Learning Amigurumi

Salam..

 Apa itu Amigurumi?


- Ami = crochet
- Nuigurumi = plushies atau anak patung yg kita sumbat kapas di dalamnya.

Amigurumi bermaksud = Anak patung Crochet

Itu la kiranya bahasa kampung saya. Haha.

Okay, ni first time saya ber"amigurumi".Tengok la tu, mengada kan..
First time buat pun buat benda besar.
Yang kecik-kecik taknak. Haha..

Pening juga amigurumi ni.
Kena kira stitch.
Banyak kali juga la saya re-count dan buka balik sebab tersilap counting.
Ntah camana otai boleh relax je buat benda ni.. 😂😂😂

Nampak je kecik kan, tapi penat wei nak siapkan..
Mungkin kerana saya mengait lambat..
Ada tengok video orang putih tu, sikit punya laju lagi dia mengait.
Jeles I taw..


Rupa-rupanya amigurumi ni cuma perlu tau beberapa jenis stitch je.
1. Single crochet
2. Increase
3. Decrease

Itu je 3 benda..
Selebihnya ialah tahap kreativiti, fokus dan kesabaran..
Haha... Betul-betul menguji kesabaran.

Lepas dah siap satu bahagian, kene stop dan buat bahagian lain..
Gambar di atas tu bahagian kepala dia..

Dah siap semua bahagian baru kita cantumkan bahagian-bahagian tu.
Sama ada dengan yarn dia sendiri, atau benang jahit biasa, ataupun glue gun..
Glue gun senang sikit sebab nanti dia terletak elok je..
Yarn dan benang kene pandai bajet, sebab lepas jahit nanti dia senget-senget pulak..

Yang ni saya nak buat amigurumi baby tidur.
Ingatkan kecik, rupanya besar juga la..
Sepatutnya saya kene start dengan projek 1 benang je dulu..
Tapi mengada pergi terus ke advance.
Haa.. kan dah overwhelm ..


Bila dah siap bahagian-bahagian ni baru saya sedar warna cream dah abeh..
Aiyooooo!
Ingatkan cukup.

Malas betul nak pi cari benang.
Apa kata kita tinggalkan projek ni dan buat projek lain.
Aci tak?
Huhu...

Wassalam..

2 comments:

  1. Tak aci, tak aci. Sila beli benang dan sambung projek ni dengan segera. Hehehe... :D
    Buat ami ni ralit. Selamat mengait, Asma!

    ReplyDelete