NEW CRAFT SUPPLY : BEADS

Salam..

Good news!
Saya baru siapkan website baru khas untuk handmade tau..

handmade.asma-felt-box.com

Ia khas untuk handmade tertentu sahaja, terutama sekali untuk korang yang nak borong...
Mungkin borong untuk jualan booth hujung minggu, atau uptown, sekolah, event kat kolej dan universiti, atau sebagai doorgift untuk majlis tertentu..
Semua handmade tu made to order; bermaksud lepas buat pembayaran baru saya start buat..

Jadi, kalo korang nak kuantitinya yang banyak (lebih 100pcs), sila order awal-awal ya..
100pcs tu mungkin tak banyak, tapi mungkin ada 5 order sebelom ni yang nak 100pcs sorang..
Maka semua order tu ada 600pcs.
Saya perlukan masa untuk siapkannya dan itulah sebabnya perlu drop order lebih awal..

Untuk custome made order, korang perlu hubungi saya secara personal macam biasa untuk bincang design... Bole whatsapp atau email..

Website ni masih baru dan saya curi-curi masa je update mana2 yang sempat..
Time jahit tu tau macam-macam nak buat, tapi bila buka laptop je, terus lupa apa nak buat tadi..
Hahahaha..
Penyakit apa ni.. T__T

Ingat tak bracelet semalam?
(Entry semalam klik SINI)
Bracelet tu korang boleh order kat webiste handmade ni juga

I tak terhad kepada warna-warna tu je tau..
Korang boleh pilih 9 warna seperti dibawah..

pilih jangan tak pilih
Pastu beads kecik yang berselang seli tu pun korang bole pilih warnanya:

sila sila
Selain dari dua jenis beads di atas, ada juga beads lain yang saya borongkan sekali..

Beads ni diameter 10mm
Warna lembut- dan permukaannya tak berkilat (frost)
Nampak macam clay yang belom polish

Yg ni diameter 8mm
Warna terang dan berkilat

10mm warna terang dan tak berkilat (frost)

Warna pastee.
Saiz 8mm dan berkilat

8mm warna hitam dan berkilat

Semua bead ni (termasuk dua jenis yang paling atas tu) korang boleh dapatkan kat 

Pergi kat kategori BEADS dan dia ada kat bawah-bawah..

Kalo korang ada masa, bole buat sendiri..
Kalo takde masa, bole order yang dah siap dari saya..

Jangan lupa ushar website baru saya tu tau..

Wassalam..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama