Projek Crochet Bag Raya 2017

Salam

Esok raya! Esok raya!
Namun begitu saya tak beraya :(
Kitorang beraya kat rumah je pagi tu dan kemudian jalan-jalan dengan pakai baju raya,
Hahaha..
Okay la kan dari tak ada.

Sepanjang bulan Ramadhan ni, saya dah plan nak jahit baju raya.
Tapi bila tau tak dapat balik, rasa malas pulak nak jahit.

Oleh itu, projek tersebut digantikan dengan projek crochet bag raya 2017!

crochet bag
Tada!
Kiyut tak?
Saya guna benang acrylic, 2 warna iaitu merah dan hitam.
Kait dengan jarum saiz 4.5.
Hasilnya kurang memuaskan. 😖😖

Kalo korang tengok betul-betul, bahagian bawah crochet bag kecik sikit berbanding bahagian atas.
Saya pun tak sure kenapa jadi macam tu.
Frust gak masa buat tu, tapi teruskan je la sampai siap.

Pastu tali beg ni pun bersimpul-simpul.
Masa mengait tu rasa cam dah betul dah staright, bila dah siap tengok jadi camtu pula..
Dua kali frust.
Takpe la pakai sendiri je..
Lepas ni kenA teliti betul-betul sebelum sambungkan tali tu.

Untuk pengetahuan korang, saya ni tak mahir pun bab mengait ni.
Masih baru-baru belajar lagi.
Projek separuh jalan dan projek reject memang banyak.
Sampai rasa cam tak mau mengait dah.

Tapi kraf dan Asma memang tak dapat dipisahkan.
Cinta dalam Benci gitew.
Haha..

OKay, kembali kepada beg tadi.
Butang tu nampak cam real je, macam berfungsi je kan..
Padahal hiasan je tu.

Di sebalik butang tersebut ada objek lain yang sebenarnya berfungsi untuk fasten beg ni

Jeng jeng jeng
Magnetic button..
Biasanya magnetic button ni saya guna pada felt untuk beg dan purse yang nampak exclusive gitew.
Kali ni nak try pada beg crochet pula..

Lepas pasang magnetic button tu, butang merah besar tadi saya gamkan guna glue gun.
Mula-mula ingat nak taruk bunga crochet.
Pastu rasa malas pula sebab time tu dah nak masuk tido.
Masa menggam tu pun cam rela tak rela je tahan mengantuk.

Okay tak beg ni pakai jalan-jalan di hari raya?

Bukan beg je tau.
Saya juga jahit satu lagi benda yang nampak compatible dengan crochet bag ni.
Apa agaknya..?

Cak!
Crochet Purse Hitam Kuning.
Pada awalnya nak buat hitam merah juga, pastu rasa cam boring je ngadap warna sama.
Maka pilih warna kuning la bagi nampak ceria.

Lepas dah siap mengait, tetibe baru perasan saya tak pandai nak attachkan zip tu..
Cuba-cuba juga guna jarum kait halus untuk kait kan zip tu..
Tapi cam susah je...

Fikir punya fikir akhirnya saya jahit je guna benang kuning biasa

bahagian dalam crochet purse
Hasilnya juga kurang memuaskan.
Nak lagi kemas better tambah lining kain kat dalam tu kan..
Malas nak tetas balik, pasrah je la kali ni...

Zip ni saya guna zip meter dengan kepala zip asing.
Potong je ikut saiz mulut purse ni dan buat jahitan kia dari hujung ke hujung.

Happily ever after
Akhirnya siap projek raya saya.
Baju raya pakai yang ibu hadiahkan sempena birthday saya bulan April lepas.
Tudung dan kasut pakai yang dah ada je..

Mood beraya tak berapa nak ada.
Kuih raya pun tak beli; tak buat..

Ikotkan hati malas juga nak masak juadah pagi raya, tapi takkan makan roti dengan jem pulak kan.
Hahaha..
Ingat nak masak laksa kuah putih.
Tak pun nasi minyak dan kari.

Okay la..
Di kesempatan ni saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada korang semua.
Maafkan silap dan salah saya sepanjang perkenalan dan urusniaga kita selama 7 tahun ni.
Jangan lupa kawal pemakanan, takut sakit pula nanti.

Wassalam..

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama