27/06/2016

Encik Sailorpos

Salam...

Tengok apa saya buat...

takmo gi keje..
Apa yang dah saya buat pada Encik Sailorpos sampai dia takde mood nak gi keje harini?
Owh..
Monday Blues.... :P

Erm.. malasnya nak pi keje..
Jangan begitu Encik Sailorpos..
Isnin ialah hari yang baik..
Kan dah rehat semalam..
Harini gi keje cam biasa okay..

Good boy.. Good boy..

Ni first time saya buat felt craft bentuk 3D
Ini pun bukan rekaan saya..

Saya follow instruction dia kat SINI

Tapi muka dia tu tukar sikit pastu tambah topi sailor..
Comel tak?

Korang boleh dapatkannya kat KEDAI HANDMADE SAYA
Tapi ada 1 biji je..

Nk tempah bagitau..

Wassalam...

23/06/2016

Payment System Upgraded!

Salam...

Berita gembira!
Kini korang tak perlu lagi guna IBG atau Instant Transfer bile order brg kat asma-felt-box.com

Kejap..kejap..
Apa tu IBG?
Apa tu Instant Transfer?

IBG dan Instant TRansfer tu berlaku apabila korang ada bank lain selain Maybank, CIMB dan BSN.
Contohnya Bank Islam. Bila dah beli barang, nak transfer bayaran tu kene guna IBG (harini hantar, esok atau petang ni baru masuk); atau Instant Transfer (masuk sepantas halilintar, cuma kene charge RM2).

Tak perlu lagi tunggu esok, atau buang RM2.
Kini korang boleh bayar dari macam-macam jenis bank (FPX)..
Dan bole buat pembayaran melalui credit card / debit card juga..

Senang kan.
Takyah guna IBG transfer atau Instant Transfer atau gi Cash Deposit Machine kat bank..

Bestnya!
Camana nak buat tu?

1) Mula-mula gi website kiyut saya yakni : asma-felt-box.com

2) Pastu login dan beli macam biasa (beli banyak2 taw)..
Yang tak tau cara nak beli bole rujuk SINI

3) Pastu checkout - continue sampai ke Step 5 :
Korang akan nampak macam ni...


Pilihan yang paling atas tu ialah SenangPay..
Sayang betul dorang tak letak banner kat situ..
Saya pulak tak reti nak letak macam mana..

Apapun, korang bole transfer direct ke CIMB, Maybank dan BSN seperti biasa..
Option ni dikekalkan kerana banyak feedback cakap lebih selesa transfer terus ke akaun saya.
Nampak nama Nor Asmah dan rasa confident duit tu dah betul2 masuk..
Terima kasih kerana percayakan saya selama ni.... ^_^

Pilih pastu klik "continue"
Dan "confirm order" dalam step 6


Pastu akan muncul muka ni..

Semua ruangan tu telah diisi secara automatik..

Scroll ke bawah..


Dekat Payment Detail ni korang perlu pilih salah satu sama ada 
A) Credit/ Debit Card
B) FPX

Kalau nak guna pilihan A, cuma isikan maklumat kad korang dan klik submit
Dan proceed seperti biasa sampai abes..

Kalo nk guna online transfer, pilih FPX

Kat sini, sila pilih mana-mana antara 8 bank tu dan klik submit.
Kalo bank korang takde kat atas tu, bole guna debit card macam cara sebelom ni..


Kat sini, email address korang pun diisi secara automatik.
Apapun double check utk pastikan..

Kalo korang pilih Maybank misalnya, selepas klik "Agree and COntinue"
korang akan sampai kat muka ni..


Login seperti biasa..


Pastu korang continue dan ikot steps seterusnya sampai abes..

Saya tak dapat tunjuk step seterusnya..
Nanti tak pasal-pasal kene bayau..
Dah ler memang sedia kedekut..
Hew..hew..

Selepas selesai pembayaran nanti, saya akan dapat email macam ni..


Semua maklumat ni akan saya dapat, maka korang tak perlu inform dah bayar atau bagi slip transaksi.
Kalo rasa lebih konfiden nak bagi, bole juga.. :)

Amacam?
Senang kan..

Kalo senang, mari la shopping.
Mari..mari..

Wassalam..

21/06/2016

Ketupat Felt Charm

RM15 (include postage)



Lebaran akan kunjung tiba tak lama lagi..
Selain tempan baju raya yang lain dari yang lain; apa kata hias phone korang dengan ketupat charm yang rare ni baq hang...

Camana nak hias?
Kat hujung ketupat mini ni, ada plug dan korang cuma perlu sumbat kat earbud punya soket tu.. Pastu apa lagi bergaya sakan la..
Orang lain mana nak ada benda lagu ni... Hew hew..

MIni ketupat ni memang kecik dan comel,
Diameter dia 3cm je pun..
100% jahitan tangan (handmade)
Diperbuat dari kain felt pastu sumbat dgn kapas..
Punya la ringan, korang tak terasa ketupat bergayut2 gembira di phone kesayang korang tu..

Ready stock dan sedia untuk dipos (tapi better order awal, hujung Ramadhan Poslaju ada delay sket - nanti abes raya baru dapat tak best ar..)


Nak buat sendiri?
Dapatkan bahannya di asma-felt-box.com

20/06/2016

Making Kad Raya Handmade

Salam.

Good morning dan selamat hari isnin. Dan selamat berpuasa.

Blogger dah start tunjuk kad raya dan collect nama uyk followers yg nak kad raya tersebut.

Saya pula, tak terpikir pasal kad raya.
Tapi lambat. Ingat dlm 5 hari lg nak raya baru pos. Biar kad aampai on time.

Cik Abang suruh pos minggu ni, secepat mungkin, takot lambat sampai. Pos biasa kan,bukan poslaju.

Eh, ye tak ye..
Haha..

Maka hari sabtu dan ahad lepas, pulun la buat kad raya..

A'ah buat taw..
Nama pun craft maker of course la nak handmade..
Huhu..


Kad raya saya memang takde idea lain la. Balik2 ketupat. Hahaha..

Duk cari gak benda apa lagi yg related....
Tapi muka ketupat je yg timbul..
Baik la ketupat, awak menang..



Mula2 nak buat kad guna felt. Memikirkan masa yang mencemburui diriku ini, maka guna kad biasa je..
Cuma ketupat tu je guna felt..

Alhamdulillah..
Siap 50pcs mlm tadi.
Yay! Mencapai target!

Nak buat 50pcs lagi.
Mintak2 la siap cepat.
Kalo bole nak pos rabu ni

Wish me luck ya..

Wassalam


16/06/2016

Tutorial : Cara Nak Kecilkan Link - url -

Salam..

Korang mesti biasa tengok link yang pendek2, kecik kementoto dan huruf dia mcm takde apa2 makna..

Bila tekan, laaaa.. rupa2nya blog kawan-kawan korang je pun..
Ingatkan apa la tadi..
Kus semangat...

Pastu tengok balik url dia kat atas tu eh lain pulak..
Sikit punya panjang siap ada slash, titik, tanda soal, tanda sama dengan dan lain-lain sebagainya..?

Camana dia buat gitu?
Camana dia kecilkan url yang panjang tu?

Sebenarnya tak susah pun..
Ada website yang tolong kita kecikkan link tu..

Berapa kene bayar?
Takyah bayar, free je pun..

Website yang paling saya suka guna ialah : BITLY.COM

Klik link tu dan korang akan sampai ke muka ni:


Taknak sign up pun takpe..

Okay , sekarang copy mana2 link yang korang nak..
Pastu tampal kat ruang kosong bertulis Paste a link to shorten it

Sebaik sahaja tampal, secara automatik dia pun pendek..
Lepas dah pendek..

Lepas dah pendek tu, copy url yang pendek tu pastu paste la kat mana2 korang nak..

Haaaa..
Senangkan..
Tak yah tutorial pun takpe.. :P

Biasanya saya guna untuk tampal kat twitter je..
Tempat2 lain saya biar je dia panjang gedabak..

Okay la..
Nak tido jap..

Penat la menaip.. Puasa..
Hohoho..

Wassalam..

15/06/2016

Work in Progress

Salam..

Work in Progress..

Erm.. malas nak tulis apa2 sebab puasa.. 
(mengadanya budak ni..)

Wassalam..

14/06/2016

JARUM JAHIT PLASTIK UNTUK CROCHET

Salam...

Barang baru.. barang baru...
Alaaa. dah tertunjuk semalam..
Tak saspen dah la..

Barang baru kali ni ialah :

JARUM JAHIT PLASTIK UNTUK CROCHET

Sebenarnya saya pun tak tau nama jarum ni..
Kalo tulis jarum crochet, nampak macam jarum untuk mengait..
JAdi tulis je penuh2..
Bole kan..

Jarum ni ada 2 saiz..
Setiap paket ada 2 biji jarum..
Satu panjang, satu pendek..

Harga cuma RM1/ pek
Warna random..
Naseb la dapat warna apa2 pun ek..

Nak request bole, tapi tak semestinya ada dalam stok..

Boleh dapatkan kat SINI
atau whatsapp saya kat 0183798330

No whatsapp lama dah tak valid tau..
Save ni baru ni ya..

Okay, tu je untuk harini..
Selamat Berbuka petang nanti..

Wassalam..

13/06/2016

Crochet Pattern : Owl Plush

Salam..

Saya dah berjaya siapkan satu lagi owl crochet plush yang macam haritu..
Cuma kali ni telinga tu saya adjust balik..


Jadi tak?

Ni versi perempuan tau.. Tu yang ada eyelashes tu..

Nak share patter ni untuk korang cuba pulak..
Ini simple2 je tau..
Asalkan tau tali air dan single crochet dah bole buat..

Pattern untuk Owl Plush Crochet

Baris 1 : Tali air 35x
Baris 2 hingga baris 50 : single crochet 50x , tali air 1x ; pastu pusing
Buat sampai bari 50

Sampai baris 50, dah siap segiempat tepat.
Sekarang kita buat telinga dia pulak..

Baris 51 : single crochet 12x
Baris 52 : single crochet 11x ; tali air 1x
Baris 53 : single crochet 10x
Baris 54 : single crochet 9x; tali air 1x
Baris 55 : single crochet 8x
Baris 56 : single crochet 7x; tali air 1x
Baris 57 : single crochet 6x
Baris 58 : single crochet 5x; tali air 1x
Baris 59 : single crochet 4x
Baris 60 : single crochet 3x; tali air 1x
Baris 61 : single crochet 2x
Baris 62 : single crochet 1x; tali air 1x

Dah siap satu telinga..
Jom buat sebelah lagi..

Mulakan dari hujung sebelah satu lagi; buat baris 51-62 (cara yg sama seperti telinga pertama tadi)

Siap sekeping..

Sekarang buat mata dan paruh dia dengan menggunakan polyester felt.
Bole juga nak crochet, tapi saya tak reti buat crochet bulat. 
Huhuhu...

Biji mata dia saya guna safety eyes.
Boleh dapatkan kat sini
Siap!

Ketepikan kejap.

Okay, sekarang nak buat sekeping lagi yang sama macam tadi sebagai bahagian belakang badan dia..
Mula dari baris 1-62
Buat sama macam tadi..

Sekarang ada 2 keping kan..
Cantum kedua2 keping tu dengan cara jahit sekeliling..
Saya gunakan jarum plastik lubang besar ni..


Bole dapatkan kat SINI

Atau guna apa2 jarum asalkan muat nak masukkan benang kait tu,,

Jahit sekeliling (guna lilit ubi je pun ok) dan masukkan kapas..

Siap!

Sori, takde gambar..
Saya akan masukkan bila start buat yang hijau nanti dan remind korang semula ya..

Kalo dah buat, sudi2 la letak link kat komen..
Nak tengok.. ^__^

Wassalam..

08/06/2016

Crochet Project : Phone Cozy

Salam..

We are back to business!
Semalam dah pos semua order.

Harini ada pos lagi..
Buat pembayaran sebelom pukul 12 utk saya pos harini..
Lepas bayar jgn lupa inform..

Nak tunjuk hasil mengait saya..


Bekas phone crochet.
Comel tak?

Ikot hati nak buat kaler2..
Tapi sedar diri la baru belajar..
Buat simple2..
Pegang jarum pun masih tak betul..
Huhuhuhu...

Nak kene siapkan burung hantu lagi 2 biji untuk anak buah..
Yang pink dah siap yang hijau in progress..

Bulan puasa cam biasa tak amik order handmade..
Lepas raya baru drop order ya...

Wassalam...



05/06/2016

Shopping Terus dari Blog!

Salam...

Haaa..
Apa tu shopping terus dari blog?
Cube tengok kat sebelah kanan ni ------------------> 

Nampak tak?
Saya dah masukkan website / kedai online saya di blog ni ...
Kalo korang malas nak buka 2 tab..
Boleh buka blog ni je nak sambil2 tu terus shopping kat situ ------>

Best kan...

Try la klik klik link tu..
Dia tak akan buka tab baru..

Idea ni saya dapat dari blog Ayuni Rafilah..
Beliau letak kedai online kat blog; saya pun rasa nak jugak..
Try try akhirnya dapat!

Yay!!!

Tapi kalo korang buka kat phone tak dapat la tengok kecuali tukar kepada web version..

Nak senang bole download app saya..
Cara downloadnya kat sini --> CARA DOWNLOAD APP ASMAFELTBOX

Sorry, tak masukkan dalam Google Play..
Tak reti..
Download secara manual je la ya...

Wassalam...

02/06/2016

Kartunis Bawang : Pengembaraan Zabidi dan Robot

Salam..

Haritu tengah godek2 facebook, terjumpa profile Kartunis Bawang
Dah lama giler tak dengar nama beliau..
Dulu saya baca karyanya dalam Majalah Ujang, masa zaman sekolah..

Suka sangat dengan komik dia..
Saya ingat lagi kisah menantu yang kuat makan dan mertua yang malas solat.
Pastu kesah camana cara dia cari idea. Ada satu scene tambat ayam, pastu tanak pulut dan kukur kelapa pastu dia lepaskan ayam tu..
Haha..
Ntah hape2 je, tapi lawak..

Ada satu lagi kesah yg saya ingat la, watak tu dia gi beli tiket bas; tapi tak naik bas pun..
Dia puas hati sebab berjaya balas dendam kat driver dan kalendan bas tu..
Pastu beli tiket baru..
Ntah hapa2 jugak kan..

Memang syok baca karya beliau..^_^

Okay..
Nampak beliau launch komik baru, terus je beli..
Beli direct dari dia pulak tu..
Happy sangat!

Semalam poslaju kol:

Dah sampai!
Yay!!!

Mula2 taknak baca lagi, sebab tengahari kan keje..
Walaupun berniaga sendiri, sendiri bos, sendiri kuli; tapi disiplin kene jaga..

Namun...

Aku kalah... T____T

Saya tutup lappy dan golek kat sofa sambil baca komik ni..
Pastu guling sorang2 baca..

Apa yang syok tentang komik ni ialah humor dan teladan yang disampaikan..
Dalam gelak, ada nasihat..
Komik ni sangat sesuai dibaca oleh kanak-kanak sehingga dewasa..
Banyak ilmu yang dikongsi dengan cara yang ringan dan mudah absorb..

Sebenarnya saya nak kongsi beberapa page, tapi tak mau..
It's too precious and exclusive..
:P

Guru2 yang nak cari bahan bacaan untuk anak murid; sila la dapatkan komik ni..
Baca sendiri dulu pastu baru rekomen pada anak murid..
Tapi confirm la korang mesti suka..

Yang ada anak2 dan adik2 pun boleh hadiahkan kepada dorang..
KAdang2 kite nasihat mereka taknak dengar kan..
Bagi buku ni yang nasihatkan mereka..

Bila dah abes baca:


Tetibe nampak Kartunis Bawang bertegur sapa dengan saya..
Wah!
Rasa spesel sangat!

Ni bukan cetakan tau..
Ni dilukis secara ekslusif oleh marker pen..
OMG!
Ai kenot resist this..!

Bukan hanya saya yang spesel, semua yang order direct dari brader Bawang dapat..
Tak caya gi tengok profile beliau 

Haaaa..

Suka kan..
Kalo nak, pm terus dia kat facebook tu..
Cuma RM15 termasuk pos..

Berbaloi2..

Wassalam...

01/06/2016

CUTI BULAN JUN


Salam..
Esok saya last pos barang.
Pastu cuti mulai Jumaat hingga Selasa

Saya tak online dalam tempoh tu
Rabu minggu depan baru check order dan pos pada hari Rabu juga.

Sila drop order dan buat pembayaran seperti biasa melalui asma-felt-box.com

Dan tempahan handmade ditutup sepanjang bulan puasa hingga hari raya ke-5

Mekasih.. :>