Search This Blog

25/09/2017

Shopping Yarn!

Salam..

Geram juga mengait dengan menggunakan acrylic yarn ni.
Selain mudah lerai/pecah/terbuka (tak sure term dia), hasil craft juga nampak kurang gebu.
Namun begitu yang bagusnya, benang ni murah.
Sesuai la untuk saya yang masih lagi belajar mengait.

Teringin pula nak crochet sarung bantal.
Tapi taknak la guna acrylic yarn, tak syok peluk.

Maka tershopping la objek seksi ini..


Seksi tak?
Haha

Benang kait putih dan oren tu jenis acrylic juga.
Warna putih dan oren dah abes, saja la alang-alang beli, beli je sekali..

Benang kait pink dan hijau tu jenis cotton.
Mahal!
Sayang nak guna..
Karang tak menjadi, sayang pulak..

Ini bukan la benang paling mahal yang saya jumpa..
Tapi kiranya mahal la juga bagi saya..
Saya ni kan berkira sikit..
Hoho..

Selain itu beli juga ni:


Jarum mengait jenis kayu (atau buluh? Tak sure..)
Ni pun sayang juga nak guna..
Terutama yang paling kurus tu.. Saiz 3mm...

Jaru mengait aluminium yang biasa saya guna, paling kecik saiz 2.5mm.
Nampak kuat je..
Kalo kayu ni, kejap je pakai dah patah kot..

Sebab saya ni mengait sampai sakit jari..
Saya macma terlalu beri tekanan pada jarum kait.
Kata orang mula-mula memang macam tu sebab tak biasa..
Mungkin dengan adanya jarum kayu ni saya akan belajar relakskan sikit jari ni..

Saiz paling besar pula 10mm.
Menarik ni.
Benang apa yang besar sampai macam ni..?
Mesti kejap je kait dah siap.
BApak best!


Dah buatkan baju untuk dorang..
Lepas ni takde la sejuk lagi tido malam..
Hoho...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment