu saya tak boleh tunjuk kerana ia ghaib.. Ya saya transfer terus ke phone pemenang maka takde bentuk fizikal topup terbabit..
Disamping hadiah di atas saya turut bagi mereka kitchen glove sorang satu.. Mana tau kucing 2 mereka baking kek ikan ke.. Bole la guna glove ni untuk mempertahankan diri..
Saya juga salah sorang juri yang vote pemenang. …

Sewing : My very First Simple Black Pants

Image
Salam..

Yay!
Setelah lama bertangguh akhirnya saya berjaya jugak jahit my first pants..
Tahniah kepada saya!
*tiup buih sabun sambil melompat riang*

Saya ada sepasang seluar ni, tapi tertinggal kat kampung..
Sebenarnya dah lama nak jahit, asyik tangguh-tangguh je..
Punca bertangguh ialah, saya tak reti jahit seluar dan takot kalo silap buat..
Akhirnya kugagahkan hati dan wala!

Seluar ni pun simple sangat.
Macam seluar tido dan pinggang getah sepenuhnya..
Saya nak pakai ni time naik motor..

Alkisahnya, saya dah berubah menjadi lebih muslimah..
Dah labuhkan tudung, labuhkan lengan dan pakai stokin..
Saya pun nak pakai jubah je bila keluar bandar..

Cuma, kami keluar naik moto, jadi terpaksa la saya pakai seluar kat dalam jubah tu.
Kalo tak pakai, alamatnya terpampang la betis seksi sumo saya ni..
BAru2 ni bila tertinggal seluar kat kampung, saya tak dapat pakai jubah lagi..
Terpaksa pakai jeans dan t shirt. Pakaian biasa saya sejak lahir.. (haha, tipu la sejak lahir..)
Tapi pinggang jean…

Transcendence

Salam..

Good morning..
Paginya saya tulis blog..,
Takpe2 tulis je. Hahaha..

Sabtu dan Ahad lepas saya agak produktif dalam berkraf..
Kalau buat projek sendiri, semangat dia lain macam sikit..

Saya sambung projek crochet haritu (akan tulis entry lain mengenai ni..)
Dan juga start Projek Aulia (juga akan tulis entry lain mengenai ni..)

Semalam tengok Transcendence.
Citer tu memang dasyat..

Ia mengenai saintis yang dah nak mati, pastu isteri dan kawannya amik sistem otak dia masukkan dalam komputer (sebenarnya ada term lain, tapi saya tak ingat..)

Okay saya nak tulis ceritanya macam mana (spoiler).
Jadi kalo korang belom tengok citer tu dan nak tengok; sila skip semua tulisn berwarna pink ni demi menyelamatkan korang punya saspen tu..
Saya pun tak suka jugak orang bagi spoiler kat citer best yang belom saya tengok lagi..
Skip tau, jangan baca..
Nanti boleh tengok kat astro..

Lepas dia mati, komputer tu jadi dia..
Maksudnya jasad dia dah mati, tapi fikiran dia hidup dalam kmputer yang doran…

Shank Buttons Cute

Image
Salam..

Saya rasa pelik kenapa butang shank yang saya jual ni hanya dibeli oleh beberapa orang sahaja?
Tak comel ke butang tu?

Sedang duk pelik selama beberapa bulan, tetibe Cik Abang tanya soalan cepu emas.
"Tak masukkan butang dalam website?"
"Masuk," jawab saya dengan comel.
"Takde pun," katanya lagi.

Saya pun check la satu2, dan tengok semua butang ada je..

Cik Abang cakap, "butang ni takde," seraya menunjukkan deretan butang shank..

Laaaaaa...
Lupa pulak nak masukkan butang shank ni..
Patot la tak ramai pembeli..
Kikiki (malu sendiri saya..)

Beberapa hari lepas akhirnya saya luangkan masa amik gambar baru butang2 tu dengan background hitam; dan masukkan kat dalam website.















Semua shank buttons ni available kathttp://asma-felt-box.com Kalo nak beli, bole terus checkout kat website tu ya.. Setiap hari saya pos barang kecuali Sabtu dan Ahad. Sabtu Ahad tu saya nak relax2 dan dating.. Bagi la can..
Wassalam..

Crocheting : My New Hobby Maybe..

Image
Salam
Wow.. Saya macam sangat aktif ber-crochet sejak akhir-akhir ni.. PAdahal tak pun.. Hahaha..
Selepas buat first project haritu, saya gunakan beberapa jam waktu malam saya belajar crochet sambil menemani Cik Abang tengok TV.. Saya baru pandai buat dua jenis crochet, iaitu tali air dan single crochet..
Apapun, hasilnya masih tak berapa elok.. Macam Kak Yati bagitau dalam komen haritu "mungkin tension benang tak sama". Berkat nasihat kat Yati, saya belajar loosekan sikit tekanan benang pada tangan kiri dan juga tekanan pegang jarum pada tangan kanan.. Hasilnya, tangan saya dah kurang sakit dan tak de la letih sangat ber-crochet. Yippi!
Mekasih Kak Yati.. Owh, Kak Yati ialah seorang crafter yang sangat aktif dan sangat jauh lebih berbakat daripada saya. Selain ber-crochet, belaiu turut ber-amigurumi, cross-stitch, felt craft dan knitting  Bukan setakat boleh berkraf tau, malah terer giler.. Kalo tengok hasil craft Kak Yati, memang rasa kagum sangat.. Jom intai-inta hasil t…

Can I go to Bollywood Film Exhibition.. Please...

Image
Salam..

Korang tau tak ada exhibition perihal Bollywood film kat UM?
Last day pada 10 May ni..
Saya tau, dan nak sangat pergi, malangnya tak dapat pergi..
Beberapa kali jugak la saya suarakan hasrat hati ni, tapi negatif..T___T

Jauh satu hal (jauh ke, 4 jam je pun).
Dan Cik Abang tak lepaskan saya pegi sorang2
Pastu dia cakap, "bukan best pun"
Wah! Mencik mencik! :(

Mungkin ramai tak tau bahawa saya pernah dijangkiti wabak demam Bollywood.
Bertahun-tahun lamanya masih tak kebah2.
Semuanya bermula dengan filem Kuch Kuch Hota Hai..
Dan punca utamanya of course la Shah Rukh Khan..

Sekarang dah ok sikit..
Tapi kalo nampak Shah RUkh Khan terus tak ok balik..
Hahaha..

Rupa-rupanya demam Bollywood ni bukan saya je kena..
Ia macam wabak keturunan..
Mak saya demam Bollywood (atau zaman tu mereka masih panggil Bombay) pada era Amitabh Bachan dan nenek saya pun sama gak demam pada era yang lebih lama dari tu..
Era apa saya tak tau la..
Paling lama yang saya kenal ialah Raj Kapoor. Lama…

Mati.

Salam...

Bila saya baca kes kemalangan ngeri yang berakhir dengan kematian tragik; saya berharap novel hidup saya ni tidak berakhir dengan cara sedemikian.

Semua orang akan mati akhirnya.
Tapi saya selalu fikir yang bila tua nanti baru mati.
Tapi tak semestinya kan..

Agak-agaknya bagaimana proses kematian saya ditulis?
Sakit kuat?
Kemalangan ngeri?
Kemalangan tak ngeri?
Mati dalam tidur?

Sebab mati mesti ada reason atau peristiwa yang menyebabkan kematian.
Tak mungkin tengah jalan-jalan kat shopping complex tiba-tiba pitam lalu mati.
At least disebabkan sakit jantung atau jatuh tangga atau sesak nafas dan sebagainya.

Agaknya apa proses kematian yang paling mudah bagi seseorang manusia?




My first Crochet Project.

Image
Salam..

Saya start belajar crochet setahun yang lalu..
Dan saya cuma pandai buat chain dan single crochet..
Dan pada masa tu saya pikir nak buat table runner, tapi akhirnya terbengkalai kerana lama giler nak bagi siap.. Kikikiki..
Tu la, baru belajar dan berangan nak buat benda besar2..
PAdan muka..

Projek table runner tu.. Sampai sini je la projek tu menemui ajal.
BAru separuh jalan (sebenarnya baru 5% jalan je) saya stop sebab rasa diri tak berbakat..
Susah giler crochet..
Nampak dalam youtube macam senang je..
Bila buat, terkial-kial sampai lenguh jari jemari I yang botoq ni..
Sampai tensen tau..

Dan baru-baru ni saya ada nampak member-member crochet buat macam-macam projek, cantek2 pulak tu. Tiba-tiba minat tu timbul kembali.
Dan semasa jalan-jalan kat kedai buku, saya terpandang satu buku crochet yang agak menarik..
Belek-belek sikit dan ada steps crochect yang sangat detail dan beberapa projek mudah yang steps nya snagat detail dan mudah diikuti..
Syok pulak terus je beli.. Kuik…

Assalamualaikum

Kami membuat handmade felt craft; serta menjual bahan-bahan krafnya sekali.

Bisnes ni online dari rumah dan semua order dipos ke seluruh dunia.

Tiada self pick-up. Tiada COD


Waktu urusniaga : 11pg-4ptg (Isnin-Jumaat)
Cuti : Sabtu & Ahad
Pos barang : 4ptg (Isnin-Jumaat)
Kurier : Poslaju


email : asema84@gmail.com

whatsap :018-3798330
shop : asma-felt-box.com

ssm : 002186823-k