Kos Pos yang Lebih Murah

Salam.

Ada satu lagi upgrade yang kitorang dah buat kat website ASMA-FELT-BOX.COM

Sebelum ni semua order saya pos menggunakan perkhidmatan Poslaju kan.
Amik masa sehari dua je dah sampai.
Ada juga sampai selepas 3 hari, tapi tak banyak; dan ia berlaku pada musim cuti / musim raya.

Kini kitorang ada berita gembira nak bagitau.

Mulai bulan July 2017 website dah upgraded dengan penghantaran baru tau.
Iaitu kos pos yang lebih murah..

Meh saya tunjukkan...

Selepas order nanti, korang checkout sehingga sampai ke Shipping Method


Kat sini korang diberi pilihan untuk menggunakan Poslaju atau Pos Malaysia

Kos penghantaran dengan Pos Malaysia lebih murah untuk barang-barang yang kecil.
Jadi korang yang order barang yang ringan-ringan dan tak urgent, bole pilih kos pos yang lebih murah ni.

Kelemahannya cuma ia lambat sikit sampai.
Semenanjung Malaysia amik masa dalam 5 hari.
Sabah Sarawak pula amik masa 8 hari.

Kene tunggu sikit la..

Jangan bimbang, kos pos yang lebih murah ni pun ada tracking number tau.
Jadi korang boleh check barang tu ada kat mana.
In shaa Allah, tak hilang..
Kalau hilang pun boleh report dan saya ada simpan resitnya.

Best tak?

Tu la kadang-kadang saya dapat order sepaket keychain dan sepaket butang.
Kos pos pula RM7.20 (semenanjung)
Kos pos lagi mahal dari barang.

Sekarang korang dah boleh jimat kalo beli barang kecik-kecik.

Kos pos tu nanti automatik ditunjukkan time checkout.
Kalau nak ubah order, tekan je back je..

Kalau dah tercheckout sepenuhnya tapi tak jadi beli, don't worry.
Maklumkan je pada saya nak cancel order.
Saya akan cancel kan tanpa tanya kenapa..

Diharap korang suka dengan upgrade ni.
Selamat bershopping!

Wassalam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama