handmade felt craft supplies Malaysia

19/05/2017

Waiting for Ramadhan

Salam..

Tak lama dah nak masuk bulan puasa..
Sepanjang bulan puasa ni saya tak amik order handmade sehingga la habis saya beraya.

Order craft supply masih pos setiap hari seperti biasa..
Cuma akan kurang aktif ber-online..
Mungkin masa korang whatapp tu saya tak available..

Bulan puasa kali ni saya plan nak jahit semua kain yang berlonggok kat almari tu.
Salah satu hobi saya beberapa tahun kebelakangan ni ialah beli kain..
Tapi tak jahit..

Biasanya baju saya semua ibu atau adik yang jahit..
Saya tak mahir jahit pakaian..
Saya mudah keliru time menjahit dan boring jahit benda yang lambat siap ni..

Memandangkan dorang banyak order yang nak dijahit, maka saya tak
mau la menambahkan beban mereka dengan kain pasang saya yang berlambak ni..
Konon-konon nak jahit, namun angan-angan tinggal angan-angan..

OLeh itu bulan puasa ni saya nak cuba jahit semua 23 pasang kain pasang tersebut.
Agar boleh beli kain yang baru..

Sebenarnya tiap kali pergi shopping, rambang mata tengok kain-kain yang lawa-lawa tu..
Nak beli; tapi rasa malu pula kat Cik Abang..
Sebab kain-kain lain tu tak berjahit pun; lagi nak beli yang baru..

Saya suka bulan puasa..
Kehidupan lebih tersusun dengan automatiknya pada bulan puasa.
Dan masa rasa macam panjang je, walaupun banyak aktiviti yang jarang saya buat, dibuat pada bulan puasa..
Bulan bukan puasa, walaupun berpuasa tak rasa macam ni..

Haritu tengok countdown 14 hari lagi..
Harini tengok 8 hari lagi..
Rasa macam lama sangat la..
Huuuu...

Wassalam



No comments:

Post a Comment