Search This Blog

19/01/2017

Quick Update : Website yang hilang

Salam...

Huuuuu...

Ingat tak kes website hilang haritu?
Saya contact moderator dan beliau slow betul nak jawab.
Setiap kali tanya, 24jam kemudian baru jawab.
Walaupun begitu, beliau dah cuba restore backup yang ada tapi tak berkesan..
Kemudian restore pula backup yang saya simpan haritu.. Tak berkesan juga..

21 Januari ni contract hosting akan tamat..
Saya fikir kalo tak bole restore, rugi pula sambung hosting lagi setahun..
Itu pasal saya harap moderator tu cepat2 respond dan settled sebelom 21hb..
Bila dah settled senang sikit hati nak sambung contract hosting..

Minggu lepas pula saya pergi ke negeri lain, kenduri cousin tersayang..
3 hari juga la tak bole buat keje..

Balik je dari bercuti haritu, saya bergegas cari jalan nak restore semula..

Yang paling sayang buka website tu, website tu bole je bina semula walaupun sangat memenatkan nak list balik kesemua 300 items.. T___T

Paling sayang ialah Reward Point para customer..
Dulu kan dah janji, reward point tu bole ditebus bila2 masa..
Ni tetibe hilang pulak..

CUba bayangkan korang dah berbelanja sampai dapat 20,000 point kat Mydin, tetibe dapat tau point tu semua hilang sebab sistem ter'reset. BAckup tak jalan..

Tak ke jadi incredible hulk kat situ..

Huuuuuu...

Haritu dah pikir nak salin satu2 nama, alamat, no tepon dan reward point customer..
Tapi bila tengok ada lebih seribu orang; rasa nak meraung je kat situ..
Mana ke sempat nak salin seribu orang.. T___T

Last2 jumpa cara download semua tu automatik ke format excel.
Alhamdulillah..
Tapi reward point dia tak automatik simpan..
Hadoiiiii..

Manual la jawabnya..

Sepanjang hari dari pagi ke pagi..
Duk salin satu2 reward point..
Look at the bright sight; okay la dari salin nama, alamat dan no tepon sekali.. Hew hew..

Dah siap salin tu rasa lega sangat..

Pastu saya cari pula website baru dari third party..
Nak bina semula dari scratch mcm dulu; rasa cam tak larat je (plus tak ingat dah step dia)
Dua tahun lepas saya buat try and error dan amik masa sebulan juga nak betul2 complete plus kenal selok belok website tu...

Tapi tu la..
Bina sendiri murah sikit. Cuma bayar domain dan hosting je..
Pastu semua function ada dalam tu..

Kalo guna yang third party ni, bayarannya mahal..
Fuction pun limited, contohnya takde shipping ikut weight..
Takde option untuk saiz, warna; kalo ada pun limit utk 3 option je gitu..
Limit 100 barang je..
Takde function reward point, diskaun, voucher, creadit dan sebagainya..

Utk reward point pun susah nak dapat..
Kalo ada pun beribu juga la harga dia..

Akhirnya jumpa satu yg okay sikit..
Tapi tak ada reward point..
Jangan bimbang, saya ada beberapa solution untuk itu..

Maka bermula la proses setup website baru..
Kali ni lebih mudah sebab tak perlu bina dah..
Cuma isi tempat kosong dan panel dia pun simple je..
Tak perlu banyak sangat nak pusing ke sana sini...

Sampai malam tadi dah masukkan 120 items ke dalam website..
Ada beberapa item yang saya sekalikan utk mempercepatkan proses..

Contohnya poly felt dah compress jadi satu saja; jadi korang bole pilih warna dan saiz kat satu tempat je.. Tak perlu pusing2 tempat lain..

Okay..
Saya nak sambung masukkan item2 lain lagi..
Dan tunggu proses domain..

In shaa Allah website baru akan muncul tak lama lagi..
Tungguuuuuu

Wassalam

No comments:

Post a Comment