Posts

Showing posts from June, 2016

Encik Sailorpos

Image
Salam...

Tengok apa saya buat...

Apa yang dah saya buat pada Encik Sailorpos sampai dia takde mood nak gi keje harini? Owh.. Monday Blues.... :P
Jangan begitu Encik Sailorpos.. Isnin ialah hari yang baik.. Kan dah rehat semalam.. Harini gi keje cam biasa okay..
Good boy.. Good boy..
Ni first time saya buat felt craft bentuk 3D Ini pun bukan rekaan saya..
Saya follow instruction dia kat SINI
Tapi muka dia tu tukar sikit pastu tambah topi sailor.. Comel tak?
Korang boleh dapatkannya katKEDAI HANDMADE SAYA
Tapi ada 1 biji je..

Nk tempah bagitau..

Wassalam...

Payment System Upgraded!

Image
Salam...

Berita gembira!
Kini korang tak perlu lagi guna IBG atau Instant Transfer bile order brg kat asma-felt-box.com

Kejap..kejap..
Apa tu IBG?
Apa tu Instant Transfer?

IBG dan Instant TRansfer tu berlaku apabila korang ada bank lain selain Maybank, CIMB dan BSN.
Contohnya Bank Islam. Bila dah beli barang, nak transfer bayaran tu kene guna IBG (harini hantar, esok atau petang ni baru masuk); atau Instant Transfer (masuk sepantas halilintar, cuma kene charge RM2).

Tak perlu lagi tunggu esok, atau buang RM2.
Kini korang boleh bayar dari macam-macam jenis bank (FPX)..
Dan bole buat pembayaran melalui credit card / debit card juga..

Senang kan.
Takyah guna IBG transfer atau Instant Transfer atau gi Cash Deposit Machine kat bank..

Bestnya!
Camana nak buat tu?

1) Mula-mula gi website kiyut saya yakni :asma-felt-box.com

2) Pastu login dan beli macam biasa (beli banyak2 taw)..
Yang tak tau cara nak beli bole rujuk SINI

3) Pastu checkout - continue sampai ke Step 5 :
Korang akan nampak macam ni.…

Ketupat Felt Charm

Image
RM15(include postage)


Lebaran akan kunjung tiba tak lama lagi..
Selain tempan baju raya yang lain dari yang lain; apa kata hias phone korang dengan ketupat charm yang rare ni baq hang...

Camana nak hias?
Kat hujung ketupat mini ni, ada plug dan korang cuma perlu sumbat kat earbud punya soket tu.. Pastu apa lagi bergaya sakan la..
Orang lain mana nak ada benda lagu ni... Hew hew..

MIni ketupat ni memang kecik dan comel,
Diameter dia 3cm je pun..
100% jahitan tangan (handmade)
Diperbuat dari kain felt pastu sumbat dgn kapas..
Punya la ringan, korang tak terasa ketupat bergayut2 gembira di phone kesayang korang tu..

Ready stock dan sedia untuk dipos (tapi better order awal, hujung Ramadhan Poslaju ada delay sket - nanti abes raya baru dapat tak best ar..)

Nak buat sendiri? Dapatkan bahannya di asma-felt-box.com

Making Kad Raya Handmade

Image
Salam.

Good morning dan selamat hari isnin. Dan selamat berpuasa.

Blogger dah start tunjuk kad raya dan collect nama uyk followers yg nak kad raya tersebut.

Saya pula, tak terpikir pasal kad raya.
Tapi lambat. Ingat dlm 5 hari lg nak raya baru pos. Biar kad aampai on time.

Cik Abang suruh pos minggu ni, secepat mungkin, takot lambat sampai. Pos biasa kan,bukan poslaju.

Eh, ye tak ye..
Haha..

Maka hari sabtu dan ahad lepas, pulun la buat kad raya..

A'ah buat taw..
Nama pun craft maker of course la nak handmade..
Huhu..

Kad raya saya memang takde idea lain la. Balik2 ketupat. Hahaha..

Duk cari gak benda apa lagi yg related....
Tapi muka ketupat je yg timbul..
Baik la ketupat, awak menang..

Mula2 nak buat kad guna felt. Memikirkan masa yang mencemburui diriku ini, maka guna kad biasa je..
Cuma ketupat tu je guna felt..

Alhamdulillah..
Siap 50pcs mlm tadi.
Yay! Mencapai target!

Nak buat 50pcs lagi.
Mintak2 la siap cepat.
Kalo bole nak pos rabu ni

Wish me luck ya..

Wassalam

Tutorial : Cara Nak Kecilkan Link - url -

Image
Salam..

Korang mesti biasa tengok link yang pendek2, kecik kementoto dan huruf dia mcm takde apa2 makna..

Bila tekan, laaaa.. rupa2nya blog kawan-kawan korang je pun..
Ingatkan apa la tadi..
Kus semangat...

Pastu tengok balik url dia kat atas tu eh lain pulak..
Sikit punya panjang siap ada slash, titik, tanda soal, tanda sama dengan dan lain-lain sebagainya..?

Camana dia buat gitu?
Camana dia kecilkan url yang panjang tu?

Sebenarnya tak susah pun..
Ada website yang tolong kita kecikkan link tu..

Berapa kene bayar?
Takyah bayar, free je pun..

Website yang paling saya suka guna ialah : BITLY.COM

Klik link tu dan korang akan sampai ke muka ni:


Taknak sign up pun takpe..
Okay , sekarang copy mana2 link yang korang nak.. Pastu tampal kat ruang kosong bertulis Paste a link to shorten it
Sebaik sahaja tampal, secara automatik dia pun pendek.. Lepas dah pendek..
Lepas dah pendek tu, copy url yang pendek tu pastu paste la kat mana2 korang nak..
Haaaa.. Senangkan.. Tak yah tutorial pun takpe.. …

Work in Progress

Image
Salam..

Work in Progress..
Erm.. malas nak tulis apa2 sebab puasa..  (mengadanya budak ni..)
Wassalam..

JARUM JAHIT PLASTIK UNTUK CROCHET

Image
Salam...

Barang baru.. barang baru...
Alaaa. dah tertunjuk semalam..
Tak saspen dah la..

Barang baru kali ni ialah :

JARUM JAHIT PLASTIK UNTUK CROCHET
Sebenarnya saya pun tak tau nama jarum ni.. Kalo tulis jarum crochet, nampak macam jarum untuk mengait.. JAdi tulis je penuh2.. Bole kan..
Jarum ni ada 2 saiz.. Setiap paket ada 2 biji jarum.. Satu panjang, satu pendek..
Harga cuma RM1/ pek Warna random.. Naseb la dapat warna apa2 pun ek..
Nak request bole, tapi tak semestinya ada dalam stok..
Boleh dapatkan kat SINI atau whatsapp saya kat 0183798330
No whatsapp lama dah tak valid tau.. Save ni baru ni ya..
Okay, tu je untuk harini.. Selamat Berbuka petang nanti..
Wassalam..

Crochet Pattern : Owl Plush

Image
Salam..

Saya dah berjaya siapkan satu lagi owl crochet plush yang macam haritu..
Cuma kali ni telinga tu saya adjust balik..


Jadi tak?
Ni versi perempuan tau.. Tu yang ada eyelashes tu..
Nak share patter ni untuk korang cuba pulak.. Ini simple2 je tau.. Asalkan tau tali air dan single crochet dah bole buat..
Pattern untuk Owl Plush Crochet
Baris 1 : Tali air 35x Baris 2 hingga baris 50 : single crochet 50x , tali air 1x ; pastu pusing Buat sampai bari 50
Sampai baris 50, dah siap segiempat tepat. Sekarang kita buat telinga dia pulak..
Baris 51 : single crochet 12x Baris 52 : single crochet 11x ; tali air 1x Baris 53 : single crochet 10x Baris 54 : single crochet 9x; tali air 1x Baris 55 : single crochet 8x Baris 56 : single crochet 7x; tali air 1x Baris 57 : single crochet 6x Baris 58 : single crochet 5x; tali air 1x Baris 59 : single crochet 4x Baris 60 : single crochet 3x; tali air 1x Baris 61 : single crochet 2x Baris 62 : single crochet 1x; tali air 1x
Dah siap satu telinga.. Jom …

Crochet Project : Phone Cozy

Image
Salam..

We are back to business!
Semalam dah pos semua order.

Harini ada pos lagi..
Buat pembayaran sebelom pukul 12 utk saya pos harini..
Lepas bayar jgn lupa inform..

Nak tunjuk hasil mengait saya..


Bekas phone crochet. Comel tak?
Ikot hati nak buat kaler2.. Tapi sedar diri la baru belajar.. Buat simple2.. Pegang jarum pun masih tak betul.. Huhuhuhu...
Nak kene siapkan burung hantu lagi 2 biji untuk anak buah.. Yang pink dah siap yang hijau in progress..
Bulan puasa cam biasa tak amik order handmade.. Lepas raya baru drop order ya...
Wassalam...


Shopping Terus dari Blog!

Salam...

Haaa..
Apa tu shopping terus dari blog?
Cube tengok kat sebelah kanan ni ------------------> 

Nampak tak?
Saya dah masukkan website / kedai online saya di blog ni ...
Kalo korang malas nak buka 2 tab..
Boleh buka blog ni je nak sambil2 tu terus shopping kat situ ------>

Best kan...

Try la klik klik link tu..
Dia tak akan buka tab baru..

Idea ni saya dapat dari blog Ayuni Rafilah..
Beliau letak kedai online kat blog; saya pun rasa nak jugak..
Try try akhirnya dapat!

Yay!!!

Tapi kalo korang buka kat phone tak dapat la tengok kecuali tukar kepada web version..

Nak senang bole download app saya..
Cara downloadnya kat sini --> CARA DOWNLOAD APP ASMAFELTBOX

Sorry, tak masukkan dalam Google Play..
Tak reti..
Download secara manual je la ya...

Wassalam...

Kartunis Bawang : Pengembaraan Zabidi dan Robot

Image
Salam..

Haritu tengah godek2 facebook, terjumpa profile Kartunis Bawang
Dah lama giler tak dengar nama beliau..
Dulu saya baca karyanya dalam Majalah Ujang, masa zaman sekolah..

Suka sangat dengan komik dia..
Saya ingat lagi kisah menantu yang kuat makan dan mertua yang malas solat.
Pastu kesah camana cara dia cari idea. Ada satu scene tambat ayam, pastu tanak pulut dan kukur kelapa pastu dia lepaskan ayam tu..
Haha..
Ntah hape2 je, tapi lawak..

Ada satu lagi kesah yg saya ingat la, watak tu dia gi beli tiket bas; tapi tak naik bas pun..
Dia puas hati sebab berjaya balas dendam kat driver dan kalendan bas tu..
Pastu beli tiket baru..
Ntah hapa2 jugak kan..

Memang syok baca karya beliau..^_^

Okay..
Nampak beliau launch komik baru, terus je beli..
Beli direct dari dia pulak tu..
Happy sangat!

Semalam poslaju kol:

Dah sampai! Yay!!!
Mula2 taknak baca lagi, sebab tengahari kan keje.. Walaupun berniaga sendiri, sendiri bos, sendiri kuli; tapi disiplin kene jaga..
Namun...
Aku kalah... T___…

CUTI BULAN JUN

Image
Salam.. Esok saya last pos barang. Pastu cuti mulai Jumaat hingga Selasa
Saya tak online dalam tempoh tu Rabu minggu depan baru check order dan pos pada hari Rabu juga.
Sila drop order dan buat pembayaran seperti biasa melalui asma-felt-box.com
Dan tempahan handmade ditutup sepanjang bulan puasa hingga hari raya ke-5
Mekasih.. :>

Assalamualaikum

Kami membuat handmade felt craft; serta menjual bahan-bahan krafnya sekali.

Bisnes ni online dari rumah dan semua order dipos ke seluruh dunia.

Tiada self pick-up. Tiada COD


Waktu urusniaga : 11pg-4ptg (Isnin-Jumaat)
Cuti : Sabtu & Ahad
Pos barang : 4ptg (Isnin-Jumaat)
Kurier : Poslaju


email : asema84@gmail.com

whatsap :018-3798330
shop : asma-felt-box.com

ssm : 002186823-k