Posts

Showing posts from July, 2015

TALI UKUR

Image
Salam..

Barang baru seterusnya ni jarang sangat digunakan dalam craft..
Biasanya tailor je guna..


TALI UKUR
Tali ukur ni jenis tebal dan besar. Sangat terang dan jelas nombor-nombornya.
Panjang 60 inci = 150cm Warna diberi secara random.. Bole nak request, kalo ada saya akan bagi.. :>

Ataupun bole whatsapp 0183798330
Wassalam..

Gunting Benang - Thread cutter

Image
Salam..

Ada satu lagi gunting masuk.
Aii, banyaknya gunting...
Gunting ni penting tau.. ^^


GUNTING BENANG
Gunting ni dikhaskan untuk gunting benang... Time saya mula-mula pakai gunting ni utk potong benang kan, ada sahabat tanya; kenapa pakai gunting ni? Gunting biasa kan bole pakai?
Saya jawab, "gunting ni senang, sebab tak perlu buka bilah dia. Cuma perlu tutup je utk potong benang. Lagi cepat kerja." Pastu dia gelak sinis kat saya..
Saya bagi dia sebilah gunting ni.. Lepas pakai dia rasa syok pulak.. Senang katanya.. Kan dah cakap..

Okay, rasanya 3 jenis gunting ni dah cukup: ~ gunting tajam <-- untuk potong design yang kecik dan detail ~ ~ gunting biasa <-- untuk potong design simple2 dan kertas template ~ ~ gunting benang <-- untuk potong benang time menjahit corak kat craft ~

Gunting Kertas

Image
Salam..

Ada satu lagi jenis gunting masuk kedai..
Haritu gunting jenis tajam; kali ni gunting biasa.


Gunting biasa guna untuk potong kertas tu.. Kat kedai buku dan kedai runcit pun ada jual yang jenis macam ni.. KAlo malas nak pi, order je kat asma-felt-box.com bersama-sama dengan bahan craft yang lain..





Tutorial : Cara Guna Plastik Snap Button Pliers

Image
Salam..

Orait, harini guna masa sikit nak tunjuk camana cara nak pasang butang plastik katup tu (snap button) dengan menggunakan pliers yang super duper sexy ni..

Kalau korang beli SNAP BUTTONS PLIERS ni, korang akan dapat satu set macam gambar kat bawah ni..
Set playar ni bole guna utk 3 jenis saiz butang T3, T5, T8
Merujuk pada gambar di atas, bulat hitam kecik tu ialah base dia yang boleh ditukar kepada saiz yang sesuai dengan butang.. Tempat nak tukar tu tengok kat anak panah.. NAk tukar cuma guna screwdriver yang kuning tu, buka screw pastu tukar je cam biasa. Very simple..
SNAP BUTTONS saya ni saiz T5, jadi tak perlu tukar base dia dah..
Pastu yang panjang dan hujung macam putih tu, guna utk bagi impak kat butang tu nanti; bertujuan utk fasten (locked) terus butang tu permanently.. Hujung putih tu boleh tukar ke saiz kecik, kalo korang nak guna butang saiz T3 Yg ni pun sama jugak, guna screwdriver, tapi guna screwdriver sendiri la, sebab mata philip..
Okay jom kita mulakan, pasan…

July Facebook Giveaway

Image
Salam..

Giveaway kembali lagi!

Bukan kat blog tau..
Kat facebook page saya : facebook.com/asmafeltbox


Semuanya dah tulis kat dalam gambar tu.. Sape ada facebook? Mesti semua ada kan..
Klik gambar untuk join..
Esok saya buat tutorial camana nak guna plier ni ya..
Jumpa esok..
Wassalam..

Resepi Puding Roti Simple

Image
Salam..

Beberapa hari lepas saya buat puding roti yang simple...
Tunjuk kat facebook, ramai pm mintak resepi..

Resepi tu semua bole search kat google..
Ada banyak versi resepi..

Resepi Puding Roti versi Simple Sangat ni dah saya share kat facebook..
Kepada korang yang tak layan facebook (atau tak dapat update kat newsfeed - obviously hanya 117 orang sahaja daripada 5900 orang yang nampak resepi ni kat newsfeed masing-masing), maka kita layan kat blog ni..

Roti 8 keping koyakkan dan rendam dalam 2 kotak susu segar yg kecik tu (satu setengah kotak pun ok kot). Rendam dalam 20 minit
Dalam bekas lain pukul gula 4 sudu, butter 2 sudu, telur 2 bijik, tepung jagung 2 sudu dan esen vanila sikit. Pastu masukkan roti yg dah kembang tadi dan kismis sesuka hatimu dan gaul sebati..
Tuang dalam loyang dan bakar dalam 45 minit atau sejam dgn api suhu 160-180 degree.
Kuah kastad ni pulak, masukkan satu tin susu cair jenama kegemaran anda, 2-4 sudu gula ikot tahap kemanisan yg anda ingini, 2 sudu tepung kasta…

Update : Felt Kit dah tukar sikit

Image
Salam..

Nak update sikit tentang starter pack..

Set benang dan jarum tu kan dah abes tau.. *sob sob*
Gi cari yang jenis lain pun takde dah..

Set benang yang mana?
Cer tengok gambo ni..

Set tu la yang dah abes..
Sekarang dah kontang, maka saya replace dengan yang bawah ni..


Bezanya;  Yang baru ni ada 6 gulung benang warna berlainan yang lebih banyak (warna random) Yang lama tu ada 18 gulung benang tapi setiap gulung tak sebanyak yang baru ni..
Yang baru ada 1 set jarum (seperti gambar) Yang lama tu ada 2 batang jarum je
Yang baru ada pita ukur, alat pelindung jari dan alat tarik benang ke dalam jarum Yang lama tu tak ada barang2 ni..
Yang baru ni takde gunting kecik ketot tu.. Yang lama ada gunting kecik ketot
Yang baru ni nilainya lebih mahal.. Tapi harga starter pack tu masih kekal sama.. Iaitu RM29 exclude post

Wassalam...


Craft Supply : Wooden Clips

Image
Salam..

Amacam raya..
Syok tak?

Berapa ringgit dapat duit raya..?
Huhu..

Disebabkan saya tak balik kampung, maka nak buka kedai awal sikit..
Ada beberapa item baru yang belom diperkenalkan kat korang..

Jom kita mulakan dengan yang ni:
PENYEPIT KAYU
Penyepit kayu ni ada macam-macam warna yang kiyut. Saiznya pun kecik je.. 3.5cm
Penyepit ni korang boleh gunakan untuk decorate booth jualan.. Kepitkan label dan harga guna wooden clip ni.. Boleh juga utk hias photo booth kat majlis perkahwinan. Nak guna untuk hias kelas ke (antung nama tugas kebersihan) Hias birthday party dengan gantung pinggan kertas yang dah lukis huruf "HAPPY BIRTHDAY"
Macam-macam lagi idea kreatif korang boleh buat.
Apakah warna-warna yang available? Tengok kat bawah ni:









Nak mixed boleh. Nak pilih kaler pun boleh..
Klik button kat bawah untuk beli..
Takpun whatsapp 0139325870
Wassalam..

Emas ketiga saya.. :>

Image
Salam..

Dah abes beraya ke...
Kalo kat kampung, kami beraya sampai seminggu..
Ingat lagi, masa kecik2 dulu, raya ke-9 pun masih bertandang ke rumah orang..
Tahun ni lepask rumah je la tengok TV.. :P

Ingat tak gold bar1g pertama saya haritu?
Tak ingat, sila tengok sini --> asma-felt-box.blogspot.com/2015/06/my-first-gold-bar.html

Selang tak berapa lama kemudian, saya beli gold coin pulak kan..
Tengok sini--> asma-felt-box.blogspot.com/2015/07/diary-ramadhan-asma-2.html

Pastu.. pastu..
Ada lagi ke...

Eh, mesti la ada..
Kali ni beli dinar pulak.
Tapi bukan 1 dinar.. 1/4 dinar je pun..
Hemo hemo hemo..

Kiyut kan..

1/4 dinar ni cuma RM201
Kalo 1 dinar harganya RM729 (ketika entry ni ditulis)

1 dinar memang lebih murah dari 1/4 dinar
Tapi macam lambat je nak kumpul utk 1 dinar..
Belom sempat kumpul dah abes..
Biasa la kita niaga, mesti nak beli stok barang dulu sebelom benda-benda lain..
Yang extra je kita beli emas ni..

Target lepas ni nak beli 1 dinar pulak..
Tapi lama la kot... Erm…

Eid Mubarak

Image
Salam...

Ramadhan sudah pun meninggalkan kita untuk tahun ni.
Pasti ramai yang dah berada di kampung masing2, dan ada yang on the way..

Saya pula..

Tahun ni , untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, tak balik raya..
Huwaaaaa...

Sebelom kawen memang dah bersedia dah , sebab pekerjaan Cik Abang tak begitu flexible.
Lagi pula tahun pertama dan kedua, abang dapat cuti raya yang panjang la jugak.
Tahun ni, bagi ruang kat kawan2 lain pulak balik raya.
Give and take kan..

Walaupun saya dah bersedia menghadapi kemungkinan ni, tapi makin dekat nak raya, makin membuak-buak rindu dendam sedih pilu di hati ini..
*sob sob*
Apa lagi bila tengok gambar anak2 buah.
Dan dapat tau dorang keluar pi cari baju raya..

Waaa.. rindunya suasana itu..

Pagi raya nanti masak nasik minyak.
Request dari Cik Abang.. Mungkin dah lama kan tak makan nasik minyak..
Kat Kuantan, nasik minyak tu memang breakfast yang sangat biasa..
MAna2 gerai pun ada jual..
Sejak dewasa ni, dah jarang pulak rasa nasik minyak..
N…

TIPS: PILIH BISNES PERTAMA

Adakah korang nak mula berniaga?
Tapi tak tau nak berniaga apa..
Tak tau nak start dari mana..
Takde modal nak start niaga..?

Meh saya guide korang macam mana nak mula berniaga..

Memandangkan ni bisnes pertama korang, dan korang tak tau camana nak start, ilmu takde, duit pun takde, maka pastikan korang:

1. Jangan buka kedai - jangan sewa kedai - jangan sewa ofis - jangan sewa apa-apa pun!

2. Jangan borong banyak-banyak pastu jual.

3. Jangan pinjam duit - kalo terdesak sangat, pinjam la beberapa ratus.


Dah tu semua jangan, nak berniaga macam mana ni..?

Sabar la.. Tak abes cakap lagi..


Bisnes pertama korang ni mesti la:

1. Buat dari rumah 

sama ada pos barang tu, atau hantar sendiri, atau tak melibatkan produk fizikal, atau beri perkhidmatan
2. Start dengan apa saja yang ada kat tangan.

Start dengan apa yang korang mahir buat. Kalo tak mahir, jangan buat. contohnya tak reti buat karipap, pegi buat jugak kulit karipap dan jual yang takde inti. Tak berkat rezeki dengan mempedaya orang sedemikia…

Ball Chain

Image
Salam..

Ingat tak ball chain ni?



Saiznya dah lama saya tukarkan kepada yang lebih panjang iaitu 12cm
Sebelom ni saiznya 9.5cm

Harganya kekal sama..

Harga dan order direct kat http://asma-felt-box.com/index.php?route=product/product&path=65&product_id=67

Excited kan nak raya.. Hehe..

Wassalam...

#MalaysiaNgaji

Image
Salam..

Tau tak?
Tengahari ni satu Malaysia akan baca al-Quran selama 1 jam.
#MalaysiaNgaji

Nak join jugak!

Start pukul 12 tengahari sampai pukul 1 petang. 1 jam je..
Cam seronok jugak kan 1 Malaysia mengaji sendirian tapi sama-sama..
Kalo ikotkan dia suruh upload gambar masing2 kat instagram, twitter dan facebook.. Pastu hashtag #MalaysiaNgaji
Tak tau la saya mampu ke nak amik gambar tu.. Karang kene kata pulak.. Kalo ada guts nanti saya upload la gambar Quran tu.. Gambar selfie tak mungkin la kan.. Hohoho
Get ready tau..
KAlo tak bawak Quran, guna laptop atau smartphone pun bole. Search surah apa-apa yang korang nak, nanti keluar la tu.. Pastu ngaji sejam..
Jom sama-sama.. ^^
Wassalam..#

Diary Ramadhan Asma 2

Image
Salam...

Bulan puasa ni memang tak buat craft..
Tempahan ditutup sehingga saya abes beraya tau..
Lepas abes raya nanti baru start pegang jarum... ^^

Bulan puasa ni ni luangkan masa membaca je..
Pastu main game..
PAsti godek2 tengok kawan2 jual apa..

Bulan puasa ni sales separuh kurang dari kebiasaaan..
Tapi shopping 2x ganda lebih banyak dari kebiasaan..
Acaner tu..?

Terutama sekali bila tengok biskot raya..
Saya suka biskot raya homemade..
Baru2 ni saya beli popiah mini dan karipap mini..
Tapi popiah tu tak sedap langsung..
Dah ler besar, tebal sangat kulitnya, berminyak, serunding dalam tu ciput je.. T__T
Karipap mini tu ok je la. Tapi memang besar dan keras..
Sakit gusi mengunyah..

Takde la murah mana pun..
Tapi takde gaya homemade la..
Ni kilang made punya style ni.. Takde kasih sayang dalam pembuatannya.. :(

My second gold dah sampai...


Gold kali ni beli yang 0.5 gram je Kecik sangat! Kiyut! >__<
Yang ni gold coin tau, ramai ingat ni dinar.. Bukan... Dinar harganya RM739;  …

Assalamualaikum

Kami membuat handmade felt craft; serta menjual bahan-bahan krafnya sekali.

Bisnes ni online dari rumah dan semua order dipos ke seluruh dunia.

Tiada self pick-up. Tiada COD


Waktu urusniaga : 11pg-4ptg (Isnin-Jumaat)
Cuti : Sabtu & Ahad
Pos barang : 4ptg (Isnin-Jumaat)
Kurier : Poslaju


email : asema84@gmail.com

whatsap :018-3798330
shop : asma-felt-box.com

ssm : 002186823-k