Loceng Let Go Murah

Salam..

Loceng dah out of stock dan lambat lagi nak restock ni.. T___T

Baru-baru ni saya order loceng silver 6mm dari supplier yang baru kenal..
Sample dia ok, jenis yang sama seperti yang saya jual..
Malangnya bila sampai, aiyooooo; lain la... T__T

Memang dissapointed sangat..
TApi nak wat camana..
Komplen2 pun tetap tak bole pulangkan semula..

Maka, nak let go murah2 je loceng ni..


Ni la muka loceng-loceng tersebut

Harga 90sen/10pcs
Harga memang jelas sangat tak termasuk pos..
Malah semua barang2 jualan saya tak termasuk harga pos..
Nak tau kos pos kene timbang dulu..

Cara paling mudah, korang order je kat asma-felt-box.com
Sebelom checkout tu korang bole check dulu kos posnya..
Bole bajet dulu sebelom order..

Dan nak diingatkan, waktu saya online ialah 11pg-4ptg.
Waktu lain nak buat keje lain..
Nak siapkan pending order, packing barang, pos barang, check stock, potong felt dan macam-macam lagi..
Sabtu n ahad cuti..

Jadi kalo saya tak reply di luar waktu online, tak perlu la panik sangat ya...
Nnti saya akan reply..

Pastu bila pm, email atau whatsapp tu sila teruskan dengan soalan anda..
Jangan bagi salam je pastu senyap. 
Jangan tanya soalan yang takde kaitan, cthnya "kucing saya dah 4 hari tak berak, camana ek."
Jangan melalut2, cthnya "kak, saya ada masalah kak.." dan assume saya melankolik sangat tanya, "apa masalahnya dik?". Saya kene reply 10 20 orang dalam 1 masa, maka kita make it short supaya urusan semua settle dnegan cepat..
Sorry tau..

Sebaiknya terus jot down order atau direct tanya soalan..
Contohnya:

"Salam. Saya nak order felt keras 1m warna A, B, C, D.
Pastu kecyhain 100 biji 
Dan butang bunga 12mm 100 biji.

Berapa jumlah pos ke Perak?"

"Salam. felt warna pink dan kuning ada stok tak?
Ada tak jual butang macam ni (gambar)"

Soalan macam ni senang saya nak jawab..
Urusniaga pun mudah..

Ada juga yang tanya samapi 3 hari tak habis2 soalan..
Pukul 11 malam bila tak reply, penuh la conversation dengan emoticon dia..
Aiyooo, penat la..
Lepas 3 hari bersoal jawab, hari ke-4 terima mesej "maaf kak, mak saya tak bagi beli sebab dia takot beli online ni kene tipu. Kami beli kat kedai je esok."
Erm..
Kenapa saya rasa macam saya yang kene tipu ni...

Orait..
Sebenarnya malas tau nak tulis perkara2 di atas tu..
Dah 2 3 tahun biar, akhirnya tulis juga nak bagi orang faham..
Kadang2 ada juga yang jenis tanay soalan pukul 9 mlm..
Pukul 9.02 malam tulis kat wall "Kenapa tak jawab pm saya ni???????"
Apa agaknya orang lain yang baca tu pikir..?
Ni mesti dah seminggu tanya tak jawab2..
PAdahal baru tanya 2 minit lepas..

Ada juga yang jenis tanya "takde warna baru ke?"
Bila saya tanya, "nak cari warna apa ya?"
Taknak reply pula..

Warna felt ni ada dalam 600 warna..
Dalam 600 warna saya pilih 30 warna je sebab itu warna yang paling banyak saya guna..
Kalo korang perlukan warna2 lain, bole request..
Kalo ada warna tu saya bole orderkan dan tambah dalam koleksi..
Itu sebabnya saya sediakan ruang kat sebelah kanan blog ni untuk korang tulis bahan kraf apa yg korang perlukan..
KAlo ramai request benda yang sama, saya bole carikan..

Okay..
Transfer paper dah takde stok tau..
Supplier pun tak tau bila dorang nak order..
Maksudnya tak order lagi la tu... T___T

Zaman ekonomi meleset dan tak stabil ni, banyak company sekat wang keluar dan fokus pada produk yang laju je..
Mungkin sebab tu dorang tak masukkan stok yang kurang popular, seperti transfer paper, eyelet tool dan alat cover button tu..
Nak desak-desak sangat pun tak syok jugak..

Kita orang berniaga, kita paham dorang nak jaga cash flow..
TPPA nanti ni, makin syok la orang luar buka cawangan kat Malaysia..
Harap2 masih ramai rakyat Malaysia prefer membeli dari peniaga local..

Kat tempat saya ni, kedai-kedai runcit banyak dah tutup kerana satu kawasan shj ada 3 biji hypermarket.
Orang ramai lebih suka pi hypermarket, sebab macam-macam ada..
Zaman remaja dulu saya pun suka pi hypermarket sebab nak jalan-jalan je lebih..
Tapi sejak berumahtangga ni, malas nak masuk hypermarket dah..
Nak beli ayam dan sayur je, tapi kene masuk dari hujung tempat peralatan elektrik dan berjalan ke hujung sebelah sana yang terletaknya ayam dan sayur..

PAstu kaunter bukan semua buka..
KIta amik 2 barang, kat depan kita ada 3 troli penuh..
Adoi, buang masa betul..

Kedai runcit senang, sayur n ayam ada kat depan kedai,
Taruk2 smeua dalam bakul dan timbang kat kaunter dan terus bayar.
Memang laju..

Tapi takde kedai runcit sekitar sini..
Huwaaaa...

Okay la, dah merapu ke kedai runcit pulak..
Sebelom merapu ke Planet Nameck baek saya stop..

Bye bye semua..

Wassalam..


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama