29/09/2015

Kebun Mini : Kisah sedih pokok cili saya

Salam..

Kesah pokok cili yang saya tanam 6 pokok tu agak menyedihkan..
Mereka masih hidup, tapi...

Meh saya citer...

14 Ogos yang lepas bukan main comel lagi muka dorang..
Tengok..
Semuanya nampak segar bugar..
Ni ialah gambar yang saya amik sebelom mula membaja..
Maksudnya, sejak dornag jadi biji sampai la besar macam ni, saya belom pernahtambah apa2 baja pun lagi..

Pastu saya tambah sesudu kecik (sudu kfc) baja tahi ayam..
Banyak sangat baja kat kedai tu..
Tak tau nak pilih..
Last2 amik baja tahi ayam sebab katanya sesuai utk semua jenis tumbuhan..
MAcam selamat la kan pakai baja tu..

PAda 24 Ogos 2015, ini la yang berlaku!

Jeng jeng jeng..
Pokok pertama dah berbunga..
Wah!!

Terkejut saya...
Ini kan pokok buah, kenapa berbunga?

Nampak sangat tak pandai berkebun kan....
Cik Abang bagitau ,"memang ler.. Berbunga dulu, pastu baru berbuah"
Oooo..
Hahaha.. sori, memang tak tau...

Sejak tu, kejap2 cek pokok, nak tengok ada bunga lain ke..
Ada berbuah ke..
Tapi bunga tu layu..
Haaaaaa...

Ooo.. lepas bunga layu, baru kat tempat bunga tu muncul buah..
Ngahhahaaha..
Ini pun Cik Abang yang bagitau..

Wow, Cik Abang ni banyak je tau..
Tapi senyap2 je kat tepi..


29 Ogos 2015
Tempat yang bunga tu layu, muncul sesuatu yang menakjubkan...
Adakah ini..
Wooo...
Okay okay.. relax dulu..
Jangan excited sangat..
Sekali bukan, sedih pulak nanti..

Time ni say adapat suggestion guna baja kulit telur untuk membanyakkan buahnya..


31 Ogos 2015..
Wah, dah besar sikit..
Macam betul la tu buah cili kan..
Wohoho...

Time ni saya grind kulit telur dan taburkan sesudu kecik kat dalam pasu tu..


3 September 2015
Yay!!!
Cili dah muncul..
Hepinya hidup saya.. ^____^

Time ni baru saya perasan..
Cuma sebiji ni je tumbuh..
Bunga2 lain yg muncul kemudian kecut takde pun tumbuh buah cili..
Pokok2 lain pun macam tu..
CUma daun dan bunga je..
Buahnya mana?

Time ni dah rasa macam something wrong...

Saya pun perasan, di waktu siang, pokok2 cili ni macam layu je..
Biasanya daun dia ak ke atas kan..,
Ni seme daun macam longlai..
Saya lebih berhati2 dgn kuantiti air..
Takmau lebih air, tak mau kurang air..

Dan ni ialah gambar yang saya amik pada 11 September 2015


Buah dia bukan main lagi megah, segar, montel..
Tapi tengok la daun2 dia tu..
Kekuningan kan...


Bukan daun tu sahaja, pokok2 lain pun kekuningan..
Time ni saya dah kalut dah..
BAca2 maklumat kat tenet dan katanya daun yg kuning ni mungkin disebabkan oleh tanah yang kurang nutrient ataupun akar pokok yang tak sihat tak dapat nak serap nutrient tanah dengan baik..

Time tu rasa konfius sikit...
Saya membaja setiap 2 minggu mengikut sukatan yang disyorkan..
Dan ada tambah baja kulit telur..

Kalo akar rosak pulak.. Kenapa bole rosak..

Pastu saya pun beli baja jenis lain pulak..
Kali ni jumpa baja sayur-sayuran dan kat depan tu ada gambar cili, tomato, sawi dan sebagainya..
Harap2 ni baja yang betul..

PAda 11 September saya tambah baja tu..
Kita tengok nanti hasilnya ya..

Minta2 semuanya hidup..

Wassalam...




19/09/2015

NOTIS CUTI

Salam

Sempena Raya Korban ni, kami akan pulang ke kampung utk berkorban bersama keluarga tersayang..
Maka mulai 20 September kami akan bercuti..
Dan balik semula ke sini pada 27 September 2015

Next pos barang ialah pada 27 September 2015 (Isnin)

Oleh itu korang boleh order seperti biasa di asma-felt-box.com dan sekembalinya dari kampung kami akan packing barang sepantas kilat dan poskannya pada hari Isnin..

Whatsapp, email dan facebook berkemungkinan akan dapat lambat reply.
Maklum la, berkorban kan..
Huhuhu..

Harga barang2 semua ada kat asma-felt-box.com, sila rujuk di situ..
Dan bole direct order kat situ..
Senang nanti saya packing ikot queue

Kalo nak order kat whatsapp juga, kene sabar sikit ya..
Saya kalo balik kampung memang fokus berpesta semahu-mahunya..
Jarang dapat pegang tab ni..
Sebelom tido baru dapat pegang...
Diharap semua faham ya..

Okay, jumpa lagi selepas raya..

Wassalam..

18/09/2015

Tutorial : Alat Memasukkan Benang ke dalam Lubang Jarum yang Mudah

Salam..

Korang dah dapatkan alat ni kat asma-felt-box.com?
Alat apa ni?



Alat ni ialah cara mudah untuk korang untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum tanpa perlu terlalu fokus mata dan jari..
Amat sesuai untuk orang yang rabun dan juga yang berusia...
Ibu saya seorang tailor yang hebat..
La ni kalo jahit waktu malam, ibu perlu bantuan adik bongsu saya memasukkan benang ke dalam jarum, sama ada untuk jahitan tangan ataupun jahit mesin..

Dengan menggunakan alat ni, kerja menjahit jadi lebih mudah untuk kita yang rabun ni..

Camana nak guna..?

Jom saya tunjukkan tutorial cara menggunakan alat memasukkan benang ke dalam lubang jarum

Ada 2 cara nak guna alat ni..
Untuk jarum jahitan tangan
Dan juga untuk jarum mesin jahit

Okay, saya tunjukkan cara pertama ya..

Alat tu rupa dia camni...

Korang amik dia dan pegang macam ni..
Tak kisah nak guna tangan kiri atau kanan,
Atau pusing sebelah satu lagi..
Asalkan selesa

Saya perlu buat macam gini sebab nak amik gambo..


Jom kita fokus kat sebelah atas kejap..

Nampak tak lubang atas sebelah kiri tu?
Masukkan jarum (bahagian yg ada dlubang) ke dalam lubang ni..
PAstikan lubang tu di bahagian sisi (kiri kanan)

Macam ni..

Dengan menggunakan jari telunjuk, 
tekan bahagian yang kaler hijau yang terletak betul2 kat jari telunjuk tu...

Macam ni..
Pastu nampak kan ada cangkuk terkeluar kat sebelah  kiri tu..

Sangkutkan benang kat cangkuk tu..
Sambil pegang benang (untuk pastikan dia tersangkut kemas - saya tak bole pegang benang tu sebab nak amik gambo) korang release tekananan bahagian hijau pada jari telunjuk tu..

Macam ni..

Benang tu akan termasuk sekali ke dalam alat dan juga lubang jarum tu..
Sekarang nak buat apa?

Keluarkan jarum tu daru lubang tersebut 
Dan secara automatik benangnya tersangkut sekali..
Yippi!!

Okay, dah boleh potong benang tu..

***********************************************************

Sekarang saya nak tunjukkan pula cara kedua guna alat ni..
Cara ni sesuai utk mesin jahit
Dan juga sesuai utk jahitan tangan..

Dalam tutorial ni saya guna jarum jahitan tangan tau..
Korang andaikan jarum tu jarum mesin jahit ya..

Kali ni kita guna bahagian bawah alat ni..


Bahagian ni kan..
Buka dia supaya jadi macma gambar kat bawah tu..

Okay nampak tak cangkuk tu?
Sekarang, masukkan cangkuk tu ke dalam lubang jarum mesin jahit
(andaikan jarum mesin jahit tu dah terpasang pada mesin jahit)

MAsukkan macam ni..
Sekarang, sangkut benang kat cangkuk tu kemas2..

MAcam ni..
Sekarang nak buat apa?

Keluarkan cangkuk tu dari lubang jarum..
(Dalam gambar ni, saya keluarkan jarum dari cangkuk)

Siap!!
Dah bole guna..

Senang kan...
Joma dapatkan sebiji.
Hargar pun murah je.,.
HANYA SERINGGIT!
Memang berbaloi..


Selamat Menjahit!!


17/09/2015

Kebun Mini : Tanam Kentang dalam Polybag kat Balkoni Rumah

Salam..

Bulan lepas saya cuba-cuba tanam kentang dalam poly bag...
Tak tau la menjadi ke tak..
Kita try je...

Beli kentang kat supermarket pastu simpan dia kat tempat gelap untuk membantu dia bercambah..
PAstu saya dh terlupa tentang dia..
Bila teringat balik, tengok2 dah jadi gini..

18 Ogos 2015

Patotnya cambah sikit2 je..
Ni macma dah lebih je ni..
Tapi okay kot...

Pastu tanam terus dalam poly bag..

18 Ogos 2015

Kalo ikotkan kene pakai poly bag sebesar guni gula tu..
Untuk eksperimen ni, pakai yang kecik je dulu..
Nak tau sebiji ni dapat menghasilkan berapa biji kentang..


Pastu kambus je..
Tunggu dia mengeluarkan daun..
Saya buat dua bekas..
Kita tunggu je la yer..

Pada 6 September 2015; daun dah mula kelihatan..
Yipppii!!
Seronoks nyaaa...
RAsa tak sabar nak tengok keadaaan dalam tanah tu..


Yang ni pulak daunnya pada 9 September 2015
Aik, cepatnya membesar...
Time ni kita kambus lagi, bagi nampak sikit je hujung daun tu..
Sori, lepas kambus tak amik gambar pulak..

Dah besar sikit nanti saya update lagi ya..

Yang pokok cili pulak, situasinya agak merunsingkan..
Nanti saya update..
Banyak gak hal nak bincang pasal pokok cili tu.. :(




16/09/2015

My Pixel Creations

Salam..

Sejak ada pixel beads dalam tangan ni, asal free je, mesti nak berpixel..
Time tak free pun nak berpixel, tapi ku tahan Jebat..
Terapi minda ler katakan..

Pixel ni first time tengok masa mula-mula main ngn felt craft..
Ramai yg buat pixel ni, tapi time tu tak rasa nak buat sebab excited giler dgn felt craft..

Sekarang bila jumpa balik, rasa nak try pulak..
Bila dah try sekali.. Muahahaha.. Jatuh cinta hokay...

Haritu gi jalan2 dan ternampak botol kecik dorang buat clearance..
Suka punya pasal, minta izin Cik Abang belikan..
Approved; terus beli sekotak (20 biji)
Cik Abang terkejut dan tanya "buat apa banyak2.."

A'ah kan..
Nak buat apa banyak2 ni?
PAstu menyesal sangat..

Aiii, bila dah nampak benda cantek, mula la takleh nak pikir dgn waras.
X<

Selang beberapa hari, baru teringat pixel beads yg beli haritu..


Simpan beads dalam ni la.. 
Nampak comel.. ^___^
Tapi tak cukup pulak...
Next time beli lg 4 botol..

Jom tengok beberapa pixel beads creation yang saya buat time awal2  dulu..


Ada gaya cam pixel logo instagram tak? 
Huhuhu
Macam tak je,,, :P

Home sweet home pixel

Butterfly pixel ni saya guna template bentuk love..
Comey tak?

Kcak! Kcak!
Pixel Kamera

Pixel butterfly..
Yg ni guna template segiempat,,

Yg ni semua saya iron kat sebelah je..
Nampaknya tak begitu kukuh..
Iron dua2 belah baru ok..
Cuma susah sikit nak adjust bg cair sekata semua pixel tu..
Biasanya kat hujung cair banyak berbanding kat tengah..

Mungkin belom pandai lagi kot...

Tak banyak pixel craft saya buat time mula2 dulu..
Salah satu puncanya ialah kerana takde kaler hitam..
Ada, tapi tak elok..

NI pixel kamera yang saya buat sebelom ni..
Tengok, semua melekat cantek, kecuali kakler hitam tu..
Stress sangat..


Heart itam ni pun sama..
Nampak cam melekat padahal tak pun..
Angkat je terus dia gugur bagaikan daun kering berguguran..


Tapi kini tidak lagi..
Pixel beads hitam yang jauh lebih berkualiti dah sampai.
Yippi!!!

Haaa.. Ni baru okay...

Banyak dah hasil berpixel guna beads hitam ni..
nanti saya tunjukkan ya..

Nak order pixel, direct ke asma-felt-box.com
Cam biasa beli lebih RM100 dapat pos percuma ke seluruh Malaysia..
Pastu cam biasa la kumpul2 mata dan tebus pada bila2 masa dalam next order..

Jom berpixel!

Wassalam...


15/09/2015

RIBBONS! RIBBONS! RIBBONS!

Salam...

Ada sape-sape kat sini suka ribbons?
Hahaha.. Sama la kita..

Selain sebagai penggantuung split ring kat felt keychains, ribwn ni juga saya gunakan utk buat bow (hiasan pada hair clips, bantal, container, brooch dll), hiasan pada quiet book, book/ diary cover, sleeve dan pouch dan seribu satu cara lagi utk gunakannya sebagai penghias..
Memang kiyut!

Kami dah masukkan koleksi ribbon yang baru..
Jom tengok.. ^__^

Ribbon bulat-bulat
Mula-mula nak namakannya polkadot putih, tapi takot konfius pulak dengan ribbons polkadot
Maka kita panggi dia bulat-bulat

Ribbon Ladybugs
Comel kan..
Dah lama cari ni, akhirnya jumpa pun ladybug yang cute!

Seterusnya ribbons corak zebra.
Ada 5 kaler tau..

Green

Red

White

Yellow

Blue

Atau bole amik terus pek 5 warna ni.
RM6 je, jimat sikit. :>

Eh, nak ke mana tu?
Ada lagi ni..
Jom scroll

Ribbons zigzag orange

Ribbons zigzag green

Haaaa..
Itu la setakat ni yang baru..

Nak flashback sikit riben yang memang dah sedia ada dalam koleksi..

Ribbon lollipop
(my fevret)

Ribbon butterfly

Ribbon cupcake
(fevret gak ni)

RIbbons flower

RIbbon world green

Ni pula koleksi ribbon cotton..
Ada 4 corak seperti kat atas ni,

Dan ribbon polkadot
(all time fevret)

BAnyak kan,,
Yg mana satu fevret korang?

Uuuh, saya teringat dulu asmafeltbox ada koleksi ribbon everlasting love dan flower kan..
Ada dalam 4 5 warna macam tu..
Kene cari balik la..

HAri tu supplier dah hilang. Jumpa supplier baru takde pulak yang everlasting love tu..
Nanti jumpa saya masukkan ya..

Boleh dapatkan kat asma-felt-box.com

Wassalam..