29/02/2016

Testing : Bantal Kain Belacu

Salam...

NOTIS CUTI

3 Mac (Khamis) - 7 Mac (Isnin)

Last Post : 2 Mac (Rabu)
Next Post : 8 Mac (Selasa)

Nak balik kampung sat melawat ibu dan ayah tercinta serta adik-adik dan anak buat yg 3 orang tu..

Orait..

Baru-baru ni, ada kemas-kemas sikit dan terjumpa kain belacu yg lebih-lebih dan huruf felt yg juga lebih-lebih..
Nak try jahit bantal dengan kain belacu la..
Sebenarnya saya kurang minat buat bantal dengan kain belacu kerana tak berapa lawa..
Tapi kita try la kali ni..
 

Jom main tick tack toe (betul ke eja?)


Ni la outcome-nya..
Haha.. Tu la malas nak iron, dah bergaris-garis....
Hasilnya masih lagi kurang menarik berbanding guna felt..
Tapi kalo buat totebag ni cute jugak kan...

Maybe next project..

Pastu huruf felt yang lebih-lebih tu nak buat apa ek..


Cewah, buat quote tu..
Huhuhuuuu..

Nama pun huruf lebih maka warnanya pun takde pilihan sangat la...
Saya dah tak jual huruf felt ni kerana template huruf tu dan tumpul; tak dapat potong felt dengan sempurna..
Mungkin sebab banyak sangat kot dah potong; atau mungkin sbb felt saya tebal..


Ini la hasilnya..
Ermmmmm.. Sangat tak cantek..
Kene re-do balik ni..
Dan kali ni mesti guna kain felt baru comey gitew..

Mintak mintak ada masa nak buat ni..

Aaminnn

Okay,

Walaupun dan sekelian kali saya statement yg saya berniaga dari rumah; yakni takde kedai..
Dan jualan hanya melalui pos sahaja, takde slef pick-up dan takde cod.

Tapi masih ramai yang tanya..

Zaman dah berubah kan..
Sebelom ni, kita akan usaha cari maklumat tersebut; kalo memang takde baru la tanya..
Kerana segan nak tunjuk kat orang yg kita ni malas dan slow..
Tapi zaman sekarang dah berbeza...
Maklumat depan mata pun masih punya guts nak tanya..

******************************

Hi, felt ni RM14 semeter. Ni gambar warnanya

Komen 1 : Price?

******************************

Ada 30 jenis butang. Gambar, size dan harganya kat sini (link). Nak yg mana satu ya?

Reply : Yang biasa-biasa ada tak? RM???????

*******************************

Berminat pm atau whatsapp saya ya..

Komen 1: pm

Komen 2 : whatsapp saya 01234567890

*******************************

Yang komen tu ada 3 sebab kenapa tak reply

1. Tak perasan : setiap kali buka ada 30-100 notifications, jadi ada yg terlepas pandang.
2. Jawapan dah ada depan mata : pada caption dan pada gambar dan pada link yang diberi.
3. Ingatkan dah reply : berlaku bila internet buat hal

Saya harap kita ada keinginan untuk upgrade diri..
Mungkin terlalu banyak teknologi kat sekeliling sampai kesemua teknologi telah replace penggunaan otak kita.
Sampai maklumat kecil pun kita tak dapat nak proses..

Bangladesh yang akan masuk 1.5 juta orang ni walaupun kualiti hidup mereka rendah, tapi keupayaan otak mereka tinggi kerana tidak bergantung kepada teknologi, tidak malas, lebih banyak oksigen di dalam otot dan otak. 
Mereka dapat memandang lebih jauh dan memproses maklumat dengan lebih cepat.
Dan yang penting mereka berani keluar dan explore dunia asing; serta hidup dalam serba kedaifan dan tekanan hidup yang akan menjadi pencetus untuk mereka berevolusi..

Kalo kita terus membiarkan diri merosot, anak kita nanti yang akan mengemis di negara sendiri.
Sekarang ni pun kita bergantung kerja kepada peniaga Cina yang dahulunya pendatang..
Peniaga Cina juga bergantung kepada pekerja untuk expand bisnes mereka..
Dengan kualiti akal dan fizikal kita makin merosot, last2 mereka akan prefer amik anak Bangla juga utk bekerja. Anak bangla time tu dah sama level aducation dengan anak kita..

JAngan kata dorang, saya sendiri pun akan pilih orang yang berkualiti dan pantas buat keje..

Wassalam...

25/02/2016

Felt Cushion for Birthday Gift : Pikachu vs Frogie

Salam..

Dah lama tak tunjuk hasil handmade kan..
Baru-baru ni saya ada buat satu bantal felt yang design pelik..
Requested by adik sendiri sebagai hadiah hari jadi kawan baiknya..
Sape lagi, Anis  adik bongsu saya..


Hepi sangat sebab ibu puji..
Ibu ni tailor yang teliti..
Susah la nk dapat pujian dari dia sebab she's a very fine artist.
Tetibe dapat whatsapp pujian cam ni..
Melambung gak aku, bangga punya pasal..

Tapi yang buat saya nightmare ialah si katak tu...


Nightmare yang pertama ialah rupa dia scary tu..
Kau ingat syok ke menjahit sambil mengadap muka katak ni...
Sepanjang hari pulak tu...

Macam mana la bole terpikir nak bagi muka macam ni sbg hadiah kat kawan dia..
Pelik-pelik budak sekarang ni...

Nightmare yang kedua pula ialah garisan eyebag dia tu..
Aiyoooo...
Bole tahan penat jugak la menjahitnya..

Wajah si katak sebelom ada eyebag aka di waktu muda satu ketika dulu.

Apapun memang puas hati lepas jahit..
Hepi sangat lepas siap jahit..
Cam biasa la, bila dah siap mesti sayang nak pos..
Hahaha..
Bole pulak cam tu..

Pikachu ni pula sangat haven menjahit dia..
Tangkap gambar waktu siang dengan natural sunlight akan jadi macam tu..
Mungkin sebab petang kot..
Kalo pagi ok sket kot..

Ni time baru siap tampal-tampal sikit.
Belom complete jahit lagi...

Yay!
Siap pun..

Amik masa beberapa hari jugak la..
Yang penting puas hati..

Sampaikan anak buah saya tengok bantal ni mengamuk2 dia nak..
Usia dia baru 2 tahun..
Tak dapat la nak bagi, kan hadiah untuk kawan Anis..
Last2 mak dia nak jahitkan yang lain..

Agak2nya sempat tak saya jahitkan untuk dia sebelom balik kampung on 3rd March?

Wassalam..


22/02/2016

Website Upgrade : Payment Confirmation Form

Salam..

Selamat memulakan minggu.. ^__^

HAri ni saya mengalami hepi yang luar biasa..
Bakpe? Bakpe?

Saya dah upgrade kan sikit website kiyut saya, yakni asma-felt-box.com

Kalo korang gi sana sekarang memang tak nampak apa-apa yang luarbiasa..
Namun, keluarbiasaannya itu akan terserlah apabila korang check-out..

Sebelom ni kan, selepas pembayaran dibuat korang perlu email atau whatsapp saya kan?
Maka korang perlu buka email, copy paste alamat email saya dan hantarkan maklumat.
tak pun korang perlu save nama saya dalam whatsapp pastu whatsapp maklumat pembayaran tu kan..

Kini tidak perlu lagi...

Selepas bayar nanti, korang hanya perlu isi borang "payment confirmation"

Inilah borang tersebut..

JAdi tak perlu la korang buka phone pula, atau buka email pula..
Semua urusniaga kita buat setempat je kat website ni..
Baik kan saya..?
Muahahaha
(nk tunggu korang puji, lambat..)

Borang ni bole dapati selepas checkout sampai habis nanti..
Tak pun kat footer website asma-felt-box.com


Bulatan biru tu ialah borang maklumat bayaran..
Bulatan kuning pulak ialah order history untuk korang check id order

Best kan...
Dah lama saya cari tau, akhirnya jumpa..
Kalo suka, tepuk tangan sikit..
(clap, clap, clap)

Selain tu ada juga sedikit penambahan lain..
Time checkout nanti, kat step pembayaran, korang bole pilih mana satu bank yg korang nak guna..


Ada 3 jenis tau.
CIMB, Maybank dan BSN

A'ah, saya dah ada BSN..
BSN ni sebenarnya memang dah lama ada sejak dapat biasiswa form 1 dulu..
Pastu tak ingat dah pasal dia..
Tup tup dapat surat dia nak pindah ke "Wang yg Tak Dituntut"
Alang-alang tu, aktifkan je la..
Akhirnya saya kembali aktif dengan BSN.

Sapa2 yg ada BSN tu bole terus transfer ke sini tau, tak perlu IBG lagi..
Senang kan..

 Pastu step terakhir sebelom confirm order, korang akan diberi no akaun.



NAmpak tak logo CIMB tu?
Baik baik sikit..
Dia bukan saje2 je interframe tanpa sebab yang munasabah kat situ...
Kalo korang berani sentuh dia, dia dengan beraninya akan bawak korang balik rumah dia..
A'ah, ke website cimblick.com.my
Huhuhu...

Sebaiknya korang confirm order dulu sebelom buat pembayaran supaya tau nombor id order
Kalo nak bayar dulu pun bole, tapi jangan lupa klik "confirm order" pastu; kalo tak nanti order korang tak masuk dalam sistem..

Lepas buat pembayaran ni bole terus isi borang seperti gambar pertama tadi..

Atau kalo guna CDM (cash deposit machine) atau transfer kat kaunter; cuma perlu snap gambar tu dan isi payment confirmation form tu.

Camana, senang kan...
Tak banyak keje kan..

Korang ikot je flow tu nanti in shaa Allah bole..
Yang paling best, belom sempat saya tulis blogpost ni, didapati ada 6 orang dah guna borang tu..
Yay!
Nampak sangat mudah nak guna..

Hepi sangat.. ^___^

Saya ada juga jumpa beberapa jenis upgrade lagi, tapi perlu kumpul wang dulu..
A'ah, upgrade tu semua kene bayar..
Takpe la, dorang dah bersusah payah buat coding, kita guna la perkhidmatan mereka..
Kalo nak buat sendiri memang tak mampu aku..
Satu ape pun tak reti..
Huhuhu..

Okay, jom sambung jahit di hari Isnin yang indah ini.. 
Jangan lupa tau guna borang tu...

Wassalam..

19/02/2016

Kesah Felt Lembut yang Tragik!

Ada pengumuman yang agak penting khas untuk korang yang order felt lembut. Diharap baca sampai abes ya..
Felt lembut ni supplier hantar siap-siap dalam bentuk 1meter 1 meter; berbeza dengan felt keras dimana dihantar dalam roll..
Jadi felt lembut ni biasanya saya confident giler lipat dua dan potong dapat setengah meter; lipat empat dan potong dapat suku meter; lipat 16 dan potong dapat 23x25cm..
Baru-baru ni saya rajin sikit, pegi ukur betul2 dan didapati tak macam tu.. Kebanyakan felt lembut yang dorang hantar tak sampai pun 100cm (yakni 1meter kpd sesiapa yg tak reti nak convert).
HAritu jumpa kurang 2cm; pastu jumpa lagi yang hujung pertama cukup 100cm, hujung kedua kurang 4cm (tangan dia bengkok kot). Sejak hari itu, sebelom potong saya check betul-betul untuk pastikan ia benar-benar 46x50cm (untuk yg suku meter). Dan baru tadi saya jumpa warna kuning kurang 6cm.. Wah, macam agak melampau kan..
Tapi yang tak syoknya, saya dh rugi banyak kat situ, kerana lagi setengah meter tak bole jual. Terpaksa potong kepada 23x25cm dan dapat 6 keping je instead of 8 keping. Kalo buat 3 keping suku meter, bole dapat 2 keping je saiz A4, lagi rugi..
Harga borong felt lembut dah melambung naik, tapi saya tidak pernah naikkan harga jualnya, masih sama seperti 5 tahun lepas.. Jadi keuntungan saya dah makin kecik, dan tetibe supplier bagi tak cukup meter, lagi la rugi..
Okay, takpe. Itu masalah saya maka akan saya selesaikannya...
Tujuan saya citer hal ni kerana nak minta perhatian kepada korang yang PERNAH BELI FELT LEMBUT SAIZ SUKU METER, SETENGAH METER DAN SATU METER (ni huruf besar supaya nampak tau, bukan marah ke ape ke.. hehehe); kalo korang dapati saiznya tak cukup 46x50cm; tak cukup 50x92cm dan tak cukup 92x100cm; saya dengan rendah hati menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kerana terkurang timbangan dalam urusniaga ni serta nak minta sangat-sangat korang halalkan yang terkurang tu..
Nak ganti rasa tak termampu kerana dah banyak sangat yng terjual.. Apapun kalo korang tak mahu halalkan, bole hubungi saya dan akan saya kira nilai yg kurang tu dan gantikannya dengan RM ataupun felt yg sama nilainya.
Dan lepas ni, yg order 1 meter tu, memang kebarangkalian yang tinggi takkan dapat tepat 1meter. Tadi saya check kan, bole kata semua kurang dari 1meter.. Dasyat kan...
Saya faham kalo kurang setengah cm atau 1cm, mungkin ralat masa potong kerana felt tu lembut. Tapi kurang 4cm, 6cm tu ralat ke.. Dah la semua felt pula tu. Saket juga hati, dengan kita pun terjebak sama "kurang timbangan dalam jual beli". Korang google la apa balasan peniaga yg macam.. Huuuu.. saya tak mau.. saya tak mau...
Oleh itu, saya minta sangat-sangat korang halalkan yg kurang tu. Kalo tetap rasa tak bole halalkan, hubungi je saya ya. Kalo ramai, akan amik masa sikit saya nak jelaskan gantirugi tu kepada setiap sorang; apapun in shaa Allah bole.. smile emoticon
Kenapa tak beli felt lembut secara gulung (macam felt keras tu).?
Kebanyakan kilang yg produce felt lembut ni, harganya jauh lebih mahal dari felt keras.. Pendek kata kalo felt keras ni RM14 semeter; felt lembut pula RM20 semeter.. Ada juga yg jual murah sikit tapi dia takmo terima order 30 gulung; nak kita beli selori besar tu atau sekontena baru dia layan... Ada juga yang layan, tapi kualiti felt tu tak sama seperti yang saya nak, maka tak bole la order.. frown emoticon
Saya akan cuba cari felt lembut secara gulung..
Korang doakan urusan saya dipermudahkan ya..
Mekasih banyak-banyak.. smile emoticon

16/02/2016

Deadpool

Salam..

Haritu saya n cik abang gi jalan-jalan pastu gatal rasa nak pi tengok wayang..
Tak check pun citer apa..
Gamble je..

Pastu nampak poster ni..
Wah, macam menarik je..

Kalo saya nampak poster ni menarik..
Bayangkan anak-anak anda melihatnya..
Mesti rasa nak tengok sangat citer superhero yang nampak macam Spiderman ni..

Kami tengok citer ni sebab:
1. Movie la full house
2. Movie ni akan ditayangkan 15 minit lagi, jadi takyah tunggu lama-lama..

Penuh orang..
Kebanyakannya dalam lingkungan 20-30 tahun dan datang dalam geng..
Lelaki yg ramai, obvious la kan..

PAda 5 minit pertama, rasa macam pelik..
Apa benda citer ni...?

10 minit yg seterusnya..
Saya rasa mual..
Caci maki dan carut merata-rata dan tak sensored..
Violence bersepah gila..
Rodok perut, otak bersepai..
PAstu masuk pulak bab lucah-lucah dan double meaning..

Penonton pulak, yg bab lucah sikit punya sakan gelak..
Yang tak kelakar pun gelak..
Yang kelakar tak gelak pulak..

Satu skrip yg kelakar, "what a fine bar doing in the fine woman?" lebih kurang itu la ayat dia..
Kan ke terbalik tu, tapi takde orang gelak...
Yang ada perkataan lucah je terus gelak macam monyet.
Kesian betul..

Apapun, citer ni memang kelakar gila..
Bayangkan setiap saat kelakar..
Tengah kene seksa pun sempat lagi kelakar..

Yang buatkan citer ni kelakar si Deadpool ni mulut punya la becok..
tak berhenti bercakap pastu merepek tak habis2..
Pastu dia punya body language memang A+++ la..

Citer ni rated utk 18 tahun ke atas kot..
Haritu nampak kat kaunter macam 13 tahun ke atas, tapi media social sebut 18 tahun, maybe saya silap tengok..
Yang peliknya rated tu bagus dah, tapi bakpe carut2 tu tak mute je..
Pening kepala aku dengar mencarut merata-rata..

Ramai yang bagi warning jangan bg budak2 tengok citer ni tak elok..
Dan macma biasa la kan, kita ni kan suka bergaduh..
Orang sekadar bagi nasihat pun ada je nak buat point bergaduh..
Katanya, "Kan dah rated 18+; memang la budak-budak tak bole tengok. Apa la kau @$^#&$^*&^% (mencarut)"
Ni mesti baru abes tengok citer tu, tu yg seronok je mencarut..

Memang la pawagan tak bagi budak2 tengok citer ni..
Tapi kita sendiri pegi ke tengok movie kat panggung?
Bukan ke kita suka free download je..
Pastu ajak adik beradik dan anak-anak tengok movie ni sebab ingatkan dia superhero macma spiderman, superman, the avengers tu..

Rupa-rupanya bukan!
Dia bukan superhero..
Dia orang jahat...

Orang jahat macam sape ek..
Macam Loki, The Joker, Penguin, Cat Woman, Green Goblin macam tu..
Cuma dia ni orang jahat yang bunuh orang yg lebih jahat dari dia..
Tapi dia takmo masuk geng orang baik..

Itu la sebabnya ada manusia yg baik hati (seperti saya) bagitau awal-awal jangan bagi budak-budak tengok citer ni..
At least kornag bole pastikan anak-anak dan adik-adik takde masa tengok citer ni..
Tu la..
Orang bagi nasihat elok-elok pun nak marah..
Bukan benda buruk pun kita nasihat ni..

Deadpool pun bagi nasihat tau..


Saya ada sedikit menyesal gak tengok citer ni..
Dah ler masuk wayang pakai tudung labuh, tengok citer macam ni pulak..
Aiyoooo....
Kesian saya...

Apapun, saya terhibur sangat dnegan humor dia..
Humor dia mirip dengan Dragon Ball, Eyeshield 21, Yakitate Japan dan Shonen Manga Lain..
Tu yg guling-guling atas kerusi sepanjang masa tu..
Sabar je la..

Okay la..
Nak siapkan sikit keje lagi dan pos barang kejap lagi..

Wassalam...


10/02/2016

Check Website Speed

Salam..

Saya dapat beberapa komplen yang berterusan juga la yang memberitahu bahawa:

"tak dapat buka website tu"

"tak dapat buka. Line slow"

"Dari tadi buka tak dapat-dapat"

Apa yang tak dapat buka tu?

Itu merujuk kepada website saya yakni : asma-felt-box.com dimana saya masukkan semua bahan-bahan kraf berserta dengan saiz, warna, harga dan secara automatik akan kirakan berapa jumlah harga barang-barang yang korang pilih dan akhirnya ia kirakan sekali kos pos..

Setiap kali orang komplen, saya pun terus buka..
Hmm.. dapat je..
Kat laptop dapat, kat tab dapat, kat phone dapat, kat tv je tak dapat-dapat (memang ler..)

Saya pun tertanya-tanya jugak apa masalahnya ni..

Baru-baru ni baru la saya free sikit dan godek-godek kenapa orang kata shop saya slow..
Pastu terjumpa satu website yang bole periksa kelajuan website kita tu..
Tak kesah la, website ke blog ke, shopping cart ke, asalkan ada domain name (.com ; .com.my ; .gov dll); semua bole check..

Ini ialah website speed saya pada ketika itu (yg kata slow tu)

MAsalahnya saya tak paham apa bendanya ni..
Hahaha..
Konon-konon nak check tapi tak faham..

Tapi takpe, saya kan self-learner..
Kita cuba la ya.. Nak tanya orang pun, takde yang faham juga..

Pastu saya adjust sikit website tu..
Sikit je saja-saja nak test..
Buang tab sebelah kiri tu.
Pastu limit 8 item je kat muka surat depan..
Pastu check sekali lagi..

Wooo..
Nampak tak beza dia?
Saya cuma tengok kat load time tu je..

Dari 15 saat kepada 3 saat je..
Banyak juga beza tu kan..

Cer korang tengok, dapat buka ke tak:


Sila bagi feedback ya.. ^___^

Nak check juga korang punya website punya speed (tunggang langgang ayat)
Klik kat sini :


pastu masukkan url korang.
Blog pun bole..

Nanti dia keluarkan semua report.
Pandai-pandai la korang fahamkan..
Saya memang tak paham; cuma faham load time tu je..
Huhuhuhu..

Semoga perbezaan speed yang ketara ni dapat memudahkan korang akses ke website saya tu..
Mekasih kepada korang yang komplen..
Kalo takde korang, saya pun tak tau nak improve kat mana.. :>

Sebagai bonus, meh saya kongsikan sikit beberapa tips untuk meningkatkan website speed atau dalam bahasa yang lebih mudah, nak buat website kita ringan jadi cepat la loading bila orang klik..

1. Background jangan gelap dan jangan banyak warna. Yang terbaik ialah putih atau warna pucat atau orang putih sebut pastel. Yg background hitam tu lagi lama nak loading biasanya..

2. Jangan banyak gambar, lagu dan video 

3. Jangan banyak widget terutama yang bergerak (animation) cthnya cursor yg ada love2 gerak ikot dia; ada rama-rama berterbangan kat skrin dsb.

4. Jangan banyak iklan

Tu je la 3 perkara yang saya buat..
Sebenarnya banyak lagi yang korang boleh search kat Encik Google Kacak yang saya tak praktikkan kerana agak teknikal dan saya sendiri tak faham mana nak buat..
Tapi kan, buat benda 3 ni pun dah cukup ringan tau..
Buat je dulu k..

Owh, dan saya terbaca Google tukar setting lagi..
Mana-mana site yang banyak orang keluar degan cepat (contohnya, baru je buka terus tekan back; baru buka 3 saat terus pangkah) Encik Google akan tarik website tu ke belakang-belakang. Jadi bila orang search, website korang akan duduk kat page ke 10 kat Google Search.

Oleh itu, sangat penting untuk pastikan site korang tu loading cepat..
janagn sampai orang boring dan tekan back cepat-cepat...

Orait, nak sambung keje dulu..
Bye bye.. ^_^

Wassalam

01/02/2016

Acrylic Felt 1 meter

Salam..

Yay!!!
Felt lembut dah sampai..


Ni yang 1 meter punya ni..
Phew, naseb baek sampai cepat..
Sapa yang order tu, jap lagi saya pos tau..
Sape yg dah book tu, dah bole proceed dengan pembayaran... 
Nanti whatsapp saya bukti pembayaran.
In shaa Allah kalo sempat bole pos harini..

Semua 26 warna dah ada..
NAk order klik bawah ni:


Sape yg nak order 1m kat website, korang cuma perlu klik kat felt 1/4m tu pastu tulis 4pcs kat warna hitam (contohnya)
Nanti time checkout, tulis remark kat situ "felt lembut 1m jangan potong" as reminder..
Kalo nk setengah meter pun bole, cuma remark "felt lembut 1/2m jangan potong".
JAngan pula order 1 keping, tapi tulis remark tu..
Pening pula kepalaku memikirkanya..
Huhuhu..

Esok last pos barang minggu ni tau. Sebab nak balik kampung ada maklis perkahwinan sepupu saya...
Pastu terus continue dengan Perayaan Tahun Baru Cina..
Next post ialah pada 10hb iaitu Rabu depan..

Sape nak cepat, bole order harini.
Cam biasa pos barang kul 4 petang..

Wassalam...