22/09/2016

Koleksi Handmade Felt Craft

Salam..

Ni gambar lama..

Ketika mengemas bilik craft haritu, jumpa balik koleksi craft saya yang tersimpan rapi dalam kotak..
Keluarkan..
Sila abaikan background tu ya..

Ni salah satu koleksi yang saya siapkan untuk satu event kat sebuah sekolah di Selangor.
MAsa penganjur iklankan tu bukan main lagi cakap tumpuan pengunjung dan dianggar 2000-5000 pengunjung datang.

Last2 yang ada cuma budak sekolah datang untuk kelas tambahan..
Agak2nya budak2 tu datang sekolah bawak berapa ringgit..

Keychain tu saya turunkan harga kepada RM4 sebab budak sekolah punya pasal.
Budak2 tu cakap, "Mana kami ada duit banyak tu kak."

Nampak tak..
Bukan taknak, tapi tak bawa duit harini..
Datang kelas tambahan je kan..

Kalo tau marketnya budak sekolah, sudah tentu saya prepare produk dan harga utk budak sekolah..
Dia sebut pengunjung tau..
Kalo pengunjung mesti la bukan budak sekolah..
Dah ler cikgu pulak tu..

Time bayar pendahuluan tu, dia amik lebih.
Habis event baru dia suruh kami beratur utk pulangkan baki..

Time pulang baki dia salam tangan kami dan cakap, "mohon halal ya yang terlebih terkurang".

Saya faham ia perbuatan yang elok.
Tapi tak suka la..
Tak kena pada tempat..

Jualan saya haritu dalam RM100 je, sewa pun RM100..
Yang dapat kurang dari tu pun ada..

Ayat yang dia lontarkan tu seolah2 bermaksud,
"Mintak maaf takde orang harini, sale pun kurang"

Sakit pula hati aku..

Tapi takpe la..
Dah lepas pun..

Cuma kecewa la kan..
Kalo rasa takde orang datang, jangan iklan lebih-lebih..
Kalo budak sekolah, bagitau budak sekolah..
Kita ada strategi utk market budak sekolah..

Kalo tak ramai orang, cakap tak ramai orang..
Senang..

Ni sewa amik..
Orang takde pula nak beli..

Dah lama dah tak join event sejak pindah ni.
Tak reti sangat area sini..

Sebelom ni saya excited sebab nak buka kedai..
Konon-konon nak upgrade la kan..
Bila semuanya dah ready, rupa2nya Cik Abang tak bagi..

Dia lebih selesa tahu saya duk umah..
Saya faham...

RAsanya saya akan kekal kat rumah sampai umo saya 120 tahun kot..

Ready made ni saya dah upload dan sebahagiannya dah terjual.
Alhamdulillah..
HArap2 semua terjual, baru la best..

Wassalam..

No comments:

Post a Comment