30/06/2015

Snap Plastic Buttons

Salam..

Semalam dah tunjuk pliers untuk butang katup plastik tu kan..
Takkan playar je, butangnya mana?

Haaa.. ni la butangnya..
Jom jom ushar...


PLASTIC SNAP BUTTONS
merah
purple
light pink
BUat masa ni ada 3 warna seperti di atas..
In shaa Allah warna-warna baru bakal menyusul..

MAcma yang saya jelaskan semalam..
Butang ni banyak digunakan untuk pakaian bayi, kanak-kanak dan juga diapers bayi dan washable pad wanita yang handmade tu.

Harga murah je..
RM1.50/ pek
1 pek ada 10 set
1 set ada 4 biji seperti bahagian bawah gambar

JAdi kalo ikotkan setiap pek ada 40 biji la..

Diharap jelas apa yangsaya explain ni..

NAk order klik gambar ya..

Wassalam...


29/06/2015

Plastic Buttons Plier

Salam..

New item ni dah lama saya nak borong..
Akhirnya berjaya juga.. ^^


Snap Button Plastic Pliers
Atau Alat untuk katupkan butang katup jenis plastik.

Panjang pulak nama dia..

Ini ialah playar untuk butang plastik yang kita selalu ada kat diapers baby, baju2 baby dan yang terbaru orang guna untuk washable pad wanita.

Dah lama nak beli ni.
Akhirnya jumpa jugak.. ^^

Harganya RM50 / set
Cara gunanya pun bapak kacang.
Cuma kacip macam biasa je..

Skru tu untuk tukar base dia, sebab yang ni ada option utk 3 saiz butang..
Saiz yang dah dipasang dalam tu adalah saiz paling common sekali.

Nanti saya tulis tutorialnya ya..

Butangnya saya tunjukkan dalam next entry..

Wassalam..




28/06/2015

Tempat Simpan Bobbins

Salam..

Nak update barang baru..
Barang2 baru semua dah update kat website, cuma kat blog ni belom update..

Yang first ni ialah khas untuk si penjahit mesin macam saya..

Klik gambar untuk order
Tau kan ni apa..
Bobbins Holder atau pun Alat Simpan Gelendong

Memang syok sangat ada alat ni tau..
Letak atas meja dan amik-amik je bobbins kaler apa nak..
Benang tak berselirat, tak jatuh2 dah (kalo jatuh pun, jatuh semua)
Heaven sangat
Sesuai la untuk orang yang ganas macam saya ni..

Kalo meja tu dah penuh barang, korang boleh sangkut kat dinding.
Nak amik pun senang..
Diameter dia 13cm..
Warna satu ni je ada..
Diperbuat dari getah (kalau tak silap) sebab dia flexible..

Harganya cuma Rm10 je..
Beli satu dan simpan buat selama-lamanya..

Wassalam..


26/06/2015

My First Gold Bar

Salam..

Yay! Akhirnya sampai..
Emas pertama setelah sekian lama menimba pengetahuan mengenai emas.

Hehe.. I gram je pun..
Sebenarnya ni emas yang kedua.
Emas pertama saya beli beberapa tahun lepas sejurus selepas loan peribadi approved.
Loan peribadi tu mula2 temankan kawan minta loan, pastu gatal tanya "saya layak dapat loan tak?"
Cek mek tu pun check dan katanya saya layak Rm6000.
Wow, terus setuju amik Rm5000.
Bodo kan...

Tolong jangan jadi bodo macam saya..
Pinjam 5K; bayar 8K..
Sia-sia je duit terbang..
Banyak riba yang dah saya terlibat.. :(

Lepas dapat loan ni, member saya kebetulan muncul dan tanya nak beli emas tak?
Banyak duit kan time tu, nak terus!
Dia tunjuk beberapa sampel cincin, gelang, loket..
Erm.. saya tak minat la barang kemas.. Mana2 pun tak kesah kot..
PAstu ternampak emas segiempat yang sangat seksi..
Sungguh memukau muka dia..

Saya grab yang tu. Paling kecik 10gram. Harga RM18XX.
Sekurang2nya selamat la sebahagian loan saya tu, yang lain tu lama2 mesti abes punya..

Setahun kemudian saya jualkan kembali sebab nak buat modal kawen..

Tamat la riwayat kisah saya dan emas pertama..

Selepas tu harga emas jatuh dan jatuh dan jatuh..
Time ni la paling best nak beli emas..
Paling rendah pernah nampak RM140 segram..

Tapi time tu asma-felt-box baru merangkak-rangkak.
Berhempas pulas pusing modal..
Loan pun bayar lambat sokmo..
Tak sempat nak kumpul duit beli emas, kan yang paling kecik 10gram.

Lama-lama malas nak kumpul dah. Cuma amik tau je

BAru-baru ni salah sorang customer saya promote emas, dan yang paling kecik ialah 1 gram
Aik, dah ada 1 gram?
Cam tak caya je..
NAmpak sangat dah tak amik tau pasal emas lagi

Kalo nak lagi kecik ada 0.5 gram, dalam bentuk gold coin
Yg tu Rm100 sekeping.
Gold bar 1gram tu RM185 sekeping.

Alang-alang dah jumpa ni, amik dulu 1 gram..
Lagipun nak tau juga camana rupa 1 gram ni..
Mesti nipis do'oh.. XD

Sesampainya emas ni di tangan saya tunjukkan kat FB..
Tunjuk tu nak bagitau famili and friends bahawa ada emas yang kecik sangat dengan harga mampu milik. 
Tak tau la kalo2 ada yang fikir saya nak menunjuk2 (ada yang msg ayat ni menyindir2)

Emas ni Rm180 je pun.. Nak menunjuk apa?
Kalo nak menunjuk, better la saya tunjuk bilik felt saya tu. Dalam tu saja dah lebih Rm10ribu nilainya.. 
Tak berbaloi pulak nak menunjuk2 dengan emas seto'it ni..

Saya nak bagitau ada emas kecik macam ni, tak perlu tunggu 10 gram.
Adoi, mesej not delivered la untuk orang yang negative thinking ni..

Ada juga rakan yang minta saya hati-hati kerana ada kes emas sontot..
Saya ada baca juga pasal emas sontot tu.
Sefaham saya, mangsa akan buat bayaran emas, tapi emas tu dipajakkan.
Kemudian saya tak faham (sebab tak pernah pergi pajak gadai-tak tau apa2 tentang tu)
Last-last mangsa tebus dan duit yang dapat balik tu sangat kurang berbanding nilai asal

Naseb baek saya cuma beli emas je..
Beli emas ni untuk simpan bertahun-tahun..
Sama macam korang yang simpan duit dalam kwsp, nanti bersara dapat keluarkan wang tu semula untuk meneruskan sisa-sisa hidup..
Saya takde kwsp, simpan emas ni boleh dianggap sebagai kwsp saya..

Kalo korang nak beli emas seto'it macam ni bole whatsapp saya kat 0139325870
Harga harini RM100 utk 0.5gram gold coin; dan RM185 utk 1gram gold bar.
Yang besar pun ada juga.. 
Apa-apa hal whatsapp tau..

Wassalam...



24/06/2015

Diary Ramadhan Asma

Salam..

Bulan puasa ni tak begitu banyak aktiviti..
Selain tengok tv dan godek-godek internet, masa terluang tu saya buat benda-benda lain yang berfaedah yang tak perlu dinyatakan disini..
RAsa macma senang sikit nak buat benda-benda lain tu time bulan puasa kan..
Takde yang menggoda suruh jangan buat..

Alang-alang bulan puasa ni kan, saya packing 3 biji kurma untuk customer yang order pada bulan ni..
Ada juga yang tak dapat..
Naseb la, ada waktu ingat, ada waktu tak ingat pulak nak masukkan..
Memandangkan plastik poslaju tu 20sen sekeping, rasa sayang pulak nak koyakkan semata-mata nak masukkan kurma ni (waktu dah seal sebelom masukkan kurma)..
Sape yang tak dapat tu, saya minta maaf..
Apapun, saya cuba masukkan untuk semua..

Saya beli kurma sunsweet haritu..
gemok-gemok kurma dia..
Geram pulak tengok..
Huhuhu..

Tengok ni, gemok kan..

PAda bulan-bulan bukan puasa, saya makan nasi seminggu sekali..
Tapi bulan puasa ni, makan nasik 2 kali sehari kau..
Hahaha..

RAsa macma pelik je bila tak masak time buka puasa..
Rasa pelik jugak bila tak masak time bersahur..
NAk-nak bila ramai yang share macam-macma resepi kat facebook.
Tergoda sangat.. :P

Beberapa hari sebelom puasa, Cik ABang pergi memancing dan bawak balik dalam 20 ekor ikan cencaru yang besar-besar..
Oleg itu menu setiap hari kami waktu berbuka ialah cencaru panggang..
Sampai naik boring tengok muka cencaru yang ensem tu..

Bila tengok ikan ni rasa cam tak caya je..
Seronok tau makan ikan fresh.
Dapat ikan ni terus saya siang siap-siap, sampai luka jari jemari
Pastu masukkan dalam plastik 2 ekor seplastik
Senang nak defrost nanti

Setakat harini masih banyak lagi ikan tu..
Mintak-minta la cepat abes, tak sabar nak makan ayam pulak..

Ingat tak sayur sawi kecik yang saya tanam dan tulis beberapa hari lepas?
Semalam saya nak pergi siram kan, tengok-tengok dah hilang!

Mana perginya mereka?
RAsanya dorang kawen lari kot..
Senyap2 je buat perangai macma tu bulan puasa ni.
Hahaha..

Eskperimen gagal.
Konfirm salah teknik..
Mungkin ke tak bole letak dalam tanah..
Ataupun tak bole letak kat balkoni..
Mungkin ke sayur tu hidup kat Cameron Highland, jadi tak sesuai dengan iklim kat balkoni tu..

Ntah la...
Nampaknya saya kene gantikan dengan pokok kunyit  kot..
Mintak-minta senang tumbuh..

Ok la, nak tido kejap..
Sweet dream...

Wassalam..


23/06/2015

Didik Anak untuk Bekerja dan Berniaga

Salam..

Saya terbaca status Saiful Nang kat FB semalam.
Dan ia bentul-betul buat saya rasa sedih.


Saya tak racist, malah saya kagum tengok ketekunan, kreativiti dan kerjasama yang kuat sesama mereka.

Cuma saya rasa kecewa dengan kaum sendiri yang sebahagiannya tiada ketekunan.
Kenapa ya..?

"9/10 rezeki datang dari berniaga"
Ia amik masa selama 26 tahun hidup untuk saya percayakan quote tu
Saya cuba sedaya upaya menjadi pekerja yang bagus, tapi tak dapat..

Saya membesar dengan mentality tak mahu berniaga
Kerana saya lihat sendiri kepenatan ibu dan bapa saya dan ketidakurusan anak-anak kerana perlu fokus kepada perniagaan
Saya benci berniaga kerana ia langsung tak memberi nilai kepada kehidupan
Buat kita stress 24 jam
Keletihan 24 jam
Terlalu banyak menggunakan tenaga 24 jam

Saya prefer bekerja 24/7 kerana waktu kerja yang tetap, gaji yang tetap, kehidupan yang bersih dan terjaga serta masa berkualiti bersama keluarga
Saya sangat impikan semua itu sejak kecil

Apabila masuk ke alam pekerjaan dan bekerja di beberapa buah syarikat, saya dapati ini bukan kehidupan saya
Keputusan saya untuk cuba berniaga, sangat tidak menggembirakan ibu
Kerana ibu sendiri lalui kehidupan berniaga tu
Susah sangat.. Penat sangat..

Ayah tak pernah membantah..
Kerana saya ni serupa dengan ayah
Dia paham sangat apa masalah saya di tempat kerja, walaupun tak pernah bagitau apa2 pun tentang hal tu kepada ayah.

Bila flashback kembali, keturunan saya memang entrepreneur
Sebelah ibu pun berniaga
Sebelah ayah pun berniaga

Tapi perniagaan tu tak diwariskan kepada anak
Kenapa?

Sama macam ayah saya tak mewariskan satu apa skill dan pengetahuan perniagaan kepada saya
Kata ibu, saya sendiri yang buat statement "saya tak mahu berniaga", jadi mereka tak curahkan ilmu tu kepada saya.

Wah, kalau saya cakap takmo gosok gigi, ni gigi saya, saya punya pasal la
Maka mak ayah pun biar je la anak tak gosok gigi..
Bila gigi dah abes hitam semua baru cakap, "I told you so"

Kita diberi anak bukan untuk bagi makan kenyang-kenyang dan bagi main laptop dari subuh sampai subuh.
Kita diberi anak untuk membentuk anak tu menjadi manusia

Saya tak menyalahkan ibu dan ayah saya
Saya sendiri seorang yang sangat degil dan sangat garang
Ibu saya sangat lemah lembut, jadi dia takmo gaduh2
Gaduh karang, dia sumpah aku jadi batu, mampos aku

Bila dipikir balik, mujur la jugak dapat ibu yang baik dan tak pernah berleter

Mak ayah kita bernaseb baek, kerana zaman belia mereka ada banyak jawatan kosong kakitangan kerajaan yang perlu diisi oleh graduan yang jumlahnya kecil pada ketika itu
Maka ibu bapa mengesyorkan anak belajar pandai2 nanti dapat kerja kerajaan

Kita kurang bernaseb baek kerana zaman belia kita, jumlah graduan adalah lebih tinggi berbanding bukan graduan; namun kekosongan jawatan adalah lebih tinggi utk kalangan bukan graduan
Ditambah pula dengan had umur pencen yang semakin meningkat, mereka yang berusia 55 tahun masih lagi sambung bekerja hingga usia 65, dan saban tahun graduan baru keluar utk menunggu kekosongan yang jarang-jarang kosong ni
Dengan sijil dan hutang pendidikan, kita cuba elakkan utk bekerja dengan gaji kecil

Anak kita nanti akan bernaseb buruk, kerana mereka lack of every skill
Dan perlu bersaing dengan anak-anak warga ic merah yang tenyata banyak skill, lebih rajin dan lebih rendah diri; da mereka juga ber "ic" biru warganegara bumiputera melayu islam

Ya, saya dah tengok ic dorang..

Sesiapa yang bekerja dengan syarikat, pasti tak dapat nak berhenti kerja dan berniaga kerana kita takde skill berniaga tu..
Berniaga memang perit pada awal peniagaan
Perit ni bukan perit sikit-sikit
Baek punya perit

Oleh itu, mari lah kita buka fikiran anak kita kepada 2 cabang
Mempersediakan mereka untuk menempuhi alam pekerjaan yang profesional
Dan juga mempersediakan mereka utk berniaga
Kedua-dua konsep ni kita tanamkan dalam minda anak-anak dan apabila dewasa ni nanti mereka akan decide yang mana lebih sesuai dengan jiwa
Sekurang-kurangnya time tu dorang dah ada ilmu dan kemahiran, cuma perlu gilap lagi

Kalau tak tanam dua cabang ni, nanti mereka akan jadi seperti saya..
PAda usia 25 tahun baru la mencari-cari cara untuk berniaga
Tu pun susah sangat nak jumpa ilmu2 ni

Semakin saya dewasa, semakin saya tahu tips, ilmu dan seminar perniagaan yang saya pergi zaman muda-muda dulu tidak la 100% benar
Kebanyakkannya ada agenda tersembunyi 

Oleh itu, saya seru korang semua, cuba dapatkan satu part-time business yang kecik je, dengan tujuan nak wariskan ilmu dan kemahiran bisnes kepada anak
Supaya mereka dah terbiasa sejak kecik, dan dapat terus flow je bila decide nak berniaga sendiri nanti
Kalau kit anak serius berniaga sendiri dan berhenti kerja susah la kan.
Dengan banyak komitmen bulanan, berhenti kerja utk berniaga bukan la keputusan yang bagus

Bisnes part-time korang tu tak perlu untung banyak, cukup la sekadar dapat pusing modal dan tak rugi
Kalo untung banyak Alhamdulillah
Sebab kat sini kita nak didik anak tentang kos, masa, akaun, pemasaran dan penyelesaian masalah
Otak kanak-kanak yang tengah berkembang pesat tu memang dapat serap semua ni dengan baik
Otak belia susah nak serap kerana dalam otak dah ada idealogi
Bila idealogi lain muncul yang bertentangan dengan idealogi asal, otak dewasa akan amik keputusan nak terima mana satu
Otak yang tak dapat buat keputusan akan mengalami kekeliruan 
Macam otak saya..
Huhuhuhu..

Nanti saya share kan cara yang betul memulakan bisnes pertama

Wassalam..

22/06/2015

Apakah Craft Supply yang Anda Perlukan?

Salam..

Saya ada tambah simple form ni beberapa hari yang lepas...


Korang ada beberapa bahan kraf yang korang cari tapi tak jumpa kat asma-felt-box?
Kalau ada, tulis nama benda tu kat dalam form ni..
Bukan form kat atas ni tau, tu gambar je, memang tak bole tulis..
Kikiki..

Form ni terletak di sebelah kanan atas blog ni..
Cer tengok..
Nampak kan..

Tulis je, pastu submit ya..
Sila jangan spam dengan tulis yang bukan-bukan; seperti 
"Aku cinta kau", "hello, hello ada orang tak?", "ni asma-felt-box ke?" dan sebagainya..
Obviously la, nama blog asma-felt-box, takkan Mazidul Akmal pulak..
-___-"

Saya tak letak captcha untuk memudahkan submission
Tapi kalo ada jugak yang main2 dengan tulis yang bukan2, terpaksa la saya masukkan captcha nanti..

Nak tulis barang yg apa tu tak kesah la..
Asalkan korang nak..
Contohnya, nak "butang bentuk kanggaroo", "kain felt corak polkadot", "plastik saiz 20x20cm", dan sebagainya..
Kalo rasa takde kene mengena dengan asma-felt-box pun bole taruk jugak.
Contohnya, "sabun susu unta homemade", "rempah ayam madu", "boot Phua Chu Kang" dan sebagainya..

Takpe..
Dalam borang tu takde nama, jangan risau ya.
Mana yang permintaan tinggi dan available, saya akan tambahkan dalam shop..

Sila sila..
Tulis apa nak tulis..

^__^

Wassalam..




20/06/2015

Tanam Sendiri Sayur

 Salam..

Sejak bulan lepas saya mula baca-baca tentang tanam-tanaman..
Kemudia terjumpa satu group kat fb namanya Kebun Mini..
Join la, nak belajar jgk camana nak berkebun mini ni..

Rupa-rupanya, member kat situ bukannya ada kebun mini..
Hampir semuanya ada kebun yang besar dan subur..
Kerdil sangat rasa diri ini..

Nak gak berkebun mini..

Punca nak berkebun tu bemula dengan lengkuas yang saya beli ni, selalu pakai beberapa hiris je, pastu buang.. sebab jarang guna lengkuas.. lama2 dia kecut..
Biasa2 saya suka tumis dan masak merah je kat rumah..

Sayang tau, lengkuas tu bapak besar, pastu buang pulak..
Tu la saya start cari2 cara nak tanam lengkuas.
Rupa-rupanya nak tanam lengkuas tu tanam je la terus..
Hahaha.. BAru aku tau..

PAstu saya jumpa jugak cara tanam sayur yg rupa dia macma sawi campur kubis tu..
Caranya cuma potong bontot sayur tu dan masukkan dlm air..
Pastu bila dah tumbuh baru tanam dalam pasu..

Saya pun try 2 biji..

Tengok..
Saya tak pasti sama ada ia tumbuh atau pun yag sekeliling dia tu yang mengecut
(ni gambar 2 minggu lepas)

Memandangkan kami duk flat, mana ada tempat nak tanam, jadi pergi la beli pasu kecik 2 biji, tanah satu bag, baja tahi ayam sepaket kecik dan Cik Abang belanja tool menanam 1 set. 
Yg rupa dia macam penyodok tu tapi versi tangan punya..
Mekasih Cik ABang.. ^^

Satu pasu ni saya tanam lengkuas

Tak pasti betul ke tak ni..
Bnatai je la..
Setakat dia saya tengok dia tak kecut2 pun..
Mungkin menjadi la tu..

Satu pasu lagi saya pindahkan sayur yang gambar pertama tu..


Time ni daun dia dah mekar kan..
HUhuhu..
Masa nak transfer ni kan, takot sangat tau..
Kot kot la dia terkejut lalu mati ke..
Harap2 tak la..

Pastu ada sekali tu kami beli serai sebab nak masak kerutuk..
Nak 2 batang je, tapi pergi beli banyak pulak..
Alang2 biarkan dia mengecut, saya search cara tanam serai..

Dia suruh masukkan dalam bekas air, bila akar dia dah tumbuh baru transfer ke tanah..
Saya pun rendam lah dalam mangkuk.


Sori, takde botol atau jar yang sesuai..
Tapi kan, tak tumbuh-tumbuh pun..
Rasanya saya dah kene tipu ni...

HAri-hari saya check dah tumbuh ke belom..
Akhirnya tengahari tadi nampak ada 2 batang dah tumbuh akar kecik sangat..
Hohohoho..
Suka sangat hati aku..


Nampak tak akar tu..
Malu-malu je dia nak keluar..

Dan satu lagi..
Bulan lepas saya keringkan cili kecik 
NAk guna bijinya sebagai benih tanam pokok cili..

Cili ni pun satu hal jugak..
Time beli, dapat pakai separuh je, separuh lagi buang sebab tak sempat makan...
Kadang2 tu makan cili yang dah tak fresh, tak rasa dah keciliannya itu..

Cili yang dah dikeringkan tu, saya amik bijinya dan semai dalam bekas telur..
Jimat sikit. Hahaha..
Haritu dah simpan bekas telur yang kertas tu, ntah ke mana perginya..
Pakai je la bekas plastik ni..

Bekas telur kat bawah dia ada lubang, sesuai la utk uang air yang berlebihan tu nanti..

Setelah sekian lama, petang semalam bercambah pun dia..


Nampak tak..
Ada 3 biji yang bercambah..
Yay!!!

Sejak bercambah ni, malam tadi 2 3 kali juga saya jenguk dia, cari2 kot2 ada lagi yang bercambah..
Nampak ada 2 lagi, tapi kecik sangat..

PAgi tadi, hujan ribut tau..
Dekat nak tengahari baru reda..
Tengok2, bekas baby cili saya dah terbalik..

Owh, noooo!

Cepat-cepat saya selamatkannya..
Wooo wooo..
Rasa nak nanges je..

Tanah2 dan benih yang bercambah tu saya kumpul2 dan susun2 balik..
Woo.. takot la dia mati...


Saya tengok ada 5 biji yang dah keluar daun kecik.
Yippi!!!

Minta2 dia tak jadi mati..

Tak sabarnya nak makan budu picit cili kecik yang dipetik terus dari pokok..
Huuu..

Sabar2..

NAk kene beli pasu lagi ni..
Nanti saya update lagi ya..

Wassalam..

18/06/2015

Salam Ramadhan & Mystery Box

Salam..

Selamat Datang Ramadhan..

Aiyoo.. lewatnya ucap..
Sepatutnya nak tulis pagi tadi, tapi pagi tadi sebok dengan urusan lain..
Ni baru teringat semula dan terus taip..

Sempena Ramadhan ni, order handmade ditutup sehingga la abes saya beraya..
Saya beraya sebulan, maka 2 bulan la kot cuti handmade..
Hemo hemo hemo...

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua pelanggan, bakal pelanggan, reader dan sesiapa sahaja yang kenal saya ni.. KAlau dalam tempoh perkenalan kita ni ada saya terkasar bahasa, terkasar perbuatan, menyinggung perasaan dan apa2 yg melukai hatimu...

Maafkan saya ya...

Dan saya nak minta halal kalo2 ada yang terkurang sepanjang urusan kita.
Dan kalo ada hutang yg belom saya bayar (contohnya lupa masukkan baki, lupa poskan item yang tertinggal sampai sekarang)saya minta hubungi saya semula. Saya tak ingat hal tu..
Tolong ingatkan saya, dan akan saya selesaikannya secepat mungkin...

Ni citer minggu lepas ni...

Tiba2 dapat satu surat cinta dari encik posmen, ajak dating..
Takot punya pasal, saya minta Cik Abang pegi menyamar sebagai saya..
Rupa2nya posmen nak bagi kotak misteri..

Woooo..
MIsterinyer....

Time tu baru siap packing barang, kene bergegas ke Poslaju sebelom jammed dan ramai orang beratur (kotak misteri tu amik kat post office, tak sama ngn poslaju. Kot2 la ada yang konfius dgn jalan citer yg sangat saspen ni.. dub dab dub dab...)

Lepas pos, lami pun pegi makan sedap2 kat bandar..
Balik rumah kami snatai2 sambil tengok tv..
Lupa dah pasal kotak misteri yang teruja sangat nak tau apakah bendanya tu petang tadi..

Sebelom tido baru teringat..
Phew, naseb baek ia masih berada di lokasi yang sama.,.
Buka buka..

Pergh..
Silau siot!
Apa yg silau sangat ni...??
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
(iklan colgate)
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

Jeng jeng jeng!


Wah!!!
Sunggun terpesona...

Rantai Diamante Lovisa
Hadiah dari Sis Ayuni Rafilah kepada saya sebagai penerima Anugerah Juri Terhormat..
Ecece..

Cantek kan..
Besar tau..
Bila pakai tu rasa macam, wah, diva sangat.. :D

Saya tak pasti ada lagi ke tak, sebab ni limited edition..
Korang boleh ushar2 kat Kedai Gadis Comel
BAnyak produk2 comel kat situ..

Maka saya dah dapat aksesori raya..
Yippi! Yippi!

Wassalam..


17/06/2015

Silicon Valley

Salam..

Sekarang saya tengah addicted dengan Silicon Valley..



Yang tak bestnya, cerita dia hanya 30 minit seminggu..
Ya...
Tak best kan..

30 minit seminggu termasuk iklan adalah sangat tak best untuk citer yang sangat best ni..
Apapun ia tak sesuai untuk tontonan remaja dan kanak-kanak.
Itu pun dah banyak scene yang Astro potong..

Astro kan, scene lucah2 dorang tak potong..
Scene yang terlalu intimate tahap gaban baru dorang potong..
Rasanya citerni banyak mencarut kot.
Nak kata ada potong adegan sx, setakat ni takde pun mana2 karakter ada pasangan.
Semuanya bujang trang tang tang dan semuanya berkisar tentang kerja sahaja..
Cinta.. famili.. melankolik emosi.. takde..
Dan citer ni laju..
Ye la, setengah jam je pun..

Silicon Valley ni mengisahkan tentang Richard yang berjaya invent satu alogaritma, pastu syarikat Hooli claim yang benda tu dorang punya produk.

Pastu Richard takmo mengalah dan buka syarikat Pied Piper dan dalam proses fight balik kes kene saman dengan syarikat Hooli.
Richard ni pandai, tapi jenis introvert dan lurus.
Dan bila masuk dalam dunia korporat ni, dia jadi pening2 dan stress dengan situasi yang macam2 kat situ..
Kesian dia..

Dalam Season 2 ni, Pied Piper nak cari pemodal.
Tapi ramai pemodal menolak gara2 kes saman yang orang ramai sedia maklum tu.
Kemudian dorang terpedaya dengan satu company ni yang kata nak jadi pemodal dan Pied Pieper ter"bagi" sebahagian alogaritma kat company tu. 

Akhirnya dorang dapat sorang billionaire sebagai pemodal.
Tapi kemunculan billionaire ni hanya mengundang masalah.
Selain dari menyebok, membangga diri dan menghabiskan wang; tu je la dia buat

MAsalah asyik timbul dan timbul dan timbul gara2 sikap Richard yang terlalu lurus dan baik hati yang berada dalam dunia korporat yang rata-ratanya nak amik kesempatan dan mempergunakan orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Di pihak Hooli pulak dorang tgh atur strategi macam mana nak menang kes saman tu.
Mereka rancang untuk pilih sorang pekerja yang bodoh dan naikkan pangkatnya banyak kali supaya dalam rekod nampak macma budak muda ni sangat bijak sampaikan layak utk naik pangkat sampai macam tu sekali.
Kemudian nak manipulate situasi menyatakan alogaritma tu dicipta bersama dengan budak tu dalam Hooli

Okay, kemudian Pied Piper nak sponsor satu syarikat minuman utk buat live streaming, bertujuan utk marketkan nama Pied Piper.
Disebabkan takde syarikan server nak bekerjasama, maka dorang buat server sendiri kat garaj rumah tu. Dan server tu memang tersangat power (tengok la sapa yang buat)
Ada sekali tu abes satu taman black out dan jirannya discover yg dorang berniaga kat umah tu (syarat penempatan kat situ tak bole berniaga - macma kat flat saya duduk ni la.. Wooo), dan ugut nak buat laporan.

Masalah berlaku apabila owner syarikat tu takmo letak nama Piep Piper kat paparan live streaming tu.
Bole pulak macam tu.
Syarikat besar kan, buat apa je yg dorang suka.
Dorang cakap, "kita buat ni dulu, nanti tengok la macam mana next time."

Richard takmo next time dan putuskan deal live streaming tu..

Disebabkan live streaming tu dah ready, dorang bersetuju dengan cadangan Jared utk bekerjasama dengan muzium buat live streaming telur burung.
Ada la 20 orang yg tengok live streaming tu (dalam seluruh dunia)
Ye la kan, telu rburung tak bergerak, sapa nak tengok..
Jared sorang je excited lebih2..

Pada hari live streaming syarikat minuman tu, dorang tengok live streaming tu berjalan seperti sediakala dan sponsored oleh End Frame.
Nama syarikat tu pulak sikit punya besar lagi kat paparan.
Tak aci betol.
Rupa-rupanya itu syarikat yang memperdaya mereka dan mencuri alogaritma haritu.

Richard tak puas hari lalu bawak geng dia confront dengan End Frame..
Orang macam Richard tu, confront macam mana la sangat..
Sampai sana mereka tengok company tu dah beroperasi dengan skala yang besar.
Pied Piper masih lagi beroperasi kat rumaBachman gara2 kekurangan wang..
JAngan sebut la tentang Billionaire tu, ntah hapa2 je dia tu..

Bila balik rumah, Gilfoyle hack (sebenarnya dia curi kertas yang ada tulis username dan password time ziarah End FRame siang tadi) ke sistem End Frame dan jumpa satu urusniaga dengan sebuah website lucah.
Mereka amik keputusan untuk dapatkan urusniaga tu dengan menawarkan kelajuan yang lebih tinggi..
Syarikat tu akhirnya bersetuju buat pertandingan..
Sape lagi bagus dorang akan pilih,..

Dalam tempoh tu, Richard jadi paranoid.
Dia rasa macam End Frame nak hack dorang balik.
Last2 dia buat beberapa kesilapan bersiri dan meletakkan Pied Piper dalam fragile..
PAdahal tak fragile pun, paranoid je lebih.
Haha..

Pada hari mereka upload video2 tu, secara tiba2 Billionaire tu datang nak raikan urusniaga tu.
Tapi Richard minta dia keluar sebab dorang tengah pulun upload beribu-ribu jam video ni.
Takmo silap sikit habuk pun.
Kan tengah bertanding..

Tengah2 bertengkar tu tetibe data yang mereka upload tu kene delete tiba-tiba dan keyboard dorang seakan2 locked.
OMG!
Ni mesti kene hacked dengan End Frame ni..
Beratus2 video lesap.

Rupa-rupanya botol arak yang Billionaire bawak tu tertindih kat butang"delete" lappy Richard.
Hampeh betol!
Akibatnya syarikat video tu marah sampai taknak cakap apa2.

PAda suatu haru, budak bodoh tu telah bg prototaip produk Hooli kpd Richard (sebenarnay drang berkawan, dan budak tu tak tau pun dia dipergunakan)
Richard ugut Hooli, nak dedahkan produk teruk tu kepada umum, kecuali Hooli gugurkan saman tu.
Dua2 taknak mengalah.
Akhirnya mereka bersetuju untuk buat timbang tara (macma perbicaraan kecik) kes saman tu..

Mereka dapat sorang lawyer yang hebat, dan Hooli sebenarnya takde apa2 kes pun ke atas Pied Piper.
Semuanya dibuat2 sebab nak hakcipta produk tu.
Tiba-tibe mereka terjumpa satu email yang menunjukkan Richard pernah run produk tu time laptop dia dibaiki kat kedai. 
Kalo tengah baiki, dia run kat mana?

Jawapannya, dia run dekat komputer Hooli
Dan satu perkara tu bole jadi penyebab utk produk tu jatuh ke tangan Hooli.

OMG! OMG!

Ketika perbicaraan tu, mereka berusaha utk tak sebut tentang email tu, kerana kebarangkalian pihak pendakwa tak tau adalah tinggi..
Namun ketika di kandang saksi, Bachman terlepas cakap pasal laptop yang dihantar baiki tu, dan pihak pendakwa terperasaan hal tersebut.
Akhirnya Richard mengaku di kandang saksi bahawa memang dia ada run sekali je kat komputer Hooli gara2 nak ubah satu block. 

Isnin lepas adalah episod akhir untuk season 2 ni..

Nak dengar tak?

Kebarangkalian utk Hooli menang adalah tinggi.
Gilfoyle begi idea yg Hooli tak dapat apa2 kalo takde apa2 dlm komputer tu
(Maksudnya delete semuanya)
Richard tak bersetuju kerana mereka berhempas pulas dia nak tengok sampai ke mana masterpiece dia ni akan evolve..

Time tu jugak Bachman amik keputusan nak jual rumah tu sebab fed-up kot..

Dalam proses timbang tara tu, Jared perasaan yang telur burung tu dah lama tak disinggahi oleh mak burung dan dia kol muzium utk confirm telur tu masih hidup ke..
MAsa tu la pihak muzium nampak sikit sangat viewer yg tengok, dan mereka amik keputusan utk tutup live streaming tu.

Staff yang ditugaskan amik semula kamera dari sarang burung tu telah terjatuh dan tersekat (maybe patah kaki kot); dan kamera tu betul2 amik shoot staff yang kesian tengah mintak tolong.
Kemalangan yang malang tu telah meningkatkan jumlah tontonan view, ditambah pulak dengan ribut yang muncul yg akan melambatkan proses penyelamatan.
Viewer meningkat dari 2 ribu, ke 20 ribu viewer dalam satu masa, namun gambar live streaming tu sangat smooth. 

Time tu baru orang ramai sedar bahawa hasil kerja Pied Piper sangat menakjubkan!

Jumlah viewer semakin bertambah apabila celebrity pergi tweet pasal video tu, dan mereka perlu tambahkan power server utk support jumlah tontonan yang terlampau ramai tu..
Semuanya jadi kacau bilau dan time tu Richard dipanggil utk keputusan timbang tara.

Mereka bertiga berhempas pulas kerana viewer dah masuk ke angka ratus ribu dan time tu pulak orang datang nak tengok rumah Bachman yg nak dijual tu.
BAchman tukar fikiran (takmo jual) dan tolong dorang buat coding utk dalam keadaan yang huru hara tu.

Akhirnya penyelamat sampai dan video tu ditutup.
Dorang rasa hepi sgt atas kejayaan yang besar tu.

Dalam sebutan kes hakmilik, hakim membuat keputusan bahawa Hooli layak mendapat hakmilik alogaritma yang dicipta oleh Richard. :(

Richard sangat terkilan dan terus texting Pied Piper yg lain utk delete semua sistem supaya takde satu apa pun akan jatuh ke tangan Hooli.
Dorang baca text tu dan rasa sedih sangat, tapi kene ikot cakap bos

Selepas siapkan kod utk delete sistem, masing2 sayang nak proceed lalu buat alasan nak minum bir dulu la, nak minum beer dengan lemon la, lemon ni lebam, nak lemon lain la dan duk kat sofa lepak2 sambil borak..
Sayang punya pasal kan.. :(

Dalam sebutan kes Pied Piper curi Jared pula (kerana Jared berhenti keje demi masuk keje kat Hooli); hakim membuat keputusan bahawa perjanjian tu tak sah kerana ia bertentangan dengan undang2 negeri tu. Maka, semua perjanjian staff Hooli tak sah, termasuk la Richard. 
Dengan itu, secara undang2nya Richard tak bekerja dengan Hooli dan alogaritma tu adalah milik Richard sepenuhnya..

Pied Piper menang!

Richard cepat2 kol geng2 dia supaya jangan delete.
Tapi..
Bateri phone kong!
Kunci kereta terjatuh dalam longkang.
Nak pinjam telefon, no tak ingat nombor..
(dulu zaman phone kat rumah dna public phone kita ingat lebih dr 20 no tepon kawan2 dan saudara mara kan..)
Pinjam phone orang hantar email, masuk dalam spam folder
Akhirnya dia naik bas dan berlari ke rumah.

Sesampai kat rumah, masing2 duk santai sambil minum bir.
Bila dengar bos dah balik, dorang cepat2 delete!
Ops...

Biasanya, plot twist kan..
Rupa-rupanya laptop hang.
Naseb baek tak sempat delete..

Memang sakit jantung aku episod akhir ni..

Ingatkan dah abes, rupanya belom tau..

Raviga (kot namanya) adalah salah sorang pemegang saham Pied Piper, telah membeli 2 saham dari Billionaire tak guna tu. 
Maka mereka ada 3 kerusi, Richard 1 dan Bachman 1.
Dengan kuasa majoriti mereka memecat Richard sebagai ceo syarikat yang ditubuhkan oleh Richard sendiri..

The End..

Kene tuggu season 3 pulak..
Aiyooo..
Mati katak la saya..
T____T

Ada dua karakter yang paling saya suka dalam citer ni; iaitu:


Jared 
Dia ni jaga akaun dalam Pied Piper
Merupakan manusia yang paling positif, lemah lembut, bersangka baik, lurus, betul bendul semua dia la..
Tapi orang anggap dia ni bodo je, sebab dia tak faham sindiran dan ingat semua orang cakap yang baik2 je.
KAdang2 dia nampak macam robot dan takde perasaan..
Sentiasa ceria dan excited
Beliau juga ada pengetahuan yang luas, bole kata semua benda pun dia tau..
Suka bagi explaination panjang lebar.

Korang kene tengok scene ni..
I think he did a great job



Satu lagi karakter yang saya suka ialah


Gilfoyle

Dia dan Dinesh merupakan software engineer (kot namanya) kat Pied Piper 
Tugas dia ialah buat keje kat komputer je..
Dan dia juga berjaya buat server sendiri dengan kelajuan luar biasa kat garaj rumah Bachman.
Gilfoyle ni tak banyak cakap
Tapi sesekali dia cakap tu, menyengat weh..
SAngat rasional, cepat faham dan sangat bijak.
Maybe dia ni genius kot..
Nampak luar biasa sangat karakter dia ni..
Dan dia la orang yang selalu bagi idea kepada penyelesaian masalah Pied Piper; lalu Richard dan yang lain2 ikot idea tu.
Dia nampak cam tak penting je, tapi penting sangat..
Pied Piper tak dapat jalan kalo takde dia ni..

Citer Silicon Valley ni tak banyak aksi, tapi banyak sangat skrip.
Kalo korang mengantuk tengok Explandables 2, citer ni sesuai utk korang.
Tapi kalo korang excited giler tengok Explandables 2, Silicon Valley maybe kurang sesuai utk korang..
Pastu banyak skrip yang kelakar dengan muka serius.

Season 3 nanti korang tengok ya..
Tak best la tengok sorang2.
Takde geng nak sama2 excited.

Wassalam...



14/06/2015

Voucher RM30

Hi..

Korang ada blog?
Tak tau nak tulis apa kat blog..

Jom dengar suggestion saya..

Buat satu entry di blog korang mengenai kedai kraf online asma-felt-box.com.
Include sekali perkara berikut:



  1. Masukkan salah satu dari logo di atas.. 
  2. Masukkan minimum 2 gambar; bole amik kat blog ni, shopping cart atau facebook page asma-felt-box atau gambar barang2 asma felt box yang korang pernah beli
  3. Masukkan link : asma-felt-box.com
  4. Masukkan link : facebook.com/asmafeltbox
  5. Cakap perkara elok2 tentang kedai online asma-felt-box. TAk perlu puji-puji sangat tau. Cuma bagitau reader yang kedai saya ni wujud dan dorang boleh order barang2 craft secara online. Itu dah cukup. Kalo takde idea nak tulis apa, bole tulis mana-mana antara perkara berikut:
    • beli kat website dapat kumpul mata dan tebus dlm next order. Takde expired date.
    • beli kat website lebih RM100 dapat pos percuma
    • harini bayar esok pos. pos setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum
  6. Guna ayat sendiri ya, jangan plagiat. Anggap je korang tengah practice buat esei.
  7. Minimum 110 patah perkataan. Nanti saya kira.
Lepas dah tulis tu, bagi link entry tu kat ruangan komen ni. Sekali dengan email address yang korang gunakan utk login website asma-felt-box.com. Kalau nak privacy bole direct email saya kat asema84@gmail.com.

Apa ganjarannya?

Ganjarannya ialah VOUCHER BERNILAI RM30; pastu tawaran tamat.
Voucher ni saya kreditkan terus kat akaun korang (kat website yer, bukan akaun bank), dan boleh digunakan utk next pembelian. Best tak? Best tak?

Tapi syaratnya mesti cukup 7 sifat di atas..
Kalo tetibe tak cukup, nanti saya inform dan korang alter balik.

Jom jom.. Tulis tulis... 
NI bukan macma join giveaway.. GA naseb2 dapat..
Yang ni confirm dapat.. ^^

Wassalam...